Skip to main content

Samsung Galaxy A50



 Samsung Galaxy A50

Finally, selepas 5 tahun yus telah bertukar phone. 5 tahun tu memang satu jangka masa yang sangat panjang dalam penggunaan phone dan aku berjaya menjaga phone Lenovo S540 yang aku beli 5 tahun lepas ini dengan baik sekali.


Lenovo S540

Actually, lenovo aku tu masih dalam keadaan baik tapi tu lah, banyak benda dan apps yang android dan bluetooth tak boleh nak support. Sekarang dah android 9.0, aku punye tu android 4.0. Hari tu try download PrimeXcess untuk merekod kedatangan ofis kitorang. Memang tak support langsung. Time tu aku rasa, takkanlah disebabkan tu je aku perlu beli phone baru. Nasib baiklah, penggunaan primexcess tu masih lagi diperingkat testing utk semua staff. So, aku decide taknak beli.

Pastu aku beli pulak smart watch yang boleh kira step, larian dan calory kite tu. Pun kene download jugak apps nye. Bila dah di download, bluetooth pulak tak leh nak support. Adudududu...

Instagram memang awal-awal lagi problem. Tak boleh upload video, upload pic pun x complete. So, bila jadi macam ni tahu lah aku yang aku perlukan phone baru. So, nak tak nak aku keluarkan sedikit simpanan aku untuk keperluan ini. Huhuhu...

Sabtu tempoh hari aku ajak mak dan adik-adik aku pergi BP Mall servey phone. Kitorang masuk 3 buah kedai phone, Vivo, Oppo dan Samsung. Ikutkan Huawei masuk dalam list tapi bile mengenangkan Huawei ade problem dengan Google sekarang ni, aku batalkan niat terus untuk beli Huawei. Pilihan pertama aku ialah Vivo V15 Pro. Tapi bile mengenangkan harganya yang hampir mencecah ke angka 2K, aku berkira-kira semula dengan bajet yang aku ada. Bajet aku RM1.5K. So, Vivo V15 Pro aku rasa aku drop kan terus. Baik aku tambah lagi sikit duit dan beli iphone terus.

Masuk pulak Oppo, usha F11 Pro yang berharga RM1399. Under my bajet tapi....aku tak berapa berkenan dengan jenama Oppo. Entahlah...huhuhu...

Finally, masuk Samsung. Terus aim A50 since adik aku dah amik A30. Fiqah kate angkat jer lah A50 long. Samsung pun orait aper..nak cari sparepart senang walaupun agak pricey tapi aku kan jenis yang menjaga, in sha Allah tak ada ape-ape yg jadi pada phone ni. Lepas ditilik-tilik, di explain baik punyer oleh salesman, aku decide untuk angkat jer Samsung Galaxy A50 ni dengan harga pasaran RM1199. Still under my bajet. Balance tu boleh lah buat duit raya. Hahaha...

So, finally after 5 years Lenovo S540 bertukar kepada Samsung Galaxy A50. Hopefully, aku dapat jaga phone baru ni sebaik mungkin seperti mana aku jaga Lenovo aku tu.

Yang bestnye, Galaxy A50 didatangkan dengan 128gb storage / 6gb RAM. Setakat ni fuhh, boleh tahan laju. Dan aku tak perlu risau nak amik gambo dan download apps banyak-banyak. Hahaha...kualiti gambar pulak bagi aku, quite okay lah. Walaupun tak secantik iphone tapi not bad lah. Hihihi...


So, yus dah ade phone baru. Alhamdulillah.....


Comments

  1. salam., nk komen tajuk entri jeww., hehehe
    samsung galaxy a590 tu model terbaru kah? ;p

    ReplyDelete
  2. salam.. boleh kongsi ke ttg a50 ni? sy baru sebulan guna//mcm byk lg yg tak tahu ni..hehehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...