Tuesday, 14 December 2021

Hiking Bukit Melati, Nilai

                                                            Tarikh: 04 Dec 2021

                                                     Tempat: Bukit Melati, Nilai, Negeri Sembilan

Starting Point: Putra Nilai

Ketinggian: 350 meter - 370 meter

Tahap Kesukaran: Easy

Distance: 5.1 km

Tempoh perjalanan: 1 Jam 38 Minit



Alhamdulillah, merasa jugak akhirnya mendaki Bukit Melati kat Nilai, Negeri Sembilan pada 04 Dec yang lalu. Plan asalnya nak mendaki Gunung Datuk tapi plan terpaksa di cancel last minute atas sebab2 yang tertentu. 

Nak tahu sebab apa? 

Semua sedia maklum yang hutan simpan area Selangor kan dah tutup till 31 January, so of course lah hikers2 akan tuju ke area lain pulak untuk meneruskan aktiviti mereka tu. Sah-sah lah Datuk, Angsi dan bukit-bukit yang berdekatan dengan Selangor akan full house. Member pun ada cakap even pukul 1 pagi parking Datuk dah penuh. Huhuhu. So, akhirnya kitorang decided untuk hike Bukit Melati je. Line up hari tu, kami berlima je iaitu aku, Izni, Lydia, Adda dan guider tersohor Bukit Melati, Keyrol. Nasib baik lah Keyrol ada, so memang kitorang buat full loop lah.

Trek mendaki Bukit Melati ni memang banyak route. So, better lah kot pergi dengan orang yang dah biasa naik. Kang yang kuban-kuban kitorang lalu. Silap-silap tak dapat nak cover semua peak. Hahaha. Tapi, kalau pergi lagi sekali boleh try route lain pulak kan. Hehehe.

Bukit Melati ni tak de lah sesukar mana pun. Even kanak-kanak pun boleh daki. Bukit ini sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia pendakian ataupun beginner. Bukit ini jugak sangat sesuai untuk dijadikan sebagai satu lokasi latihan dan persediaan bagi korang yang ingin mendaki gunung-ganang. Kalau korang pergi sana, memang ramai hiker2 mahupun trail runners sedang buat training. Tak tahu lah berapa loop dorang pusing satu Bukit Melati tu. Bukan main laju. Kitorang tak habis lagi, dorang dan buat loop ke dua. 

Pada hujung minggu, kebiasaannya bukit ini memang dipenuhi oleh pengunjung. Kat bawah tu pun memang banyak gerai-gerai yang disediakan. So, before start mendaki tu boleh sarapan dulu. Dah turun pun boleh terus makan lunch. Hahaha.

By the way, dalam bukit ni terdapat beberapa buah bukit yang lain, denga kata lain puncak kecil seperti Centipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill, Eagle Hill, Rope Hill dan Mosquito Hill. Tempoh hari kitorang start dari Eagle Hill dan akan turun dekat Centipede Hill

Laluan : Eagle Hill ----> Monkey Hill ----> Rope Hill ----> Cobra Hill ----> Mosquito Hill ----> Centipede Hill

Trek laluan turun naik. Tiba tang landai memang landai, tiba tang pacak memang pacak. Bagi kawasan yang bercuram, dun wurry akan ada tali keselamatan disediakan bagi memudahkan para pendaki.

Hari tu kitorang berjaya tamatkan ke semua peak dalam tempoh 1 jam 38 minit. Santai-santai je. Tak rushing2 pun. Nak laju-laju nak ke mana kan. Hahaha. Bukit ini masih terjaga dan terpelihara oleh pihak berwajib dan jugak masyarakat sekitarnya. Even ada peti sumbangan diletakkan di bawah bagi sesiapa yang ingin menyumbangkan sumbangan. Baguslah cam tu kan. Paling tidak, kawasan ini akan terus dipelihara dengan baik. So, pastikan kalau korang nak hike sini jagalah kebersihan kawasan. Sampah jangan dibuang merata-rata. Jangan buat bising dan terlalu galak sangat. Kita masuk rumah orang kan, so adab kenalah sentiasa jaga.

Around pukul 9 lebih camtu kami selamat turun di kaki Bukit Melati. Tengah on trek lagi dah excited nak pekena Roti Telur Goyang kat gerai yang ada kat bawah tu, tapi sedihnya gerai tu tutup pulak. Sudahnya kami lepak kat mamak yang berdekatan. Maybe next time kite try. Keyrol kate roti telur goyang die padu. Ishh!! wajib cuba ni.

Terlalu awal pulak kalau nak balik Setia Alam semula kan. So, dengan gamblenya kami decide untuk hiking lagi. Next entri aku cerita pulak next bukit kitorang pergi hari tu. 

Layankan je laah gambar kenangan yang sempat diambil tempoh hari.



Peak 1 - Eagle Hill


Peak 2 - Monkey Hill


Peak 3 - Rope Hill


Peak 4 - Cobra Hill


Peak 5 - Mosquito Hill


Peak 6 - Centipede Hill


Melati Hill












Thursday, 25 November 2021

Hiking Rawang Bypass 2.0

                                                               Tarikh: 31 Oct 2021

                                                          Tempat: Rawang bypass

Starting Point: Bukit Kuari MTB Trail Rawang Perdana

Ketinggian: 200m kot

Tahap Kesukaran: Easy Peasy

Distance: Entah lah, tp memang sangat dekaat

Tempoh perjalanan: 30 minit je...Kalau langkah panjang & berlari pulak 20 minit je


Kredit pic: FB Uncle Ong

Ini kali kedua aku dan kawan2 mai hiking sini. Orang panggil Rawang Bypass, tapi aku ade terbace kat blog somebody, die panggi bukit ni Bukit Matt. Aku rasa nama bukit ni Bukit Kuari kot ea. Sebab die dekat dengan highway Rawang bypass, org ramai duk lah paggil dengan nama tu.

View sini memang ohsem 1st time aku mai hari tu. Dulu viral tau tempat ni. Every week pasti ramai orang yang hiking. Trek nye yang simple dan senang menjadi pilihan ramai untuk menghabiskan masa hujung minggu mereka. Nak training buat looping 50 kali pun boleh. Hehehe.

Lagi satu, kalau nak mai tengoh Hutan Brokoli, mai lah datang sini. View hutan dipingiran higway tu kalau pandang dari atas memang macam brokoli. Hijau dan gebu. Hahaha.

Cer tengok petikan berita ni...


Projek Rawang Bypass ni merupakan lebuh raya sepanjang 23km yang memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandaraya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari 2 jam kepada 30 minit.

By the way, ini destinasi kedua kitorang selepas naik Bukit Guling Ayam. Since Guling Ayam sangat lah senang dan time tu hari masa awal so kite decide untuk terus naik Rawang bypass. Kebetulan Parapika dan Muaz pun ada so, bawak lah dorang sekali.

Perjalanan dari Gombak ke Rawang mengambil masa selama 30 minit macam tu. Alhamdulillah, time kitorang sampai starting point tu kereta tak banyak mana dan senang nak park kereta masing-masing. Selapas sedikit regangan kami meneruskan pendakian ke peak. Cuaca pun sangat dingin dan damai. Sejuk je. Kitorang risau actually kalau hujan sebab waktu tu pun hari macam mendung. Tapi kitorang nekad untuk terus naik. Kalau hujan kita patah balik. 

Lebih kurang dalam 25 minit macam tu kitorang sampai ke peak. Cuaca pulak semakin cerah tapi tak terik. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. So, best lah masing-masing bergambar. Sampai atas memang tak ramai dah orang. Tempat itu kami yang punya. Hahaha.

Lepas dalam setengah jam rehat kat atas tu, bergambo then kitorang terus turun bawah.
















Our next trip, Kinabalu






Monday, 22 November 2021

Hiking Bukit Guling Ayam

                                    

                                                                   Tarikh: 31 Oct 2021

                                                             Tempat: Bukit Guling Ayam

     Starting Point: Petronas Lingkaran Karak

Ketinggian: 200m kot

Tahap Kesukaran: Easy Peasy

Distance: Entah lah, tp memang sangat dekaat

Tempoh perjalanan: 15 minit je...Kalau langkah panjang & berlari pulak 10 minit je




Tercapai juga hasratnye nak mendaki bukit yg tengah menjadi viral sekarang ni iaitu Bukit Guling Ayam. Terletak dia area Gombak dekat je dengan Rawang. Orang kate bukit ni kacang sangat lah kalau nak naik pun. Kacang sekacang-kacangnya lah. Tak sampai 15 minit sampai dah. 10 minit pun boleh kalau jenis yang berkaki machine tu. Hehehe.

Plannye mcm biasa lah dengan Geng Pendaki Muka Pinggan aka Leha Hikers menghabiskan cuti hujung minggu. Nak kemana lagi kami kalau tak berhiking. Kebetulan pulak adik bongsu aku mai umah minggu tu. Alang-alang tu bawak laah die keluar peluh. Si Parapikaa tu mana suka sangat bersukan ni. Puteri Lilin la katakan. Tapi aku tak kira, aku paksa jugak dia follow. Bukit Guling Ayam ni aku rasa sangatlah okay bagi si Parapika tu. Compare dengan Gunung Lambak. Pernah jadi drama jugak tu time Parapika naik Lambak dulu. 

Siapa line up ke Bukit Guling Ayam ni? Of course lah Geng Pendaki Muka Pinggan aka Leha Hikers yg terdiri dari aku, Adda, Lydia dan jugak Afiq. Tak dilupa jugak Hazirah, Parapika dan jugak Muaz. Cuma Muaz tak dan nak naik sekali Bukit Guling Ayam. Lambat nau sampainye.

Malam sebelum tu Hazirah mai rumah aku dulu kat Setia Alam. Dorang kalau nak hiking memang plan tido umah aku dulu. Kalau tak esok paginye ke laut dalam lah masing-masing. Tapi malam tu cuma Hazirah je yg mai. Lydia gerak dari rumah dia kat Pulau Indah. Adda pulak memang dari Gombak. Afiq akan bergerak dari Seremban pagi tu. Plan asal nye nak meet point di rumah Adda pada pukul 7 pagi sebab Adda kata starting point dr rumah dia ambil masa 5 minit jer. Team aku memang sampai awal kat rumah Adda. Lebih kurang kul 7.15 macam tu. Call Afiq, katenye setengah jam lagi sampai. Lydia pun same. Sudahnya ambil keputusan untuk terus berjumpa di Petronas Lingkaran Karak tu je. Kang lambat memang tak de parking ler jawabnye.


Perjalanan dari Setia Alam ke sini mengambil masa selama satu jam jugak lah. Sebab tu aku gerak awal. Tapi, sudahnya masing-masing start naik pukul 8 pagi. Orang memang dah start ramai, parking pun nasib baik lah dapat. Korang kene pandai-pandailah carik parking. Boleh parking di area McD, Petronas atau Starbuck yang ada disitu. Tapi mostly memang akan penuh. Aku not sure boleh parking kat mane lagi. Double park under own your risk. Asalkan tak menganggu lalu lintas pengguna petro palm yg lain.

Sebab itu disuggestkan untuk datang lebih awal. Tak de lah korang pening kepala nak park kereta kat mane kan. 

Perjalanan ke peak boleh dikatakan hanya mengambil masa dlm lebih kurang tak sampai 15 minit. Cume tang mengahnya bile korang kena naik satu bukit yg bertar ni. Humakaii..teringat aku dengan bukit tonggek UiTM, haa lebih kurang gitew lah. Mengah jugak teman. Tapi x lama mane pun. Kejap je. Lepas tu dah start memanjat batu-batu. Kena hati2 tau, batu-batu nye tajam. Seluar aku selamat terkoyak segitiga kene siat dek batu ni. Luka sikit lah peha aku. Nampak berparut dah. Jatuh nilai hantaran kawen Cik CT. Hahahaha.

Bile aku panjat Guling Ayam ni kan, aku terimbau kenangan panjat Bukit Tabur. Lebih kurang gini lah. Guling Ayam ni kire macam anak menakan, ke cucu. Kiri kanan jurang. Extra carefull. Jangan langkah. Kalau lah jatuh...huhuhu..mintak lah dijauhkan.

Ape2pun hati-hati.

Time kitorang naik tu tak ramai mane pun org. Kire okay lah. Tak de lah crowded sgt atas tu. Nak bergambar pun x kene tunggu turn lama. 

Vieww Guling Ayam? Memang ohsem!! Kita disajikan dengan pemandangan 360 darjah yg mengasyikkan.

Nampak view Bukit Tabur tau.

Puas hati lah.

Lame jugak lah kami kat atas tu. Around pukul 9 camtu kami decide untuk turun. Sebab kami akan ke destinasi seterusnya pulak. Nak tahu ke mane? 

Next entri k.

Jom kita layan dulu gambar2 kenangan yg sempat dirakam tempoh hari


Suka sangat dengan gambar ni tau.


Ini lah bukit yg aku cakap tu. Time turun kene hati-hati tau. Licin.


Geng Pendaki Muka Pinggan @ Leha Hikers







Depa kate puncak depan tu Bukit Tabur.


Follow je jalan depan tu sampai ke atas



Bersama Parapika di puncak Guling Ayam





After 9 monthssss

Wei..lamenye tak menulis..Huhuhu.

Last entry 04 Mac 2021. La ni dah bulan November. so, almost 9 bulan lah blog Cik CT ni berhabuk.

Well, mcm biasa lah tahun 2021 kan PKP, duk merap je lah kat rumah. Alhamdulillah bulan 10 finally dapat jugak pulang ke kampung. Almost setahun jugak lah tak balik kampung di sebabkan pandemik ni. Raya tahun ni pun tak balik tau. Hopefully raya next year dapat lah balik beraya kat kampung.

Sudah-sudahlah PKP tu. Masing-masing pun dah fully vaccine. So, now tanggungjawab diri sendiri untuk memastikan wabak ni tak merebak. Penat lah mengadap PKP ni. Lame2 muak dah tau. 

Sepanjang dah boleh merentas ni, actually banyak lah jugak aku berjalan. Hiking. Makan-makan. Tengah boleh merentas better lah p mane ko nak p. Balik kampung ke, holiday ke. Risau silap-silap tahun depan gomen tarik balik kebenaran rentas negeri.

Bukan boleh caya sangat gomen skang ni. Kes naik nak lock down. Kalau nak lock down tu lock down lah betul-betul kan. Ni hangat - hangat taik ayam memang tak jadik ape lah.

Ehh..teremok pulak Cik CT. Hahaha, Bukan ape, Cik CT dah penat lah. 


Thursday, 4 March 2021

Shopee Haul 4.0

Hai gaisss....

Bertemu kembali dalam Shopee Haul 4.0

Kali ni ape pulak Cik CT beli ek..??

Cik CT beli face mask...Tadaaaa


Beli kat Shopee je gaiss. Murah pun murah gais. Sekarang ni face mask senang je nak dapat. Murah pulak tu. Kalau dulu, time mula-mula Covid punye lah payah nak cari face mask wei. Kalau ade pun harga boleh cecah RM45 sekotak. 

Come on...Cik CT tahu lah, sebab Cik CT purchaser untuk company Cik CT. Hehehe. Sampaikan kitorang kene carik supplier from China. Time tu memang facemask import from China. Susah pulak tu nak dapat. Well, semua orang wajib pakai facemask tume tu. So, permintaaan memang sangat tinggi lah.

Time tu korang perasan kan, face mask cume dalam warna biru je. Medial purpose. La ni dah banyak orang produce face mask. Macam-macam design ada. Macam-macam color pun ade. Dulu ade dua jeni face mask iaitu ear loop dan juga tie on. Ear loop ni yang kite duk sangkut di kedua belah telinga. Tie loop pulak kite ikat di belakangnya. Sekarang dah upgrade ade extension untuk yang gune ear loop.

Macam ni rupenye extension tu.

Design jenis ni mak Cik CT yang kait. Dalam waktu PKP tempoh hari dari tak de buat ape kat rumah, dia start hobi mengait die. Cik CT jarang gune sebab....lagi satu dah advanced la ni dah ade yang head loop. Ko sarung je terus kat kepala. Cik CT jarang dah gune yang ear loop tu sebab tu jarang guna extension ni. By the way, extension ni melambak ade di jual kat luar. Kat Shopee pun ade. Order je lah.

Berbalik semula pada Shopee Haul 4.0-Face Mask, kali ni Cik CT nak pakai semula yang jenis ear loop. Dah lame tak pakai jenis yang ni. Lagi satu murah sikit compare dengan head loop. Shopping kali ni Cik CT beli dua warna iaitu Apple Green dan juga Hot Pink. Cantik kan...


Hot Pink ❤


Apple Green 🍏

Nice kan. Harga pun murah. Facemask Hot Pink berharga RM6.99 untuk 50 pcs dan jugak RM5.12 untuk Facemask Apple Green, untuk 50 pcs too. With free shipping. So, Cik CT cuma perlu bayar hanya RM12.11 untuk 100pcs facemask. Murah bukan...


So gaiss..ape tunggu lagi. Beli jer lah. Oh ya, yang ni tak didatangkan dengan kotak. But its okay, kotak facemask dalam rumah ni pun dah melambak dah. Hahaha.


Beli tau gaisss... 😍😍

Saturday, 27 February 2021

Shopee Haul 3.0

Hi.. Assalamualaikum..

Kembali semula kite ke Shopee Haul 3.0 Cik CT. Hahaha. Actually, bukan 3.0 pun. Dah berkali2 dah aku shopping shopee ni. Kuikuikui.


Well, bile duduk rumah x buat ape, jari jemari ko tu gatal lah duk scroll ape yang ade kat shopee tu. Relaks je masuk cart, tibe masa check out.


So, baru semalam aku check out essential oil. Hahaha. Aku memang kerap bakar essential oil dalam bilik ni. Alah, nak bagi ketenangan dan bilik bau wangi. Barulah best tido. Kali ni aku beli sampai 10 botol kau.. ameekaww. Aku beli from seller yang berlainan tiap kali aku check out. Kene pandai carik yang murah lah. Godek punye godek dapat harga satu bottle cuma RM1.50. Murah gaii, selalu aku beli dengan harga RM2.50 satu botol. Ehh, bila dah murah ni apalagi rembat ahhh. Semua jenia bau aku rembat. Aku amik setiap jenis bau satu satu. Nak try semua bau.











Semalam aku order, hari ni sudah sampai. Fuhh, fast delivery giler. Nice packaging dan dapat percuma satu botol. Yeeha...

Tadi aku try yang free, Rosemary. Not bad ahh bau die. Bestt. Tapi sygnya aku punye lilin dah habis stock. Esok aku keluar aku beli sat kat Daiso. 


Biasanya aku bakar guna lilin. Tapi lately ni jugak aku beli dah diffuser oil ni. Murah pun murah. Kat shoppe jer. Tak silap aku dalam RM11.90. Actually comel je. Kire sesuai lah untuk letak dalam bilik. Nak beli yang Living Young tunggu lah den mampu. Hahahaha.


So, total i berabis untuk essential oil ni cuma RM15 with shipping free. Hehehehe...

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...