Friday, 27 April 2018

Review Movie : A Quiet Place 13 April 2018

Selang sehari aku dan budak opis lain tengok Dukun, kitorang tengok pulak filem A Quiet Place. Movie ni pun gempak bak hang. Movie paling senyap dalam sejarah. Hahaha. Sesuai sangatlah dengan tajuk movie ni. A QUIET PLACE. Dalam panggung sume senyap bai. Nak kunyah popcorn pun segan wei. Orang sebelah boleh dengar. Hahaha.


Aku dan budak2 opis plan tengok movie ni hari Jumaat, lepas kerja pada tanggal 13 April 2018. Movie kali ni aku pergi berempat dengan Lydia, Hazirah dan jugak Aina. Macam biasa park dulu kereta dan motor masing2 kat luar opis then carpool satu kereta ke MBO Subang Parade. La ni uncle Bala tak kasi dah kitorang park kete dalam perkarangan kawasan opis. Katenye die malas nak bukak pagar kalau kitorang balik lewat sangat. Alorh, bukannya balik sampai lewat malam pun. Bala ni pun!!!!

Tiket kitorang dah book siap2. Lydia yang belikan. By the way, tiket hari tu RM14. Agak mahalkan. Tapi disebabkan teruja nak tengok movie ni sangat, 14 hinggit pun 14 hinggit lah. Huhuhu. Kitorang tengok pukul 8.15 malam. Sempat lah nak solat maghrib semua. Agak ramai jugak orang malam tu nak tengok movie ni. 

Movie Quiet Place ni berdurasi sepanjang 95 minit. Setengah jam awal tu panggung memang sunyi bangat. Langsung x dengar suara pelakon-pelakon ni. Yang kedengaran hanyalah bunyi desiran angin jer. Dalam panggung pun sama. Senyap. Ader lah dengar orang duk kunyah popcorn. Hahaha.

A Quiet Place adalam filem horror Amerika Syarikat tahun 2018 yang diarahkan oleh John Krasinski, yang juga melakonkan watak bapa bersama pasangannya, Emily Blunt yang juga memang isterinya di luar set. Plot movie ni berkisar tentang empat orang anggota keluarga yang harus menjalani kehidupan seharian dalam kesunyian tanpa mengeluarkan sebarang bunyi bagi mengelakkan dari diserang oleh seekor mahkluk asing yang berburu dengan suara.

Terdapat pelbagai element kekeluargaan boleh kita dapat menerusi movie ini. Antaranya, kasih sayang sesama ahli keluarga. Nilai ini boleh kita lihat dalam kesemua watak-watak. Kasih sayang seorang bapa kepada anak-anaknya, kasih sayang seorang suami kepada isterinya, kasih sayang kakak kepada adik-adiknya. Jangan tak tahu tau, bagi mereka yang punya hati senipis bawang pasti akan mengeluarkan air mata di saat scene si ayah sanggup mengorbankan dirinya di baham oleh makhluk asing  bagi menyelamatkan kedua -dua orang anaknya. Bertambah sedih bila pengorbanan itu disaksikan sendiri oleh si anak dan jugak si isteri. 

Kasih sayang antara adik beradik juga dapat dilihat menerusi watak si kakak dan si adik. Si kakak pergi meninggalkan rumah untuk menziarahi kuburan adik bongsu yang mati dibaham makhluk durjana itu. Dalam pada masa yang sama, makhluk asing keluar berburu mencari mangsa. So, si adik pergilah mencari kakaknya. Dah lah, berdebar takut berhadapan dengan makhluk pemangsa tu, lagi pulak disuruh keluar mencari si kakak. Aduhaii..

Part paling suspen, bila part si ibu nak bersalin. Humakaii, boleh pulak alien tu masuk dalam rumah. Pulak tu, dah lah tengah menahan contraction nak bersalin, boleh pulak terpijak paku kat tangga. Adoii, berganda sakitnya. Yang surprise, selamat pulak tu bersalin sorang2 tanpa mengeluarkan sebarang bunyi jeritan. Yo oh jer movie ni. hahahaha...

Tapi memang stress lah tengok movie ni. Lenguh satu badan aku ni ha. Mengeluh tak usah dikatalah. Penat tengok movie ni. Hahaha. Muka alien tu humakaiii, buruk bebeno. Sakit hati tengok. Menyusahkan orang betulkan.

Okaylah, dipendekkan ceritanya, cerita ini berakhir seperti tergantung. Alien itu akhirnya berjaya ditumpaskan. Mati. Nak tahu camno alien itu ditumpaskan kenelah tengok sendiri. Walaupun si ayah sudah terkorban, namun die berjaya meninggalkan satu cara untuk mengatasi alien ini. Nak tahu ape kelemahan si alien ini??? P tengok sendiri kat wayang tu. Still tengah tayang lagi. Tapi yang stressnya, dah mati sekoq alien, keluar pulak berduyunn-duyun alien. What the heck da...Alih-alih, dah THE END. Ya, itulah penyudah movie ni.

Tapi moral yang aku dapat dari cerita ni ialah aku rase bersyukur sangat-sangat hidup didunia yang boleh untuk kita keluarkan suara. Stress oii, tak boleh nak bercakap. Kene pulak cakap bisik-bisik. Pulak tu tak aman. 

Oh ya, kalau nak tahu pelakon kanak-kanak perempuan yang membawakan watak si kakak ini adalah benar-benar pekak ye.


 Overall, dari 10 bintang aku boleh bagi 8 bintang. Yeayyy!!



Tuesday, 24 April 2018

Review Movie : DUKUN 11 April 2018

Kan aku cakap bulan ni saje aku dah tengok wayang 3 kali. Dukun, Quiet Place, Rampage. Dan mungkin esok atau lusa pulak movie Ready Player One. Haila si yus ni. Memang x ada keje lain gamaknye. Hahaha.
 

Gambar ehsan uncle Google

Okaylah..kite review sikit cite pasal Dukun. Naskhah yang sepatutnya di tayangkan pada tahun 2006. Tetapi disebabkan ada beberapa perkara yang tak dapat nak dielakkan, naskhah ini terpaksa diharamkan. Tetapi yang surprisenye, setelah hampir 12 tahun naskhah ini tidak ditayangkan, akhirnya tanggal 5 April 2018 Dukun ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Memang jadi fenomena sekejap cerita ini dimana laman media FB dihebohkan atau diviralkan dengan video penampakan seorang perempuan berkebaya merah. Aku ingatkan promosi filem Lagenda Pontianak lakonan Fazura. Rupe-rupenye promosi untuk filem Dukun ini. Aku tak tertengok lah video penampakkan tu tapi ade lah tengok parodi orang duk buat. Hahaha. lawak pun ade.


Terbahak aku tengok video parodi Nizam Rahman ni.


Ni parodi Nasi Lemak Rendang Dukun Crispy Jihan Muse

Disebabkan kecoh viral pasal perempuan berkebaya merah ni lah aku dan kawan-kawan opis aku eksaited nak tengok filem ni. Baca review pun depa kata filem ni best, ditambah pulak dengan kehadiran pelakon-pelakon tanah air yang sememangnya tidak kayu jati dalam bidang lakonan. Oppss..hahaha..Antara barisan pelakon yang membintangi filem arahan Dain Iskandar Said ini ialah Umi Aida sebagai peneraju utama, Faizal Hussin, Namron, Bront Palare, Adlin Aman Ramli, Sofi Jikan, Elyana dan ramai lagi.

Kisah ini diilhamkan berdasarkan kes penbunuhan berprofile tinggi pada tahun 90-an dimana seorang ahli politik, dikenali sebagai Dato Mazlan ditetak anggota badannya ke beberapa bahagian dan ditanam dibelakang rumah. Memang kecoh pada tahun itu kes Dato Mazlan dan Mona Fendy. Mungkin disebabkan itu jugaklah cerita ini tidak dilulus tayangannya disebabkan ketidakpersetujuan keluarga Mona Fendy.
.
.
.
Review aku sendiri tentang Dukun ini ialah aku sangat suka dengan lakonan Umi Aida sebagai Diana Dahlan, seorang OKT (orang kene tuduh) yang dituduh membunuh Dato' Jefry lakonan Adlin Aman Ramli. Diana Dahlan diwakili oleh peguam bela Karim lakonan Faizal Hussin yang dalam pada masa yang sama sedang berusaha mencari anak perempuanya, Nadia yang hilang lakonan Elyana.

Pertemuan di antara Diana Dahlan dan Karim bakal membongkar satu rahsia yang sangat besar. Nak tahu kenelah tengok movie ni.

Di mana bile ko dah tak meletakkan kebergantungan kepada yang Esa, kau boleh pulak pergi minta bantuan kepada benda yang membawa kepada kekafiran. Ini terjadi kepada isteri Karim. Nak tahu apa jadi dengan Diana Dahlan? Nadia? Karim dan isterinya? Kene lah tengok di pawagam sana. Still lagi tayang ni.
.
.
.
Seram???? hurmm, boleh tahan seram gak lah bile tengok si Diana Dahlan dikuasai oleh kuasa jahat tu. Siap terkangkang2. Boleh pulak p jilat dinding. Eee...x senonoh. Hahaha..

Aku rase citer ni seharusnya diklasifikasikan sebagai P13. Budak-budak 13 tahun ke atas je yang leh tengok. Budak kecik jangan lah ditengok. Ayat yang dituturkan tak berapa elok untuk didengari oleh dorang Tapi time aku tengok ri tu, ade je budak-budak yang tengok. Hurmm...entahlah. mak pak dorang ade tuk pantau lah kot. Huhuhu.

Overall, aku boleh bagi 6 bintang jer dari 10 bintang. Okaylah tu, aku support jugak filem Melayu. Hahaha.

Oh ya, btw aku suke lagu yang didendangkan oleh Umi Aida dalam filem ni. Sedap gak sore dia ni. Tapi part Elyana nyanyi tak berapa nak sedap untuk telinga aku ni. Sore dia agak kasar. Tapi lagu ni bile dengar lama-lama seram lah pulak. Naik bulu romaku. Hahaha. 

Yok, kite layan lagu OST Dukun yang bertajuk Merana Jiwa ni....



Serammm tak???


Monday, 23 April 2018

KTMB SkyparkLink Run 2018 - 15 April 2018 -

Yus berlari semula...

Pada tanggal tarikh 15 April 2018, aku dan Ug ikut sekali lagi acara larian. Larian kali ini dianjurkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad, bertempat di ibu pejabat KTMB. Fee untuk larian ini ialah RM50 untuk Fun Run 5KM. Itu jer jarak yang termampu setakat ni. Lebih kepada nak panaskan badan, explore KL dengan berjalan. Hahaha. 

Bab memperabihkan duit beri je lah pada aku ni. Hahaha...


Macam biasa, hari Sabtu tu amik race kit dekat Wisma OCM yang bertempat di Jalan Hang Jebat. Gigihlah hai meng"google" cara-cara nak ke Wisma OCM. Mengikut uncle Google, disuruhnya kami naik LRT hingga ke Hang Tuah dan jalan kaki selama lebih kurang 10 minit ke Jalan Hang Jebat. Tapi kalau nak tahu, Wisma OCM tu memang betul-betul dekat dengan stesen MRT Merdeka. Kalau tahu awal-awal memang aku ngan Ug dah naik MRT dan turun di Merdeka stesen ni. Uhuk..uhuk..Sabo jer lah. Tapi di sepanjang jalan tu aku dapat lah tengok Stadium Negara. Berhadapan jer dengan Wisma OCM tu.

Amik race kit then jalan-jalan kejap Mid Valley. Malam tu aku tidur semalam kat rumah Ug. Pagi tu kami bergerak naik LRT nak ke ibu pejabat KTMB. Dari LRT Taipan kitorang turun ke KL Sentral dan naik pulak komuter ke stesen Kuala Lumpur. Dekat sangatlah dengan tempat larian bermula. Flag off untuk 5KM ialah pada puku 7.50 pagi. Aku dan Ug tamat larian pada pukul 8.45 pagi macam tu..
Dah namanye fun run kan. So, larilah dengan fun. hahaha. So, time berlari tu apalagi bergambo lah disepanjang jalan.


Yang agak mengecewakan organizer tak dapat nak menyediakan medal pada hari yang telah ditetapkan disebabkan oleh masalah teknikal. So, lepas larian tak ade lah acara gigit-gigit medal. hahaha. lepas je amik refreshment memasing, then aku dan Ug terus balik. Penat wei..

Medal pulak akan dikurierkan oleh pihak penganjur nanti. Tunggu jugak ni bile AJK die nak call aku. Huwa..huwa..huwa..



Self Reward - Ice Fruit Bucket

Perghh..lame giler tak update blog aku ni. Bersarang dah. Last entry hari tu pun story pasal crush aku dah kawen. Uhuk..uhuk..Sedey. Tapi buat ape lah nak bersedih kan. Doakan yang terbaik untuk si dia itu lebih bagus dan afdhal.

Sekarang dah bulan 4, lagi berapa hari jer nak masuk bulan 5. Cepatkan masa berlalu. Dan lagi berapa hari jugak kita bakal menjalani ibadah berpuasa. So, dalam bulan 4 ni aktiviti aku penuh setiap minggu. Bulan ni saja tengok wayang 4 kali. Hahaha. Tahulah bujang. Single mingle lagi. Tak ada orang nak marah. Hikhik.

Okay lah. sempena bulan kelahiran aku bulan ini, aku nak self reward lah diri ini dengan Ice Bucket yang dulunya tu heboh diperkatakan. Diviralkan. Aku ni, fenomena ice bucket dah berakhir baru sibuk nak pergi. Bukan apa, kalau awal-awal ni sure punye lah ice bucket ni penuh dengan orang. Beratur sampai ke dua tiga buah kedai. Idakler aku nak menunggu panjang. Baiklah aku tunggu fenomena ice bucket ni habis barulah aku beriya-iya pergi.

So, nak dijadikan ceritanya tarikh 09 April 2018 menjadi tarikh keramat aku mengakhiri ke"craving"an aku terhadap ice bucket. Aku pergi dengan budak-budak opis aku, Intan, Fudzla dan jugak Lydia. Kebetulan pulak aku dan Intan berpuasa ganti hari terakhir hari tu, so apalagi buke pose aiskrim ko jah.

Ice Bucket ni ialah ais krim yang diletakkan di dalam bucket aka baldi. Tapi bukanlah baldi buat letak baju kotor tu. Lebih kepada satu balang kaca yang besar dan tinggi. Pastu letaklah aiskrim banyak2 kat dalam tu. Sedapnye..Nyumm..nyum...

 Ice Fruit Bucket
RM29.90

Macam ni lah rupe si Ice Bucket tu. Nampak menggiurkan?? Yang ni kitorang amik Ice Fruit Bucket. Sebab banyakkan buah-buahan dalam tu. Ada strawberry, kiwi, banana, anggur dan macam-macam lagi lah. Aiskrim kat atas tu aiskrim keladi. Sedap jugaklah. Tapi ada orang kata Ice Chocolate Bucket lagi sedap. Next time nak try yang tu lah pulak. Ice Strawberry Bucket pun nampak menggiurkan. Hehehe..Ketiga-tiga harga ice bucket ini ialah RM29.90 sahaja. Boleh di makan dalam 4 ke 5 orang makan.

Tak teramik pulak picture menu ice bucket yang lain disebabkan masin-masing tak sabar nak melahap. Hahaha. 


Amboi..Kembang kuncup hidung tu Fudzla oii.. Sabo..sabo..


Mereka yang sama-sama meraikan hari kelahiran aku. Nampak tak ada kek disitu. Kek itu didatangkan khas oleh Fudzla dan Lydia.


 Thanks Fudzla dan Lydia, beli jugak kek untuk akakmu ini. 😊😀


Kitorang bukan je makan aiskrim tu jer. Dah dari siang tak makan, haruslah kene makan makanan nasi jugak. So, pilihan kami berempat untuk makan malam selain Ice Fruit Bucket ialah nasi lemak. Harga nasi lemak ini tak silap aku RM9.90 termasuk ais lemon tea. Ayam goreng tu pulak Lydia yang belikan kat AEON mall.


Bagi korang yang nak merasai mencuba makan aiskrim dalam bucket boleh lah ke Ice Bucket Restaurant yang terletak di dalam AEON MALL SHAH ALAM ni. Dibukak pada pukul 10 pagi dan tutup pada pukul 10 malam. Kalau pergi waktu la ni memang dah tak ramai orang dah pun. Orang duk teruja kat benda lain pulak. Hahahaha...

Bye..bye..see you next posting..:)

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...