Friday, 30 August 2019

Yeayy!! Balik Kampung

Yeayy...balik kampung....🙆‍♀️🙆‍♀️🙆‍♀️

8.30 malam nanti bas Mayang Sari akan bertolak ke Pontian. Harapnye bas on time, jalan tak jem dan sampai rumah awal.  La ni tengah tunggu ketibaan bas Mayang Sari di Gate 13. Mujur tak ramai mana orang.


Minggu cuti hujung minggu sampai ke hari Isnin disebabkan 31 Ogos dan Awal Muharram. Minggu ni wajib balik kg sebab kat kg ade majlis yang sangat penting. Majlis ape tu??? Kene lah tunggu. Wajib balik sebab kalau tak ada aku tak jalanlah majlis tu nanti. Hahaha 

Lapar. Tak sabar nak sampai rumah cepat. Nak makan. Ape gamaknye masakan kat rumah nanti ye??? Curious pulak nak tahu. Mesti sedap2 ni. Menu esok mesti lagi sedap. Mak long lena yang masak wajiblah sedap kan...🥰🥰

Disebabkan minggu ni balik kampung, so sebarang aktiviti lain dibatalkan. Rajin berjalan ke sana ke sini, daki gunung tu gunung ni tapi balik kampung jumpa mak ayah x nak pulak ye. Anak durhaka namanye tu. Aku tak nak jadi anak durhaka, makanya aku kene balik. Hehehe 

Moga perjalanan malam ini berjalan dengan lancar dan baik. Selamat sampai dan selamat pulang. Amiinn.  

By the way, malam ni sambut ambang merdeka dalam bas ler temannn..😍😍

Thursday, 29 August 2019

Blogger Challenge 13 : Three Things That Cross Your Mind A Lot

Pertama ~ Bila Siti Faiross nak berkahwin????

Hahaha..Persoalan ini sering menjadi gangguan dan dilema di dalam pemikiran aku ni. Nak kahwin tapi macam tak nak kahwin. Tak ada calon lagi. Tapi bila dah ada calon yang dicari nanti, macam tak berapa nak ready pulak mengharungi cabaran berumah tangga. Tapi kalau tak ready, bila lagi masanya?? Umur makin meningkat. Arghhh!! Stress bila memikirkan persoalan ini. Okay!!! Cari calon dulu, next step kita decide kemudian.

Kedua ~ Bila Siti Faiross nak resign dari kerja yang sekarang ni????

Ini pun lagi satu hal. Entah bila lah nak move on dari kerja yang sekarang ni. Terlalu selesa sangat. Tapi sampai bila. Nak cari kerja pada zaman sekarang memang agak sukar. Bergantung pada nasib semata. Tapi tak cuba manakan nak tahu kan. Huhuhu.

Ketiga ~ Apa lagi ye????
Apa lah nak jadi dengan si Siti Faiross ni. Hahahaha

Done Blogger Challenge 13

Hiking Gunung Datuk 2.0

Date: 29 September 2019 (Late Entry)
Tempat: Gunung Datuk
Starting Point: Hutan Lipur Gunung Datuk
Ketinggian: 855m / 2900 ft
Tahap Kesukaran: Easy - Moderate
Distance: Mungkin dalam 2KM. Hahaha.

                        Tempoh perjalanan: 2 jam naik, 1 jam 05 minit untuk turun

Alhamdulillah, planning antara aku, Lydia dan Afiq untuk naik Gunung Datuk finally terlaksana jugak. Kali ini, Adda tidak dapat turut serta disebabkan kekangan waktu.



Gunung Datuk....Ini kali ke-dua aku ke sini selepas 4 tahun yang lalu. Lama benarkan? Last aku naik bersama-sama dengan Kak Dayah dan Kak Haiza bertiga. Dah banyak pembaharuan yang telah dilakukan bagi memudahkan semua pendaki. Apa yang berubah ialah kaunter pendaftaran tidak lagi di kawasan parking dan di hadapan dewan Hutan Lipur Gunung Datuk. Kena jalan sikit menuruni anak-anak tangga, kita akan tiba di kaunter pendaftaran yang baru. Makin kemas. Dulu serasanya berselirat dengan akar-akar kayu trek nak ke situ. Selain itu, tangga besi menuju ke puncak batu Gunung Datuk juga telah di"upgrade" menjadi sebuah tangga yang pastinya selamat untuk dipanjat. Kalau dulu, bergegar-gegar tangga tu bila naik. Seriau dibuatnya.


Ni  lah tangga tu. Luas kan. Boleh lah naik dua tiga orang dalam satu masa. Kalau dulu kene tunggu turn nak naik ye.


Tangga menuju ke puncak paling tinggi Gunung Datuk



Bila ntah nak pulangkan kasut getah si dak Mirr..

Plan kami nak mengejar sunrise namun tidak bernasib baik kerana cuaca tidak mengizinkan, agak berkabus. Mungkin sebab pagi tu hujan. On the way nak ke Rembau, perjalanan aku dan Lydia diiringi dengan hujan yang sangat lebat. Cuaca pada mulanya nampak agak baik. Tapi bila dah masuk area Nilai hujan lebat selebatnya. Huhuhu...Tapi mujur saja bila dah masuk susur Port Dickson hujan dah reda, cuma gerimis je. Kat sini meeting point kitorang bertiga. Family Mart, Rasah Prima. Afiq memang dah ada kat Seremban. So, satu kereta menuju ke Rembau. Masuk kejap Family Mart beli Onigiri dan bekalan air untuk disantap kat atas puncak nanti.


Onigiri di puncak Gunung Datuk. Bukan biasher..biasherr ni..

Alhamdulillah, hujan dah berhenti. Kami selamat tiba di kawasan parking Hutan Lipur Gunung Datuk pada pukul 4.30 pagi. Sampai-sampai jer memang dah penuh dengan kereta. Mujur juga ada satu petak parking yang kosong berdekatan area gazebo. Kaunter pendaftaran waktu tu tak dibuka lagi. Kaunter dibuka seawal jam 6 pagi. Bagi pendaki yang naik awal macam kami semua ni, dikehendakki menjelaskan bayaran masuk sebanyak RM5 bila turun nanti.



Okay lah harga yang dikenakan. Untuk tampung maintenance2 kawasan hutan lipur Gunung Datuk ni jugak. Untuk keselesaan kita semua bersama.

Sedikit warming up dan ke toilet bagi melepaskan hajat kecil, dalam pukul 5 pagi kitorang bertiga bergerak ke starting point. Bila mendaki waktu dinihari, headlamp pastikan berada dalam keadaan baik. Waktu kami naik sama dengan beberapa group yang lain. Jadi tidaklah terasa sunyi sangat. Hehehe..

Aku memang dah lupa trek Gunung Datuk ni camne sebenarnya. Iyerlah, last naik pun 4 tahun yang lepas. Trek Gunung Datuk diawal pendakian memang mencanak. Bila dah siang barulah perasan, trek die cenggitu rupanya. Hahaha. Patutlah aku rasa mengah gila pagi tu. Rasa lutut bertemu dengan dahi pun iye jugak. Payah benar nak manjatnye. Hahaha. Tapi tak lama mane pun trek memanjat batu-batu tu. Adalah dalam lebih kurang setengah jam kot. Di sini, actually aku dah terpisah dengan Lydia dan Afiq. Iyerlah, dah lah gelap, lepas tu ada beberapa budak perempuan yang lain tengah bersusah payah nak hadap trek memanjat tu. So kene lah tunggu turn. Aku memang dengar ada orang panggil nama aku. Tapi time tu aku tengah layan pewai, malas nak menjawab. So, rupa-rupanya Afiq yang seru nama aku. Bila aku tak menjawab die pun teruslah gerak ingat aku dah maju ke hadapan terus. Hohoho.




Trek mendaki yang kitorang naik dalam gelap pagi waktu tu. Bila dah siang baru lah jelas gini rupenye. Haha.

Actually, aku tak kisah sangat kalau depa berdua tinggalkan aku pun. Finally, jumpa jugak kat puncak nanti. Cuma, agak ralat sikitlah sebab aku banyak habiskan masa berehat di check point yang pertama. Lebih kurang 45 minit aku berehat kat situ. Check point ni ialah kawasan lapang dan ada beberapa buah pangkin di bina di situ. Dorang yang lain semua solat subuh kat sini since waktu subuh pun dah masuk waktu tu. Kononnya, aku nak geraklah sendiri namun mujurlah sedar diri. Giler nak gerak sorang-sorang dalam keadaan yang masih lagi gelap gelita. Buatnya jadi pape kat aku, nyaya jer. So, aku duduk je lah situ dulu dan gerak sama-sama dengan dorang yang lain.

Ada dua group waktu tu. Satu group tak gerak-gerak lagi sebab depa tunggu line up depa yang lain yang mostly pendaki wanita sampai dulu ke situ. Group lagi satu, group abang-abang. Dalam 8 orang kalau tak silap aku. So, bila dorang selesai solat Subuh aku ikut gerak sekali sama dengan dorang. Let say kalau aku tunggu group yang lagi satu, bila masa pulak aku nak sampai puncak. Hehehe. Dan bermulalah pendakian aku bersama-sama jejaka-jejaka idaman malaya. Mujur ada depa ni jugak tau. Sempatlah beramah mesra dengan depa. 1st time katanya naik Gunung Datuk tu. Semuanya datang dari Melaka dan merupakan rakan sekerja. Aku boleh follow pace dorang sepanjang pendakian tu. Dorang semua tak terlalu rushing mendaki. Alhamdulillah, kami semua selamat tiba dipuncak around pukul 7.15 pagi. Lepas ucapkan ucapan terima kasih pada dorang, aku terus memanjat tangga untuk ke puncak batu bertemu dengan Lydia dan Afiq. Gembiranya dapat jumpa dorang. Hahaha..




Weolss berjaya sampai ke Puncak Gunung Datuk







Afiq dah Lydia sampai lebih kurang setengah jam awal. Sampai kat atas orang tak berapa ramai lagi. Ada yang sibuk bergambar, ada yang duk makan sarapan pagi, ada yang baring-baring rehatkan diri, ada yang sedap tido pun iye jugak. Tapi, seriously sejuk kot kat atas tu. View tak berapa nampak sebab berkabus. Kitorang sarap dengan onigiri yang beli kat Family Mart pagi tadi. Sedap jugak. Hehehe. Lepas makan, ape lagi sesi bergambar lah. Haruslah dah sampai kene berwefie bagai semua. Sementara pulak orang tengah tak ramai ni. Lewat sikit confirm penuh puncak batu tu nanti. Lama juga kitorang bertiga lepak kat atas tu. Dalam pukul 8.30 pagi, kitorang bertiga bergerak turun.

Turun dari puncak batu jumpa sorang rakan hiking Gunung Hub Bukit Kutu tempoh hari. Sempat jugaklah bergambar dengan dak cucukguide, Azizi ni.



Alhamdulillah, weollss bertiga sampai di kaki gunung dalam pukul 9.35 pagi. Bile menurun ni terasa cepat lah pulak. Aku tak ada masalah bila bab turun, laju je sokmo. Tapi tu lah, cume kene be extra carefull. Sampai perkarangan kawasan parking, lepak minum air hilangkan rasa haus di tekak. Fuhh, lega gila dapat air. Hehehe.



Time kitorang turun, hujan actually start turun dah. Camne lah gayanya depa yang baru naik tu kan. Huhuhu.

Satu pengalaman mendaki yang menyeronok dan memenatkan. Hahaha. Hiking, ape yang x penatnye. Mestilah penatkan. Tapi, aku puas sebab sekali lagi berjaya menawan puncak Gunung Datuk. Kalau yang padu, boleh buat 3 4 ki round gunung ni tau. Hahaha.

Pengalaman di sepanjang pendakian jugak agak mendebarkan sebenarnya. Hahaha. Teringat kembali kat satu tempat tu tetiba dengar salakan anjing, dan juga bunyi bagai daun-daun diselak dengan kasar. Ala, korang bayang je kalau babi hutan duk meluru dalam semak. Macam tu lah bunyi dan keadaannya. Seriau giler aku doh. Aku hampir nak terpeluk abang depan aku tu. Mujur jugak terpeluk. Hahaha. Terperanjat wei. Buatnye anjing ke serigala ke datang meluru, tak ke nyaya. Tapi alhamdulillah, kami semua dilindungiNya. Tapi, iyer lah..dah duk mendaki pepagi buta dalam gelap pulak tu, kemungkinan besar binatang2 tu keluar berkeliaran ada lah kot kan.

Cuba aku buat kepala jalan sorang2 waktu tu, mahu terkucil aku kat situ. Hahaha.









View yang kelihatan berkabus.




Friday, 23 August 2019

Hiking Bukit Denai Tiga Puteri - Night View -

Assalamualaikum...

Hari ni hari Jumaat. Hari yang dinantikan oleh semua orang yang bekerja. Seharusnya, kena lah balik awalkan? Tapi sebelum aku balik rumah, aku nak update dulu entri aku mendaki Bukit Denai Tiga Puteri hari Selasa baru-baru ni. Aku naik malam okay. Hahaha.

Actually, dah lama dah plan nak naik denai ni sebenarnya. Ramai kata trek nye sangatlah santai. Budak-budak pun boleh naik lah senang kata. Kebetulan pulak Pa'an, rakan hiking CBL dulu plan nak naik denai tu malam selasa, 20/08/2019. So, apa lagi, inform Lydia lah.

Bukit Denai Tiga Puteri ini terletak di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Bakal menyajikan pemandangan hijau, highway NKVE ~kalau tak silap aku~ dan juga view sekitar area Damansara. Nak ke sini mudah je, korang taip jer lah "Kota Damansara Community Forest Reserve", sampailah kome-kome nanti. 



View malam from Bukit Denai Tiga Puteri

Perjalanan kami berdua malam tu mengambil masa selama lebih kurang 27 minit dari USJ12. Pa'an inform kami start naik pada pukul 9.30 malam. Tapi around pukul 8 malam tu, dia whatsapp kata nak naik pukul 9 malam. So, whatsapp lah Lydia tapi Lydia pulak tak baca mesej. Huhu. Last-last kami sampai starting point denai pada pukul 9.15 malam. Tak sempat nak strecthing okay, terus kitorang start naik. Gile lah wehh. Mujur kaki aku tak krem ke hape. Line up pada malam tu ade lebih kurang 11 orang. Tiga perempuan dan selebihnya lelaki. Pa'an tak cakap lah pulak ramai yang naiknye. Kalau tak mesti kami dah sampai awal. Mujurlah Pa'an okay je. Hahaha.

Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam turun dan naik (Ini based on pace aku lah). Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan dengan baik sekali. Dorang memang jenis jalan laju giler. Berdesup ke hadapan. So, nak tak nak aku pun kene ikut pace depa. Laju giler jalan. Mujur trek landai jer. Cuma dah start nak sampai puncak tu lah, kena memanjat sikit. Time tu actually aku dah penat sangat rasanya. Take a rest kejap, amik nafas dan teruskan pendakian. Mujur ada abang-abang kat belakang aku. Hahaha. Lydia dengan Pa'an dah kedepan bersama dua orang lagi line up.

Bila kau berjalan pada waktu malam, penglihatan sangat terhad. Berbantukan head lamp, kau hanya nampak jalan dihadapan jer. Kiri kanan aku tak toleh lah. Kadang-kadanglah tertoleh sebab bosan. Gelap jer. Hahaha. Risau jugak, toleh-toleh nampak benda lain pulak. Nyaya mak nak oii..

Bila sampai atas tu, aku dan Lydia yang 1st time sampai wajiblah bergambo dulu kan. Okay, ini rupenye view Bukit Denai Tiga Puteri waktu malam. Cantik!!!! Line up yang lain, relak2 jap. Depa dah biasa naik. Tak heran dah. 



Siti Faiross di sini akhirnya.


Padu adik comel kita ni tau..

Disebabkan aku naik malam, so aku tak dapat nak describekan secara terperinci laluan treknya macam mana. Malam kan. Ikut je lah orang depan. Mujur tak sesat. Sebab, menurut review yang aku pernah baca mengenai Denai Tiga Puteri ini, jalan masuk ke sini ada beberapa laluan. Silap laluan, boleh jumpa semula starting point. Hahaha. So, wajiblah kena repeat semula hike Denai Tiga Puteri ni lain kali. Tapi, nak naik siang pulak.

Sebelum naik, aku disajikan dengan kata-kata nasihat dari sahabat-sahabat sekerja. Depa semua terkejut bila tahu aku dan Lydia nak hike memalam. Pulak tu ke Denai Tiga Puteri. Abang Andy, menasihatkan aku supaya berhati-hati. Katanya, situ dulu viral mengenai penemuan ular tedung selar. Perghh, pada mulanya seriau jugak bila dengar. Lagi-lagi naik malam kan. Actually, aku tak risau sangat pasal makhluk-makhluk lain tu, tapi aku risaukan pasal binatang-binatang liar jer. Huhu. Tapi, disebabkan rasa nak jejakkan kaki ke Denai Tiga Puteri tu lagi mengatasi rasa seriau, aku kentalkan hati jua. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik sekali. Urusan dipermudahkan olehNya.





Finally, we are here....





Monday, 19 August 2019

Blogger Challenge 11 : Share A Difficult Time In Your Life

Difficult time in my life ya.....

Aku pernah melalui satu hari yang agak menyukarkan dan membodohkan diri sendiri. Hari di mana aku ditipu dan duitku berjumlah hampir RM3K lesap begitu sahaja. 😭

Ya...aku tertipu dengan scam yang menjanjikan barang-barangan mewah seperti kasut, jam tangan, eksesori wanita, perfume, beg tangan dan wang yang bernilai hampir setengah juta RM. Gilerkan!!! Kalau dipikir logiknya siapa yang baik hati sangat nak bagi semua hadiah tu macam tu je kan??? Tapi itulah yang terjadi pada diri aku. 😖😞

Kisah perit itu aku dah coretkan di dalam entri link di bawah ini ~

https://ctfaiross.blogspot.com/2015/08/sesal-sesesal-sesalnya.html

Bagi aku, itu adalah saat-saat yang sangat kritikal pada aku. Aku berada di dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan. Sedih mengenangkan kebodohan diri sendiri..
.
.
.
Pernah juga suatu ketika dahulu aku disuruh untuk membuat pilihan sama ada keluarga atau si dia. Aku tak pernah ceritakan kisah ini kepada sesiapa pun even pada rakan-rakan mahupun adik beradik aku.

Kalau aku memilih si dia, aku bakal meninggalkan keluarga aku.
Kalau aku memilih keluarga, aku bakal kehilangan si dia.
Tapi  ibu dan ayah merupakan insan yang sangat bermakna buat diri ini. Tentu sahaja aku memilih keluargaku.

Cinta akan datang dan pergi tapi kasihnya ayah dan ibu membawa sehingga ke mati.
.
.
.
Itulah di antara hari2 yang sukar buat diri ini. Setiap manusia pasti akan melalui satu tahap kesukaran dalam hidupnya. Itulah fitrah manusia. Diuji dan terus diuji. Bagaimana cara penerimaan dan penyelesaian ujian itu yang membezakan kita semua.

"Allah tidak akan menguji kecuali sesuai dengan kemampuannya"

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." - Al Baqarah : 288



Sunday, 18 August 2019

Novel Review : Pilihan Hati Mr. Millonaire

Novel: Pilihan Hati Mr. Millionaire

Novelis: Fara Hana

Rate: 7/10

Tarikh Pembacàan: Sebulan yang lalu, baru setel last week


" Berlalulah sang hujan, kumenanti sang pelangiku..."

Sinopsis Kulit Belakang

TENGKU DENNIS....bagai bulan jatuh ke riba. Begitulah perumpamaan bagi kehadiran lelaki itu dalam hidup Lisa. Kedudukan dan kemewahan yang dimiliki lelaki itu telah mengubah kehidupan Lisa sepenuhnya bagaikan malam berganti siang. Atas bawah kiri kanan dihiasi dengan kemewahan sehinggakan Lisa turut hanyut dalam dunia yang dicipta oleh lelaki itu.

LISA...apalah sangat dengan perempuan kampung itu, buat enjoy waktu muda ni okeylah. Begitulah niat yang disimpan oleh Tenku Dennis terhadap Lisa pada awalnya. Tapi, kuat mana aje hati jantan dia tu? Lama-kelamaan, jadi berat hati pula nak melepaskan perempuan kampung itu dari hidupnya.

"Awak tipu! Saya tahu awak yang ambik. Kalau bukan awak siapa lagi? Tengah-tengah laut pula tu. Takkanlah ada pencuri. Saya tau saya belajar tak tinggi tapi saya tak bodoh tau. Bak balik!" - Lisa

"La...sedar diri rupanya. Ingatkan tak sedar diri. Tapi tak apa, belajar tak tinggi pun boleh pakai branded jugak, kan?" - Tengku Denni

Mr. Millionaire dan gadis kampung...datang dari dua dunia yang berbeza, lahir dari jalan cerita yang tak sama. Ini kisah kehidupan mereka yang hanyut bersama melayari laluan kemewahan dunia sehingga akhirnya mereka menemui salah satu tujuan hidup sebenar.
.
.
.
.
Review peribadi Cik CT:

Lame jugak aku dapat habiskan novel ini. Lebih kurang sebulanlah aku kira. Iyelah, last month saje kan xtvt aku padat tiap hujung minggu. Mana sempat nak baca novel. By the way, aku tambah lagi tau koleksi novel2 aku. Hahahaha.

Okay, review aku mengenai novel ini ye. Setiap individu mempunyai jalan hidup yang berlainan. Punya cabaran dan dugaan yang berbeza. Bagaimana kita nak atasi dan harungi dugaan dan cabaran itu lah yg menjadi persoalan yang utama di dalam naskhah ini.

Lisa dan Tengku Dennis masing2 mempunyai kisah hidup yang melukakan. Memeritkan. Mereka berdua rasa kenapa Tuhan berikan mereka ujian yang sebegini hebat. Namun, jalan yang mereka pilih salah. Disebabkan hawa nafsu syaitan, mereka lupa. Alpa.

Tapi Tuhan sayangkan mereka. Pintu taubat masih terbuka luas untuk mereka. Mereka finally sedar insaf. Mencari cahaya keimanan.

Bagi aku novel ini agak menarik. Tapi ianya terlalu fantasi. Mungkin takde langsung berlaku di dunia realiti. Entahlah....
Moment sweet antara Lida dan Tengku Dennis banyak. Boleh buat korang bersemut tersenyum lah. Tapi, scene yang bagi aku agak keterlaluan lah sebenarnya pun ada. Hahahaha...

Novel ni agak tebal. Letih jugak nak perabihkan. Oh ya, ade satu scene buat aku sedih. Scene Tengku Darius ditembak mati oleh Mikail. Allahu, sedihnya aku. Menitik air mata aku. Penulis berjaya buat seorang Siti Faiross sebak. Aku suka watak Tengku Darius dalam novel ini. Kalau lah ada lelaki yang serupa dengan watak Tengku Darius dalam dunia realiti ini, pasti aku menginginkannya. 🤭🤭

Friday, 16 August 2019

Faiross mesti gembira.....

Malam ini aku bersedih lagi....hati aku sebak memikirkan perjalanan jodohku...

Jangan bersedih Faiross....Ko mesti kuat...Pasti Allah dah tentukan yang terbaik untuk kau....

Ceriakan hati kau esok...Berjogging ke..atau tido sahaja sehingga ke petang...hahaha..menonton Boboiboy sekali lagi mungkin...🥰🥰😝😝 Yang penting kau happy..

Blogger Challenge 10 : If You Could Have Any Job In Te World, What Would It Be?

Ada tak profession as a penganggur???

Tapi duit masuk je. Tak yah buat ape2 pun, tapi duit masuk every month. Hahaha. Ada tak? Kalau ada aku nak keje tu. 🤣

Actually ade je kan. Cuma rajin tak rajin je. Tapi problemnya  aku nak keja yang langsung tak payah buat ape2. Celik mata, pejam mata je kojenye. Alih2 hujung bulan check akaun gaji dah masuk. 

Kalau ada bgtahu lah ea...

Huntongler kalau ada kije rope gitu...🤭🤭

Wednesday, 14 August 2019

Blogger Challenge 9 : How You Stay Positive

How i stay positive??

Not really i'm always stay positive. Sometimes banyak sangat benda -ve dalam pale hotak aku ni. Cuma aku layan tak layan je. Kang aku layan rasa -ve tu, mahu jadi sewel pulak nanti. 🤣🤣

So, apa yang aku buat untuk divert rasa -ve aku tu? Camne nak +ve kan kembali keadaan itu? 🤔🤔

Aku lebih kepada untuk tidak memikirkan benda yang -ve tu. Aku buat benda yang menggembirakan hati aku sehingga aku lupa pada semua masalah yang sedang aku hadapi. Aku berkawan dengan orang yang sentiasa +ve dan ceria. Aku suka ketawa. Bila aku ketawa dapat menghilangkan rasa stress. Aku juga suka hiking. Bagi aku, bila hiking ni kau akan melupakan terus masalah yang kau hadapi kat luar sana. Sebab kau tengah memikirkan bila kau nak sampai ke puncak cepat. Hahaha. Kau layan rasa pewai mendaki sampai tak terpikir dah masalah yang kau tinggalkan kat belakang. I means, kat luar dr kawasan gunung or bukit. 😂

Apa yang menyebabkan kita rasa sangat -ve? Kita rasa banyak sangat masalah yang menimpa. Itu maknanya kita tak benar2 meletakkan kebergantungan itu kepada Allah. Kita tak rasa dugaan dan halangan yang kite sedang hadapi itu adalah ujian dariNya. Jika kita meletakkan rasa kebergantungan itu padaNya, nescaya kita akan rasa gembira sebab kita yang dipilih olehNya untuk hadapi semua ujian dan cabaran itu.

Allah memberikan kita dugaan dan ujian sesuai dengan tahap kemampuan kita untuk hadapinya. In sha Allah, setiap dugaan itu pasti kita dapat atasinya.

Yang penting always +ve. Jangan bersangka buruk dengan setiap ujian dan cabaran yang kita lalui. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan??? Allah sayang kita sebab itulah Allah uji kita. So, positive. Negative thinking buang jauh-jauh.

Thats the way i keep +ve.

Sekadar pandangan peribadi seorang Siti Faiross....😊😊

Bukit Kutu 1.0 with Gunung Hub

This is 3rd times aku join xtvt hiking under Gunung Hub. 1st time aku join trip Silipat 9.0, memang terbaik giler servicenye. Ko bayar mahal haruslah kau dilayan bagaikan maharani. Gitewww!!! 

Ohh, entri untuk trip Silipat x hupdate2 lagi ekk. Hahaha.

2nd trip with Gunung Hub ialah ekspedisi Chemerong, Berembun, Lansir @ nama glamornye CBL. Percutian 3H2M trip ni benar2 memberikan aku pengalaman yang sangat luar biasa. Hohoho.

Entri untuk trip ni pun tak hupdate2 lagi. Hahahaha.

Itsokay, disebabkan aku tengah free waktu lunch ni (Cik CT kene pose makan lunch 4 hari since die kene cover duit terbeli Nasi Lemak McD with Ayam Spicy semalam..hahaha), so aku update lah dulu entri Bukit Kutu bersama Guung Hub yang berlangsung pada 04 Ogos 2019 yang lalu.


View Batu Tedung....


Laluan trek


Lepak-lepak lu pekene teh o


One of tinggalan British..Chimney...


View from atas bukit nak tuju ke puncak batu


Cik CT ke Bukit Kutu


Tiba jua ke sini ye buat kali ketiganya.




This is the 1st time Gunung Hub anjurkan ekspedisi mendaki Bukit Kutu. So aku panggil Bukit Kutu 1.0 with Gunung Hub. But, untuk personal ini kali ke-3 aku hike Bukit Kutu ni. By the way  trek masih lagi sehazabedah seperti kali terakhir aku pergi 3 tahun yang lepas. Mungkinlah terdapat sedikit perubahan yang aku sendiri pun tak perasan. Kihkih. Bukit yang sepatutnye dikategorikan sebagai sebuah gunung patutlah ditukar namanya kepada Gunung Kutu disebabkan tahap kesukaran dan ketinggiannya jugak menyamai dengan sebuah gunung ye kawan2. 

Secara ringkasnya, Bukit Kutu yang berketinggian 1053 meter / 3456 kaki yang merupakan sebuah pusat peranginan untuk golongan bangsawan British sebelum di musnahkan oleh bom tentera Jepun suatu ketika dahulu. Terdapat beberapa tinggalan lama yang ditinggalkan antaranya Chimney (serombong asap), tangga, perigi dan tidak jauh dari kawasan Chimney lebih kurang 10 minit perjalanan, kita akan menemui sebuah tinggalan banglo lama di situ. 

Untuk trip kali ini, aku berjaya jejakkan kaki di banglo lama ini. Ohhh, begitu rupanya banglo tersebut. 

Berbalik semula kepada trip Bukit Kutu 1.0 with Gunung Hub, line up yg seramai 52 orang berjaya juga menyelesaikan misi mereka menawan puncak Bukit Kutu. Cuma tu lah, target sebenar trip ini untuk sunrise attack tidak berjaya bila mana 2 dari 4 group sesat di permulaan perjalanan mereka. Termasuk lah group aku. Hahaha. Memang idokler kami nak kejar sunrise. Dengan pace yang macam ape ntah. Hahaha. 

By the way, kami dibahagikan kepada 4 group disebabkan ramai sangat line up. Satu group lebih kurang dalam 9 hingga ke 11 orang. Aku awal2 dah choose group terakhir bersama sweeper since aku rasa stamina aku pada hari itu ke laut paling dalam. Setelah hampir setiap hujung minggu waktu aku dipenuhkam dengan pelbagai aktiviti, aku rasa agak barai untuk meneruskan trip ini. Mujur jugak ada Afiq, Lydia dan Adda yang beri aku kata semangat untuk aku teruskan jua misi ini. Dah bayar kot. Hehehe....by the way, Bukit Kutu now dah kene apply permit tau. Urusan permit, polis semua Gunung Hub yang handle. Kau cuma perlu bayar RM25 sahaja.

Oh ya, mengenai sesat tu ye. Bagi mereka yang pernah hike Bukit Kutu sebelum ini, pasti akan ingat yang kita akan menyeberangi 3 buah sungai sebelum sampai ke starting point kan? Yeszzaa, kami berjaya mengharunginya tetapi tak jumpa2 starting point. Hahaha. Aku yang kali terakhir pergi 3 tahun lepas tentu saja lah tak ingat jalan dah. Lame jugak lah kitorang sesat..lebih kurang 2 jam. Itu pasal lah kami gagal kejar sunrise attack. Takpe lah, mayb memang x de rezeki kami hari itu.

Bagi group 1 dan group 3 serasanya mereka berjaya mengejar sunrise. Depa memang padu2. Berdesup ke depan meninggalkan yang belakang ini.

Untuk group aku, group 4...kitorang sampai dalam lebih kurang pukul 8.30 pagi mcm tu. Perjalanan start pukul 4 pagi tapi kau sampai pukul 8.30 pagi. Fuhh, lebih kurang 5 jam kau mendaki. Hahaha. Kami tak berapa nak padu. Group 4 ialah group cikgu cikgi, makanya banyak borak2 gossip2 lah. Hahaha. Tapi depa ni boleh tahan padu jugaklah untuk group sweeper ni. Laju berdesup hakak2 ni semua. Hahahaha.

Sweeper kami, abg zubir dan abg hassan memang terbaik. Layan je kerenah yang belakang2 ni. Sabar jer. Kaki krem, lutut sakit, penat, benti nak minum air, dorang layankan ajer. Walaupun aku tahu depa berdua ni jenis padu orangnya. Kalau diberi berjalan dihadapan pasti dah sampai ke puncak awal. 🤭 Tapi demi kami, ditahan hasrat itu. Hohoho.

Aku malas nak cerita panjang. Bagi pendapat aku sendiri lah, kalau kawan2 nak daki Bukit Kutu ni kaji, buat research dulu pasal bukit ni sebelum naik. Jangan main terjah je tanpa tahu trek dia camne. Disebabkan dengar namanya Bukit Kutu, kawan2 assume yang ianya semudah Bukit Broga. Tidak ya kawan2 ku semua. Korang pasti akan rasa menyesal selepas itu. 🤣🤣

Ini kali ke tiga aku naik, so mayb akan ade kali ke 4 untuk aku naik lagi bukit ini. Di harapkan untuk kali ke-4 aku tidak akan sesat lagi, aku berjaya mengejar sunrise dan aku sangat2 fit waktu itu. Hahahahaha...

So, layan je lah gambo2 yang sempat dirakam....


Tak dan nak sunrise attack kan?? So, kita attack lah sunrise pic line up lain..Hahaha



We dit it...selamat naik dan turun kesemuanya..


Crew2 hebat di sepanjang trip


Geng cikgu cikgi #gengpewai


#gengpewai


#gengpewai


Group 4 #gengpewai #gengcikgucikgi



Acah-acah cover majalah di banglo lama


Group photo group 2


Sunrise view @ bukit kutu


Group photo group 1 #gengcucukguide


Bergambo lagi rupenye teman kat sini yeopp...


Sessi warming up walaupun lepas tu warmup lagi 2 jam sebab sesat...hahaha




Dengar betul2 breifing tu..





Hati-hati Cik Salmah


Go Adda Go...


With ohsem our sweeper, abang zubir & abang hassan


Group photo group 3 #gengberdesup #pejamkejapterushilangdah


Group photo group 2 #gengsesatberjemaah


Bukit Kutu with Gunung Hub 1.0


View puncak tertinggi Bukit Kutu from drone abang hassan.



Acah-acah cover majalah remaja gitewww...

Gambar2 semua ihsan dari rakan2 line up from Group Whatsapp Bukit Kutu 4 Ogos 2019.
Thanks korang...Muahhhh...🥰🥰

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...