Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan Tiba Lagi 2015

Ramadhan Tiba..
Ramadhan Tiba..
Ramadhan Tiba...

Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan



Alhamdulillah...
Ramadhan telah tiba lagi.. Hari ini hari pertama berpuasa untuk tahun ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan dan kudrat untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga ini..Syukur Ya Allah...

Di harap Ramadhan tahun ini akan membawa lebih keberkatan di dalam hidup kita semua seperti mana Ramadhan yang terdahulu. Janganlah kite terlalu berseronok untuk menantikan ketibaan Syawal dan mensia-siakan pahala Ramadhan ini. Kumpullah seberapa banyak pahala pada bulan yang mulia ini. In sha Allah...

Alhamdulillah, pagi tadi diberi kekuatan untuk bangun dan bersahur bersama-sama kawan-kawan serumah. Walaupun berpuasa di perantauan namun bila makan bersahur bersama mereka terubat jugak rasa rindu di kampung. In sha Allah, dua minggu lagi aku akan balik ke kampung menyambut Ramadhan bersama keluargaku. Hidangan pagi tadi simple sahaja...sambal ikan bilis goreng, kentang goreng dan telur mata. Itu sahaja sudah berjaya membangkitkan selera kami pada pagi itu..ditambah pula dengan buah kurma dan air teh o panas...Alhamdulillah....

Ape menu untuk juadah berbuka puasa petang ini ye?? Dalam perancangan nak masak je. Barang-barang basah pun dah dibeli malam semalam di Mydin USJ1. Kalau tak dimasak, diperam lama dalam peti sejuk tu takut rosak pulak. Okay..in sha Allah, menu malam ni ringkas-ringkas sahaja..sup ayam, telur dadar, kentang goreng dan sambal belacan..perggh..mendengarkan saja menunya pun dah membangkitkan selera makan petang-petang ni...hehehe...

Daya tarikan untuk ke Bazar Ramadhan sudah tentulah ada kan..bagaikan daya magnet yang menarik-narik lagaknya..hehe... Namun, digagahi jua untuk menepisnya..in sha Allah, pergi juga kesana nanti. Mungkin petang ini, mungkin esok dan mungkin juga lusa..hehehe...Nafsu ni perlulah dikawal bila dah memasuki kawasan bazar tu..betollah syaitan semua sudah diikat tapi nafsu tu..nafsu sendiri tu yang berperanan besar sekarang ni...Maka, jaga dan kawallah nafsu itu sebaik yang mungkin. Jangan terlalu memboroskan diri bila berada di bazar Ramadhan tu nnti...Semua nak dibelinya..bila time berbuka nanti, sikit sahaja yang ditelannya. Silap-silap langsung tak diusik..Kan membazir namanye tu...Wallahualam...

Untuk peringatan sendiri.....


No comments:

Post a Comment