Monday, 19 October 2015

Sultan Mahmud Mangkat Di Julang

Aku ingatkan cerita klasik dulu-dulu mengenai kisah seorang perempuan mengandung yang mengidam nak makan seulas nangka lalu dibunuh oleh seorang sultan adalah sekadar dogengan belaka. Namun, rupa-rupanya kisah ini ternyata benar belaka. Menjadi salah satu peristiwa tragis yang berlaku pada zaman kesultanan Johor khususnya di Kota Tinggi.

Hurrmmm...Aku kat opis hari ni rajinlah pulak nak meng"google" tentang salasilah kesultanan Johor. Iyer lah..aku pun tertanya-tanya betul ke kerabat di raja Johor yang ada sekarang ni datangnya dari keturunan lanun. Dalam tengah-tengah mencari tu, barulah aku terjumpa artikel mengenai seorang raja yang sanggup membunuh rakyatnya gara-gara berang hanya disebabkan rakyatnya makan seulas nangka dari kebun istana.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Pilu ketika hujan panas hampir reda itu sangat menggemparkan, selain sultan, beberapa orang pengiring baginda turut ditikam oleh Laksamana Bentan yang hilang pertimbangan kerana terlalu marah, setelah isteri beliau yang mengandung anak sulung dihukum bunuh atas arahan sultan, hanya kerana mengidam makan seulas nangka yang diambil dari taman diraja. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud ibni Almarhum Sultan Ibrahim Syah, Sultan Melaka terakhir ( 1488-1511) , yang mana putera kedua baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Johor I pada tahun 1528 dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Selepas peristiwa tahun 1699 itu, Kesultanan Melayu Johor telah diambil oleh Keturunan Bendahara (1699-1816), kemudian beralih tangan kepada keturunan Temenggung Abd.Rahman Sultan Johor Riau (1816), dan diwarisi oleh Sultan Mahmud Iskandar, Sultan Johor yang sedang bertaktha pada hari ini.
 

Perihal tragedi yang menimpa Sultan Johor yang masyhur ini, telah diceritakan terus menerus, lepas satu ke satu generasi sampai ke hari ini. Selepas hampir 4 kurun peristiwa ini berlaku, kisah Sultan Mamud mangkat dijulang ini masih menjadi kisah yang sangat diingati oleh penduduk-penduduk asal Kota Tinggi, lebih-lebih lagi orang-orang keturunan Bentan sendiri masih takut terkena sumpah jika memijak tanah Kota Tinggi. Catatan sejarah Johor purbalaka ada meriwayatkan tatlaka hujan panas mulai turun mencurah-curah pada hari Jumaat dalam tahun 1699, orang-orang besar Istana telah melarang Sultan Mahmud II, daripada menunaikan sembahyang Jumaat di masjid yang terletak tidak berapa jauh daripada istana baginda. Cakap-cakap orang telah sampai ke pengetahuan Datuk Bendahara Tun Abd.Majid, bahawa Laksamana Bentan( Megat Seri Rama) yang baru pulang daripada mejalankan titah sultan menghapuskan lanun-lanun di kepulauan Riau telah mengetahui perihal kematian isterinya ( Dang Anum) yang sedang sarat mengandung sulung itu. Datuk Bendahara khabarnya telah mengadap baginda dalam keadaan basah kuyup untuk menyampaikan rasa tidak sedap hatinya dan menasihatkan baginda supaya tidak keluar daripada Balai Rong seri sebagaimana kebiasaaannya. Baginda juga telah diberi ingatan oleh Bendahara supaya berhati-hati dengan menambahkan bilangan pengawal di-Raja semasa berangkat menunaikan sembahyang Jumaat.
Hujan panas masih belum reda, tatkala Sultan Mahmud Syah II berkira-kira untuk berangkat meninggalkan istana buat kali yang terakhir, seorang pengiring baginda telah datang dan menyembahkan sebilah keris untuk dipakai oleh baginda sebagai langkah berjaga-jaga. Baginda turun dari istana dan memasuki usungan yang diangkat oleh empat orang pengiring dengan dikelilingi oleh ramai pengawal istana. Di pertengahan jalan hujan mulai teduh, tetapi masih renyai-renyai, awan agak mendung dan mentari beransur-ansur hilang di balik awan yang muram seolah-olah sedang beradu. Sebagaimana minggu-minggu sebelum itu baginda akan diturunkan agak jauh dari masjid tetapi pada hari Jumaat yang malang itu, pengawal-pengawal istana baginda berkeras mahukan baginda diusung hingga ke tangga masjid dan di saat-saat akhir hayat baginda pun tiba, Megat Seri Rama telah hilang siumannya, hanya menanti masa untuk menuntut hutang darah,

 

Tatkala sultan hampir dengan tangga masjid dan masih lagi di atas usungan, Megat Seri Rama dengan tanpa berlengah lagi menerkam dan menikam baginda tepat pada perut sultan, darah merah pekat membuak-buak membasahi pakaian baginda sultan dan menitis jatuh di atas tanah, beriringan dengan titis hujan air hujan yang membasahi bumi. Sebuah keluhan pilu kedengaran. Baginda mengerang kesakitan, bisa keris yang telah diperasap limau pantas menyelinap ke segenap urat saraf Sultan Johor yang malang itu. Megat Seri Rama bagaikan dirasuk, habis pengawal diraja ditikam, orang ramai yang datang untuk bersembahyang Jumaat pada hari itu bertempiran lari menyelamatkan diri. Di saat sakaratulmaut sudah menghampiri, Sultan Johor, Sultan Mahmud II sempat mencabut kerisnya dan melontarkan ke tanah terkena hujung ibu jari Megat Seri Rama. Demi kedaulatan raja yang tinggi, luka yang sedikit itu meninggalkkan bisa yang bukan kepalang. Laksamana Bentan sempat mengerang hanya seketika sebelum jatuh menemui ajal tidak lama kemudian. Sumpahan seorang sultan yang penuh daulat " Aku sumpah tujuh keturunan Bentan akan muntah darah kalau pijak bumi Kota Tinggi" . Baginda mangkat sebelum diturunkan di atas usungan.

Kisah sedih ini tercatat dalam Sejarah Johor oleh Tun Sri Lanang sebagai " Sultan Mahmud Mangkat Dijulang" Baginda mangkat dalam usia yang muda dan menaiki taktha pada tahun 1685. Kemangkatan baginda yang tidak meninggalkan zuriat menyebabkan pembesar Johor pada masa itu bermaufakat untuk melantik Bendahara Tun Habib Abd.Majid menjadi Sultan Johor yang baru dengan gelaran Sultan Abd.Jalil IV ( 1699-1718) dan semenjak itu berakhirlah titisan zuriat Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka yang mengasaskan kesultanan Johor semenjak 1428.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah ni aku copy paste dari beberapa blog yang bercerita mengenainya. Tak sangka ye ade jugak peel sultan yang macam ni. Kalau sultan yang betul-betul berjiwa rakyat dan berhati nurani takkan tergamak nak menitahkan perintah dan arahan sedemikian rupa kan. Hanya disebabkan seulas nangka dua nyawa yang tidak berdosa terkorban. Ikut logik akal pun, kalau kita dengar salah seorang ahli keluarga kita ditahan atau dibunuh tanpa sebab yang tak munasabah kita sendiri akan mengamuk dan marah. Cuma, tahap kesabaran dan keimanan kita yang akan menghalang kita daripada melakukan perkara seperti yang dilakukan oleh Megat Seri Rama itu.

Agak-agaknya, kesultanan sekarang ni ade yang macam ni ke? Hehehe..Harap-harapnya tidaklah kan. Nauzubillah..Hanya Allah yang berhak menentukan bila masanya nyawa hambaNya ditarik balik. Wallahualam Bissawab...

Saturday, 17 October 2015

Pagi Sabtu Cik CT

Assalamualaikum....

Weekend yang agak membosankan. Pagi-pagi lagi Cik CT dah kene bangun. Kalau time-time macam ni, selalunya Cik CT masih lagi sedang lena diulit mimpi nan indah. Ini semua disebabkan kes paip rumah sewa Cik CT bocor. Kerja baik pulih sedang dijalankan.

Mengantuknye rase...lepas settle sume ni Cik CT nak sambung tido semula. Hehehe....

Hurmm...ape yang ingin dilakukan minggu ini ya???

Sudah pastinya hari Sabtu Cik CT hanya dihabiskan dirumah menunggu contractor jalankan tugas mereka. Mane boleh sesuka hati keluar tinggalkan rumah. Giler ko...buatnye dilakukan ape2 pada rumah kami ni tak ke naya tu..dah lah habis digerudinya rumah sewa kitorang ni. Mujurlah, di atas keizinan tuan rumah sendiri kerja pengubahsuaian ini dilakukan. Kalau kami pandai-pandai buat keputusan sendiri mahunye mengamuk tuan rumah. Apa yang Cik CT lihat memang fully berubah system piping rumah ni. Cmner lah gayanye situasi air rumah kitorang lepas ni. Harap-harapnye bertambah baik la kan.

Hishh..berdebarlah pulak rasenye. Takper lah, paling kurang masalah meter berpusing laju dah selesai. Tapi bile Azura cakap kemungkinan aliran air lepas ni agak perlahan meresahkan hati Cik CT. Dah lah aliran air rumah sewa kitorang ni sentiasa tip top. Laju bukan main. Sampaikan tak sedar yang bil air melambung. Hahahahahaha....so, lepas ni kene lah biasakan diri dengan aliran air yg agak perlahan....tapi harap-harapnye tidak lah...semuanye macam sedia asalnya lah....

Hurmmm....nampak gaya kerja baik pulih ni mungkin akan membawa sehingga ke petang. Huhuhu. Macam mane ni. Memang sah lah hari Sabtu Cik CT kali ni hanya dihabiskan dirumah. La ni, mereka sedang buat piping baru untuk bahagian dapur dan bilik air bawah. Bahagian atas mungkin dah settle la kot...kipas belum pasang yang baru lagi. Tangki pulak tak tahu lah dah dibersihkan ke atau pun belum. Nampak gaya contractor ni perlu menerangkan serba ringkas system piping rumah yang baru ni. Sebab Cik CT peratikan banyak pulak kepala paip dipasang. Hahahahaha......

Okay lah..rasenya cukup sudah bebelan Cik CT pagi Sabtu ni. Nanti Cik CT update wajah baharu piping system Tentoobie yaa.....

Daaa...:)

Friday, 16 October 2015

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti.


Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95.

Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan serumah yang lain terganggu taww...Tentoobie taa kuuadd!!!. Lepas satu, satu masalah lagi yang timbul. Lepas setel kes sinki, datang pulak kes bil air ni ha..Dalam masa yang sama kipas siling pulak jatuh..Aduuhaiii....

Keesokkannya Cik CT decide untuk call Syabas. Punyerlah lama menunggu nak bercakap dengan customer service Syabas. Sokmo busy je depa tu. Akhirnya, dapat lah jugak Cik CT bercakap ngan depa setelah beberapa kali mendail. Namun jawapan yang diberi tidak cukup menggembirakan hati Cik CT ni haa. Bukan salah meter dan bukan di bawah kawalan Syabas kalau berlaku sebarang kebocoran paip di dalam rumah. Pegawai Syabas advise kami untuk panggil pihak plumber datang buat piping checking. Sama ada betul atau tidak ade leaking. Katanya lagi, kalau meter berpusing dengan laju tandanya memang ade kebocoran paip lah dalam rumah tu. Tak dapat nak disangkal lagi dah. Lainlah kalau meter tak bergerak atau tersangkut. Yang tu baru betul salah meter. Huhuhu...

Dipendekkan ceritalah yer...Cik CT, Ina dan Arina buat pemeriksaan di beberapa bahagian rumah sewa kitorang sehari selepas itu. Setelah beberapa minit kami menjadi Detective Conan tak bertauliah mencari punca meter air bergerak dengan lajunya kat luar tu, akhirnya kami menemui beberapa kesan terdapatnya rekahan air di dalam rumah sewa kitorang. 

Hasil siasatan dan tinjauan kami seperti gambar-gambar dibawah ini...


Yang ni kat toilet tingkat bawah.


Pun kat tingkat bawah ni.


Yang ni lah yang nampak paling obvious. Kitorang rase punca terbesarnya datang dari sini. Tak silap kitorang, dalam ni adalah saluran paip air dari luar nak naik ke tangki bilik atas. Bile kitorang pegang dinding tu memang rasa lembap dan basah.


Ni pulak dalam bilik medium. (Bilik yang kipas silingnya jatuh tu) Cik CT rasa maybe kat sini terletaknya tangki air yang lagi satu tu.

Huhuhu....On the spot malam tu Cik CT terus send gambo-gambo ni pada tuan rumah. Owner just inform akan panggil plumber datang checking. Alhamdulillah, owner willing to tanggung semua kosnye. (Iyalah..rumah dia kan..mestilah die yang kene setelkan semua ni). Sabtu tu agent rumah kitorang datang dengan plumber sekali buat checking. So, Cik CT tunjuklah part mane yang ade leaking. Inform sekali pasal kipas siling rumah jatuh..Klik Sini
 
So, kerja baik pulih akan dilakukan pada minggu depannya, Sabtu (esok pagi). Mudah-mudahan lepas ni semunya akan berjalan dengan lancar. Kembali seperti sedia kala. Ohh, berkenaan dengan bil air ni. Nampaknya owner tak sudi nak tanggung jumlah bil tu. Erti kata lainnya, kami lah warga Tentoobie ni ha yang perlu mengeluarkan duit untuk bayar bil ni. Hukhukhuk...Try lah call Syabas mintaklah belas ehsan kot-kot boleh kurangkan jumlah bil ni. Namun, sekali lagi hampa bila Syabas kata memang tak ada diskaun dik untuk bil yang disebabkan kebocoran paip dalam rumah. Hisshhh...sabo jer lah...

Makanya,


Melayang-layang lah duit kami bulan ni....Hukhukhuk....Kita tunggu bil bulan ni plak macam mane gayanye nanti....

Salam Maal Hijrah 1437H

Assalamulaikum...

Rasenya tak terlalu lambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1437 bersamaan 14 Oktober 2015 (Rabu) kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk terus bernafas di tahun baru Islam ini.

Moga-moga tahun baru ini memberi kita semua kehidupan yang lebih dirahmati dan diberkati olehNya. Bersama-sama kite berhijrah ke arah kebaikan dan menjauhi segala yang dilarangNya. Jadikan sejarah penghijrahan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai bimbingan dan panduan untuk kite terus hidup dibawah perlindungan dan rahmatNya.

Untuk info, tema Maal Hijrah pada tahun 1437H adalah kekal seperti tahun lepas dengan tema “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”


Lirik Lagu Maal Hijrah (1 Muharram) – Al Ajiba

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

[Chorus]
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

[Ulang chorus]
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

[Ulang chorus 2x]
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

Tuesday, 13 October 2015

Hujan Lebat

Wa..wa..wa...

Cik CT nak balik rumah. Tapi hujan masih lebat lagi. Macam mane ni? Jam pun sudah menunjukkan pukul 06:40 petang. Pukul 7 nanti Cik CT nak tengok drama Hello Mr Perfect. Nak tahu ape kisah Aliya dan Izzul yang seterusnya. Huhuhu...Cik CT nak balik rumah...

Nampak gaya memang lambat lah hujan kat luar ni nak reda. Silap-silap lepas Maghrib baru Cik CT balik ni. Nak redah je hujan ni tak boleh. Cik CT ni bawak motor. Confirm basah lencun kalau Cik CT degil nak redah jugak. Dah lah tak bawak baju hujan. Huhuhu. Sabo jer lah ye....

Cik CT masih lagi di office. Actually, ader je kerja yang Cik CT boleh buat. Memang tak la kan kalau Cik CT rajin pulak nak siapkan koje-koje ni. Hahaha...Time office hour barulah buat ekk..La ni bukan time office hour da. La ni time Cik CT balik rumah. Mandi..nak makan.. Cik CT lapar ni. Hukhukhuk...Sedihhhh...

Hujan...please, reda lah kamu...saya nak balik rumah ni...TT



Cik CT sedang menuggu hujan berhenti...
Nampak gayanye hujan sudah berhenti..ayuhh!!kita balik....

Monday, 12 October 2015

Mengapa Sukar Untuk Setia

Mengapa Sukar Untuk Setia...

Ku sangka hadir mu membalut luka ku
Tapi luka ku makin parah
Ku sangka bahagia bersama mu
Sebaliknya sakit hati ku
Lidah tak bertulang
Pandai bermain kata-kata
Sikap manusia pandai berpura-pura

Mengapa sukarnya untuk kau setia pada ku

Sedangkan dulu engkau pernah
Melafazkan cinta mu
Sambil kau berjanji membalut luka ini
Dan hidup bahagia
Mengapa kau
Kau dustai ku yang setia pada mu sayang
Mengapa kau tidak menghargai cinta
Dan kasih sayang ku terhadap mu
Ubahlah sikap mu insaflah wahai sayang ku
Tak guna menyesal bila balasan tiba

Ku bermohon pada Tuhan merawat luka

Agar jiwa ini
Kembali bahagia
Setelah engkau melukai




Review:

Mengapa ade sesetengah manusia tidak pernah untuk setia pada manusia yang lainnya. Sukar sangat ke untuk setia pada seseorang. Mengapa tak pernah untuk menghargai sesuatu itu bila ianya ade di depan mata? Mengapa bila sesuatu itu telah tiada barulah terhegeh-hegeh untuk menghargainya. Hurmmm, itulah fitrahnya si manusia. Bila dah tiada barulah nak dikenang-kenang. Barulah nak dihargai. Mengapa?? Mengapa???

Jejak JDT (Part 2)

Assalamualaikum...

Bertemu kite kembali dalam entri Jejak JDT bahagian yang kedua. Dimana ye kite 'pause' tempoh hari??? Klik sini

Hehehe..Nasi bontrot atau lebih dikenali dengan nasi berkat. Hurrmm..tak pasti lah sama ada sakit perut yang dialami kitorang ni datang daripada nasi kenduri kawen tu atau tidak.

Kite beralih dulu pada perjalanan kitorang yang seterusnya. Dalam lebih kurang pukul 3 lebih kami gerak balik ke JB. Kami menuju ke hotel Golden Leaf yang lokasinya terletak di area Skudai. Dekat dah dengan pintu masuk utama UTM. Proses searching dan booking semua sudah dilakukan oleh Amy awal-awal lagi. Die lah yang buat survey hotel-hotel budget yang ade di area Skudai tu. Dan akhirnya, Golden Leaf Hotel menjadi pilihan Amy untuk kami bertiga menginap semalam. Okay lah dengan harga RM85 semalam untuk tiga orang duduk. Ada satu katil saiz king yang boleh memuatkan dua orang tidur dan sebuah katil single. Boleh lah kan. Murah pun murah. So, ape yang kami expect kan sangat kalau masuk bilik hotel RM85. Asalkan dapat kami berteduh tu kira cukup baiklah. RM85 divide by three, so seorang keluar duit dalam RM28.30. Selesa pun selesa. Ade aircond, bilik air pun bersih. Just deko dalam bilik tu dan lorong sepanjang nak ke bilik hotel nampak tak berapa nak elok dan boleh aku katakan menakutkan jugak. Hehehe...



Inilah hotel yang kami bertiga menginap untuk semalam tu. Awal-awal lagi, kehadiran kami telah dialu-alukan oleh seekor anjing. Hahaha...

Masing-masing kepenatan...dan tak sabaq nak melantak nasi kenduri. Iyelah, masing-masing belum makan tengah hari. Last makan pun mase dorang sampai rumah aku pagi tu. Lepas prosess check in kami menuju ke bilik hotel kitorang. Masuk-masuk je terus menghenyakkan badan masing-masing ke atas katil. Empuknya...Bebel lah jugak sebarang dua tiga minit melihatkan keadaan bilik tu. Tapi kire okay lah tu. Aku yang sememangnya dah lapaq ni terus aje ajak depa berdua makan. So, makan lah kami bertiga nasi bontrot tu. Nyummm..nyumm..sedap jugak...

Selepas masing-masing dah memenuhkan perut yang sebelum ini kosong..ape lagi...mase untuk melanding lah..."Landing Time"..So, kami decide nak keluar after Maghrib. So, kitorang tidur lah dulu...Tak sampai beberapa minit, masing-masing dah di lamun mimpi nan indah. Kroiihh...Kroiihh..Kroihhh...

Dalam pukul 6 lebih, aku dah bangun sebab aku perasan aku tak solat Asar lagi. Sampai-sampai hotel je tadi terus mentekedarah dan membongkang. So, aku ambil wuduk dan solat Asar. Depa berdua still tidoq lagi. Nyenyak nampaknya depa berdua. Penat sangat tu. Nak dikejutkan pun rase macam kesian lah pulak. Hehehe...After solat tu aku duk lepak-lepak tengok tv. Sementara nak tunggu masuk waktu Maghrib. Kitorang buat jamak je.

Amy dan Norma bangun...Depa bergilir-gilir masuk bilik air membersihkan badan. Kitorang nak start dah ni JJCM di bandar JB. Hehehehe...Lepas masing-masing dah solat jamak, dalam pukul 8 malam kitorang otw ke bandar JB. So, first destinasi yang hendak dituju ialah Plaza Larkin. Kitorang nak makan kacang pool yang femes di bandar JB tu. Tapi saiiyyangg.......Plaza Larkin dah tutup. Punyelah hampa perasaan dan hati masing-masing. Dah lah abang Waze bawak kitorang jalan yang jauh. Entah mane lah die bawak kitorang masuk. Hampeh betol abang Waze ni tau. So, dengan hati yang agak kuciwa sebab tak dapat makan kacang pool, kami membawa diri lah pergi ke Dataran Johor Bharu. kat situ pun ade tempat-tempat makan. Ala-ala food truck. Steamboat lah yang paling banyak. So, kitorang bertiga terus menuju ke Dataran JB. Sampai-sampai je dah dapat parking. Alhamdulillah, dipermudahkan. Masuk area steamboat, memang orang dah sedia ramai. Alamak, ade ke tempat untuk kitorang makan ni. Huhuhu..Sedeh...Alhamdulillah, kitorang jumpe jugak satu meja yang baru dikosongkan. Syukurrr....

So, prosess membeli juadah untuk dinner kitorang bermula. Malam ni kami makan steamboat uolllss...Hehehe...Aku dan Amy duk usha-usha beberapa food truck yang menyediakan steamboat. Banyak betol. Noma pulak jage meja. Akhirnya, aku dan Amy pilih steamboat yang berdekatan dengan meja kitorang. Rambang mata dibuatnya bila nak pilih steamboat tu. So, kitorang amiklah yang sepatutnya. Jangan tamak haloba tau..nanti tak habis. Hahaha...Dinner kami malam tu bukan setakat steamboat je tau...Kami order jugak tauhu bakar dan rojak buah..Nyumm..nyummm...



Nyumm.nyummm..sedapnye..Tak silap aku total harga steamboat yang kitorang amik ni lebih kurang dalam RM25. Okay lah tu kan....Kuah pulak, ade kuah kacang dan kuah pedas. Boleh tahan pedas kuah-kuah ni. Dan saiiyyangnye, Cik Noma kite tak tahan dengan kepedasan kuah-kuah steamboat tersebut. Kasihan die.



Kitorang order jugak tauhu bakar dan rojak buah. Tapi saiiyyyangg..Cik Noma kite jugak tak tahan dengan kepedasan kuah-kuah rojak die. Lagi sekali, kasihan Cik Noma kite tu. Huhuhu...



Di sebabkan tahap kepedasan yang tak boleh dihandle oleh Noma, habis air kami diminumnya. Kesian. So, Amy order kan untuk Noma, Cakoi Bakar special untuk die. Yeaah..yang ni boleh lah cik Noma kite makan. Walaupun lepas bebrapa kunyahan, baru lah die terasa kepedasannya. Iye lah Noma oii, depa gune kuah rojak yang same kot. Hahaha..Sah-sahlah memang pedas. Kihkihkih...Hissshh, Noma ni tak boleh cari jodoh orang Johor ni. Kecik nanti hati mak mertua kalau tak makan masakan die. Hahahaha....Tacing mak mertuanya nanti.

Apa-apa pun, dinner kitorang malam tu sangat yummmeeehhh baby.....Masih lagi terbayang-bayang keenakkan rojak buah dan kerangupan tahu bakar. Sedapnyeeeeee....


Wefie semestinya takkan ketinggalan bagi kitorang bertiga malam tu. Hehehehehe....

Lepas dah memanjakan perut masing-masing dengan makanan yang sedap-sedap, ape lagi dah sampai Dataran JB kan, tak sah lah kalau tak ambik gambar wefie kat jam besar tu. Hahahaha...


Sebagai tanda kenang-kenangan....

So, next destination???? Danga Bay...

Hurrmmm, aku yang dah lame tak turun JB ni agak terperanjat dengan perubahan yang berlaku terhadap kawasan sekitar Danga Bay. Korang bayangkan, kalau dulu di sepanjang jalan nak ke Danga Bay, kite akan disajikan dengan pemandangan laut Pantai Lido. Namun, kini tidak lagi. Habis kawasan sekitar Danga Bay telah ditambak dengan pasir. Dan tak silap aku, bakal didirikan sebuah bangunan di situ. Mungkin jugak Mall...Dan mungkin juga sebuah apartment mewah. Dan tak keterlaluan kalau aku katakan yang Johor akan betul-betul berdekatan dengan Singapura tak lama lagi. Silap-silap selangkah je diperlukan untuk ke Singapura. Hohohoho....

Okaylah, kite abaikan kemajuan yang sedang dibangunkan oleh kerajaan Johor tu buat seketika dulu. Kalau kemajuan yang dilakukan itu mendatangkan keuntungan dan kesejahteraan terhadap rakyatnya, aku bersyukur sangat-sangat. Aku sebagai anak jati Johor berbangga dengan ape yang dilakukan oleh mereka semua. Kalau sebaliknya, hanya Allah lah yang dapat memelihara kami semua daripada perkara yang tidak elok. Amiinn...

Apa yang kami buat di Danga Bay ni??? Dah alang-alang sampai kan, so kene lah masuk jugak. Actually, pada ketika ini Amy dan Noma sudah mula diserang sakit perut. Namun idoklah teruk mane. Bile rase sakit itu datang, toilet la yang depa cari. Hehehe....

Actually, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Danga Bay ni. Danga Bay jugak adalah salah satu tempat untuk warga-warga Johor bersantai bersama keluarga mereka di malam minggu. Selain daripada Dataran Johor Bharu. Malam tu tak berapa ramai orang. Kitorang bergerak menuju ke satu kawasan yang agak luas. Di situ terletaknya satu kenderaan berbetuk bulat. Aku tak tahu ape name bende alah ni. Nampak macam menarik. So, kitorang decide nak naik. Makk aiii, mase mula-mula naik tu asyik ketawa je kitorang bertiga. Meriah kawasan sekitar tu dengan suara gelak ketawa kitorang je. Kenderaan tu berbentuk bulat dan boleh dinaiki oleh dua orang dalam satu mase. Ade joystick disedikan untuk menentukan arah kanan atau kiri kenderaan itu. Memang aku dan Amy asyik ketawa je time mula-mula naik bende tu. Rase macam nak terbalik pun ader.  Tapi memang kelakar lah. Orang sekeliling duk tengok kami naik bende alah tu. Lepas tu, Noma pulak naik dengan Amy. Aku snap momen-momen dorang berdua. Lepas je kitorang naik kenderaan tu, berduyun-duyunlah orang lain nak naik jugak. Perghh, maknenye kami bertiga ni membawa aura keuntungan pada pengusaha permainan kenderaan tu pada malam itu. Hahaha...Seriously, kawasan yang agak sunyi pada mulanya akhirnya bertukar kepada kawasan yang agak meriah. Hahahaha....


Menatang ni lah yang kitorang naik tu. Lawak habis time tu. Sokmo gelak je kojenya. Mujurlah Amy expert mengemudi menatang tu. Hahaha..Caya lah Amy...


Wajah-wajah keterujaan masing-masing...



Actually, malam tu kitorang naik lagi satu mainan yang ade dalam taman tema tu. Ape entah namenye..Aku pun lupe. Videonye ade pade simpanan Noma. Nanti aku upload. Best sangat malam tu...Lame jugak kami habiskan mase kat Danga Bay tu. After dah puas kat Danga Bay, Amy ajak p Dataran Takhta Johor (Aku tak tahu name sebenar dataran ni). Kitorang kene buat u-turn sebenarnya untuk ke dataran tu. Malangnya, kitorang terlajak dari pusingan U tu. Makanya, kami dalam kesesatanlah. Tup-tup terus sampai ke pusat bandaraya. Then, tetiba je dah masuk ke Bazar Karat. So, nak tak nak destinasi seterusnya Bazar Karat lah. Hehehe...Dan di Bazar Karat inilah, kesakitan sakit perut yang luar biasa di alami oleh Amy. Macam mane Amy mengatasi rase sakit yang di alaminya itu? Dapatkah Amy melepaskan hajatnya? Dimana kah dan bagaimanakah? Aku dan Noma macam mane pulak? Tak rase sakit ke seperti yang di rasakan oleh Amy tu? Jawapannya akan diketahui di entri seterusnya, Jejak JDT (Part 3).

Sunday, 11 October 2015

Bila Kipas Jatuh

Ape reaksi korang bile tiba-tiba kipas siling rumah korang jatuh?? Confirm terkejut beruk kann.....jatuhnye pulak time korang tengah tido...pukul 3 pagi..mase tu kipas tengah ligat berpusing...

Confirm dalam kepala dah terbayang yang kipas tu akan mencantas semua bende yang berada disekitarnya. Ya Allah, tak terbayang rasenye kalau bende tu terjadi. Gile x gilenye...bilah-bilah kipas yang tajam boleh mencederakan kite. Silap-silap boleh membawa maut. Mintaklah dijauhkan.

Namun, itu lah yang terjadi kepada housemate Cik CT..Cik CT sebenarnya tak tahu pun kipas siling bilik depa bertiga jatuh. Cik CT dapat tau pun bile Cik CT nampak kipas tu ade dalam stor. Dalam hati tertanya-tanya "kipas sape plak ni..ehh, macam kenal lah kipas ni. Ni kipas bilik sue ni". Pastu terus Cik CT naik tingkat atas dan masuk bilik sue. Ternyata dah tak ade kipas dalam bilik tu. Cepat-cepat Cik CT wassup sue tanya apa sebenarnya yang dah terjadi. Akhirnya die bercerita..yang kipas tu tetibe jatuh time dorang tengah tido. Bile dorang rase bahang panas baru lah depa perasan yang kipas dah x ade. Dah jatuh...mengucap panjang Cik CT. Depa boleh x perasan kipas tu jatuh. Betol-betol tido mati ni.

Cik CT tanya awatnye korang x kejutkan Cik CT ngan noma. Then, sue kate dorang x ape2. Just shocking je. So, taknak lah kecoh-kecoh. Mengucap lagi sekali Cik CT. Depa ni memang tau..boleh depa wat dek je...ishhh..sabo je lah.Alhamdulillah, depa bertiga x ape2. Xde sebarang kecederaan berlaku. Cume ina kaki die lebam sikit. Mungkin terkene kesan hempakkan kipas tu kot. Syukur sangat2...

Dah lah Cik CT tengah stress dengan keàdaan rumah la ni. Ade kebocoran dalam paip rumah sewa kitorang. Bil air bulan lepas melambung-lambung tingginye. Ditambah pulak dengan kipas siling yang jatuh membuatkan stress Cik CT bertambah2. Mujurlah, tadi agent rumah datang bersama-sama dengan plumber check paip. So, Cik CT inform lah terus pade Christina tu. Geleng kepala die. Ape lah uolllss dah buat dengan rumah ni. Ehh, bukan salah kitorang pun. Kipas tu memang dah nak jatuh kan. Hehehe...its miracle bile takde bende yang buruk terjadi bile kipas tu jatuh. Ikut logik, memang kesan kipas tu jatuh akan memberi kesan buruk kepada sesiapa yang berada dibawahnya. Iye lah, kipas yang tengah berpusing laju tetibe jatuh. Bak kate cik noma kite mungkin kipas tu tak terus jatuh tapi kipas tu dah sedia perlahan bile wayar yang menghubungkannya hampir nak tercabut. Maknanye bekalan lektrik dah stop kat situ. Payah plak nak explain. Hahahaha..yang penting dorang selamat kan.

Actually, kipas siling bilik tu memang dah lame camtu. Bunyi pun dah lain macam. Kriukk..kriukk...kriukkk...kadang-kadang bunyinye boleh dengar sampai ke luar rumah. Mase duduk bilik tu dulu dengan watif, memang dah cakap awal2 dengan watif supaya mengucap dua kalimah syahadah sebelum tido. Kot-kot kipas ni jatuh menghempap kitorang berdua. Hahahaha...mujurlah x jatuh sepanjang kitorang duk bilik tu. Dan kebetulan nak dijadikan cerita kipas tu jatuh jugak....bende nak jadi kan...botak lah kepala tuan rumah bulan ni. Nasiblah kan...

Okaylah...isnin ni depa dapat lah kipas baru. Hehehehe....bile terpikir pasal bil air, ehhh sakit hati plak Cik CT. Nantilah Cik CT story pasal tu...

Maka, berakhirlah khidmat kipas siling tu untuk warga Tentoobie khususnye pada sue, ina dan juga arina....

Friday, 9 October 2015

Jejak JDT (Part 1)

Welcome to Johor buat Amy dan Norma!!!

Amy sudah semestinya dah expert dengan JB tu sebab dulu die blaja kat sana. UTM Skudai. Noma!!! Noma first time mai JB. Alhamdulillah, depa dua orang selamat jugak sampai ke rumah yus. Jumpe jugak kampung yus ye. Hebak mu dua orang. Hahahaha....

Jejak JDT nama entri ni di beri. Jalan-jalan makan angin sambil mencari dan mencuba makanan-makanan yang sedap yang ade di JB ni. Betapa dah lamenye aku tak turun JB sampai aku dah tak kenal jalan-jalannya. Mujur lah ade Amy dan juga abang Waze. Walaupun beberapa kali sesat akhirnya sampai jugak ke destinasi yang hendak dituju tu.

Okay lah...kite bermula jejak kite dengan cerita depa berdua mai rumah aku. Sampai jugak mereka ke rumah aku pagi tu dalam lebih kurang pukul 11.00 pagi. Depa dua orang mai rumah hari Sabtu. Kebetulan minggu tu cuti Raya Haji. Aku dah balik kampung dua hari lebih awal iaitu hari Rabu malam. Depa mesti nak beraya dulu kat kampung masing-masing kan. Kebetulan tujuan utama depa nk mai JB tu sebab nak pergi UTM Skudai...Norma nak amik certificate Master die. Berkurun dah tak ambil. Mujurlah tak dilupuskan lagi certificate Master cik Noma kite ni..Hahahaha...

Actually, hari Jummat, 25hb tu, rumah aku buat kenduri akikah untuk Ismail. My new anak sedara. Anak sendiri tak dak lagi, so anak sedara pun okay lah kan. Hahahaha...Busy rumah waktu tu..Ehhh...dah lain isinya ni. La ni nak story pasal Jejak JDT kami bertiga. Okay..okay..berbalik pada topik asal..Berpandukan abang Waze dan juga location yang aku share ngan depa berdua, maka sampai lah depa ke rumah aku. Dah sampai tu mestilah kene masuk dulu kan. Takkanlah nak terus gerakkan. Hehehe...Aku jamu dorang berdua dengan ketupat, lauk ayam masak merah dan kari kambing..lauk kenduri semalam. In sha Allah, elok-elok lagi makanan tu. Hehehe..Takkanlah aku nak nyaya depa dua orang plak kan. Aku kan sayang dorang berdua. Kalau sakit perut pun mestilah kene sakit same-same. Hahaha......

Dalam pukul 12 lebih, kitorang bertiga decide nak gerak otw JB. Actually, kami nak p Kota Tinggi dulu. Nak p kenduri kawen kawan Amy kat Felda Lok Heng Timur. Jauh jugak perjalanan dari Batu Pahat ke Kota Tinggi. Baik kitorang gerak awal. Aku tanya ayah jalan nak p Kota Tinggi tu. Ayah kate masuk je highway. Keluar susur Kulai. Takper..kalau sesat pun sesat dalam Johor. Takde lah plak kalau sesat tu boleh terus p Spore. Hahahaha...Pak Sarip ni la haiii....So, kami decide lalu ikut highway. Aku jadi co-pilot. Tunjuk jalan nak masuk PLUS. Aku bawak dorang masuk highway Simpang Renggam. Takkanlah nak patah balik masuk highway Air Hitam plakkan. Memang saje lah cari pasal. Hahaha..Noma duk belakang..kesian Noma nampak penat..

Alhamdulillah, dalam pukul 2 lebih kami selamat sampai rumah kawan Amy tu. Actually, time tu perut aku dah berbunyi mintak diisi. Aku tak jamah pun benonye makanan yang aku jamu dorang pagi tadi tu. Eksaited ko nak p JB. Hahahaha...Aku berdua dengan Amy je p rumah kenduri tu. Cik Noma kite nak duk dalam kete je. Katenya baju die tak proper nak p majlis kawen tu. Laaa..hang ingat yus ngan Amy ni properlah sangat pakaiannya. Hahahaha....Punyelah beriya-iya kitorang memujuk Noma masuk sekali rumah kenduri tu. Dan sudah semestinya, bile Noma tak nak buat sesuatu bende tu memang dia takkan buat lah. Sanggup tu berpeluh-peluh dalam kereta. Noma!!Noma!! So, kitorang tinggalkan Noma dalam kereta. Amy p belakang amik hadiah untuk pengantin. Maakk aiii Amy oiii...beratnye la hai hadiah hang ni. Rupa-rupanya dalam tu microwave. Padanlah berat semacam. Yang sadisnye, kami berdua duk lah mengangkat hadiah tu. Dah la rumah pengantin bawah bukit. Jenuh lah kitorang nak jaga langkah ni masa turun bukit tu. Mujurlah tak tergolek dok kat situ. Kalau tak jadi bahan tontonanlah kami. Yang tak bestnye tu, boleh lak tak de sape yang dengan rela hatinya nak tolong kitorang angkat hadiah tu. Depa ingat kami ni wanita-wanita yang sasa lagi sado kot. Hahahaha...Sabo jer lah.

Ramai orang dalam majlis tu. Mase tu pun pengantin lelaki dah sampai. Mase depa untuk duduk bersanding. Ingatkan kami dah lambat. Boleh lah kot Amy sembang lama sikit ngan kawan die tu kan. Tapi nampaknye pengantin busy. Confirmlah pengantin busy. Mane de pengantin yang tak busy. Busy nak senyum sokmo. Hahaha...Aku dan Amy tak makan pun...Kami berdua just amik cendol...Baq hang!!sedap naww cendolnye...ade rase jagung..ehh..rase durian lah. Aku tak tahu lah rase ape tapi yang penting cendol tu memang sedap. Nak amik semangkuk lagi. Tapi mengenangkan yang cik Noma kite dalam bahang kepanasan kereta maka kami berdua terpaksa bantutkan niat nak menikmati semangku dua lagi cendol sedap tu. Kesian Noma nanti....Hahahaha....

Tertunggu-tunggu jugak kot-kot ader lah bontrot (nasi berkat). Boleh lah buat bekalan makanan tengah hari kitorang bertiga. Duk jeling-jeling pakcik makcik yang ade kat situ. Dalam hati berkata "Dorang tak nak bagi kitorang nasi berkat ke..lapaq ni..". Alhamdulillah, rezeki kami bertiga ade hari tu. Berkejaran pakcik tu ke kereta kitorang nak bagi nasi berkat. Yesss...jimat duit. Empat bungkus uolllss weeollsss dapat bontrot. Hahaha...Namun, disitu lah bermulanya dugaan dan cabaran yang hebat dalam Jejak JDT ini.

Nak tahu ape cabaran dan dugaan yang kami hadapi??? Tungguuu!! Jejak JDT (Part 2), itu jawapannya. Hahaha...


Segalanya mungkin bermula di sini.....

Sayang Tentoobies (Part 2)

Norma Liyana Bt Omar

Teman sebilik..Teman sekatil...Teman sepinggan...Teman bergurau-senda...Teman gaduh-gaduh manja...Teman pusing-pusing KL...Banyaklah jenis teman yang dapat aku tujukan khas untuk Cik Noma kite ni. Nama manja di beri Cik Nom atau abam Nom. Sebab apa abam? Sebab die lah yang paling besar antara warga-warga Tentoobies yang lain. Hahahaha..(gelak jahat sikit..) Orangnya "cute mute" giteww. Baik hati...pemurah...suka buat lawak dan suka bawak aku dan member-member serumah yang lain jalan-jalan. (Supir Tentoobies).Hehehehehe...

Orangnya happy go lucky..relaks..dan cool. Apa yang dapat aku komen pasal Noma ialah dia seorang yang caring dan concern pada kawan-kawannya. Kalau ade ahli Tentoobie yang berada dalam masalah, Noma sedia untuk membantu. Jenis yang bukan berkira. Sokmo belanja kitorang makan. Katanya "kan elok berkongsi rezeki. Dan doakan aku di murahkan rezeki lagi". In sha Allah, Noma...Aku senang sangat berkawan dengan Noma. Bersyukur sangat dipertemukan dengan seorang rakan yang cukup ambil berat tentang kawan serumahnya yang lain. Kalau nak ke mana-mana, ade masalah ke, Noma lah orang yang akan kami cari. Hahahaha....Contohnya, kalau nak pergi Mydin beli barang-barang dapur ke aku ajaklah Noma. Sebab Noma sorang je ade kereta. Hihihi..

Umur Noma ialah 26 tahun. Dulunya bekerja sebagai programmer di Subang Jaya Medical Center. La ni dah pindah tempat kerja dah. As a programmer jugak di Media Prima. Mase mula-mula Noma masuk kerja situ punyelah excited kitorang nak mintak Noma sampaikan salam-salam pada retis-retis. Hahaha.. Motif sangat tawww....Takde maknenye. Bukan office Noma kat Sri Pentas nun. Office die kat NSTP Bangsar. Balai Berita. Sabo jer lah...

Noma sau bilik dengan aku sekarang. Dulu die sebilik dengan Kak Hanis. Bila Kak Hanis dah pindah aku pulak masuk bilik dorang. Kitorang memang kamceng Alhamdulillah, setakat ni tak ade lagi kitorang bermasam-masam muka. Mintak lah dijauhkan. Gaduh-gaduh manja tu ader... Hehehe...Noma agak alert dengan kerenah kawan-kawan serumahnya. Kalau aku ade apa-apa masalah yang merungsingkan hati aku, die cepat dapat detect. Dan akan tanya kat aku apa problem aku. Selalunya aku tak cakap paper lah. Sengih jer lah.

Noma pandai main gitar. Aku dan Noma selalu buat konsert dalam rumah sewa kitorang ni. Kalau tak kat ruang tamu bawah, kitorang melalak kat dalam bilik. Noma petik gitar dan aku lah vokalis tak bertauliahnya. Sore Noma pun boleh tahan sedap jugak..(Kalau tau dek die mahu kembang kuncup die tu)...Hahahaha....Noma ni boleh aku katakan orang yang sangat berbakat. Iye lah..pandai main gitar, pandai melukis, pandai fotografi. Pendek kate yang berkaitan dengan seni die memang expert lah. Bidang IT pun die power. Dia rajin mencuba sesuatu yang lain dari pada yang lain dan aku rasa Noma ni banyak membaca kot. Noma jugak kalau nak buat sesuatu bende tu atau kerja die akan betul-betul bersungguh. Tapi kalau time dia tak nak buat sesuatu tu, pujuklah camne pun memang dia takkan buat lah. Teringat satu incident mase kitorang hiking Bukit Broga. Die boleh mengantuk masa nak naik tu. Aku pun jadi pelik. Sanggup tu nak turun sendiri. Nasib lah ade Amy. Memang di "push" nye si Noma tu. Kalau aku tu memang dah kate "yoklah Noma, kite turun. Kita lepak-lepak kat bawah pokok kelapa sawit tu aaa"..Hahaha...Noma!!Noma!!!

Noma juga jenis orang yang gigih bekerja..Time aku tulis entri ni, Noma belum balik lagi dari kerja. Sorang-sorang ajer la aku dalam bilik ni tak berteman. nak turun bawah malas lah pulakkan. Kadang-kadang ade je aktiviti merepek kitorang buat. Noma ni suke tengok orang berbusking. Aku yang dulunya tak pernah terjebak dengan muzik-muzik jalanan ni akhirnya terpengaruh dan terminat plak. Selalunye kitorang lepak-lepak tengok busking kat Bukit Bintang. Dan Noma lah supirnya. Hahahahaha...

Lagi satu, kitorang ni suka karok. Pendek kate sume warga-warga Tentoobies sukakan hiburan. Hahaha...Mudah sangat terhibur. Itu lah serba ringkas perihal Noma yang aku boleh ceritakan. Sebenarnya banyak lagi peel si abam chomel kite  ni. Tapi aku pendekkan setakat di sini saja. Pendek kate, Noma, u are the best roomate. Hahaha....

Farah Nadia Bt Shaharon

Adik manis kita yang berasal dari Sungai Petani, Kedah tersangat lah pekat loghatnya. Kitorang selalu kenekan si Farah ni. Cinooo...Teluqq...Hahaha...Farah!Farah! Rindunya kak yus kat kamu Farah. Farah ex-housemate Tentoobies. Dalam bulan 5 ri tu die pindah balik Kedah. Mencari rezeki di tempat kelahirannya. Dulunya satu company dengan aku. Tapi department Finance. Farah muda lagi orangnya. Baru umur 24 tahun kalau aku tak silap. Orangnya cantik dan lawa. Chomey jugak. Amboii,,,tau dek die aku puji melambung si Farah ni mahu guling-guling kegembiraan nanti. Hahahaha....Farah anak bongsu so memang manjalah orangnya. Dah ade gewe dah ni. Tak lame lagi kawen ler tu...Hehehehe..melangkah banyak bendul akak-akak Tentoobies ni. Takper lah. Dah sampai turn die nak naik pelamin. Takkan nak dihalang pulak kan.

Farah satu bilik ngan si ecah. Dorang berdua tu memang sekepala. Sokmo nak bertinju je kojenye. Gaduh-gaduh manja katenye. Nampaklah jugak bile Farah nak pindah, ecah jadi down. Nanti aku story pasal ecah ye. Dorang berdua tu memang rapat. Teman sebantal dan sekatil. Setoilet pun iye gak. Hahaha...masuk asing-asing lerrrr.....

Ape yang boleh aku decribe pasal si adik manis Farah ni ialah die seorang yang happy go lucky. Kitorang semua memang cepat masuk dengan Farah bile die mula-mula masuk rumah ni. Jenis yang outspoken jugak. Manja dan sangat lembut orangnya. Patutlah si Haris tak sabo-sabo nak masuk meminang. Hahahahahaha....Rajin memasak orangnya. Menu yang aku selalu nampak die masak ialah spegheti. Katanye itu lah menu yang sesimple menu dalam dunia ni. Lagi satu yang pelik dengan Farah ni, die tak suka makan buah kiwi tau. cincau tak makan, ayaq tebu tak minum. Samelah peel die dengan budak baru Tentoobies, Alin....Farah ni mak aiii...suke bebeno makan makanan yang pedas-pedas. Naik gerun kalau die masak spegheti goreng tu. Punye lah banyak die letak cili kering. Cili padi pun silap-silap die letak jugak. Aku memang surrender makan spegheti kalau si Farah ni buat. Hahahahaha . Tapi spagheti die buat memang sedap....Sambal belacan ayam penyet die boleh makan macam tu jerr...adoiyaaii, adikku Farah oiii, tak takut buasir ker.....Kahkahkah....

Dah lame jugak tak jumpe Farah. Kali terakhir die datang Subang tak silap aku bulan tujuh ri tu kot. Memang kitorang utilize kan hujung minggu tu sama-sama. Tak lekat kat rumah lah kirenye. Masa mula-mula Farah nak pindah tu memang drama habis lah. Berjurai-jurai ayaq mata. Paling drama aku lah orangnya. Aiikk, macam tak tahu kak yus ni kan gembeng orangnya. Hahahahaha....Kitorang Tentoobies sentiasa merinduimu Farah. Maaflah plan skytrek kite bulan 12 ni tak menjadi. Kita plan hari lain. Tahun depan maybe...Huhuhu...


Inilah Cik Norma Liyana. Orangnya seayu dan secute namanya...


Akhirnya cik Noma kite berjaya jugak menawan Bukit Broga walaupun sepanjang pendakian asyik mengadu sleepy je. Pelik aku dibuatnya. Nasib lah tak bawak sleeping bag. Kalau tak mahunye die landing dulu sementara kitorang naik atas. Kahkahkahkah....Tu lah, hang tu x cukup fit cik Noma oiii...kekurangan oksigen katenye....



Ini pulak adik cinooo kite, Farah. Hahahahaha...Time ni jalan-jalan kat art gallery Shah Alam. Dulunya cik Farah kite ni tak se"slim" sekarang. Katenye dulu chubby. Tapi berkat kesungguhan die mengamalkan diet sihatnya, dapat jugak Farah bentuk badan yang diidam-idamkan. Hang chubby pun chomey Farah. Seriously!!! kak yus tak tipooo..hahahaha....



Itulah serba ringkas cerita tentang tiga ahli lain Tentoobies...Nanti kan entri Sayang Tentoobies (Part 3)..

Monday, 5 October 2015

Birthday Party Arina & Fatihah

Buuurrkk....(bunyi sendawa ye tu)

Alhamdulillah..Perut dah kenyang..Hati pun manyak senang maa...Hehehe
Berakhir sudah sambutan hari lahir Arina dan Fatihah yang kami sama-sama raikan di bilik office Kak Naz. Banyak menu-menu potluck yang tersedia. Antaranya, roti sandwich sardin dibuat khas oleh Ina, karipap berintikan sardin yang dibawa oleh Ieqa, mee kering menu yang agak baru bagi kitorang yang dibawak khas oleh Mazni, puding oreo hasil air tangan kak Naz dan juga keropok goreng hasil gorengan Cik CT. Hahahaha. Mengah kami nak menghabiskan semuanya tu. Biarlah dulu..Petang nanti sambung makan lagi. Hehehe...

Memang kami Geng Makan Dan Gossip Anjung Merah akan sama-sama buat celebration parti bg sesiapa yang akan meraikan hari lahirnya. So, bulan ni kite combine birthday party Arina dan juga Fatihah. Alhamdulillah, Arina sudah berumur 27 tahun manakala Fatihah pulak berumur 28 tahun (sebaya Cik CT ni).
Semoga mereka berdua dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan juga sentiasa success dalam apa jua perkara yang mereka berdua lakukan. In sha Allah. So, next birthday girl sape plak nanti...Hurmm...Tahun depan lah kot coz semua ahli Geng Makan Dan Gossip Anjung Merah dah melepasi tarikh lahir masing-masing. Hehehe...



Kite wefie-wefie dulu sebelum start makan...Nyum..nyum...sedapnya menu-menu yang tersedia tu...


Birthday girls yang dirai...Arina dan Fatihah....


Ade dua kek lagi uolllsss... Kek puding oreo tu kak Naz yang buat tau. Sedap....


Inilah antara juadah-juadah yang tersedia pada hari ini.


Kak Yus ucapkan Selamat Hari Lahir pada Arina dan juga Fatihah...


Masing-masing sudah kekenyangan. Okay, kemas dan mula sambung bekerja...Hahahaha...

                                      
                HAPPY BIRTHDAY ARINA & FATIHAH

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...