Saturday, 27 February 2021

1st Anniversary Baby O

Pejam celik pejam celik dah setahun dah aku bersama Baby O. Whose the Baby O? 

Baby O ialah my lovely car..❤❤


Hari ni, 27 Feb 2021, genap die berusia setahun. Dia lah yang aku bawak pergi kerja, balik kampung, pergi hiking trip dan dating dengan cik abang. Hehehe...

Baby O pun dah aku renew roadtax dan insurans dua minggu yang lalu. Cuma tak bertampal je lagi road tax nye. Esok lah kot. Hehehe. Esok aku nak bawak Baby O pergi spa, mandi manda, isi minyak full tank. Well, nak ajak die jalan jauh tak boleh pulak kan sebab PKP. Patutnya 1 March ni baby O dah kene pergi service tapi mileage tak sampai lagi. Maybe aku anjakkan lagi seminggu atau 2 minggu lagi.

Aku bukannya bawak baby O jalan jauh pun. Mileage die baru 9,000km sekarang ni. Patutnye next service ni 14,000km. Tapi tengok mane yang sampai dulu lah kan. Isnin ni lah aku buat appointment dulu dengan perodua. Tengok macam mane. Kali ni aku buat kat Perodua sini jer. Selalu aku balik kampung buat kat Pontian. Tapi dah PKP kan, better buat kat sini jer lah. Maybe pergi Perodua Glenmarie jer.

Nak kene jugak tu bawak Baby O pergi service. Dah time die kan. Hehehe. Semoga Baby O sentiasa bersama aku selamanya.



Saturday, 20 February 2021

Make Over Meja Solek & Toiletrist

Hai gaiisss...

Aku kan dah beli banyak barang kat Eco Shop kan...so, aku nak up lah entry make over kat sini.

Dalm bilik air aku tukar basket storage. Aku letak semu alatan mandi dalam tu. Aku letak yang baru shower cream dan syampoo. Topup sanitary pad dalam kotak merah jambu. Aaaauwww...Hahahaha....

Kan aku dah ade cosmetic storage. So, i put my all so called make up there. Haha. Alah, letak lah my lipstic, eye liner, make up remover, mascara, pallet color and so on lah. Baru lah nampak kemass...


Sebelum...


Selepas....

Tempat my bersiram..hahaha..baru lah nampak kemas..so pinkkk


I'm so love it ❤❤



I dah topup my all toilet necessary...


Kambing Bakar Kontena + Eco Shop + Eco Bakery Bukit Raja

Hi gaissss....

Finally, terisi jugak masa weekend aku ngan budak-budak rumah. Tak de lah kami terperuk je dalam rumah ni. Makan tido makan tido. Hurrmmm...gemok dibuatnye. Lemauuu.

Bila dah dapat keluar jauh sikit dan boleh keluar ikut kapasiti kereta, aku ngajaklah deme habiskan masa kat luar cuti-cuti ni. After Zuhur, we decided to go out. Makan lunch terus. Mulanya tak tahu jugak nak makan ape, last2 we decided to makan kat Kambing Bakar Kontena. Sesampai je macam biasa ramai orang rupanya. Al maklumlah dah boleh dine in kan. Lapo dah ni. So, we ordered our food. Aku dan Uji order set kambing bakar while Mirrah order set bawal puyuh.

Wowww...i love it giler kambing bakar die. Sedappp. I actually not the person yang like the kambing. Pendek kata actually i tak makan kambing lah. Sebab kambing berbau. Terasa hamisnya bila makan. But, thats menu not ya. Aku suke lah weeii. That daging so juicy. Lembut. Sos die mabelesss sedapp chuolsss. I am love it so much. The price quite pricey actually but worth it lah. Satu set around RM14.90. Ehh, not bad lah kan. Si, u guys should try it. 

We always order the menu penyet lele or ayam from this restaurant through Food Panda. Tak pernah try kambing bakar die sebab order thru Food Panda mahal namatey. Tak nak lah aku. Hahaha. But, maybe next time boleh je order. Lele die pun not bad tau. Besaqq keli nya. Sambal die super pedas but sedap...😍😍

After we settled our lunch, we decided to go Eco Shop Bukit Raja. Well, awal lagi kot. Takkan nak terus balik rumah pulak. Balik rumah sah-sah membuta tu. Hahaha. Dah kenyang kan. So, menuju lah kami ke Eco Shop Bukit Raja. Well, once again i masuk this haunted kedai. Hahaha. Kedai puaka. Kitorang masuk tak amik pun any bakul. Kononnya nak usha-usha je lah. Tak nak beli pun. Guess what gaiss?? Memang tidak lah kalau ko dah masuk eco shop tu ko tak beli pape. Nipu beno ceritanya. Nahhh, penuh tangan weollss babe.  Sorang satu plastic penuh. Hahaha. Mirrah habis RM17, aku RM21, Uji pulak RM27. 

Nak tahu ape aku beli?? Tengok ni ha....


Tadaaaa...  habis RM21 beli benda alah ni sajee....


Storage basket - Aku replace bakul yang ada dalam bilik air sekarang. Well, tukar selera lah pulakk...


This cutie rubbish bin ni aku nak letak kat dalam kereta nanti. Senang nak buang sampah kan...


Mug - Nak letak kat opis, mug yang sekarang actuall too small. Tak puas aku nak minum. Hahaha. Alasann lah koo...


Cosmetic Storage - benda yang dicarik-carik actually kat eco shop. Finally, dapat jugak gais...


Cutie Basket - serioussly rasa sangat rugi kalau tak grab. The dark blue aku letak dalam bilik air, green aku letak kat meja solek and the white one aku nak letak kat office nanti...


Senduk nasi gaiss...uzur sangat dah senduk nasi kat rumah ni. So, beli lah satu set. Hahaha. Kot-kot nanti nak mencedok rendang..Ehhhh....


Jajan - for sure, masuk sini tak sah kalau tak grab jajan...


Mentos & Cloretss - boleh lah nanti keluar dating ngan si dia dah ade jajan. Hahaha..



Getah Rambut - sejak-sejak rambut makin panjang ni, aku sangat memerlukan getah rambut. Nahhh, amekkawww...


Amacamm???? Ini baru sikit gaisss. Hahaha. Lepas setel Eco Shop, masuk pulal Eco Bakery. This is my 1st time masuk Eco Bakery. Mase mai dengan si dia hari tu, tak de pulak Eco Bakery. Dorang inform baru je bukak. Mirrah said, that tje 2nd outlet. Satu dah ade kat Segamat katanya. Seriousss, sekali lagi..so nice lah. Rambang mata. All the pastry, ice cream & drinks only RM2.50. Ohmaiii.. pastu ade tempat lepak lagi. So, apa lagi sempat lah grab a few pastry and lepak kat situ. Hahaha.


Pelbagai pilihan pastry, cake & bread yang ade disini...all RM2.50 only


Here is kaunter bayaran & kaunter air dan ice cream


Duta Eco Bakery...hahaha...


Padahal dah makan kambing bakar kot minah dua org ni....


Ape lagi, lepak lah jap tea time kat situ. Kebetulan sangat Eco Shop ni dekat dengan rumah Mahir. Dapat lah jumpa Mahir tadi. Fuhhh, meriah sakan kami berborak babe. Lame tak jumpa kan. Bestnyee bile dapat keluar jumpa ngan kawan-kawan ni. Tak ade lah terasa bosan duduk rumah tu. Hehehe....


Ehhh, mane Mahir????


SOP tetap kene patuh...



Menarik bukan!!!

Sekian sudah cerita aku di petang hari Sabtu. Jalan-jalan menggumbirakan hati sendiri. Hehehe...

Friday, 19 February 2021

Kisah Sweet Eco Shop Bukit Raja

Hi gaisss...Isnin ri tu kan, finally aku jejak jugak kaki ni ha kat kedai yang orang kate berpuaka..berhantu...Sebab apenye org duk panggil giteww? Sebab bila masuk dalam tu automatic ko akan keluar dengan berbondong-bondong beg plastic. Perangai macam terkena saka giteww. Ehhh, betul ke? Ko tak caya?? Ko tengok Cik CT ni ha...

Hahaha...ala, ni kire nasib baik lah dua plastic sebab keluar dgn yg tersayang kan. Cuba keluar dengan member pompuan, ehhh aku rasa tak keluar lagi lah Cik CT dari dalam kedai tu ha. Bile org tersayang dah start follow belakang, ehh segan pulak kite dibuatnye. Aku cakap tunggu je lah dalam kereta. Takut lame kan bila masuk kedai puaka ni. Then, aku cakap kalau aku lame sangat masuklah carik aku kat dalam. Tak sampai aku 15 minit kat dalam tu ehhh, tetibe si dia dah kat belakang aku...tetanjat kiteww wakk....Aku masuk ecoshop ni memacam aku shopping, especially jajan lah. Si dia tengok je aku amik satu satu jajan. Aku cakap nak letak kat office, leh makan ngan member-member. Alasan je benarnya tu. Hahaha. Die follow belakang, aku jadi x syok..si dia tu mane makan benda-benda lagho ni. Jajan? Lagi lagi lah. Silap-silap confirm die geleng kepala tengok perangai bakal bini die ni...lepas kawen stok jajan memang penuh lah kat rumah. Hahaha...

Aku sup sap sup sap amik barang yang aku nak then terus bayar. Hasilnya dua bungkus plastik ni je lah. Ape yang aku beli?? Ni ha....


Tengok lah ape aku beli tu. Jajan London Chocoroll, Appolo Pandan Layer Cake, Sweet Potato Crisp. Actually banyak lagi ni kalau si dia tak de sekali tu. Hahaha..

Aku beli sabum mandi, pantyliner, tisu kotak, plastik sampah, softner, minyak gamat dan hanger. 

Aku nak story lah sikit part beli hanger ri tu. Aku jadi rambang mata nak beli hanger. Ehh, macam-macam color lah ade. Tetibe ade org cuit aku dari belakang, ehhh si dia.. tetanjat kiteww. Aku tanya die, nak beli hanger yang mane satu ni ekk.. lawa-lawa ni. Boleh die kate beli je memana yang, same je sume tu. Buat sangkut baju jugak kan. Ishhh, org lelaki ni tak paham lah..kite org pompuan kene pilih hanger betol-betol, nak hanger, biar sume satu warna. So, pilihan aku hari tu warna biru. Aku confuse nak amik berapa set. Si dia usha je aku menilik hanger tu. Hahaha....nak beli hanger je punnn....

Lagi satu part time masa nak bayar..die ke depan kaunter..unjukkan kat aku minyak gamat. Hurmmm, nak suh aku beli lah tu. Banyak kali die pesan suruh beli minyak gamat. Sebab apa? Aku mengadu kat die kaki melecet hari tu mase hiking, sapu minyak gamat. Minyak gamat tak beli lagi. Lepas tu aku mengadu kaki melecet masa jogging baru-baru ni, si dia tanya dah beli minyak gamat ke belum. Aku buat muka comel...hurmm, sudahnye tampal je plaster kat luka yang melecet tu. Nahh, Isnin ri tu baik punye die suruh aku beli minyak gamat yang ade kat Ecoshop tu. So, aku kene beli lah..Hahaha. 

Itu je lah kisah sweet yang terjadi di Ecoshop Bukit Raja Isnin ri tu. Sweet ke??? Ehh, mestilah sweet. Hahaha.

Finally, tercapai jugak kaki nak ke Ecoshop Bukit Raja. Mula-mula risau nak ke sini sebab takut roadblock. Rupenye tak de ape-ape wei. Punye lah dekat sangat dari rumah aku. Hahaha. Gelabah je lebih tau. Hahaha...

Si dia layan je aku nak ke mana. Aku nak ke Ecoshop, dia bawak. Aku nak ke Ninso, dia bawak. Kalau lah dapat jalan jauh sikit kan bestt. Ehh.. Hahahaha. Dia nak bawak aku beli barang dapur, nak suruh aku masak lah tu. Tapi aku malas, aku kata nanti lah dulu. Hahaha. Dia tak banyak cakap, so dia iya kan je lah yang oii..Hahaha

Sweet takk??? Before korang nak terkeluar anak tekak tu better aku stop kan kisah sweet aku di Ecoshop Bukit Raja..

Bye..bye..

Saturday, 13 February 2021

Bubur Kacang Hijau Cik CT

Hai gaisss....

Happy holiday!! Ya, 2nd day cuti CNY. Hari ni aku tetibe teringin nak makan bubur kacang hijau. Craving something yang sweet. 

So, semalam gigih lah kejap aku turun g mini mart raya bawah apartment ni beli kacang hijau ngan baji sagu. Santan ngan gula perang ade lagi kat umah tu.

Jom, kite buat bubur kacang hijau versi cik ct.

Of coss, kite kene sediakan bahan-bahan nak buat pemanis mulut ni..

Yesszaa..ini bahan-bahan yang aku ada.. 

Bahan-bahan...

1. Kacang hijau - 1 packet beli dekat mini mart raya.

2. Biji sagu - amik dalam 1 ke 2 sudu. Jangan banyak sangat. 

3. Satu kotak santan - mujur ade lagi santan kat rumah ni. Aku kene topup santan lagi ni nanti.

4. Gula merah/perang - balance yang lepas-lepas.

5. Gula putih - habis aku p rembat gula kat rumah. Ni pun nak kene topup.

6. Daun pandan - tapi aku tak letak sebab tak ade. Lebih rasa malas nak keluar pergi beli. Hahaha.

7. Sedikit garam - pun aku tak letak sebab lupa. Hahahaha. Sedap sangat kot sampai tak terletak garam.

.

.

.

Kacang hijau rendam dulu okay...

Ok, mari kita terus ke cara memasaknya. 1st of all, kite rendam dulu semalaman kacang hijau tu. Biar esoknye masak cepat empuk dan tak perlu menunggu lama semasa merebus. So, aku ikut tips mak aku untuk rendam dulu semalaman kacang hijau. Mujur aku tak tertidur lagi. Around pukul 1.30 pagi gigih aku ke dapur g rendam kacang hijau ni. Hahaha.

Ko tengok..mendidih-didih dah tapi tak empuk-empuk jugak kacangnya

Esok paginya around pukul 12 tengah hari aku start masak. Hurmm, tengok macam dah empuk sikit kacang hijau ni. So, kita masukkan air dalam periuk. Tunggu sampai agak mendidih dan masukkan kacang hijau yang dah direndam semalam. Bagi aku, kacang hijau belum cukup rendamannya. Lama gak tunggu die nak empuk tadi. Hahahaha.

Kacang hijau yang dah direndam

Gula satu mangkuk kecil

Santan 1 kotak

Sagu sedikit. Rendam, basuh dan bilas..

Tapi, aku tetap masukkan satu mangkuk kecik gula merah dan satu mangkuk gula putih. Sukatan aku agak-agak jer. Asal rasa dan cun okay lah tu. Tunggu sampai mendidih. Tunggu..tunggu dan terus menunggu. Isshhh, lambat lah nak empuk betul. So, aku masukkan je santan satu kotak. Kacau-kacau berterusan agar santan tak berketul-ketul. Rasa sikit...hurmmm rasa dah okay dah ni. Biarkan sampai mendidih. Last sekali baru masukkan biji sagu. Sagu ni aku amik sikit je. Jangan banyak sangat. Kang likat korang punye bubur. Sudahnya likat jugak ahh aku punye bubur. Hahaha. Kurang berkuah. Misi kurang berjaya gamaknya.

Biarkan ianya mendidih. Dah rasa kacang hijau tu dah empuk boleh lah tutup api. 

Not bad gak ahh bubur kacang hijau aku hari ni. Ingatkan nak bagi pada Fatin, jiran sebelah. Tapi aku jadi segan pulak sebab aku rasa tak menjadi dan..ehh, tak yah lah bagi...buat malu je nanti. Hahaha. Sudahnya aku dengan budak-budak rumah je makan. 

Tapi, craving aku dah sastified lah. Hahaha. Makan sejuk-sejuk pun sodap. 1 bekas aku dah siap masuk dalam peti dah.

 Tadaaaa....siap dah bubur kacang hijau aku. Cun dah warnanya. Cume kurang berkuah. Hohoho.

So, setel dah menu masak-masak aku hari ni. Boleh lah nak buat makan sendiri. Makan lunch tadi pulak aku just beli Ayam Masak Kicap 3 Budak Gemuk thru Food Panda. Tak ade ape yang nak dimasak kat dapur tu. Hohohoho..  

Okay gaiss...see u in the next entri....

Friday, 12 February 2021

My 1st Cuti CNY - SCM + Ninso

Hai gaisss...

So, how ur holiday today??? 

Welll, aku bangun dah awal pagi dah tadi. Around pukul 7.45 pagi macam tu. Woww, surprisingly cuti2 pun aku leh bangun awal. Hehehe. Tambah-tambah lagi aku tengah cuti solat ni patutnye aku bangun lagi lambat. Ehhhh...no lahhh. Aku memang dah bangun awal tapi disebabkan i dont know what i am doing so i tido balik. Hahaha. So, around pukul 10.30 aku sedar kembali. Ehh, itu pun dikira awal jugak tau.

Bangun-bangun, sembang2 dengan cik abg..cik abg cuti ari ni tapi tu ahh, tak leh nak berjumpa pulak kan disebabkan PKP ni. Cik abg tu sokmo busy je, sokmo keje je. Cuti pun nak keje lagi. Susah nau nak keluar dating dengan die tu tau. Hari ni bila die cuti tapi tak boleh date pulak. Aduss...sedeyyhh..sudahnya aku keluar sendirian je lah hari ni. 

Tak leh jadi ni. Hari pertama cuti je aku dah start bosan dah. Tak nak wehh seharian memerap kat rumah. So, around pukul 2 tadi aku keluar lah pergi jalan-jalan Setia City Mall sat. Itu jer lah mall yang ade kat Setia Alam ni. Nak g jauh-jauh risau kene tahan polis. Roadblock banyak la ni. Huhuhu. So, g tempat yang dekat-dekat je lah.

Keluar lah aku sendirian. Jeles tengok orang lain duk keluar dengan pasangan masing-masing. Aku je lah keluar sorang-sorang. Jalan sorang-sorang, makan sorang-sorang, shopping pun sorang-sorang. Alahaii, sedehhh. Hahahaha.

Masuk mall tadi bukannya aku nak shopping sangat pun. Lebih rasa tak nak kebosanan duduk dalam rumah je. Tapi sempat jugak ahh aku grab selai blouse kat McVouge tadi. Well, aku masuk butik ni pasti keluar bukan dengan tangan kosong. Hahaha. Ikutkan nak amik je lagi selai tapi memandangkan baju aku kat umah ni pun dah melambak terpaksalah aku tahan diri untuk rembat lagu berhelai-helai. Aku jenis tak lama duduk dalam satu butik tu. Mana yang aku nampak berkenan dan murah aku terus grab jer. Malas aku nak lama-lama dalam tu. Lagi lama aku dalam tu nanti, lagi cepat pikiran aku akan berubah. Hahahaha.

Bergaya dengan blouse baru

Nice kan?? Baru aku perasan blouse aku sume warna gelap-gelap.

Sebelum aku masuk McVouge tadi, aku masuk dulu MPH. Konon-kononnya nak carik ah novel baru. Tapi lagi sekali aku tahankan niat itu dulu. Aku usha-usha jer dulu. Ade dah novel yang aku berkenan tapi nanti-nantilah dulu.

Aku tak makan lagi tadi, so aku masuk pulak KFC. Alahaii, sedihnye bila makan sorang-sorang ni. Eleh Faiross, ko bukan tak biasa makan sorang-sorang kan?? Dulu elok jer. Sekarang ni je ko mengada kan. Hahaha. Itu dulu..la ni dah ader orang yang tersayang nak lah jugak makan dengan orang yang tersayang. Ehhh!!! Hahaha

Kruk...krakk..krukk..krakk bile makan...

Makan lah aku sorang-sorang kat KFC tadi. Aku order set butter chicken cereal 2pcs combo. Menu baru ni. Aku review sikit ea menu baru KFC ni. Aku dapat bahagian tight dan drumstick tadi. Hurmm, not bad actually. Sedap! Ade rasa manis-manis butter. Lepas tu macam ade rasa oat-oat sikit. Aku tak perlu makan dengan sos pun sebab rasa ayam tu sendiri dah berasa. Tapi, iyer lah kan. Bile makan sendiri tanpa ditemani cepat sikit rasa kenyangnya tu. Hahaha. Cehhh!! Gigih jugak aku nak perabihkan seketul ayam yang last tu. Rasa nak muntah pun iye jugak. Mungkin aku kenyang lagi kot. Sebab pagi tu aku dah melantak nugget benonye. Oppss!! Ehh, overall menu baru KFC ni not bad gak tau. 1 set berharga RM16.

Ninso Klang..nampak besar kan? Tapi x banyak sangat barang dalam die. Huhuhu...

Hampir sejam setengah aku dalam SCM tu. So, aku decide nak keluar. Nak ke Ninso pulak. So, menuju lah aku ke Ninso. Niat aku ke Ninso nak beli jajan yang biasa aku beli. Alah, keropok durian dengan keropok coklat. Last-last dapat keropok durian je. Keropok coklat habis dah. Kat Ninso jugak aku beli laundry bag, net mandian dan alas kaki. Well, semua barang Ninso kam berharga RM2.10. So, shopping ahhh.. tapi tak banyak barang dah kat Ninso ni. Kalau pergi 2eco mesti lagi rambang mata kan. Aku tak berkesempatan nak ke 2eco lagi. Maybe esok lusa???

My favorite cikedis...

Alas kaki depan pintu. Sedap je kaki bile pijak tau

Sampai 2 aku rembat..kejap je ni guna. Last-last lunyai nanti.

Laundry bag

Dah letak depan pintu dah. Naiss kan?? Yang cekelat tu Mirrah punye...

Kecik rupenye laundry bag baru ni compare dengan laundry bag aku yang lama. Tadi pun dah ade kesan robek dah. Hahah..kejap je ni guna. Lepas ni lunyai lah tu.

My stock makanan..aku ni memang suka makan..

Aku sampai rumah tadi around pukul 5 petang. Jadik ahh aku keluar rumah kejap. Dari terperuk je dalam rumah ni tak buat ape. Sampai rumah aku dobi baju-baju aku. Budak-budak rumah pun baru je balik tu. Masing-masing ada hal sendiri. So, ape lagi aku nak buat sepanjang 3 hari lagi cuti ni??? Haiyaaa!!! Mati kutu saya dibuatnya. Serious best kalau waktu sekarang ade kat kampung. Arghhh, rindu mak ayah tau. 

Okay lah gaiss...aku nak mandi dulu. Balik-balik tadi aku tak terus mandi. Hehehe. Ishhh, bahaya tau aku ni. In sha Allah, x de pape. 

See u next entry gaisss....Happy holiday!!!




Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku p...