Tuesday, 4 December 2012

BYDC - BAB 7


Hampir sebulan aku bekerja di syarikat Megah Maju Holding. Segala selok belok pentadbiran telah aku ketahui dan pelajari daripada rakan-rakan sekerja yang lain. Tetapi sampai sekarang jugaklah aku masih belum mengucapkan terima kasih kepada Encik Hakimi kerana telah membantu aku tempoh hari. Kata kak Wahida, Encik Hakimi pergi outstation ke Bangkok. Ada urusan yang perlu diselesaikan di sana. Tunggu dia balik sini nantilah baru aku ucap terima kasih kat dia.
Hubungan aku dan juga Hisyam pun sudah kembali pulih. Seboleh mungkin aku cuba untuk melupakan panggilan itu. Tekadku, aku tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan kami yang sudah kembali pulih ni. Lagipun, perempuan tu pun dah tak telefon lagi mengganggu aku. Lega rasanya.
Tapi perasaan lega itu hanya seketika apabila pada satu malam sedang aku berehat-rehat bersama Intan, aku menerima panggilan dari perempuan itu lagi. Perempuan yang mengatakan dia tunangan Hisyam. Di dalam panggilan itu, perempuan yang namanya Shasya memarahiku dan mengeluarkan kata-kata kesat. Dia marah kerana aku masih lagi bersama dengan Hisyam. Apa sebenarnya masalah minah sorang ni. Betul ke minah ni tunangan Hisyam. Soalan itu kembali mengisi ruang fikiranku. Aku perlu bertanyakan hal ini pada Hisyam walaupun tekadku aku tidak mahu membuka kisah ini lagi. Tapi nampaknya perempuan itu tak serik-serik menganggu aku selagi aku tidak putuskan hubungan dengan Hisyam.
“Hisyam, boleh Jenna tanya sesuatu?” tanyaku pada Hisyam ketika kami sama-sama sedang menikmati makan malam. Aku tidak mahu lagi berteka-teki. Aku perlukan penjelasan dari Hisyam mengenai Shasya.
“Tanya jelah sayang.” Kata Hisyam memberi respon. Dia sedang asyik dengan makanannya sambil memandangku dengan senyuman yang manis. Sejak kebelakangan ini Hisyam memang banyak tersenyum. Mungkinkah kerana aku telah menerima lamaran untuk menjadi kekasihnya. Kataku dalam hati.
“Siapa Shasya tu Hisyam?” tanyaku kepada Hisyam. Dan Hisyam tanpaku duga tersedak apabila aku mengajukan soalan itu kepadanya. Aku menghulurka nair fresh orange kepadanya untuk meredakan sedikit tekaknya. Hisyam nampaknya teragak-agak untuk menjawab soalan aku tadi. Aku hanya memandang wajahnya meminta penjelasan.
“Mana Jenna kenal dengan Shasya ni?” soal Hisyam pula tenang sekaligus mengabaikan soalan yang kulemparkan kepadanya tadi.
“Jenna tak kenal dia. Tapi dah beberapa kali dia call Jenna marah-marah Jenna.” Balasku pula sambil menghirup sedikit air jus tembikai melegakan sedikit tekakku yang kering.
Hisyam nampak lagi terkejut apabila aku mengatakan yang Shasya ada menelefonku.
“Shasya ada call Jenna?” tanya Hisyam pula meminta kepastian.
“A’ah. Dia marah-marah Jenna. Kata jangan kacau tunang dia lagi. Siapa tu Hisyam? Betulke tu tunang Hisyam?” tanyaku pula pada Hisyam. Aku tidak sabar nak tahu apa jawapan yang akan diberikan oleh Hisyam.
“Memang Shasya tunangan Hisyam. Tapi Jenna jangan salah faham. Shasya tu sebenarnya bekas tunangan Hisyam. Kami memang pernah bertunang dulu atas kehendak keluarga. Tapi sekarang kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Kami dah putus. Dan Shasya sendiri yang putuskan tali pertunangan kami.” Jelas Hisyam panjang lebar membuatkan aku hampir terlongo.
Aku hanya mendiamkan diri. Tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi. Melihatkan aku terdiam tanpa kata-kata, Hisyam mengenggam erat tanganku dan berkata “ Hisyam dah tak ada kena-mengena dengan dia lagi. Hanya ada seorang gadis sahaja yang telah bertakhta dalam hati Hisyam. Dan gadis itu adalah Nur Jenna Jasmin Idris. Jenna tak perlu bimbang dengan gangguan Shasya tu. Abaikan aje. Hati Hisyam hanya buat Jenna seorang.” Janji Hisyam itu akan aku sematkan betul-betul dilubuk hati yang paling dalam.
*************                              
”Kita dah takde pape hubungan lagi Shasya. U lupakan je I. U kan yang minta semua ni terjadi. Dan hati I kini hanya untuk gadis yang bernama Nur Jenna Jasmin Idris sahaja.” Kata Hisyam tegas kepada Shasya.
Geram sungguh hati Shasya dengan gadis bernama Nur Jenna itu. Rancangannya untuk melukakan hati Jenna tidak berjaya. Puas dia memarahi dan memaki hamun perempuan itu tapi tidak diendahkan. Ishhh...geramnya aku.
“Tapi I masih sayangkan U Hisyam. I nak kita kembali semula macam dulu.” kata Shasya merayu sambil memeluk erat lengan Hisyam yang sasa itu. Hisyam cepat-cepat menepis tangan Shasya. Dia malu dengan orang sekeliling yang memandang perbuatan Shasya itu.
Shasya sedikit terkedu dengan perbuatan Hisyam itu.
“U yang tinggalkan I. U yang putuskan pertunangan kita. Sebab apa?? Sebab U nak ikut lelaki mat salleh tu. U tak tahu betapa hancurnya hati I ni. Betapa hancurnya hati keluarga I dengan perbuatan U tu. Lagi dua minggu je majlis perkahwinan kita tapi U sesuka hati putuskan hubungan. Keluarga I dan juga keluarga U tanggung malu.” Kata Hisyam melampiaskan rasa amarahnya pada Shasya.
Memang Hisyam marah dengan sikap Shasya yang tidak bertangungjawab itu. Pergi meninggalkan majlis perkahwinan yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. Memang keluarganya cukup malu akan perbuatan Shasya itu.
I’m sorry okey. Masa tu I termakan janji-janji manis Michael. Dan bila I sedar Michael hanya mempermainkan I semuanya sudah terlambat. I nak kita bersama semula.” Rayu Shasya lagi.
“Senangnya U cakap. Bila U nak, U datang pada I. Bila U taknak U buang I macam tu aje. Semuanya sudah terlambat Shasya. Hati I bukan buat untuk U lagi. Hati I hanya buat Jenna.” Kata Hisyam pula membuatkan Shasya berang.
Balik-balik nama perempuan tu yang disebut. Naik jelik dan menyampah Shasya dengar. Memang kini Hisyam sudah berubah seratus peratus disebabkan perempuan tak guna itu.
“ Apa lebihnya perempuan tu dan apa kurangnya I? Cuba U cakap dengan I?” tanya Shasya lagi tidak puas hati.
“Jenna seorang gadis yang baik dan pandai jaga maruah diri. Lepas U tinggalkan I memang I rasa down sangat. I tak percayakan perempuan lagi. Bagi I perempuan tu menyakitkan hati. Tapi bila I terpandangkan Jenna, hati I rasa sejuk dan nyaman. I rasa senang bila berada dekat dengan dia. Rasa itu tak sama bila I berada dengan U Shasya.” Kata Hisyam pada Shasya. Dia sudah penat untuk menjelaskan pada Shasya yang seakan tidak faham-faham bahasa ni.
“Tap I janji yang I akan berubah. I akan buat yang terbaik untuk U Hisyam.” rayu Shasya lagi tidak putus asa.
“Sudahlah tu Shasya. I dah penat. I dah terangkan pada U apa yang patut I terangkan dan I harap U faham. And one more thing, jangan sesekali U ganggu Jenna lagi.Kalau U ganggu dia lagi tahulah apa yang I nak buat pada U.” Kata Hisyam berbaur amaran lalu segera meninggalkan kawasan taman itu.
Shasya sedikit terkedu dengan amaran Hisyam. Tak sangka Hisyam mempertahankan perempuan itu. Shasya menggigit bibirnya tanda geram.
Aku akan pastikan yang kau akan jadi milik aku seorang Hisyam. Dan kalau aku tak dapat kau, orang lain juga takkan dapatkan kau. Kata Shasya penuh amarah dan dendam sambil berlalu ke keretanya dan meluncur laju meninggalkan kawasan taman itu dengan perasaan penuh dendam di dalam hati.
************
“Jenna, buat ape tu??  Sibuk tak?? Kalau tak sibuk yok kite gossip-gossip?” kata Selvi tiba-tiba sambil menepuk bahuku membuatkan aku sedikit tersentak.
Minachi ni la hai...suka buat aku terkejut tau. Bukan tahu nak tegur elok-elok sikit. Kat rumah si Intan suka menyergah aku, kat pejabat pun aku asyik kena sergah. Kalau beginilah tiap-tiap hari memang pendeklah umur aku. Hehehehe...kesitu pulak aku melalut.
“Kamu ni Selvi boleh tak kalau nak tegur saya tegur elok-elok. Ni main sergah jer. Buatnya saya tengah pegang pisau ke gunting ke mahu jadi kes polis nanti.” kataku geram sambil menjegilkan mata kepada Selvi. Selvi ni perlu di ‘basuh’ sikit. Kalau tak habis semua staf kat sini pendek umur. Lebih-lebih lagi yang sudah berumur tu.
“Aiyoo...sorry lah Jenna. Saya saje mahu sakat awak. Lain kali saya tak buat lagi. Saya tegur awak baik-baik. Awak tu nampak tekun dengan kerja sangat. Relakslah sikit. Kita gossip-gossip.” Kata Selvi tersengih menunjukkan giginya yang sedikit berlapis didepan.
“Kamu ni Selvi tak habis-habis dengan gossip. Buat ajer lah kerja tu. Dah bereskan kerja tu barulah boleh gossip-gossip. Ada paham minachi.” kata Rahmat pula salah seorang despatch di syarikat ini yang baru selesai menjalankan tugasnya menghantar surat. Selvi dengan muka toyanya tidak mengendahkan langsung nasihat si Rahmat.
“Sibuklah awak ni Rahmat. Biarlah saya nak bergossip. Saya banyak cerita nak digossipkan ni. Kamu nak dengar tak Rahmat?” tanya Selvi sambil terus meluru kearah Rahmat yang sedang duduk bersantai di sofa. Maklumlah tak ada lagi surat yang perlu dihantar. Relakslah dia. Apabila mendengarkan sahaja kata-kata Selvi itu, terus Rahmat menggelengkan kepala sambil terus meluru kearah pantri dan Selvi terus mengejar Rahmat mencari teman bergossipnya. Aku dan rakan-rakan sepejabat yang lain hanya tergelak melihat karenah Rahmat dan Selvi. Ceria pejabat dibuatnya.
Tiba-tiba kak Wahida yang baru keluar dari bilik Encik Hakimi menegur kami pabila melihatkan keriuhan pejabat tadi.
“Apa yang riuh sangat tadi? Dengar sampai ke dalam bilik bos tau. Bos tanya tadi.” Tanya kak Wahida.
Kami semua tertelan liur bila mendengarkan kata-kata kak Wahida itu. Nampaknya kuat betullah percakapan si Selvi tadi sampai boleh dengar ke dalam bilik Encik Hakimi. Habislah kitorang kena basuh lepas ni.
“Jenna, Encik Hakimi nak jumpa kamu sekarang.” Kata kak Wahida sambil mengenyitkan mata padaku.
Alahai, apasal Encik Hakimi nak jumpa aku ni. Eh, aku memang kena jumpa dia la. Semenjak aku daftar hari tu aku belum jumpa dia secara rasmi lagi. Asyik jumpa dalam keadaan tak formal jer. Memang patutlah aku jumpa dia sekarang. Aku kan pekerja baru dia. Lagipun aku nak ucapkan terima kasih pasal kejadian tempoh hari. Tapi kenapa aku rasa gementar dan takut nak jumpa dia ek???
“Eh...eh..budak ni..Jenna!!  Apa yang kamu menungkan tu. Bos nak jumpa tu.” sergah kak Wahida membuatkan lamunanku tersentak. Ishh,boleh pulak aku mengelamun. Aku hanya tersengih menayangkan gigi putihku padanya dan terus menghayunkan kaki ku berjumpa dengan bosku buat kali ketiganya secara rasmi, Encik Hakimi atau nama penuhnya Syed Hakimi Herizal Syed Lokman. Dan dirinya mengingatkanku kepada seseorang. Lalu aku mengetuk perlahan pintu bosku dan terdengar sahutan dari dalam membenarkan aku masuk.
Aku masuk kedalam bilik Encik Hakimi dengan perasaan yang berdebar dan gementar. Wah, besarnya bilik dia. Berganda-ganda besarnya dari bilik tidur kat rumah sewa aku dan Intan. Maklumlah CEO syarikat besar. Mestilah bilik pun besar. Mataku asyik memerhatikan dekorasi pejabat bos besarku ini tanpa menghiraukan sesusuk badan lelaki yang sedang berdiri di sebelahku.
“Asyiknya kamu memerhatikan bilik saya ni. Cantikkan?? Nampak klasik dan sejuk mata memandang.” kata Encik Hakimi tiba-tiba membuatkan aku sedikit terloncat.
Aduhai, orang dalam pejabat ni memang suka buat aku terkejut tau termasuklah bos besarnya sekali. Tapi silap aku jugak aku ni suka benar mengelamun. Tapi nasib baiklah jugak aku tak melatah. Ragam melatahku hilang sejak aku bercinta dengan Hisyam. Dia tak suka aku melatah. Tak baik untuk kesihatan katanya.
”Ya Allah..mengelamun lagi dia ni.” kata Encik Hakimi sambil melayang-layangkan tangannya dihadapanku. Barulah aku sedar dan apalagi merah padamlah wajahku ketika itu. Apatah lagi bila melihatkan wajah bosku ini. Sebiji macam muka si dia. Lagi bertambah darah gemuruh aku.
“Maafkan saya Encik Hakimi.” kataku memohon maaf lantas terus menundukkan wajahku kerana serius aku tak bisa melihat wajahnya. Wajah Encik Hakimi benar-benar mengingatkan aku pada Jojo. Tiba-tiba dapat aku rasakan dadaku terasa sebak. Sabar Jenna...
“Saya maafkan. Okey..nama awak Nur Jenna Jasmin Idris ye?? Eksekutif pemasaran yang baru menggantikan kak Rafidah. Ermmm..Selamat Bertugas.....What should  I address U? Jenna or Jasmin??” tanya Encik Hakimi sambil tersenyum. Aduhai..senyuman dia tu memanglah...
“Encik Hakimi boleh panggil saya Jenna jer...” kataku sambil tersenyum membalas pertanyaannya.
“Jenna?? Nop..I want address U Jasmin..Can I??” tanya Encik Hakimi lagi membuatkan aku tersentak. Encik Hakimi benar-benar mengingatkan aku pada Jojo.Kerana apa? Kerana Jojo juga memanggilku dengan nama keduaku itu iaitu Jasmin.
“Ya..boleh..” kataku gugup sambil menundukkan wajah, tak dapat menahan panahan mata Encik Hakimi. Encik Hakimi tersenyum melihatku.
“Okey Jasmin. I ucapkan selamat bertugas pada U. And I harap U boleh bagi performance yang terbaik untuk company kita. And kalau ada apa-apa problem U boleh tanya your officemates and boleh terus pada I. Lagipun kita akan memang selalu bersama nanti.” kata Encik Hakimi sambil melemparkan senyuman manis kepadaku.
Aku hanya menganggukkan kepala dan tersenyum manis. Sporting jugak bos aku ni. Baik hati. Tak ada lah garang sangat. Hehehe..tolong aku pulak hari tu. Eh..eh..teringat pasal hari tu..pasal Encik Hakimi tolong aku masa aku pengsan hari tu, aku belum lagi ucapkan terima kasih pada dia. Aku kena ucap terima kasih ni.
“Terima kasih Encik Hakimi. Saya akan berikan sepenuh tumpuan dalam kerja saya dan akan buat yang terbaik untuk company ini. Lagi satu Encik Hakimi saya nak ucapkan terima kasih pada Encik Hakimi coz encik bantu saya hari tu.” kataku jujur.
“Oh..its okay. Lain kali U jangan sendirian bila kat pejabat ni. Balik pun jangan lewat sangat. Kalau nak stay back biarlah ramai. Maklumlah kan.” jelas Encik Hakimi membuatkan bulu romaku meremang seketika.
“Oh...before I forget, kita pernah berjumpa kan??” tanya Encik Hakimi membuatkan aku terkedu seketika. Aku pernah jumpa dia ke...?? Setahu aku aku tak pernah jumpa dia ni tapi wajahnya mengingatkanku pada Jojo. Tapi aku tahu dia bukan Jojo.
“Errmmm..kita pernah jumpa ke encik??” tanyaku pulak.
“Yup..kita pernah berlanggar di lobby...Do U remember??” tanyanya lagi sambil mengenyitkan matanya.
Alamak..dialah mamat yang aku langgar and aku lecture tu..alahai..barulah aku teringat kejadian 1st time aku melapor diri..
“Oppss...saya minta maaf Encik Hakimi..Im really-really sorry. Saya tak sengaja.” kata ku sambil menundukkan wajah cuba menutupi wajahku yang sudah kemerahan ni.
Encik Hakimi hanya tersenyum saja. Dia ni memanglah suka tersenyum. Manis pulak tu senyumannya...dan senyumannya mengingatkanku pada Jojo..Jojo lagi. Jojo dah tak ada lagi dalam kamus hidupku. Dia hanyalah kenangan manisku sahaja kini dan aku ingin lupakan kenangan itu. Tapi bisakah aku melupakan kenangan itu??? Lebih-lebih lagi kini tiap-tiap hari aku akan memandang wajah seirasnya.
Its okay..I forgive U. Time tu mesti U gemuruhkan. I pun nak mintak maaf coz I pun silap. I tergesa-gesa nak keluar. So, I dah terlanggar U.” Terang Encik Hakimi ikhlas.
Thank you Encik Hakimi. Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu ye.” Kataku meminta izin untuk keluar. Aku tidak betah berlama-lamaan dalam bilik yang berhawa dingin ketika ini.
Encik Hakimi hanya menganggukkan kepalanya menandakan membenarkan aku keluar. Aku keluar dari bilik Encik Hakimi dengan debaran di dada. Teringat kembali saat aku keluar dari pejabatnya aku terpandangkan renungan matanya yang tepat ke arahku. Dadaku berkocak hebat. Dapatku rasakan kehadiran Jojo kini.
*********************************************************************
  

No comments:

Post a Comment