Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Novel Review : Saifudin Jalis - Musafir Cinta Meraga Sukma

Novel: Saifudin Jalis - Musafir Cinta Meraga Sukma Novelis: Tuan Ramlee Awang Murshid Rate: 10/10 Tarikh Pembacaan: 2 minggu yg lepas...❤ Sinopsis Kulit Belakang: Perjuangan menuju keamanan kali ini dirasakan berlainan sekali. Tidak seperti sebelumnya, terlalu banyak perselindungan perlu dilakukan sebelum sengketa dilerai. Ujian buat Saifudin sama ada mendahului amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Wali Sufi atau mengutamakan keselamatan diri yang sentiasa diancam marabahaya sepanjang bermusafir. Mulut seakan terkunci rapat, tangan dan kaki terikat erat. Namun kebenaran harus dinyatakan tanda keimanan sejati kepada Yang Maha Esa. Salju yang menemani Saifudin Jalis bermusafir meraga sukma dengan penuh rasa cinta. "KITA MEMANGGILMU...SALJU. DAN KITA SALING MEMBAHU SEBAGAI MAKHLUK ALLAH." Adakah ini penamat musafir atau ia cerita yang belum diceritakan? SAIFUDIN JALIS kembali dalam MUSAFIR CINTA MERAGA SUKMA. . . . . . K

Celebrate Birthday Girls 11.11 di Makan Heritage

Happy Birthday Kak Siti & Intan...Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki....💞💞💞 Alhamdulillah, celebration birthday Intan dan Kak Siti berjaya diadakan di opis Revongen. Tapi, before tu kitorang dah sambut birthday Intan kat Makan Heritage. Kenapa Makan Heritage??? Bukan nak pergi Soru ke??? Ni yang nak story ni... Plan baik punye nak g celebrate birthday Intan kat Soru. Actually pilihan Soru ini adalah pilihan dari aku sendiri. Hahaha. Teringin benar rasanye nak makan kat sini. Menu-menu yang disediakan buat aku terliur. Ehh, birthday siapa yang dirai sekarang ni. Hahaha. Nak dijadikan ceritanya, lepas habis waktu kerja, aku, Intan, Nabila, Mirrah dan Lydia bersiap-siap terus gerak ke Kota Damansara. Solat Maghrib sat kat masjid yang ada disitu then terus menuju ke tempat yang dituju. Kami naik 2 buah kereta sebab nanti Intan akan terus balik Saujana Utama dan kami berempat balik Subang semula. Sesampainya di hadapan restoran Soru, suasana gelap.

Gunung Rajah via Chamang Daypack

Date:  27 Oktober 2019 (Late Entry) Tempat:  Gunung Rajah via Chamang, Bentong, Pahang Starting Point:  Air Terjun Chamang Ketinggian:  1685m (5526ft)  Tahap Kesukaran:  Difficult, Long Track Distance:  23KM Tempoh on trek:  8 jam naik, 6 jam turun Personally, pengalaman yang sangat-sangat berharga. Gunung yang paling tinggi setakat ini yang pernah di daki oleh seorang gadis bernama Cik Siti Faiross Shariff selepas Gunung Nuang. Daypack pulak tu. Sempatlah jugak study serba sedikit trek Rajah ni. Awal-awal lagi dah disajikan dengan pelbagai jenis pengalaman hikers yang pernah mendaki one of gunung yang ada di area negeri Pahang ini. Kebanyakkan entri yang aku baca adalah camping trip. Ada satu entri je yang aku jumpa buat Rajah daypack. 24 hours dalam hutan bhai. Memang cuaklah. Di tambah pulak katanya trek yang panjang dan cukup memenatkan. So, depa suggest untuk buat camping je kalau nak naik Rajah ni. Tetapi...pada tanggal 27 Oktober 2019, finally seorang gadis