Skip to main content

Novel Review: Jadikan Aku Yang Terakhir


Novel Review: Jadikan Aku Yang Terakhir

Penulis: E-Man Sufi

Rate: 8/10

Tarikh Bacaan: 21 – 24/10/2018


Selamanya kau kucinta hingga ke syurga


Sinopsis Kulit Belakang:

Kisah bermula apabila Deniz diarahkan oleh ayahnya, Aziz bekerja di kafe yang terletak di kawasan jauh dari Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan ayahnya yang bekerja di Madinah, Deniz telah bertukar tempat dengan adik tirinya, Aisyah Nadine. Sementara Aisyah menyamar sebagai dirinya, Deniz pergi ke Izmir untuk bertemu ibu kandungnya tanpa pengetahuan Aziz.

Kerana terlalu sayangkan kakak tirinya, Aisyah sanggup menyamar sebagai Deniz. Dia yang merupakan graduan dalam bidang veterinar terpaksa bekerja sebagai bakeri di kafe milik Iskandar.

            “Kalau untuk Deniz, bukan setakat madu...Dengan sarung kelulut, satu ladang ni abang bagi percuma...Syaratnya..Jadi isteri abang nak?” – REYHAN

            “Eeee...Abang Reyhan ni kan banyak sangat makan madulah ni! Cakap pun merepek aja...Orang seriuslah!” – AISYAH

Tanpa dirancang, Aisyah jatuh cinta dengan Reyhan, abang kepada Iskandar hingga lupa kehadirannya di kampung itu hanya sementara. Bahkan dia sendiri tidak bersedia berdepan dengan Reyhan jika identiti sebenarnya terbongkar. Sungguh dia tak berniat menipu sesiapa!

            “Awak tak patut libatkan Reyhan...Apa salah dia? Awak tahu kan yang awak dah perbodohkan dia...Perasaan dia macam mana pulak? Awak ingat dia nak bertepuk tangan kalau tahu awak tipu dia? Awak bukan Deniz! Awak Aisyah...” – ISKANDAR

Cinta...Bukankah asasnya keihklasan dan kejujuran? Mampukah Aisyah terus berahsia tatkala semuanya mulai berubah? Masihkan cinta Aisyah menjadi yang terakhir buat Reyhan?

.
.
.
.

Review aku:

Apa agaknya pengakhiran novel yang baru aku tamatkan pembacaannya semalam ni? Gigih tau aku habiskan baca malam semalam. Sejak akhir-akhir ni aku memang tak boleh nak mengadap lama-lama novel yang aku baca. Bukan sebab aku bosan dengan plot citernya, tapi sebab aku dah start rasa pening-pening, sakit mata kalau baca lama-lama. Huhuhu. Faktor usia mungkin.

Kembali semula kepada persoalan aku tadi, agak-agak apa pengakhiran novel ni? Benarkah Aisyah tetap menjadi yang pertama dan terakhir buat Reyhan. Jawapannya tentu sekali ya. Alah uollsss, novel kan sumenya ending berakhir dengan yang indah-indah belaka. Haruslah si heroin kekal bahagia hidup bersama si hero. Hahaha.


Dalam novel Jadikan Aku Yang Terakhir karya E-Man Sufi yang aku pinjam bukunya dari Mirrah ni memang menarik. Tak bosan dengan jalan ceritanya. Sweet sangat.  Kalau baca tu memang senyuman akan menghiasi bibir ni lah. Norma pun kadang-kadang tegur, awat lah aku sengih sorang-sorang tu. Best sangat ke novel yang dibaca tu? Hahaha. Member aku ni jenis tak minat baca novel. Dia minat baca buku IT, programming dan jugak buku note muzik. Hahaha. Tetibe rindu norma!!!

Aku terangkan satu-satu karektor dalam novel ni dari sudut kaca mata aku ye.

Aisyah Nadine – Time aku baca ni, aku bayangkan wajah Nelydia Senrose. Sebab Aisyah ni comel. Cantik. Berwajah polos. Innocent kadang-kadang dan jugak nakal. Suka menyakat dan manja.  Rajin dan bijak dalam pelajaran. Sayangnya, dia lahir dalam keluarga yang pincang di mana ayah dan ibunya sudah bercerai.  Namun, ibu dan ayahnya masih mengambil berat akan dirinya. Ibunya berkahwin dengan seorang duda anak satu. Ayah tirinya seorang yang sangat baik hati dan penyayang. Bertuah Aisyah. Aisyah sangat manja dengan kakak tirinya, Deniz. Disebabkan rasa sayangnya, Aisyah sanggup bersetuju dengan kerja gila Deniz untuk menggantikan tempatnya. Tapi kalau bukan Aisyah yang pergi ke kampung itu, tak ada lah dia jumpa abang koboi yang handsome, tall dan dark. Hahaha..

KJ

Reyhan – Time aku baca novel ni, aku terpikir siapa pelakon lelaki Malaysia yang boleh bawak watak Si Reyhan ni. Aku terbayangkan Syukri Yahya, tapi apasal asyik dia je yang nak bolot sume watak lelaki novel yang dijadikan drama. Bagilah pelakon lain kan. Hahaha..Fattah Amin mungkin. Ohh please, aku tak rasa si Fattah tu boleh bawak watak ni. Lain-lain...

Reyhan seorang pemuda kampung yang berjiwa peladang moden. Berusaha mengerjakan ladang-ladang lembu yang diusahakannya itu. Seorang yang agak pendiam bagi aku. Tapi dalam masa yang sama mengambil berat akan setiap hal pekerjanya. Seorang anak yang baik. Suka berpakaian ala-ala koboi, dengan topi koboi memang tak pernah tinggal. Hahaha. Reyhan ni bagi aku sweet sangat. Lemah lembut. Bila dia dah sayangkan seseorang tu memang dia sayang betul. Tak buat keputusan yang terburu-buru dan mengikut perasaan. Buktinya, masa handle kes si Sarah yang menuduh Aisyah mengambil barang kemasnya. Tapi bila datang marahnya, jangan di buat main. Betullah orang kata, kalau orang tu jarang ataupun payah nak marah, tapi bila dia marah memang habislah...Ngeri. Mengamuk betul bila kepercayaan yang dibagi sepenuhnya di khianati. Contohnya berlaku dalam babak si Sarah berpelakuan tak senonoh dengan salah seorang pekerja ladang si Reyhan. Hamekkaw, makan penumbuk Reyhan.  Aku suka jugak part bila Reyhan dapat tahu yang Aisyah tipu identiti dia sendiri tu. Aku ingatkan Reyhan ni nak marah giler lah. Then, Aisyah bawak diri sambung belajar kat oversea. Pastu bila tersedar, baru lah Reyhan cari Aisyah semula. Namun bukan itu plot citernye ye kawan-kawan. Reyhan tak nak lepas kan Aisyah dan sedia memaafkan Aisyah.

Deniz – Aku suka betul kalau dapat kakak tiri yang suka dan rajin memasak ni. Gemoklah jawabnya. Deniz digambarkan perwatakan agak kasar. Suka memberontak dan tak suka diarah-arah. Namun dia anak dan kakak yang baik. Dia ada bila Aisyah memerlukannya walaupun masa Aisyah dah kantoi tu Deniz tak ada kat Malaysia. Huhuhu. Dia sanggup menipu ayahnya untuk mencari ibu kandung yang dah lama tak dijumpai. Mulanya aku ingat Deniz ni watak utama novel ni. Rupa-rupanya si Aisyah. Hahaha

Actually, banyaklah watak dalam novel ni. Iskandar, Aira, Andika, Arjuna, Sarah, Kak Yam dan ramai lagi lah.

Bagi aku penulis novel ni banyak bagi ilmu pengetahun di dalam novelnye. Contohnya, waktu lembu si Reyhan susah nak melahirkan anak sebab kaki anak lembu tu tersangkut. Mungkin penulis seorang veterinar kot. Hahaha. Tapi baca biodata, penulis seorang cikgu. Lagi satu, babak lembu Reyhan yang banyak mati mungkin disebabkan oleh keracunan atau gangguan bakteria. Dan jugak penulis mengembangkan tentang penyakit Disleksia yang dihadapi Reyhan. Apa yang perlu dibuat bila berhadapan dengan mereka yang mempunyai masalah disklesia. Macam mana nak handle orang macam tu.

Selain dari itu, rasa kasih dan sayang antara adik beradik ditonjolkan jugak dalam novel ini. Tentu sekali kasih sayang antara Aisyah dan Deniz. Walaupun mereka hanya adik beradik tiri tapi bonding yang mereka ada tu seperti adik beradik kandung. Kasih sayang ayah dan ibu kepada anaknya, walaupun kekadang orang tua ni ada egonya. Babah mereka, Aziz tetap memaafkan mereka selepas apa yang mereka lakukan itu.

Lagi apa ya?? Oh ya..ditonjolkan jugak apa jadi bila suami dan isteri bercerai. Anak yang jadi mangsa. Dapat kita baca melalui watak Aira dan Andika. Disebabkan penceraian mereka, Sofea kehilangan kasih seorang ibu. Namun, mujur dia dikelilingi oleh orang yang sangat sayangkan dia.

Dan lagi satu, jangan sesekali mematahkan hati orang yang kita sayang. Kelak kalau dia dah terluka, memang darahnya dah x ada tapi luka yang ditinggalkan memang meninggalkan bekas. Masih lagi terasa ngilunya. Huhuhu.

Aku happy novel ni tak terlalu complicated dengan watak jahatnya. Just watak Sarah jer yang menjengkelkan. Mujur penulis mematikan cepat watak Sarah. Hahaha.

So, siapa yang boleh bawak watak abang koboi ni??? Hahaha... 

Tetiba aku rasa KJ macam sesuai je bawak watak koboi hensem ni. Hahaha. Mujur dia ni bukan pelakon. ☺

Comments


  1. Oke bosku ... Akan segera kami proses.. mohon ditunggu sebentar ya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...