Thursday, 20 October 2016

New Revongen Tshirt Corporate

Hehehe..

Hai...Selamat Bekerja!!!

Esok semua staff Revongen dikehendaki untuk pakai Revongen T-shirt. Baru jer dapat sehelai Selasa hari tu. Pilihan warna dari bos besar Revongen sendiri iaitu warna biru. Tak tahu plak nak describe biru tu biru ape. Nak kata macam warna biru gelap tak jugak. Nak kata biru navvy pun tak jugak. Tapi boleh lah bila dah pakai. Nampak cantik jugak.

Revongen T-shirt ni kene pakai every Friday or kalau kitorang ada apa-apa seminar kene attend ke..ada exhibition ke..so, kene lah sarung kat badan tshirt ni. Apa kata orang tu, barulah nampak kita bawak nama Revongen tu sendiri. Hahaha...Aku duk bahagian purchasing, x ada nya nak keluar ke mana-mana. Duduk jer lah dalam opis tu ha. Hahaha....

Revongen T-shirt ni berlengan pendek. Tak cukup budget nak buat lengan panjang. Hahaha...Asal boleh lah labu..Dari tak ada kan...Esok, dalam tu aku sarung jer la inner hitam, pahtu baru lah sarung t-shirt ni. Giler ko nak berlengan pendek semata-mata. Aurat tau...

Rasanya ini kali pertama aku dapat pakai t-shirt company provide. Setelah aku berbakti pada Revongen ni hampir lebih kurang tiga tahun. Kuikuikui...Okay la tu kan..Ada jugak kenanganya nanti kalau aku dapat peluang bekerja kat tempat lain. Sekurang-kurangnya ada jugak sesuatu yang boleh aku ingati dan kenang tentang Revongen ni. Kann!!!Kann!!!Kan!!!!



Monday, 17 October 2016

Bezza in da house......

Assalamualaikum....

Bezza in da house....

Hahaha.....

Ayah cik CT beli bezza baru taww....berwarna biru metalik....tengok gambar memang cantik.....suke cik CT taww.....

Tak berkesempatan lagi nak face to face dengan bezza kat rumah tu..cik CT kat subang lagi kan....teringin rasenye nak bergaya dengan bezza baru.....hahaha.....

Tapi sayang seribu kali sayang cik CT ni penakut bebeno nak bawak kereta tu. Lagilah kereta baru ni. Aduhai...cik CT oiii, bile lah nak hilang penakutnya tu...

Ayah cik CT kate nak bagi cik CT pakai bezza tu...cik CT sambung bayar bulan-bulan jer lah....perghhh...berbulu je mata adik-adik cik CT kat rumah tu ha....hahahahaha....tapi entahlah...rasenya tak perlu lagi kot buat masa ni. Abang merah cik CT tu pun dah memadai...tengoklah coming soon nanti....

Belanja sikit gambo bezza baru....oppss...belanja belakang bezza jer lah...hahahaha..


Selamat Malam Sayang

Selamat Malam Sayang....
Selamat malam kuucapkan...
Moga kau terus lena...
Mimpi yang indah-indah belaka...

Selamat Malam Sayang.....
Bertemankan bintang-bintang....
Bergemerlapan diangkasa raya....
Bulan menyerlahkan cahayanya...
Moga tidurmu nyenyak senyenyaknya....

Selamat Malam Sayang....
Moga ketemu esoknya...
Meniti hari-hari seterusnya dengan penuh gembira....
Bertemankan sahabat-sahabat yang setia....

Selamat Malam Sayang....


Saturday, 8 October 2016

Hang Out IKEA

Penatnya....mandi pun tak lagi...balik-balik jer terus bukak laptop. Update blog. Cik CT balik dari mana sebenarnya ni????

Hari ni kan hari Sabtu. Hari hujung minggu. Takkanlah nak duduk rumah jer kan. Keluar lah jalan-jalan menikmati pemandangn kota raya beserta menghabiskan duit. Bukan menghabiskan duit sebenarnya. Tapi self reward. Bagi hadiah untuk diri sendiri. Bosanlah duduk rumah ni. Takkanlah asyik tidur jer. Tak berkembang langsung otaknya nanti. Bile keluar, sekurang-kurangnya boleh tengok gelagat-gelagat dan kerenah-kerenah warga kota. Iyer la Cik CT oii..Suka hati awaklah!!!!

Okay...aku dan kawan-kawan tadi *Amy dan Uji jalan-jalan IKEA. Amy nak beli gift card as hadiah kawen untuk Izue yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bulan lepas. 

Selamat Pengantin Baru Izue!!!! 

Amy dan kawan-kawan UTM dorang collect duit beli gift card untuk Izue dah husband. So, depa gunalah gift card untuk beli apa yang patut kat IKEA tu. Untuk orang-orang yang baru bernikah ni sesuwai sangat lah membeli belah kat IKEA. Macam-macam ada. Harga pun boleh tahan jugak.(Untuk barang-barang yang kecik jer lah. Hehehe..)

Dah sampai IKEA tu takkanlah semata-mata nak beli gift card dan terus balikkan...memang idak lah kan. Kita cuci-cuci mata lah sikit. Haiiii..bile sebut pasal cuci-cuci mata ni memang taklah kan kalau setakat nak pandang-pandang tu. Confirm ade bende yang akan dibeli. Nahhh...amik kaww!!! Rambang mata dibuatnya. Tong sampah pun dibelinya. So, hasil tangkapan aku di IKEA hari ni just rak pinggan dan sudu, cover clothing untuk Alin dan jugak tong sampah berwarna merah...Ini kalau bawak mak aku ni, memang banyaklah Cik Ani tu memborong. Pakkal IKEA tak ada kat Johor tu. Hahahahaha...Seronoklah jalan IKEA ni. Banyak benda yang boleh ditengok dan jugak dibeli. Tinggal kau sedia duit berkepuk-kepuk dalam poket jer tak pun swap je kad debit tu. 

Sampai IKEA sudah semestinya sebelum balik pekena Meatball yang menjadi trademark IKEA. Boleh lah kongsi bertiga. Lagipun Uji first time masuk rasenye. So, kita kasi dia chance rasa Meatball IKEA. Kali ni kitorang tak buat perangai kitorang yang membeli juadah ikut nafsu tu. Last pergi ri tu dengan norma dan amy, kitorang tak habiskan pun meatball. Membazir tau. Tu lah, beli tak hengat duniya!!!Nyumm,,nyummm...sedapnye...masih terasa-rasa di anak tekak ni keenakkan meatball tu. Hohoho....Sekali-sekala nak reward diri sendiri boleh lah. Kalau dah selalu makan, kopak lah kawan. 

Lepas duk puas santai-santai kat IKEA tu, kitorang masuk plak The Curve..alah, sebelah jer. Lagipun nak solat Asar kat situ. Kata Amy tak ramai orang. Memang betul..tak ramai orang pun..Yuhuuuu....Lepas solat Asar jalan-jalan sat dalam The Curve. Sorry...bukat sat yer,..tapi lama kot. Boleh pulak menyinggah makan aiskrim, duk menyinggah scrub tangan, duk menyinggah jadi model kat POPLOOK lah. Dan hasilnya, aku sendiri belilah sabun muka organik Zura Natural Product as a hadiah untuk wajah sendiri. Hahaha...Tak larat dah nak pakai Phewiitt..Mahal sangat. Kui..kui..kui..Kat POPLOOK pulak, Amy dan Uji beli seorang sehelai blazzer cum cardigan dengan harga RM89 sepasang. Okay lah tu. Kain pun sejuk jer. Tak panas. Dalam POPLOOK sempat lah menerai semua blazzer kat situ. Meriah sekejap butik tu dengan kehingaran suara kami bertiga. Lepas tu terus ramai pulak orang masuk dalam butik tu. Nak kata kami ni pembawa rezeki lah tu..Hahaha...

Takper lah keluar duit banyak sikit hari ni. Untuk gembirakan diri sendiri apa salahnya kan...Hari yang menyeronokkan dan menggembirakan. Banyak benda yang disembangkan dengan Amy dan Uji. Harapnya, aktiviti sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Hang out sekali-sekala dengan kawan-kawan apa salahnya kan...Hahaha....


Cuti Merdeka - Bukit Batu Putih Part 2

Hai..bertemu kembali di entri "Cuti Merdeka - Bukit Batu Putih Part 2"

Dalam pukul 2 macam tu kitorang selamat sampai ke tempat parking kereta. Masing-masing muka memamg dah sememeh habis. Memang penat giler lah. Nak makan pun macam tak ada selera. Rasa nak balik Subang cepat-cepat then naik atas katil membuta...Hahahaha...

Tapi, aku lapar...aku nak makan..So, kak Haiza drive ke restoran. Malangnya payah nye nak cari restoran yang open. Iyer lah, kan orang tengah cuti merdeka. Mestilah operasi kedai makan pun tutup. Tapi masalahnya, area PD ni tempat orang selalu datang beriadah kot. Rugi lah kalau pengusaha kedai makanan ni tutup. Masyuk ooo..Masa on the way nak ke PD, bukan main ramai lagi konvoi-konvoi bermotor. Untung ooo...

Drive dan terus drive, akhirnya kitorang masuk ke area satu restoran ni. Nama restoran tak silap aku ada nama Anjung, tapi anjung ape aku dah lupa dah. Tetiba teringat restoran Anjung Merah kat Subang tu. Masuk je dalam kedai tu memang penuh dengan budak-budak motor. Bau asap rokok memang tak yah cakap lah. Hampir memenuhi ruang kedai makan. Masa nak minta order, masa yang paling menggeramkan. Apa yang kami nak order semua dah habis. Hape ke he nye jang!!!! Semua menu dah sold out ni. Aduhaii...Nasi campur tu memang lah ada cume waktu la ni kami hanya perlukan juadah yang ringan-ringan jer macam mee rebus, mee hun sup. Akhirnya, aku seorang je yang order nasi ayam madu. Ug, kak Dayah dan kak Haiza just order air jer. Actually, aku pun tak lalu nak habiskan nasi ayam madu tu. Nasi ayam madu yang sampai tak seperti yang aku bayangkan. Bagi aku tak sedap. Uhukhukhuk....Tapi aku tetap habiskan jugak. Nanti membazir.

After makan, kitorang meneruskan perjalanan ke KL semula. Kami tak balik Subang terus. Kami terus ke Ampang, rumah kak Dayah. Actually, sampai Ampang nanti kami akan terus ke kenduri kawen sahabat kak Dayah dan kak Haiza. Tapi, perancangan tak menjadi..Kitorang sampai rumah kak Dayah kat Ampang dalam pukul 4 petang. Masih teragak-agak nak pergi ke tak kenduri kawan tu. Sebab dah lewat sangat ni. Takut majlisnya habis. Tapi, kitorang decide untuk pergi jugak. So, bersiap-siaplah kami dengan berbaju kurung. Dalam pukul 5 kami on the way ke Keramat. Sampai-sampai jer, kami tak tahu kat mane dewan yang menempatkan majlis kawen kawan kak Dayah dan kak Haiza tu. Aduhai, penat naik Bukit Batu Putih dan perjalanan dua jam dari PD ke KL tak hilang lagi, ni nak kene cari pulak kat mane dewan perkahwinannya tu. Cari-cari punya cari akhirnya jumpe jugak dewannya. Tapi sayangnya, majlis dah habis deyy...Catering tengah sibuk-sibuk mengemas. Pengantin pun dah tak ade, Jenaka apakah ini??? Hahahaha..



Okay, kitorang berempat dah lapar..Yok, balik Ampang semula, kita pergi makan kat medan selera.
Memang kitorang senyap je menikmati juadah makan tengah hari plus makan malam kitorang. Tak pandang dah kiri dan kanan. Hehehe...Lepas je kitorang habis makan, kitorang bergerak semula ke rumah kak Dayah. Kitorang drop by dia kat situ. Then, aku, kak Haiza dan Ug meneruskan perjalanan balik ke Subang Bestari pulak. Dalam pukul 7.15 malam sampai Subang Bestari. Bersalam-salaman dengan kak Haiza then kitorang pulak bergerak balik ke USJ. Ug drop aku kat depan rumah. Perghh...memang seharian kami diluar rumah. Memang memenuhi masa cuti dengan sebaik mungkin. Huarghhhh...esok dah masuk keje. Penat...Saya nak EL la kalau macam ni. Hahaha...ehhh, tak lah. Kerje mesti pergi kan. So, malam tu lepas habis mengupdate status FB, aku masuk tidur. Esok nak kene bangun awal plakkan..

Alhamdulillah..perjalanan kami dipermudahkan. Dapat jugak naik Bukit Batu Putih, tengok Rumah Api Tanjung dan dapat lihat pemandangan laut yang menakjubkan. Seronok sangat-sangat. Moga-moga ada kesempatan di lain hari untuk ke sini lagi. Mungkin jugak akan explore dengan lebih mendalam lagi apa tempat-tempat menarik yang ada di Port Dikcson itu...

So, ini lah antara gambar-gambar kenangan yang sempat diabadikan sebelum phone masing-masing "DIE"....Hahahaha..........








































Memori Lesen Memandu

Tadi pagi aku keluar sat. Nak pergi bank masukkan duit saving dan loan ASB. Cik CT ni mane ade kereta. Yang ade tu ha..kat garaj rumah ni si abang merah Legenda. Hehehe..sebut pasal si abang merah ni dah lame rasanya cik abang merah aku tu tak berrmandi. Dah berhabuk dah. Tengok lah kalau ade masa free esok petang. Aku nak beraktiviti bersama abang merah. Starter abang merah tu pun macam dah habis bateri jer. Kene pakai kick start lah pulak bila nak hidupkan enjin abang merah tu. Nanti lah, aku bawak abang merah pergi servis.

Ehh..ehh..apasal tercerita pasal abang merah ni??? Hahahaha...

Okay lah berbalik semula pada kisah aku keluar sat tadi ye. Aku pergi bank kat area Taipan tu jer. Dalam-dalam aku tengah menunggang motor tu, aku ternampaklah kereta memandu sedang tersengguk-sengguk di tepi jalan. Hehehe...Awat lah slow sangat kereta memandu ni? Rupa-rupanya, orang tengah belajar memandu. Tetibe teringat kenangan waktu dulu masa ambil lesen kereta. Dah hampir lebih sembilan tahun dah aku berjaya dapatkan lesen kereta dan motor. Tapi sampai la ni aku tak mempraktikkan lesen tu. Praktik lesen motor jer. Hahaha...Keyakinan nak bawak kereta pun memang dah drop la ni. Tak yakin nak drive. 

Adakah aku perlu ambil sekali lagi lesen? Rasanye tak perlu kot. Buat ape nak ambil lesen lagi padahal memang dah ada lesen. Buat perabih boras jer...Hahahaha...Bukan buat perabih beras lah tapi buat perabih duit jer. Ala, aku tahu nak start drive ni aku memang perlukan iltizam dan keazaman yang tinggi. Keberanian tu kena ada. Masalahnya, Cik CT ni beraninya tu ntah ke mana ntah. Si Norma tu dah offer dah nak ajar bawak cik Bibah dia kat area stadium. Tapi aku ni ha, duk tunda-tunda jer. Memang tak dapeklah cik Noma tu nak menolong. Hahaha...

In sha Allah, tak lame lagi berani lah Cik CT tu. Belum tiba masanya lagi tu. Kalau dah start terer bawak kereta memang sokmo panjanglah langkahnya nanti. Memang tak lekat kat rumah lah jawabnya. Hehehe...

Pasal amik lesen kereta masa blaja kat Segamat dulu. Aku ingat lagi kelas hari Sabtu dan Ahad. Cikgu memandu akan datang amik kitorang kat UiTM Segamat tu. Aku lupe apa nama sekolah memandu tu. Dulu belajar memandu pakai kereta kancil jer. Belajar pulak manual. Tapi la ni, aku dengar kereta memandu dah pakai kereta viva. Dan boleh pilih sama ada nak amik lesen manual atau auto. Kalau ada lesen auto, kome-kome memang boleh bawak auto jer kat jalan raya tu nanti. Tapi kalau amik lesen manual, kome-kome boleh bawak dua-dua sekali. Advantage pada yang amik lesen manual la kan. Hehehe...

Masa belajar memandu dulu part yang paling aku suka adalah tiga penjuru. Part yang paling aku tak suka mestilah parking. Aduhai..habis aku langgar tiang kat belakang petak parking tu masa kelas. Punyelah susah betul nak ingat step masuk parking tu. Part tiga penjuru senang sikit stepnye. Part bukit lah yang paling kelakar. Hahaha...Aku ingat lagi, punyer lah aku tekan minyak sampai mengaum bunyi enjin tapi awat kereta tak gerak-gerak ke depan. Rupa-rupanya aku tak lepas handbreak. Kahkahkah...Geleng kepala cikgu memandu aku. Memang lah tak gerak kereta tu CT oii...Kuikuikui.....

Tang latihan jalan raya pulak, aku rasa cikgu memandu aku mesti bengang dengan aku tau. Sebab apa? Sebab aku ni takut sangat nak tekan minyak tu lebih. Dia rasa kereta tu gerak slow sangat kot. Ape dia nak aspek dari aku ni, seorang budak yang memang experience 0 pasal driving. Hahaha...Aku mana pernah bawak kereta. Motor memang selalu lah aku bawak area kampung tu. Kalau motor tak usah cakaplah, aku ni kategori Minah Rempit jugak lah. Hahaha..Tapi tak der lah sampai nak pergi berlumba tu. Nak cari nahas ke haper.....

Aku ingat lagi,....

"CT....cube awak tekan minyak tu dalam lagi. Slow sangat ni. Awak jangan takut sangat nak tekan minyak tu.." 

Hampir begitu lah ayat yang cikgu tu cakap. Tapi masalahnya, aku tak ikut pun cakap cikgu tu. Hahaha...Bila hari test dengan JPJ, semua part parking, tiga penjuru dan bukit aku lulus. Tapi tidak pada ujian jalan raya..Kahkahkah..Aku gagal weiii...tak silap, aku gagal tang traffic light, drive dalam keadaan agak merbahaya (Bagi pegawai JPJ tu la kot...sebab aku rasa okay jer aku drive...Huhuhu) dan juga enjin mati tengah jalan. So, aku kene ambil sekali lagi ujian jalan raya. So, kene tambah lagi RM50 (harga masa time tu). Second time tu aku lepas akhirnya. Alhamdulillah..

Part motor pulak tak payah cakaplah. Aku lulus dengan sekali ujian jer. Part paling aku suka time ujian motor ni adalah pusingan 8 dan juga brek mengejut. Hehehe...Part brek mengejut paling best dan sadis. Bukan sadis kat aku la sebenarnya, tapi sadis kat pandangan mata aku ni ha. Aku ingat lagi, ada seorang budak cina lelaki ni dia tengah buat latihan brek mengejut. Aku tak pasti lah sama ada dia bawak terlalu laju atau brek kaki motor terlalu makan, akhirnya motor yang dibawak terus terjunam ke semak. Kesian aku tengok. Semua yang ada kat situ tergamam dengan apa yang berlaku. Mujur lah budak lelaki tu tak ada apa-apa kecederaan. Huhuhu...Trauma sat aku dengan part brek mengejut ni..

Dan kini, aku menggunakan dengan sebaik mungkin lesen memandu tu. Tapi tang motor lah. Tang kereta macam belum jer. Hahaha..(Lesen aku tu combine lesen motor dan kereta)

Tapi memang satu kenagan yang tak dapat nak dilupakan masa belajar memandu dulu. Masa kelas calculus or programming dulu pun tak se'nervous' masa belajar memandu kereta tau. So, aku paham sangat perasaan depa-depa yang sedang belajar memandu ni. Kalau korang nampak kereta memandu depan mata korang sedang bergerak macam siput tu, jangan lah korang duk hangin atau buat ketupat dalam kereta, sebab korang dulu pun macam tu jugak. Terkial-kial nak tukar gear. Terkial-kial nak bagi signal..Terkial-kial nak tengok cermin pandang belakang dan jugak cermin kanan kiri. So, imbau semula masa korang belajar memandu dulu termasuklah aku ni ha.

Untuk cikgu-cikgu memandu diluar sana, terima kasih diucapkan pada kalian semua. Kalau takde kalian-kalian ni, memang kitorang tak pandai bawak kereta kat jalan raya. Tapi sayangnya, ada sesetengah individu langsung tak mempraktikkan apa yang sudah dipelajari dulu. Lihat lah sekarang kat jalan raya, pemandu-pemandu drive kereta macam dia seorang je yang ada kat jalan raya tu. Tak ade langsung rasa timbang rasa. Signal kiri kanan pun dah tak tahu apa fungsi sebenar. Maaflah cikgu-cikgu memandu diluar sana, korang memang dah buat yang sebaik mungkin untuk pelajar-pelajar tapi sayangnya pemegang lesen tak menggunakan sebaik mungkin apa yang depa ada. Tak semualah, cuma segelintirnya sahaja. 

In sha Allah, mudah-mudahan aku tak termasuk di dalam yang segelintir itu nanti. Hehehe....

Thursday, 6 October 2016

Cuti Merdeka - Bukit Batu Putih Part 1

Assalamualaikum dan selamat malam....

Lama betul tak mengupdate blog ni. Last entri hari tu aku story mengenai sambutan Maal Hijrah 1438H pada 02 Oktober yang lepas. Cepat benar masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 10 dah. Tinggal lagi kurang lebih tiga bulan jer nak mengakhiri tahun 2016.

Sepanjang tak menulis ni, banyak jugaklah aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Antaranya, kitorang hiking Bukit Batu Putih. Kat maner Bukit Batu Putih ni yer? Dan jangan tak tahu pulak, Bukit Batu Putih ni femes tau, jadi viral kat laman Facebook lagi. Keindahan yang ada di sekitar Bukit Batu Putih memanglah awesome. Cantik giler babas. Lebih-lebih lagi kalau pergi awal pagi atau lewat petang. Kalau pergi awal pagi boleh lah tengok sunrise. Kalau pergi belah petang pulak boleh lah tengok sunset. Betapa cantiknya ciptaan Allah. Syukur dipanjatkan kerana diberikan peluang untuk merasai dan mengecapi nikmat ciptaan Yang Maha Esa ini. Alhamdulillah....

Tarikh 31 Ogos 2016 menjadi tarikh pilihan kitorang untuk merealisasikan impian mendaki Bukit Batu Putih. Tak balik kampung pun sebab cuti merdeka jatuh pada hari Rabu. Memang idaklah nak balik kampung kan. So, cuti dihabiskan dengan mendaki Bukit Batu Putih. Lagipun memang teringin sangat nak naik bukit ni pun. Oh ya..sebelum kite teruskan cerita dengan lebih lanjut lagi, aku nak bercerita sikitlah tentang Bukit Batu Putih ni.

Actually, Bukit Batu Putih terletak di Tanjung Tuan. Kat mane Tanjung Tuan tu???

Tanjung Tuan terletak di Negeri SembilanMalaysia, tetapi di bawah pemerintahan negeri Melaka. Tanjung Tuan menghadap ke Selat Melaka. Ia terletak kira-kira 16 km dari Port DicksonNegeri Sembilan.


Nama lain Tanjung Tuan ialah Cape Richardo. Tanjung Tuan dikaitkan dengan seorang nelayan yang juga keramat yang menjaga dan mengawasi puncak Tanjung Tuan.
Kehebatan keramat ini bermula apabila berjaya melepasi pusaran ganas di tengah laut terutama sekali pada bulan mengambang. Semua nelayan yang cuba melintasi pusaran ganas tersebut akan tenggelam dan hilang begitu sahaja tetapi nelayan yang keramat ini berjaya melintasinya.
Untuk info lebih lanjut boleh Klik Sini

Ya, Tanjung Tuan terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Tapi dibawah pengawasan negeri Melaka. Sempadan Negeri Sembilan dan Melaka lah kot. Padanlah aku baca signboard kat area situ, ditulis kawasan hutan lipur ini dibawah pengawasan Jabatan Hutan Negeri Melaka. Confuse sat aku. Tak kisah lah sape yang jaga kawasan hutan ni. Yang penting akhirnya kaki ini dapat jugak menjejakkan kaki di sini. Finally...Hehehe...

Perjalanan kami seramai 4 orang jer. Aku, kak Dayah, kak Haiza dan jugak Ug. Plan mula-mula datang dari kak Dayah lah dua hari sebelum tu. Katanya nak naik Bukit Batu Putih cuti merdeka ni. Aku yang sememangnya menantikan saat dan tiba untuk ke sini, apalagi terus memberikan kata putus untuk pergi. Esoknya, kat opis aku inform pulak Ug sama ada nak ikut tak pergi Bukit Batu Putih. Ug yang memang cukup eksaited dengan xtvt hiking ni cepat-cepat je beri kata setuju. Teruja benar die.

So, malam Selasa tu aku, Ug dan kak Dayah on the way ke rumah kak Haiza di Subang Bestari. Sebelum tu kene pickup kak Dayah kat LRT Putra Height. Kesian die LRT ke Ara Damansara dah tak beroperasi waktu tu. Iyer la, dah pukul 11.30 malam kot. Mujur lah jugak aku dan Ug tak terus gerak ke rumah kak Haiza lagi. Dalam pukul 12.30 tengah malam baru sampai rumah kak Haiza. Mata pun memang dah layu semacam. Minta dipejam. Lepas gosok gigi, cuci muka aku dan Ug mintak izin tidur dulu. Kan esok nak bangun awal pagi. Kitorang plan nak gerak awal lepas Subuh. Kak Haiza dan kak Dayah tak tidur lagi. Depa berdua buat ape ntah kat dapur tu. 

Keesokkan paginya...

Agak-agak korang kitorang ikut plan asal tak nak gerak lepas Subuh????

Memang tak la kan...

Subuh pun dah terlajak sikit. Huhuhu. Masing-masing tidur mati. Jam dah menunjukkan ke pukul 7.30 pagi. Aku dan Ug dah siap-siap mandi dah. Actually, aku dah eksaited nak naik Bukit Batu Putih ni. So, aku memang dah bangun awal dah. Tapi tengok depa duk terbongkang lagi, aku pun sambung lah tidur lepas Subuh tu. Kahkahkah...

Tak boleh jadi ni..kalau aku tak bangun sekarang pukul berapa pulak kitorang nak gerak kan. Aku kejut kak Dayah ngan kak Haiza. Ug memang dah bangun dah waktu tu. So, akhirnya kitorang keluar rumah dalam pukul 8.30 pagi. 

Perjalanan ke Port Dickson dari Subang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jauh jugak lah benonye. Kitorang sampai di kawasan Hutan Lipur Tanjung Tuan tu dalam lebih kurang pukul 10.30 pagi. Sempat lah kitorang berempat singgah makan breakfast kat R&R Seremban. Sampai-sampai memang dah ramai orang nak turun. Kitorang naik agak lewat sebenarnya. Hari pun dah panas terik.
Dah sampai kan, so nak tak nak teruskan ajer niat tu. Sebelum masuk kawasan hutan lipur ni, kitorang kene bagi nama dulu kat kaunter yang ada kat depan pintu masuk hutan lipur tu. Bayaran RM1 dikenakan bagi setiap seorang. Kitorang kene berjalan dilaluan jalan besar sebelum sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan dan pintu masuk ke trek Bukit Batu Putih. Tak silap lebih kurang dalam 15 minit berjalan kot (Aku sendiri pun dah lupe sebenarnye. Hehehehe...)

Dah nampak rumah api Tanjung Tuan...Ini rupenye Rumah Api Tanjung Tuan. Depa kate ade kisah-kisah mistik mengenai rumah api  ni. tapi aku tak tahu pulak apa kisah-kisah mistik tu. Tak terasa pulak nak ambil tahu. Kahkahkahkah... Tak boleh masuk pun dalam kawasan rumah api ni. Kawasan larangan. So, kitorang just jalan-jalan keliling rumah api ni jer. Sebelum nak naik tangga ke rumah api ni, di sebelah kanan kita ialah trek laluan ke Bukit Batu Putih. Memandangkan masa tu ramai pulak yang nak masuk trek tu, so kitorang hold dulu niat tu. Kitorang terus menuju ke kawasan pantai. Lepas dari rumah api tanjung tuan tu ade trek laluan ke kawasan pantai. Boleh tahan jauh sebenarnya. Dalam sejam jugak lah. Trek die pun boleh tahan mencabar jugak. Tapi korang memang akan rasa berbaloi pendakian korang tu bile dah sampai kat kawasan pantai nanti. Cantik bak hang...rasa nak terjun tiruk jer kat laut tu. Hahaha..pakkal lah tak bawak baju lebih. Kitorang banyak habiskan masa dekat sini sebenarnya. Gambar tak usah cakaplah beratus dah kot gambar yang kitorang amik. Wefie jer kojenye. Phone masing-masing pun dah flat. Dah puas jalan-jalan kat pantai tu kitorang decide nak keluar dari situ, Nak naik pulak Bukit Batu Putih. Nak dijadikan ceritanya, kitorang dengan penuh yakinnya lah nak menyusuri pantai untuk sampai ke Bukit Batu Putih tu. Susur punye susur kitorang dah mula rasa curiga. Boleh tembus ke Bukit Batu Putih ke kalau lalu susur pantai ni?? Macam tak jer kan, Keyakinan tu semakin memudar. Sebelum kami terus pergi jauh, kitorang decide nak patah balik. Ikut trek laluan yang asal kami ikut. Kang memandai-mandai ikut jalan sendiri ada pulak yang keluar paper nanti. Hahaha..

Perghh..penat giler. Stamina aku pun macam dah drop jer. Rasa dah tak larat pulak nak mendaki Bukit Batu Putih. Semangat semakin memudar. Tapi tidak sesekali..Dah sampai sini kot. Rugi rasanya kalau tak terus ke niat yang asal. Dengan berbekalkan semangat yang jitu dan dorongan dari pendaki-pendaki yang baru jer keluar dari Bukit Batu Putih, kitorang gagahkan jua kaki ini. Lebih-lebih lagi dorang kata dekat sangat dah Bukit Batu Putih tu. Lima belas minit mendaki jer. 

Yes..memang betul kata depa. Lima belas minit lebih kurang macam tu kitorang dah sampai dah ke kawasan Bukit Batu Putih. Ya Allah, kalau lah tahu dari awal, sampai-sampai tadi kitorang naik ke sini je terus. Ya Ampuunnn.Sebelum nak melihat pemandangan yang dikatakan menarik tu, kitorang kene mendaki sedikit tebing-tebing batu. Mak aii, boleh tahan jugak lah nak panjat batu-batu ni. Tapi bile dah sampai atas tu..Masha Allah...cantik giler pemandangan laut dari atas puncak bukit ni. Seriously...walaupun kitorang tiba kat atas tu dah memang matahari tegak atas kepala tapi pemandangannya memang tak mengecewakan. Cume kecewa dengan diri sendiri lah. Apasal p naik tengah hari buta ni. Memang terkebil-kebillah biji mata menahan panahan cahaya matahari yang menerik tu. Hahahaha...Dalam pukul 1.30 petang barulah kitorang turun. Panas bak hang. memang idak lah nak berlama-lamaan kat atas tu kan. Walaupun ada perasaan sedikit kecewa, namun ada rasa untuk pergi naik lagi sekali nanti. Bila tu? Tak tahu lagi. hahahaha....

Okay..apa plan kitorang lepas je mendaki Bukit Batu Putih tu? Aku tak nak teruskan bercerita di entri ini. Cerita will be continue in the next entri berserta dengan gambar yang cantik-cantik...

Babai...Nak tido dah....zzzzzzz......zzzz...


Belanja dulu satu gambar..Cik CT di sini...Yuhhuuu..

Sunday, 2 October 2016

Salam Maal Hijrah 1438H

Salam Maal Hijrah 1438H...

Alhamdulillah..diberi lagi peluang untuk terus menyambut tahun baru Islam. Moga tahun baru yang akan datang ini dapat diisi dengan perkara yang baik-baik...in sha Allah....

Berhijrah ke arah yang lebih baik..
Berhijrah ke arah yang diredhai Allah..

Alhamdulillah....

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...