Tuesday, 4 December 2012

BYDC - BAB 8


Selepas makan malam, aku duduk bersantai menonton televisyen bersama-sama Intan. Namun, aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada rancangan yang tersiar di kaca tv. Fikiranku masih memikirkan tentang kehadiran bos tempat kerjaku, Encik Hakimi dan juga bekas kekasihku yang lama menghilang. Seakan-akan mereka berdua mempunyai perkaitan, mempunyai pertalian. Pening kepalaku memikirkannya. Tapi perlukah aku memikirkan semua ini. Kenapa aku masih lagi terkenangkan Jojo. Bukankah lelaki itu pergi meninggalkanku begitu sahaja tanpa khabar berita langsung. Kini, aku mempunyai Hisyam di hatiku. Aku perlu menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Jojo merupakan kenangan lamaku. Kini, Hisyam adalah masa hadapanku.
“Jennaaaaa........” jerit Intan betul-betul disebelah telingaku membuatkan aku terperanjat besar sehinggakan aku terjatuh dari sofa yang aku duduk. Intan apalagi ketawa terbahak-bahaklah melihatkan aku sudah terduduk di atas carpert yang baru kami beli dari Mat Bangla hari tu. Nasib baiklah kapert ni lembut, gebu. Taklah sakit sangat punggung aku ni. Kalau aku terduduk atas lantai tanpa alas tadi,tak pasal-pasal jatuh peranakan aku ni. Senak tu.
Bertuah punya kawan. Terperanjat giler aku dibuatnya. Dah diterjahnya aku seronok pulak dia gelakkan aku. Sampai meleleh-leleh air mata pulak tu. Hampeh punya member. Ni kata sahabat sejati dunia akhirat. Memang nak kena budak ni.. siap kau Intan. Aku apalagi terus capai kusyen comel berbentuk  hati dan membaling tepat ke arah wajah Intan.
Pap...kusyen tepat mengenai muka Intan. “Hahahaha..kan dah kena sedas...padan muka.” Gelak aku jahat dalam hati.
“Jenna...apa ni...habis dah berterabur twisties Intan.” Bebel Intan sambil memuncungkan mulut itiknya itu. Tangannya ligat mengutip kembali twisties yang bertaburan tadi.
“Tu lah..Suka sangat sergah Jenna tau. Tak boleh ke panggil orang elok-elok. Sakit tau punggung ni. Pastu seronok ye gelakkan orang. Kan dah kena...Hahaha..” kataku menjegilkan biji mata sambil tanganku ligat membantu Intan mengutip twisties tadi. Kena kutip cepat keropok-keropok ni. Karang dibiarkan memang tak terkutiplah. Masing-masing malas. Alih-alih esok dah penuh semut hurung.
“Eh..eh..bukan Intan suka-suka sergah Jenna tadi tau. Intan dah panggil elok-elok tau. Tapi Jenna wat dek jer..jauh betul mengelamun tadi. Dah pergi planet manalah tadi.” Bebel Intan mempertahankan dirinya.
“Jauh betul Jenna mengelamun tadi. Jenna fikir apa ni sampai Intan panggil tak dengar. Jenna ada apa-apa problem ker?? Cer cite..cer citer...” kata Intan sambil menggoyangkan tangannya ala-ala gaya Usop Wilcha dalam movie Hantu Kak Limah Balik Rumah tu. Tergelak besar aku melihat reaksi Intan tu. Comellah pulak.
“Eh..eh..Jenna ni. Gelaklah pulak dia. Tadi mengelamun. Senyap. Sampai berkerut-kerut dahi tu. Sekarang boleh pulak gelak-gelak. Betullah Jenna ni dah tak betul. Hahaha....story lah cepat apa yang membuatkan Jenna berkerut-kerut tu. Tak elok tau selalu berkerut ni. Nanti cepat tua.” Kata Intan lagi cuba memujukku bercerita.
Aku hanya tersenyum memandang sahabat baikku ini. Intan memang sahabat baik aku. Kalau tak ada dia tak tahulah macam mana aku nak teruskan hidup ni. Dia tahu aje bila aku susah hati, ada masalah.Intan seakan-akan dapat meneka apa masalah yang aku hadapi.
“Tak ada apa-apalah Intan. Jenna fikirkan pasal kerja ni je ha. Stress kat opis tu. Banyak kerjalah akhir-akhir ni. Lepas ni Jenna banyak pergi site. Dengan bos pulak tu. Lagi lah tensen. Tak boleh main-mainlah. Alorh..” kata ku sambil memuncungkan bibirku sekaligus membuatkan Intan menggelengkan kepalanya.
“La, itu je ker..biasalah Jenna. Dah tanggungjawab kita. Wah, pasni Jenna banyak pergi site ea. Dengan Encik Hakimilah kan?? Wow...bestnya Jenna. Kalau Intan tiap-tiap hari kena pergi site pun takpe. Ish, nak tukar kerjalah. Nak kerja kat tempat kerja Jennalah .” Berangan Intan sambil memeluk erat teddy bear pemberian Razlan.
Kesitu pulak minah ni. Tapi bila terkenangkan kembali aku akan selalu bersama Encik Hakimi ke site aku rasa takut. Rasa tak selesa. Ish..aku kena professional. Soal peribadi letak ketepi dulu. Sebenarnya, banyak lagi benda yang aku sembunyikan pada Intan. Aku tidak bersedia lagi hendak berkongsi rahsiaku padanya. Bagiku Jojo merupakan kenangan ku. Biarlah aku seorang yang tahu. Bercerita pasal Hisyam, dia kini berada di Ipoh. Menguruskan projek terbaru di sana. Aku baru je menelefon dia dua hari yang lepas. Teringat kembali saat aku menelefonnya hari tu. Sampai aku jatuh katil dibuatnya. Tak sabar nak jumpa Hisyam minggu ni. Nak dating-dating dengan dia..Gatal....
************
“Assalamualaikum sayang...buat apa tu?? Dah makan dah??” tanya Hisyam romantis membuatkan rinduku padanya terubat. Hisyam ni bukan setakat senyuman dan lesung pipitnya menarik hati aku, suara dia pun boleh buat aku tak lena tidur malam.
“Waalaikumussalam...tak buat apa-apa pun. Dalam bilik ni ha, tengah baca novel. Jenna dah makan dah tadi. Hisyam dah makan ke ni?? ” tanyaku pulak.
“Hisyam baru lepas makan tadi dengan kawan-kawan site. Ni ada dalam bilik. Rehat-rehat. Tak menang tangan kat site tadi. Ada je benda nak kena handle. Tapi dapat dengar suara Jenna ni hilang semua rasa penat, letih Hisyam tau. Hisyam rindu Jenna tau. Tak sabar nak balik KL, nak jumpa Jenna. I miss U so much, honey.” Bisik Hisyam gemersik. Dapat kurasakan bisikannya menusuk ke telingaku dan terus ke hatiku. Aku rasa terbuai-buai seketika. Dah berada diawan-awangan dah ni. Lebih teruk lagi, aku dah senyum-senyum kambing kat bilik ni. Dan tiba-tiba.......
Bukkk....
“Aduh..sakitnya...” aduhku dalam hati sambil menggosok-gosok punggungku yang sudah terasa sengal-sengal. Alamak, boleh pulak aku jatuh katil. Dah macam nangka busuk dah. Ni penangan ayat-ayat bermadu Hisyamlah ni.
Honey...r U okey..? Jenna buat apa tu? Apa yang jatuk berdebuk tu? Kuat betul bunyinya tu.” tanya Hisyam lagi.
“Tak ada apa-apa Hisyam. Buku-buku ni ha jatuh tadi. Hehehe.” kataku membalas pertanyaan Hisyam tadi.
Malu besar aku kalau Hisyam tahu aku jatuh katil disebabkan aku terbuai dengan kata-kata cinta dia tadi. Nasib baik Hisyam tak nampak. Kami berdua bersembang di telefon selama lebih kurang dua jam. Akhirnya, aku menamatkan panggilan apabila aku mendengar dengkuran halus Hisyam di corong telefon. Kesian Hisyam. Dahlah penat dekat site, malamnya aku ajak dia berbual pulak. Hehehehe...
*********************************************************************

No comments:

Post a Comment