Skip to main content

Novel Review: KLIK! Pengantin Musim Salju

Novel: KLIK! Pengantin Musim Salju

Novelis: Suri Ryana

Rate: 6/10

Tarikh Pembacaan: Sebulan yang lalu. Hohoho!!!



" Layakkah gadis brutal seperti aku jadi pengantin untuk lelaki itu?"

Sinopsis Kulit Belakang:

Kaseh Lateefa atau Kay, serabut dengan permintaan Adam Putra yang mahukan dia...si gadis brutal yang juga pemilik syarikat dan studio fotografi, KLIK! untuk menjadi pengantin olok-olok lelaki itu. Ini semua gara-gara nenek Adam Putra, Tengku Maryam yang teringin sangat berjumpa dengan isterinya. Masalahnya, nenek yang berada di Jepun kerana menjalani pembedahan jantung tidak tahu yang cucunya itu tidak jadi berkahwin!

Namun, Kay mengikut Adam Putra ke Jepun kerana takut dikahwinkan dengan mamat sewel yang juga anak kenalan umi dan abahnya, Irham. Tambahan pula lelaki itu berjanji akan melantiknya sebagai jurugambar rasmi untuk sebuah projek kelolaan kakaknya, Aryana Putri. Bayarannya pula memang lumayan.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi manisnya cinta yang terbina dalam hati kedua-dua insan ini. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, siapa dapat menduga mereka akan terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara dan nekad untuk berkahwin di sana.

"Do you know how much i love you?"
"Errr..selebat ribut salji Hokkaido?"
"Lebih lebat dari itu sayang. Tak terkira dasyatnya."

Setelah pulang ke Malaysia, cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay semasa mereka berada di Jepun dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Mampukah pengantin musim salju ini menepis segala badai yang mendatang atau cinta yang disulam penuh keasyikkan itu akan berderai di pertengahan jalan?
.
.
.
.
.
Review Cik CT:

Okay, ketika aku review novel ini, aku berada dalam keadaan yang sangaaaaat mengantuk. Mata berat je nak tutup. Letih yang teramat sangat ni. Mungkin jugak sebab aku tido lewat pagi tadi sampai ke pukul 3 pagi sebab berborak sakan dengan Amy yang lama gile aku tak jumpa. Mujur jugak plan naik Datuk cancelled. Kalau tak, memang sekerat jalanlah aku mendaki.

Berbalik semula kepada review novel karya Suri Ryana ini, sekali lagi novel beliau memang sangat bergula-gula bila dibaca. Kisah rumah tangga sepasang suami isteri yang pada mulanya sekadar olok-olok menjadi indah dan bila indah melayari kehidupan mereka, dugaan membadai hampir memusnahkan rumah tangga mereka berdua.

Tidak dinafikan, aku agak tak teruja membaca novel ini. Mungkin aku rasa karya sis Suri sama jer seperti karya2 beliau yang sebelum ini. Tapi kemanisan itu memang tak dinafikan menarik dalam novel sis Suri. Rasa nak kahwen cepat pun ada ni. Hahaha...

Novel ini juga telah diadaptasikan ke drama tak lama dahulu. Pelakonnya ialah Alif Satar sebagai Adam Putra dan Siti Nordiana sebagai Kaseh Lateefa. Aku tak tengok lagi drama ni tapi aku rasa tak seratus peratus apa yang ada didalam novel diadaptasikan sebijik kedalam drama. Sweet giler kot. Banyak jugak bab yang terlalu romantis. Mana mungkin Siti Nordiana melakukannya. Iya enggak??? Hahaha...

Okay lah..aku rasa aku dah x leh nak go on lagi. Berat giler mata ni. Aku taip pun banyak error. Nak tahu details tentang novel ini, dapatkan segera di pasaran.

Bye..bye...

Zzzzzzzz..    

Aku nak sambung sikit komen aku tentang novel KLIK! Pengantin Musim Salju. Aku rasa banyak jugak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil menerusi karya ini. Antaranya, sangat indah sebenarnya jika kita memberikan kemaafan kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada kita. Bila kita memaafkan orang, kita telah membahagiakan dan membuatkan diri sendiri menjadi tenang. Ini kerana, kita tidak lagi meletakkan rasa dendam itu dalam hati kita. Semua orang wajib diberikan peluang  yang kedua. Sedangkan Rasulullah ampunkan umatnya, ini kan pulak kita insan yang kerdil, yang tak punya apa-apa. 

Dalam rumah tangga seharusnya perlukan kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan masing-masing. Jangan bila dilanda badai sikit terus karam kapalnya. Jangan cepat terburu-buru dalam membuat keputusan. Selidik dahulu. Mujur jugaklah Kaseh tu x putus asa dan kecewa dengan sikap Adam Putra yang tidak percayakan dia ketika difitnah olah Hud Mikael. Kalau tidak, padan muka Adam Putra. Cemburu itu boleh, tanda sayang. Tapi kalau melampau sangat tahap kecemburuan tu, takut binasa diri sendiri. 

Aku geram dengan watak Hud Mikael. Dia rasa dia punya semuanya, dia berhak paksa orang menyintainya??? Orang lelaki ni pandangan mata tu kena jaga. Jangan pulak terlanjur mencintai isteri orang. Ramai kot anak-anak dara yang single kat luar sana.

Okaylah, banyak pulak komen yang aku taip ni. Hehehe...so, itu je lah komen aku tentang karya Suri Ryana ini. Mungkin aku akan try tengok yang versi drama pulak nanti.

So, next novel?? Mak Datin Isteri Cikgu ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...