Thursday, 30 July 2015

Hiking Gunung Datok

Lame beno aku tak update entri ke Gunung Datok...Bile ye tarikh aku naik Gunung Datok ni..Hurmm..yaaa...tarikh yang same bila mana kapal terbang MAS, MH370 dikhabarkan hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China..Yess..tarikh yg menciptakan sejarah dalam negara Malaysia. Tanggal 08 Mac 2015..Tarikh dimana bermulanya macam-macam masalah dalam negara Malaysia ini. Namun, aku tak nak bercerita panjang pasal apa yang terjadi pada Malaysia ketika ini..walaupun sebenarnya banyak yang ingin aku kongsikan tentang negaraku yang tercinta ni..Hehehe...

Berbalik semula pada pendakianku ke Gunung Datok. Macam biasa kita tahu dululah serba sedikit info mengenai Gunung Datok ni, gunung yang terletak di Negeri Sembilan.

Gunung ini terletak di kawasan daerah Rembau, mempunyai ketinggian setinggi 885 meter (2,900 kaki).
Gunung Datok mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. 

Trail untuk naik ke puncak pun boleh tahan mencabar jugaklah sebenarnya. Lebih-lebih lagi ade satu ketika tu, kita dikehendaki memanjat tangga besi untuk sampai ke puncak. Dahlah tangga besi tu bergoyang-goyang bila kita pijak. Mujur lah ade sahabat-sahabat dan juga hikers lain yang bantu memegang kejap tangga besi tu. Puncak Gunung Datok memang berbatu. Dari puncak kita bolehlah lihat keseluruhan kawasan daerah Rembau. Kita boleh juga lihat beberapa buah gunung yang ada di sekitarnya. Contohnya Gunung Angsi dan Gunung Telapak Buruk.

Sampai kat puncak bukan main lagi banyak lebah hurung kitorang. Mujurlah bukan lebah yang jenis menggigit tu. Manis sangat kot kitorang ni. Itu yang lebah-lebah ni suka. Hahaha. Tapi agak menganggu konsentrasi kami untuk menikmati suasana puncak tu lah sebenarnya. Iye lah, lebah duk keliling kami...stress jugaklah dibuatnya. Time aku dan kawan-kawan naik tu, memang ramai lagi pendaki yang turut sama naik. Tunggu turn jugaklah nak naik tangga besi tu untuk sampai ke puncak. Alang-alang dah sampai kan, mestilah kena naik jugak. Rugi je..

Itu je lah serba sedikit pengalaman aku mendaki Gunung Datok. Susah sebenarnya nak recall semula pengalaman naik Gunung Datok ni. Almaklumlah, setahun yang lalu. Apa-apa pun pengalaman yang menyeronokkan. Best jugaklah. Trail pun mudah dan tak terlalu menyusahkan. In shaa Allah, kalau diberikan kelapangan, mungkin akan naik lagi sekali...:)



Gambar wefie kami, terkebil-kebil bijik mata menahan panahan sinaran cahaya matahari...Berkerut-kerut dahi tu..


Nampak tak?? Lebah-lebah pun nak enterframe sekali tau...


Sekitar pemandangan yang dapat dilihat..mungkin itu sebahagian dari daerah Rembau.


Pose sat kat atas batu ni...


Menunggu giliran untuk turun..panas kaww nak duk bertapa lama-lama kat atas ni.


Gile besar pokok balak ni. Berapalah agaknya umur die ye. Besooo sgt. Ni bukan sepemeluk dah ni. Ni berpeluk-peluk dah. Hahaha. Time ni mase on the way nak turun. Sempat lagi tu amik gambar kat pokok besar ni. Mula-mula seram gak lah nk p kat pokok ni. Iye lah..manelah tau kot-kot ade bende lain duduk. Kita p kacau rumah die kan. Mau keluar surat khabar Metro nanti. Hahaha. Kene sorok dek hantu pokok...selisih..mujur tak ada pape berlaku...




Wajah kepenatan...penat sangat lah tu..sengih je manjang...







No comments:

Post a Comment