Skip to main content

Novel Review: Atin, Jom Kahwin!!

Novel: Atin, Jom Kahwin!

Novelis: Iffa Zalia

Rate: 6/10

Tarikh Pembacaan: 22/5 - 02/06/2019


Selicik mana kau bersembunyi, aku nekad untuk melamarmu...

Sinopsis Kulit Belakang: 

Ini adalah kisah dua hati yang tidak pernah serasi. Kisah dua jiwa yang tidak pernah bersatu. Bayangkan sahaja bagaimana, 'harimau jadian' yang habitatnya di Garisan Khatulistiwa bertemu dengan 'penguin' di kutub selatan? Natijahnya, wujud perang dunia ketiga dimana medan pertempuran tanpa senjata memporak-perandakan hidup mereka. Masing-masing dengan kepala dan karekter yang tersendiri.

Prinsip Fendi: Kutuk-mengutuk dan marah-marah itu cara dia mengurat dan mengeratkan ikatan dengan Fatin yang dirasakan tidaklah secantik mana, cuma gadis itu comel di pandangan mata.

Prinsip Fatin: Hidup mesti sempoi, relaks dan selamba tetapi dalam percintaan, dia memerlukan seorang lelaki romantis dan bertanggungjawab.

Zahirnya, Fendi dan Fatin memang tidak 'ngam', tetapi batin mereka sudah bersatu dalam diam. Namun, kehadiran Tengku Khalid sebagai pesaing membuatkam Fendi tidak keruan. Dia harus melamar Fatin, tetapi bagaimana caranya? Gadis itu memang sukar untuk didekati.

Fatin seorang yang 'happy go lucky' meskipun jadi buruan gengster ah long. Idea nakalnya muncul. Lelaki mana yang sanggup beri wang hantaran yang paling tinggi, maka itulah suaminya. Maka wujudlah kaunter buka harga!

Jadi antara Tengku Khalid dan Fendi siapa yang menjadi pilihan si penguin kutub selatan itu?
.
.
.
.
.
Review Cik CT:

Sekali lagi, karekter watak heroin seorang yang berbadan sedikit gempal dan chubby menjadi pilihan bacaan novel aku kali ini. Karekter Fatin yang sangat gila-gila. Kadang-kadang kegilaan yang sangat annoying. Aku yang membaca pun naik menyampah. Hahaha....

Benda boleh setel dan bincang buat ape nak simpan sendiri. Benda boleh risau tapi taknak dirisaukan apasal. Aduss...kekadang stress pun ade dengan kerektor si Fatin ni. Dalam keadaan genting pun boleh dibuat main lagi. Nasiblah Fendi ni bersabar dengan karenah si Fatin penguin tu.

3 tahub beb isteri hilangkan diri. Macam x masuk akal pun iye jugak. Padahal Fendi boleh je buat report atas kehilangan isteri dia tu. Tapi tu lah..ego tak bertempat dan tinggi melangit.

Fendi digambarkan seorang lelaki yang berkerektor panas baran, ego, tak romantik langsung, suka cakap lepas. Samelah actually karektor dorang berdua ni. Kata orang pasangan ni perlu kontra kan tapi tidak pada pasangan harimau jadian dan penguin kutub selatan ini. Sokmo nak bertekak jer. Sakit pulak hati aku. 

Giler ahh Fatin, mintak hantaran sampai seratus ribu. Bertuah giler lah kalau ade yang sanggup bagi dalam dunia realiti ni. Hohoho..macam melamar anak raja je kekdahnya. Anak raja pun hantarannya silap-silap sikit je. Kihkih...

So, berakhirnya pembacaan novel ini bermaksud aku dah tak ade lagi novel yang nak dibaca. Huhu. Semua novel-novel baru tinggal kat rumah Subang. Hurmmm...rayakan!! So, duduk rumah jer lah bertandang ke rumah orang. Hihihi..

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...