Pejam celik pejam celik, Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi. Hari ni dah hari Isnin, tinggal puasa sehari je esok. Lusa, in sha Allah kita bakal menyambut lebaran.
Cepat betul masa berlalu. Moga ibadah puasa kami semua diterima olehNya. Aminn..
Preparation untuk sambutan lebaran pun dah bermula. Aku dah memang ade kat kampung sejak dari hari Sabtu tempoh hari. Dah tiga hari aku disini. Alhamdulillah, kuih raya, baju raya, tudung raya, langsir raya, carpet raya dah tersedia. Tak dilupa jugak duit raya. Hurmmm...kopak tahun ni. Hahaha. Tapi tak mengapalah. Setahun sekali kan.
Rumah pun dah hampir siap berkemas sepenuhnya. Tahun ni tak ade sessi mengecat rumah. Mak kata biar jelah macam tu cat nya. Penat nanti nak kene cat satu rumah. Kitorang ikutkan jer lah.
Diharapkan Ramadhan tahun ni berakhir dengan penuh keberkatan dan rahmat begitu juga menjelangnya Syawal nanti.
In sha Allah....
Tahun ni, angah tak beraya kat johor. Dia team raya KL tahun ni. Tapi, in sha Allah, raya ke-dua dia beraya di Johor pulak. Bila dah berkahwin ni, kene pandai-pandailah bahagikan masa tu. Ikut giliranlah turn balik beraya tu. Yang single macam aku ni senang. Tak yah penat nak memikior. Hihihi..
Comments
Post a Comment