Novel Review: Aku Tak Salah
Penulis: Kamsiah Abu
Rate: 7/10
Tarikh Bacaan: 25– 28/10/2018
Tiada noktah dalam mencari cinta kerana cinta yang ikhlas tiada batasnya....
Sinopsis Kulit Belakang:
Norsyazwani tidak pernah menduga
akan menjadi isteri Airil Amri hanya melalui perkenalan yang begitu singkat.
Dalam pada itu, hati Norsyazwani terusik apabila majikannya, Badrul membuat
pengakuan bahawa dia amat mencintai Norsyazwani secara diam salama ini. Namun
pengakuan itu sudah terlambat apabila Norsyazwani sudah membuat keputusan untuk
menjadi isteri Airil Amri. Dia nekad mengikut suaminya merantau jauh ke luar negara
sebaik sahaja selepas pernikahan mereka.
Namun kebahagiaan yang diimpikan
Norsyazwani hancur berkecai apabila mengetahui cinta Airil Amri terhadapanya
adalah palsu. Lelaki itu telah menunjukkan belangnya sebaik sahaja mereka
berjauhan dari kaum keluarga. Manakala Badrul pula tidak pernah putus asa untuk
cuba memiliki Norsyazwani. Lebih-lebih lagi apabila dia mendapat tahu cerita
sebenar di sebalik wasiat arwah datuknya.
Mengapakah Airil Amri menipu Norsyazwani?
Mampukah Norsyazwani menempuhi cabaran hidup selepas berkahwin dengan lelaki
itu? Berjayakah Badrul meraih cinta Norsyazwani? Kenapa pula dia begitu
bersungguh-sungguh mahu hidup dengan wanita itu walaupun dia sedar mencintai
isteri orang adalah berdosa?
“Tak
semua lelaki suka menunjuk-nunjuk depan perempuan. Lelaki yang jujur, takkan
menunjuk-nunjuk.” – BADRUL
“Sebab Hani bukan anak ayamlah, maka Am nak ambil Hani dengan cara terhormat, iaitu melalui ijab Kabul. Kalau anak ayam, Am terus ambil bawa lari je.” – AIRIL AMRI
“Perkahwinan
jugak bukanlah macam main pondok-pondok yang boleh dibina bila suka dan
diruntukan bila-bila masa kalau tak sesuai.” – NORSYAZWANI
.
.
.
.
Review Aku:
Novel yang seterusnya untuk aku
review ialah novel yang bertajuk “Aku Tak Salah”. Di antara 10 koleksi novel
yang aku beli di Karangkraf Mall yang setiap satunya berharga RM1. Murah kan???
Aku memang pantang tengok novel murah-murah ni, pasti akan aku rembat. Hahaha.
Seriously agak jenuh jugaklah aku nak
menghabiskan novel ni. Aku ambil masa lebih kurang 4 hari untuk habiskan novel
ni selepas aku habiskan pembacaan novel “Jadikan Aku Terakhir”.
Novel ni pada permulaannya sangat
membosankan. Aku hampir-hampir saja putus asa nak menghabiskannya. Tapi bukanlah
Siti Faiross, si ulat novel kalau tak tamatkan pembacaan novel-novelnya.
Walaupun beli dengan harga murah, aku sangat menghargai setiap novel-novel yang
aku beli. Sekaligus aku menghargai penulis-penulis yang memerah otak,
bertungkus lumus menyiapkan manuskrip mereka. Dan kenapa tidak aku tamatkan apa
yang telah aku mulakan. Betulkan...???
Aku bersyukur sangat aku tak fed
up dengan novel ni. Kerana novel karya penulis Kamsiah Abu ni sangat
bagus dari pengisiannya. Digarapkan dari firman yang terdapat dalam Surah
Al-Baqarah ayat 286.
“Bersandarkan keyakinan bahawa
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesesuaian keupayaanya.”
Penulis ini terpanggil untuk
menggarapkan firman ini di dalam naskhah “Aku Tak Salah” ini. Diluar
sana, ramai di kalangan kita yang sering mengeluh ketika ditimpa musibah tetapi
lupa bersyukur apabila mendapat kebaikan. Tak sedar ke kita yang sebenarnya Allah
sayangkan mereka yang diuji olehNya. Tak rasa bertuah ke kita adalah makhluk
yang dipilih olehNya untuk menerima ujian daripadaNya. Bila aku baca novel ni,
aku teringatkan seorang sahabat aku yang bila dia berada di dalam kesusahan
pasti akan ada insan-insan yang sedia membantunya. Namun mengapa dia mengeluh
dengan kesusahan yang dialaminya itu. Mengapa dia tak terfikir yang Allah
sebenarnya sangat sayangkan dia.
Allah tak akan menguji hambaNya
sesuai dengan keupayaan dia untuk menghadapinya. Setiap apa yang berlaku pasti
ada hikmahNya. Allah sesekali tidak pernah zalim pada hamba-hambaNya. Aku sedih
sebab dia sepertinya menyalahkan takdir dengan apa yang telah menimpa dirinya
itu. Namun tak sedarkah dia, Allah tak akan pernah zalim pada hambaNya. Seperti
yang aku taip kat atas, jika dia ditimpa masalah pasti akan ada insan yang baik
hati disampingnya. Urusannya dipermudahkan. Tapi kenapa dia tak nampak semua itu??
Harapan dan doaku agar sahabat ku
itu kembali semula ke landasan yang sebenarnya. Dalam setiap kesakitan pasti
ada ubatnya dan dalam setiap kedukaan pasti ada penawarnya. Allah tak pernah
mungkir janji pada hamba-hambaNya yang sabar dan bertaqwa kepadaNya.
Wallahulam. Sebaik-baik pertolongan adalah dariNya. Kembali kepadaNya. Mintak
bersunguh-sungguh dan redha dengan apa ketentuan yang telah ditetapkanNya.
Aku ni pun bukanlah baik sangat
tapi aku tak nak tengok sahabatku terus terlena dan hanyut dalam emosi dan
masalahnya. Aku sangat sayangkan sahabat aku itu. Aku sedih bila dia amibil
tindakan seperti itu. Aku sebagai sahabat hanya mampu mendoakan yang terbaik
untuknya.
Oppss..maaf, review aku mengenai novel yang aku baru habis baca dah jadi sesi luahan perasaan aku pulak. Hehehe..Aku bersyukur sangat dapat baca novel ni. Penulisnya dapat menyampaikan apa isi yang nak disampaikan itu. Berhati-hati dalam setiap perkataan kita. Lagi-lagi didalam perhubungan suami isteri. Cerai berai jangan dibuat main-main. Memanglah penceraian itu dihalalkan tapi penceraian itu adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah. Berdiam diri itu lebih baik di saat kau sedang marah. Pabila kita sedang marah, kita akan mengeluarkan kata-kata yang tak elok tanpa kita sedari. Bila dah tak tersedar, nak menyesal pun dah tak guna.
Janganlah kita mencintai
seseorang yang bukan dan tak akan menjadi milik kita lagi. Lebih-lebih lagi
yang dicintai itu suami atau isteri orang. Berdosa kalau ada perasaan sebegitu.
Relakanlah dengan redha dan ikhlas insan yang kita sayang tu jika cinta kita
tulus dan suci. Doakan kebahagiaan si dia bersama suami atau isteri yang
tercinta. Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Allah dah susun
cantik-cantik. Mungkin kita tak ditakdirkan berjodoh dengannya. Namun Allah
bagi kita pengganti yang lebih baik untuk kita. Wallahualam..
Kekalkanlah hubungan silaturrahim
sesama manusia. Janganlah disebabkan harta kita jadi buta, jadi tamak. Sanggup
melukakan hati dan menganiaya orang lain. Umat islam di dunia semuanya
bersaudara. Allah sangat sayang pada mereka yang menjaga silaturrahim sesama
manusia.
Keseluruhannya, aku sangat
berpuas hati dengan naskhah ini. Mungkin aku akan mencari karya-karya lain dari
penulis Kamsiah Abu ini. Bagi kawan-kawan yang sukakan novel yang santai, jujur
aku katakan aku tak syorkan korang baca novel ni tapi dalam masa yang sama
korang akan rugi kalau korang tak baca novel ni. Hehehe. Terpulang pada setiap
individu, kalau korang rasa korang nakkan pembacaan yang agak berat, inilah
novelnya.
Okay, itu jer lah review aku
tentang novel “Aku Tak Salah” ini. Kalau nak tahu bab apa dan karektor apa yang
aku ceritakan dalam review aku tu, korang kenelah baca. Nak pinjam novel aku??
Boleh jer...Mai lah Subang. Hahahaha...
Next novel pulak??? “Akhirnya Aku
Kahwin”.
Hahaha...Best ni..sebab aku pun belum kawen lagi...opsss!!!
Comments
Post a Comment