Thursday, 6 December 2012

BYDC - BAB 12


Sudah lebih kurang dua minggu hal kedatangan Encik Hakimi ke kampung halamanku di Kota Tinggi aku tinggalkan. Aku juga sudah lama tidak bertemu wajah dengannya. Kata Kak Wahida, Encik Hakimi kini berada di kota London. Ada urusan perniagaan yang perlu dia selesaikan di sana.
Hal antara aku dan dia juga kembali seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang telah berlaku di antara kami berdua. Walaupun ketika di kampung dia ada menunjukkan rasa sukanya pada aku. Ahh....mungkin saja aku yang terlebih perasan. Walhal, Encik Hakimi tiada niat langsung. Walaubagaimanapun, kini aku cukup senang bersama dengan Encik Hakimi. Dia seolah-olah sahabat yang setia dan boleh mendengar segala luahan perasaan ku. Aku tidak kekok untuk bercerita sesuatu dengannya.
Hisyam juga sejak kebelakangan ini jarang sekali dapat kuhubungi. Setiap kali aku menelefon telefon bimbitnya hanya kedengaran suara operator yang kedengaran. Aku mula rasa sedih dan gelisah. Mungkinkah sejarah akan berulang lagi. Aku tidak mahu semua itu berlaku. Apabila aku menelefon ke pejabatnya, setiausahanya kata dia keluar berjumpa dengan klienlah, dah balik rumahlah.
Seolah-olah Hisyam cuba untuk menjauhi aku. Namun, resah yang aku rasai tidak berpanjangan. Petang itu, aku menerima panggilan telefon darinya mengajak aku keluar untuk berjalan-jalan. Katanya juga ada sesuatu yang ingin diberitahukan kepadaku.
Petang itu, selepas waktu kerjaku berakhir, Hisyam mengambil aku di pejabat.  Kali ini aku perasan wajahnya kelihatan gusar dan risau akan sesuatu. Aku kurang pasti apa yang telah berlaku kepada Hisyam. Di dalam kereta pun suasana terasa amat tegang dan sunyi. Hisyam tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun padaku. Diam seribu bahasa. Aku tidak berani pula untuk menanyakan masalahnya.
Hisyam membawa aku ke Taman Tasik Putrajaya petang itu. Suasana petang sungguh mendamaikan dan menyenangkan. Terdapat beberapa orang pelancong asing datang bersiar-siar disitu. Mengambil gambar-gambar kenangan untuk di bawa pulang ke negara mereka nanti. Kelihatan juga seorang dua sedang duduk memancing di kawasan tasik itu. Senang aku melihat pemandangan di hadapan ku ini.
Namun, aku perasan Hisyam tidak kelihatan ceria langsung sejak kami turun dari kereta sehinggalah kini kami berdua duduk di gazebo yang tersedia di taman tasik ini. Lalu untuk memecahkan tembok kesunyian ini, aku menegur lembut Hisyam.
“Hisyam.....are u okey? Hisyam ada masalah ke ni? Dari tadi Jenna lihat Hisyam diam aje. Apa yang sedang menggusarkan hati Hisyam ni? Ceritalah pada Jenna. Mana tahu Jenna boleh redakan sedikit kerisauan yang sedang melanda Hisyam ni.” kataku panjang lebar menunggu respon daripada Hisyam. Hisyam sekilas menoleh dan memandangku dengan pandangan yang sayu dan sedih.
“Tak tahulah Jenna. Sejak kebelakangan ini Hisyam rasa risau, gelisah dan sedih. Hisyam dapat rasakan akan kehilangan Jenna. Hisyam tak boleh hidup tanpa Jenna. Jenna lah wanita pertama yang berjaya membuka hati Hisyam ini untuk bercinta lagi selepas putus tunang dengan Shasya dulu. Jenna teramat penting dalam hidup Hisyam.” Kata Hisyam lagi sambil memandang wajahku sayu.
Aku pelik melihat sikap dan tingkah Hisyam petang ini. Hisyam yang aku kenal bukan begini orangnya. Hisyam yang aku kenal seorang yang optimis dan sentiasa memandang ke hadapan.
“Apa yang Hisyam cakapkan ni? Jenna pun tak mahu kehilangan Hisyam dan Hisyam juga tak akan kehilangan Jenna melainkan mati yang akan memisahkan kita Hisyam.” Kataku lagi cuba memujuk perasaannya.
“Jenna, janji takkan tinggalkan Hisyam kan?” tanyanya lagi beria-ia sehingga dia menggoncang kuat tanganku menyuruh aku berjanji. Semakin pelik aku melihat perangai Hisyam petang itu.
“Ye. Jenna janji takkan tinggalkan Hisyam. Dan Hisyam pun mesti berjanji pada Jenna takkan tinggalkan Jenna juga tau.” Kataku senyum sambil menunjukkan jari kelingkingku padanya menyuruh dia berjanji juga. Hisyam membalas tautan jari kelingkingku dan tersenyum manis sambil menganggukkan kepalanya.
Setelah itu kami berdua menghabiskan masa bersama-sama bersiar-siar di sekitar taman tasik itu menghirup udara petang yang segar dan nyaman. Sambil melihat juga karenah-karenah dan pelbagai ragam manusia.
Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Tak sangka hampir dua jam juga kami menghabiskan masa bersama-sama. Hisyam mengajakku pulang ke rumah. Aku bertambah pelik kerana tidak semena-mena dia yang mengajakku pulang dahulu. Selalunya aku yang akan mengajaknya pulang. Dan beria-ia juga dia tidak mahu pulang dahulu. Katanya mahu berlama-lamaan denganku lagi. Tapi lain pula halnya petang ini.
Sedang kami berdua melintas jalan untuk ke kereta yang berada di seberang, aku terasa badanku bagaikan ditolak kasar ke tepi jalan. Sehingga aku terjelopok jatuh ke kawasan rumput yang berada di situ. Punggungku terasa sengal-sengal dan ada luka besar di lenganku yang telah mengeluarkan darah merah.
Aku terdengar juga bunyi dentuman kuat dihadapanku. Aku lihat dengan jelas tubuh Hisyam terpelanting jauh keadapan jalan lalu terus terjelupuk ke tanah. Ternampak sebuah kereta Waja sedang berhenti mengejut dihadapanku. Terdengar juga bunyi decitan tayar bergeser dengan jalan tar.
“Hisyam!!!!!” jeritku kuat memanggil nama Hisyam. Tanpa menghiraukan kesengalan punggungku dan lukaku, aku gagahkan kaki menuju ke jasad Hisyam yang terbujur kaku. Aku terus memangku kepalanya di atas ribaanku sambil menatap sayu wajahnya yang berlumuran darah.
“Hisyam, bangun HiHHkjjknknknkmnmnjmnkHisyam. Jangan buat Jenna macam ni? Bangunlah Hisyam. Kita kan dah berjanji takkan tinggalkan antara satu sama lain.” Aku menjerit histeria disitu cuba mengejutkan Hisyam dari lena tidur yang panjang.
Kelihatan ramai orang awam mengerumuniku dan Hisyam dan ada juga yang ingin menghulurkan bantuan. Aku menepis kuat tangan mereka tidak mahu mereka menyentuh Hisyam.
“Hisyam, bangunlah. Hisyam jahat buat macam ni pada Jenna. Hisyam bangun.” Aku menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat tubuh Hisyam. Lama-kelamaan aku rasakan pandanganku semakin berbinar-binar. Orang-orang yang berada dihadapanku kelihatan berputar-putar. Selepas itu aku terjelupuk ke tanah tidak sedarkan diri lagi.
************
“Jenna, maafkan Hisyam Jenna. Hisyam tak dapat tunaikan janji Hisyam pada Jenna. Hisyam terpaksa pergi dahulu. Tapi Hisyam gembira yang Jenna sayang dan cintakan Hisyam. Hisyam nak Jenna teruskan hidup Jenna. Jangan tangisi pemergian Hisyam lagi. Hisyam nak Jenna gembira di luar sana. Insya Allah, Jenna akan dapat seseorang yang boleh menggantikan tempat Hisyam untuk menjaga Jenna. Hisyam pergi dulu ye Jenna. Selamat tinggal Jenna.” Hisyam tersenyum manis padaku. Wajahnya kelihatan sangat bersih dan ceria. Aku ingin sekali memeluk erat dirinya. Tapi setiap kali aku ingin berada dekat dengannya, semakin jauh Hisyam pergi dariku.
“Hisyam, jangan tinggalkan Jenna. Hisyam!! Hisyam!!” panggil aku lagi mengharapkan Hisyam kembali kepadaku.
“Jenna...Jenna, bangun nak.” Aku kenal akan suara itu. Itu suara ibuku.
Perlahan-lahan aku membuka mataku. Dikiri dan kananku ada emak, ayah, adik beradikku, Intan dan juga Razlan. Dimanakah aku sekarang? Hisyam mana? Kenapa Hisyam tiada disini?
“Alhamdulillah, akhirnya anak kita sudah sedar bang.” aku lihat emak memandang ayah sambil menangis. Ayah memeluk erat bahu emak. Aku tidak faham situasi yang berlaku sekarang. Aku keliru.
“Maaf ye pakcik, makcik. Pesakit baru aje sedar. Saya harap boleh beri masa pada pesakit untuk rehat yang secukupnya.” Tutur lembut jururawat yang baru sahaja masuk ke dalam wad yang menempatkan aku sekarang.
“Jenna, ayah dengan mak balik dulu ye. Nanti kami datang lihat kamu lagi.” Kata ayah padaku sambil mengusap lembut ubun-ubun kepalaku. Emak mencium kedua-dua belah pipiku. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
“Jenna, Intan dan Razlan balik dulu ye.  Nanti petang Intan datang lagi.” kata Intan pula sambil mencium kedua-dua belah pipiku. Aku hanya tersenyum manis pada mereka berdua. Tinggallah aku keseorangan. Aku masih lagi samar-samar tentang apa yeng telah berlaku. Kepalaku terasa berat semula. Perlahan-lahan aku memejamkan mataku dan terus terlelap.
“Assalamualaikum Jenna...” aku terdengar suara seorang perempuan memberi salam padaku. Aku tersenyum memandang wajah sahabat karibku itu.
“Waalaikumussalam Intan. Intan datang seorang je ke? Razlan mana?” tanyaku pada Intan. Belum sempat Intan menjawab soalanku tadi, aku menanyakan lagi soalan padanya.
“Intan, Hisyam mana ye? Kenapa Jenna ada kat hospital ni? Pagi tadi tak sempat nak tanya pada emak dan ayah Jenna.” Tanyaku lagi pada Intan. Intan hanya mengeluh halus.
“Jenna..Jenna lupa ye apa yang sudah berlaku? Jenna tak ingat apa-apa ke?” tanya Intan mengabaikan soalanku tadi.
Aku cuba sedaya upaya untuk mengimbau kembali kejadian yang telah berlaku. Tiba-tiba air mata bercucuran mengalir laju di pipiku. Kini, barulah aku sedar dan ingat apa yang sudah terjadi pada diriku.
“Intan, Jenna nak jumpa Hisyam. Bawa Jenna jumpa Hisyam.” Kataku mendesak sambil cuba untuk turun dari katil. Aku mahu bertemu dengan Hisyam. Hisyam cuma pengsan je tadi.
“Jenna, jangan macam ni Jenna. Ingat Tuhan Jenna. Hisyam dah tak ada lagi Jenna. Hisyam sudah pergi buat selama-lamanya. Allah lebih sayangkan dia Jenna. Sabar Jenna.” Pujuk Intan sambil memelukku erat. Aku menangis tersedu-sedan mengenangkan kehilangan orang yang tersayang buat kali keduanya. Kali ini Hisyam pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Hisyam tipu aku. Hisyam lupa janji kami berdua.
“Intan, Hisyam tipu Jenna. Dia beria-ia minta Jenna jangan tinggalkan dia. Tak boleh hidup tanpa Jenna disisinya. Tapi Hisyam yang mungkir janji. Hisyam yang tinggalkan Jenna.” Kataku menangis semahu-mahunya di bahu Intan. Aku tak sangka bahagia yang ingin aku kecapi tidak bertahan lama. Aku kehilangan orang yang aku sayangi.
************
Telah dua minggu Hisyam pergi menemui TuhanNya. Dua minggu juga aku tidak datang bekerja. Kini aku berada di kampung cuba untuk merawat hatiku yang luka ini. Aku juga bersedia jika aku diberhentikan kerja. Aku rasa sudah tidak berdaya lagi. Emak dan ayah risau melihatkan keadaan aku yang tidak terurus ini. Puas sudah mereka berdua memberikanku kata-kata nasihat. Hanya aku yang cuba memekakkan telingaku sendiri. Aku tahu emak sedih dengan sikapku ini. Tapi aku sendiri tidak bersedia lagi untuk kehilangan Hisyam.
“Jenna, makan nak. Mak dah masakkan lauk kegemaran Jenna. Ikan keli masak lemak cili api. Mak buat yang pedas-pedas untuk Jenna. Keluar makan nak.” Kata emak diluar pintu bilikku. Aku masih lagi terperuk di dalam bilik. Tidak mahu keluar.
**********
“Oh Kimi...Jemputlah masuk Kimi. Lama kamu tak datang sini Kimi? Maafkan Jenna ye Kimi sebab dah lama dia tak masuk bekerja. Macam tulah perangai dia sekarang. Puas dah makcik pakcik kamu nasihatkan dia. Berbuih mulut kami ni. Tapi macam tu juga perangai dia. Terperuk je dalam bilik. Taknak keluar. Taknak makan. Makcik kamu ni siang malam menangis memikirkan hal Jenna ni. Jenna dah tak macam dulu. Jenna dulu orangnya kuat dan tabah.” Jelas ayah panjang lebar pada Encik Hakimi.
“Jenna..Encik Hakimi datang ni. kKeluarlah nak. Dia nak jumpa Jenna ni.” kata emak memanggilku untuk keluar.
Encik Hakimi datang? Kenapa dia datang sini? Tapi sebenarnya aku memerlukan seorang sahabat yang boleh mendengar luahan dan rasa hati yang aku rasai kini. Dan Encik Hakimilah orangnya. Tapi aku tak tahu mengapa.
Emak terperanjat melihat kelibatku keluar dari dalam bilik. Dia tersenyum gembira melihatkan perubahanku itu. Aku memandang wajah emak. Wajah emak kelihatan sedikit pucat. Baru aku sedar akan kekhilafanku selama ini. Disebabkan terbawa-bawa denga rasa sedih, aku mengabaikan perasaan emak dan ayah.
Aku dan Encik Hakimi duduk berdua di pangkin di bawah pokok mempelam emak. Terimbau kembali kenangan bersama dia sebentar.
“Awak dah okey Jasmin? Takziah saya ucapkan atas pemergian Hisyam.” Kata Encik Hakimi memulakan bicara. Dadaku tiba-tiba sahaja kembali sebak bila mendengarkan nama Hisyam.
“Jasmin, yang pergi tu biarlah dia pergi. Jangan dikenang lagi orang yang telah pergi. Kita yang tinggal ini perlu teruskan hidup.” Katanya lagi memberikanku kata-kata peransang.
Tapi masalahnya bukan dia yang berada ditempat ku sekarang. Dia tak rasa apa yang aku rasakan. Aku masih juga terus diam membisu.
“Jangan siksa diri awak Jasmin. Semua orang di sini masih sayangkan awak Jasmin. Mereka semua tak mahu lihat awak bersedih macam ni. “ kata Encik Hakimi lagi. Aku menoleh menmandang wajahnya.
“Encik Hakimi tak rasa apa yang saya rasakan sekarang. Orang yang saya sayangi pergi didepan mata saya sendiri. Saya rasa sangat sedih. Orang yang saya harapkan dapat membahagiakan saya pergi dari hidup saya. Cukuplah sekali orang yang saya sayang dulu tinggalkan saya. Kenapa Tuhan ambil Hisyam dari saya?” kataku menangis teresak-esak.
“Astagfirullah Jasmin. Apa awak cakap ni? Awak tak percaya pada takdir Allah ke Jasmin? Semua yang berlaku pada awak kini semuanya dah ditentukan oleh Dia. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni. Ingat Allah. Ingat keluarga awak Jasmin. Masih ramai lagi insan yang sayangkan awak. Saya pasti juga Hisyam mahu lihat awak gembira, bahagia. Pasti dia sedih bila melihatkan keadaan awak sekarang. Meratapi pemergian dia. Lagi satu Jasmin, ibu awak tu. dialah orang yang paling susah hati lihat awak macam ni. Dia menangis siang malam melihatkan keadaan awak Jasmin. Awak tak kasihankan ibu awak ke? Jangan disebabkan awak kehilangan orang yang awak sayangi awak abaikan perasaan orang yang masih sayangkan awak. Saya pasti ibu awak terseksa Jasmin.” Jelas Encik Hakimi panjang lebar membuatkan aku tersedar akan kekhilafanku selama ini. Aku sekaligus telah melukakan hati keluargaku terutamanya emakku dengan sikapku ini. Ya Allah, ampunilah dosaku kerana telah melukakan hati ibuku sendiri. Ya Allah.....
Tanpa sempat membalas kata-kata Encik Hakimi tadi, aku meluru masuk ke dalam rumah mendapatkan emak yang berada di dalam bilik. Ayah juga berada disitu.
“Emak, maafkan Jenna mak. Jenna banyak buat silap pada mak. Jenna sedihkan hati mak dengan perbuatan Jenna ni. Jenna terlalu ikutkan hati dan perasaan sendiri. Maafkan Jenna mak.” Rayuku bersungguh-sungguh memohon kemaafan daripada ibuku. Aku memeluk erat tubuh tuanya. Air mata sudah bercucuran membasihi pipiku dan emak.
“Ya Allah Jenna. Syukur Ya Allah. Kau dah kembalikan anakku. Jenna tak buat salah apa-apa pun pada mak. Malah mak bersyukur Jenna dah kembali kepada diri Jenna sendiri. Itu yang mak harapkan selama ini. Mak faham perasaan Jenna. Dah...tak mahu nangis-nangis lagi.” Kata emak tersenyum sambil menyapu lembut air mata dipipiku.
Aku pergi pula kepada ayah memohon kemaafan daripadanya.
“Ayah, maafkan Jenna yah. Jenna dah buat keluarga kita susah hati dengan perangai dan sikap Jenna ni.” kataku pula pada ayah sambil mencium tangan tuanya. Ayah mengusap lembut kepalaku.
“Dahlah tu Jenna. Yang lepas biarlah lepas. Sekarang yang penting ayah nak tengok kamu gembira dan bahagia. Doakan kebahagiaan dan kesenangan Hisyam di akhirat sana. Jangan tangisi lagi pemergiannya. Kamu perlu teruskan hidup kamu.” Kata ayah lagi. Kami bertiga saling berpelukan.
Di luar pintu, Encik Hakimi dan Jazril terharu melihat kami bertiga. Jazril kelihatannya mengalirkan air mata gembira. Aku pandang wajah Encik Hakimi. Mata kami bertaut. Aku memandangnya dengan senyuman manis tanda berterima kasih kepadanya. Dia hanya tersenyum sambil mengangkat tiga jari belakang tanda “no hal”.
Terima kasih Encik Hakimi kerana telah menyedarkan aku dari dibuai rasa sedih yang berpanjangan. Buat Hisyam, dirimu akan sentiasa tersemat kukuh di dalam hati ini. Terima kasih di atas segalanya. Hanya doa dapatku kirimkan buatmu di sana. Moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman. Pesanmu agar ingin melihatku terus bahagia dan gembira dalam menjalani kehidupan tanpanmu disisi akan aku kotakan. Terima kasih Nur Hisyam Amin Zulkifli. Terima kasih kerana kau telah membahagiakan aku walaupun untuk seketika.
******************************************************************

No comments:

Post a Comment