Tuesday, 30 December 2014

#Pray For MH370#Pray For MH17#Pray For Pantai Timur#Pray For QZ8501#Pray For Malaysia

Malaysia dikejutkan dengan berita tentang bah yang melanda negeri-negeri di sebelah Pantai Timur, Malaysia pada 23hb yang lalu sehinggala sekarang. Negeri-negeri yang terlibat adalah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan juga Johor. Yang paling teruk keadaannya adalah bah di negeri Kelantan. Ya Allah..sedihnye bile baca artikel yang ada di dada-dada akhbar mahupun di laman sosial Facebook. Kasihannya mereka semua. Kehilangan harta benda..kereta..ada juga yang kehilangan tempat bergantung...

Betapa kuat dan tabahnye mereka mengharungi dugaan yang Allah berikan ini....Berita-berita banyak memaparkan kedaaan mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di pusat pemindahan..ada juga yang terperangkap di bukit..mereka berusaha untuk pergi ke tempat yang lebih tinggi untuk menyelamatkan diri. Air naik terlalu cepat..tak sempat untuk menyelamatkan harta benda semua..Kereta habis dimasuki air..Bayangkan betapa dalamnya air bile bangunan sekolah 4 tingkat hanya kelihatan tingkat 4 sahaja..3 tingkat lagi habis ditenggelami air bah..Ya Allah..banjir yang terburuk yang pernah dialami di Malaysia khususnye di negeri Kelantan..Sedih bile baca ada yang tak makan beberapa hari..tak mandinya..tak tukar bajunye...Dari sumber-sumber yang aku dengar juga ada sebenarnya kematian tapi setakat ini belum ada laporan yang dibuat lagi...Ye lah..masa bah tu berlaku mana sempat dah nak hirau hal orang lain...Ya Allah...

Yang sedihnya ada yang masih belum dapat lagi bantuan makanan sampai sekarang...ini kerana bantuan tak dapat nak tiba ke tempat banjir kerana kondisi cuaca dan air yang terlalu deras. Terlalu bahaya buat anggota penyelamat...Aku tak dapat membayangkan kalau aku yang berada dalam situasi itu..sedihnya..sebaknye..aku rase aku sendiri...Aku bersyukur kerna aku dan juga keluarga tidak terlibat dalah musibah yang melanda ini..Namun, musibah ini dapat aku jadikan sebagai panduan dan peringatan dari yang Maha Pencipta bahawa sentiasalah bersyukur dan redha menerima segala ketentuan yang ditetapkan olehNya..Dialah yang sebenarnya sebaik-baik perancang..

Musibah banjir yang melanda pada penghujung tahun 2014 ini sebenarnya mengingatkan kita kembali kepada Tsunami yang pernah melanda dunia sedekad yang lalu..iaitu Tsunami tahun 2004..sangat cepat masa berlalu ya...Efek dan kesan yang terjadi sekarang amat lah sama dengan apa yang terjadi pada tahun 2004 itu. Cumanya, Tsunami 2004 sekali gus melenyapkan negera-negara yang terlibat dengan ombaknya yang tinggi dan kuat...merosakkan semua harta benda..bahkan ramai yang terkorban..tak terkecuali jugak apabila Malaysia turut terkena tempiasnye..tak silap aku 68 orang mangsa yang terkorban dalam kejadian Tsunami 2004. Dan sekarang Negeri Kelantan juga mengalami keadaan yang serupa...hampir-hampir membuatkan negeri Kelantan hilang dari peta Malaysia..Allahu...Kuasa Allah memang tiada tandingannya..

Alhamdulillah...keadaan beransur baik dan pulih..air pun telah mulai surut. Penduduk-penduduk pula telah mulai pulang kerumah masing-masing. Aku yakin mereka pasti merasa sebak dan sedih pabila melihatkan rumah tempat mereka berteduh dari panas dan hujan musnah macam tu sahaja..Ya Allah..kau kuatkanlah hati-hati mereka semua meghadapi ujianMu Ya Allah....:( Moga ada sinar terang menerangi dan membantu mereka selepas ini..

Aku pasti kerugian yang ditanggung mereka amatlah besar...memang fully total loss...Moga ada insan yang baik hati dan dermawan yang sudi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir ini..InshaAllah....

Kita lupakanlah dulu seketika fahaman politik...terapkan rasa perikemanusiaan..jangan saling berbalah...berkata dan mendoakan yang tidak elok..bagi mereka-meraka yang tak telus dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, maka jawablah mereka sendiri diakhirat nanti..tercari-carilah mereka insan-insan yang mereka aniaya ini untuk meminta pengampunan... Aku tak mahu berkata siapa mereka ini..biarlah mereka terus melakukan sesuatu yang mereka rasakan betul...

Bagi keyboard worrior semua..daripada anda semua menaip dan melontarkan kata-kata yang tidak elok, bertelagah sesama sendiri, adalah elok dan moleknye jika kita semua sumbangkan sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir ni...kalau pun tak berkemampuan, titipkanlah doa buat mereka...berikanlah kata-kata semangat kepada mereka...janganlah kite melukakan lagi hati mereka yang sememangnya telah terluka sekarang ni...sedih dan sebak bila melihatkan keyboard worrior ni yang sememang hebat menaipkan kata-kata..orang melayu kita sendiri plak tu..Ya Allah...

Luahan rasa ni aku tulis kerna aku rasa sedih dan sebak mengenangkan kejadian-kejadian yang berlaku sekarang...setelah kite dikejutkan dengan kehilangan MH370 yang masih lagi tak diketemui sehingga sekarang, kita dikejutkan pula dengan terhempasnya MH17 kerna mungkin khianat manusia-manusia yang berhati busuk...yang telah hilangnya sifat perikemanusiaannya..Allahu...Sekarang, musibah banjir teruk yang melanda Pantai Timur negara kita...Dan yang terbaru..flight Air Asia Indonesia, QZ8501 plak dikhabarnya hilang dari radar..tak tahu kemana perginya...Memang lah Air Asia Indonesia fully beroperasi di Indonesia tapi in fact Air Asia adalah milik individu Malaysia..tak banyak pun pasti sikit terkesan pada negara kita...Dan sekali lagi politik dikaitkan dengan kejadian ini..Ya Allah..tak boleh ke ketepikan dahulu hal-hal politik ni..jangan masukkan elemen politik...aku dah penat dan muak...

Apa-apa pun yang terjadi semuanya, mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya...yang tak kita sedari...Kejadian ini semua membuatkan kita kembali dan berfikir tentang kebesaran Allah..dan ini mugkin juga petunjuk dan mungkin juga peringatan daripada Allah...supaya kite kembali dekat kepadaNya. Wallahulam...

Luahan rasa dari insan kerdil,
Cik CT


Saturday, 13 December 2014

Takdir Kita Berdua...


Mungkin ini takdir untukku
Mungkin juga takdir untukmu

Kita tidak ditakdirkan untuk bersama
Untuk melayari bahtera kehidupan ini bersama
Kau dengan caramu
Aku dengan caraku
Mungkin ini yang terbaik untuk kita
Kerna semua yang berlaku ada hikmahnya
Mungkin yang terbaik sedang menunggu kita
Menunggu kita berdua dihadapan sana

Namun.....
Penantian yang kita tunggu dihadapan sana
Menemukan kita berdua
Takdir menentukan segala-galanya
Takdir juga menemukan kita semula
Seakan begitu kuat jodoh antara kita
Walau beribu batu kita berjauhan
Takdir seolah-olah menyebelahi kita

Mungkin ini yang dikatakan
Kalau sudah jodoh takkan kemana-mana
Kemana jauh tercampak
Kemana jauh pergi
Pasti akan bertemu kembali...bersama kembali

Sabarlah Wahai Sahabat...


Sahabatku.....
Aku doakan kau tabah
Menghadapi kehidupan barumu
Walaupun kau berdepan dengan apa jua kesukaran
Aku harapkan kau senantiasa sabar
Mengharungi semuanya itu

Perkahwinan mana yang tak pernah dilandai badai
Perkahwinan mana yang tak pernah dilambung ombak
Semua itu mengajar kau
Erti kehidupan

Mungkin semua yang berlaku
Ada hikmah disebaliknya
Mungkin sekarang tidak kau ketahuinya
Mana tau kan ada sinar terang
Menanti kau dihadapan sana

Dugaan yang kau hadapi
Mematangkan lagi pemikiranmu

Ku harapkan kau
Tidak melakukan sesuatu yang bisa melukakan hatimu sendiri
Yang bisa juga melukakan hati keluragamu
Sabarlah wahai sahabatku
Kerna sabar itu mengiringi orang-orang yang beriman
Ujian dari Allah
Menandakan yand Dia sayang pada kau
Sahabatku.....

Allah tidak akan menguji hambaNya
Melebihi dari batas kemampuan hambaNya
Aku yakin kau akan mengecap bahagia
Suatu hari nanti
Berkat dari kesabaranmu
Yang tak putus-putus itu

Doakanlah juga kerahmatan
Keatas suamimu itu
Moga dia lebih bersedia
Dan mampu menyayangimu
Sepenuh hatinya

Syurga seorang anak itu terletak dibawah telapak kaki ibunya
Syurga seorang isteri pula terletak dibawah telapak kaki suaminya
Sebesar mana kesilapannya
Sebesar mana kealpaannya
Sebesar mana kelalainya
Kau maafkanlah dirinya

Berkat kau kan memperoleh
Ganjarannya di sana nanti
Insya-Allah

Aku sebagai seorang teman
Kan selalu mendoakan
Kesejahteraan
Kebahagiaan
Keharmonian
Dirimu dan juga rumahtanggamu
Moga kau bahagia selalu

Keganasan Rumah Tangga....


Rumah tangga yang dibina
Bukan sekali-sekali untuk kau hancurkan
Bukan sekali-sekali untuk kau permainkan
Ianya untuk kau jagai....sayangi
Jauh dari sebarang yang tidak elok

Seharusnya kau tahu
Rumah tangga itu dibina
Oleh kasih sayang dua insane
Yang inginkan kebahagiaan
Dalam kehidupan

Tapi mengapa kau sendiri yang jadi pemusnahnya
Memusnahkan dan menghancurkan
Kebahagiaan dirimu sendiri

Kau kejam
Kau tidak berlaku adil
Pada isterimu......pada anak-anakmu
Kau siksa mereka.....kau pukul mereka
Hilang sudah kasih sayang
Luput sudah keharmonian
Suram sudah kehidupan

Tegarnya hatimu
Melukakan hati
Insan-insan yang teramat menyintaimu...menyayangimu
Kelak mereka kan pergi jauh darimu
Kau akan sendiri
Kau akan sunyi
Menjalani kehidupan seorang diri

Justeru...
Kau jauhikanlah dirimu
Dari keganasan rumah tangga
Jangan pernah kau terfikir untuk melakukannya
Kerna kau punya tanggungjawab
Yang tidak bisa kau permainkan
Perlekehkan....
Kau ada keluarga yang perlu kau jagai.....

Sukarnya Kau Ucap Kata Cinta....


Mengapa teramat sukar
Untukmu mengucapkan kata cinta padaku
Kau biarkan aku tertungu-tunggu
Ke mana perginya keberanianmu
Selalunya kau tak begitu

Aku tahu kau menyimpan perasaan terhadapku
Aku juga begitu
Namun kau masih tetap begitu
Berdiam diri

Tak mungkin
Untuk aku memulakannya dulu
Kau lelaki
Seharusnya kau memulakannya dahulu
Meluahkan rasa hatimu

Jika dirimu berterusan begitu
Tidak dapat lagi
Kupastikan hatiku
Masih ada untukmu
Atau tidak lagi
Maafkan aku tika itu......

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...