Sunday, 28 October 2018

Paskal The Movie againnnn!!!

Paskal The Movie againnnn!!! oh maiii...



Itu lah Siti Faiross..kalau dia dah suka satu filem tu, memang dia tak kisah nak berhabis duit untuk tengok lagi. Orangnya memang jenis tak berkira, tak kisah dan sentiasa melayan je kalau orang dah ajak nak tengok filem tu walaupun filem tu dia sendiri dah menengoknya. Hahahaha..Bertuah sape dapat memiliki hati Siti Faiross ni..Opps...Kihkihkih..

Sebenarnya memang plan nak tengok Paskal dengan kak Dayah dan kak Haiza bila dorang datang sini. Tapi aku dah tengok mula-mula dengan budak-budak opis. Lagipun aku memang nak tengok lagi filem yang super best ni. Sorry ye, jarang tau aku puji filem-filem Melayu ni. Kalau filemnya bagus, tentu sekali aku akan puji. Korang pun kan...

Weekend ni dihabiskan bersama dengan akak-akak kesayangan ku, kak Dayah dan kak Haiza. Memang lama benar tak jumpa mereka berdua. Iyer lah, kak Haiza bertugas kat Tawau, kak Dayah pulak kat Pahang, kampungnya. Memang jarang jumpa lah. Namun, bila jer kak Dayah kata nak mai hujung minggu ni alangkah seronoknya aku. Dapat habiskan masa bersama dorang, bercerita seseronoknya dan keluar bersama mereka sangat menggembirakan hati ini. Sayangnya, kak Hanis dan Norma tak dapat pulak nak join. Tak per lah, mungkin next time...

Kul 3 pagi okay kitorang balik rumah semalam. Mana taknya, dah kau beli tiket pukul 11.50 malam pukul berapa wayang nak habis pulakkan. Tapi cerita dah best, memang tahanlah anak mata dari nak terlelap. Dapat lah jumpa Jerung, Gagak, Jeb, Yan, Misi dan Ustat...Tapi aku masih lagi tak boleh nak brain kesadoan mereka tu. Aku jadi geli-geliman pulak dengan tahap kesadoan dorang tu. Lebih-lebiih lagi kalau aku tengok si Ustat, si Jeb..Dah macam monster..atas besar bawah kecik. Hahahaha..Jerung boleh tahan lagi..Aku suka gagak...ideal gitu bodynya..Hahahaha...

Kak Dayah & kak Haiza nampaknya berpuas hati dengan filem yang bercorak ketenteraan itu. Rasa kagum pastinya aka terselit dihati mereka. Dan-dan bersedia nak mengahwini abang-abang Paskal. Hahahaha..sama-sama busy so tak jadi masalah kalau selalu ditinggalkan..Macam-macamlah kakak-kakak aku ni...

Actually, ada satu pandangan tentang filem itu yang aku tak berkenan dengan mereka berdua. Bukanlah tentang filem ini, tapi lebih kepada tentang mereka yang berkhidmat dalam badan-badan beruniform ni. Memanglah kelulusan itu sangat penting untuk jadi seperti mereka. Tapi, tak semestinya kelulusan itu melayakkan mereka menjadi seorang PASKAL mahupun badan berunform yang lain. Yang penting hati yang sangat sayangkan negara dan sanggup berkorban demi negara yang tercinta tu yang penting. Kalau kau ada kelayakan yang tinggi tapi kau tak boleh nak hadap latihan ala komando memang tak dapatlah kan. Hanya mereka yang berjiwa kental je yang dapat menghadapinya. Kalau ikutkan, tentera yang bawah2 ni la yang berada di barisan hadapan. Mereka yang menerima natijah nya dulu. Orang-orang atasan hanya memberi arahan. Pendapat aku, aku lagi respek mereka yang berada di level-level bawah ni. Sebab dorang yang mempertahankan negara. Dorang yang berada di barisan hadapan.

Jujur aku katakan jugak, aku respek dengan tentera pada masa dahulu. Tentera mahupun mereka yang didalam khidmat ni sekarang aku tak berapa nak respek. Bukanlah aku tuju kepada semua, tapi mungkin ada segelintirnya. Maybe nak masuk tentera sebab nak dapatkan kelebihan yang ada. Ada pencen, ada elaun. Itu pendapat aku lah..Tapi bagi aku, aku bangga punya anggota-anggota keselamatan ini yang mempertahankan negara yang aku duduk sekarang ini.

Harapan aku mereka bekerja dengan jujur dan ikhlas. Memanglah negara kita sekarang berada dalam keadaan makmur tapi aku tahu mereka sentiasa bersiap sedia dengan segala kemungkinan in case kalau negara diserang anasir-anasir luar.

Ditekankan, aku tak tujukan rasa ketidakpuasan hati aku tu kepada semua anggota keselamatan tau. Sebab aku banyak dengar benda yang tak elok dilakukan oleh sesetengah mereka yang mana bolen mencalarkan imej anggota keselamatan. Aku respek mereka yang bersungguh-sungguh dalam melakukan tugas mereka. Janganlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga kan...Respek itu tetap sentiasa ada untuk mereka, namun jagalah kepercayaan rakyat seperti aku ni.....

Merepek pulak ye aku senja-senja ni. Hahahaha..Dah pukul 7.12 malam dah ni. Rasenya aku sorang je kat rumah ni. Hari pun nak huja kat luar tu. Manalah budak-budak rumah aku ni ye..Lapar ler pulak..Nak tengok lah apa yang boleh dimasak kat dapur tu. 

So, korang..rasenye ade lagi tu Paskal The Movie kat wayang. Tengok lah, support filem-filem Melayu kita yang berkualiti. Yang agak tak berkualiti tu tak yah tengok. Hahaha. Nak tengok tunggu keluar Youtube. Hohoho..

Novel Review: Aku Tak Salah

Novel Review: Aku Tak Salah

Penulis: Kamsiah Abu

Rate: 7/10

Tarikh Bacaan: 25– 28/10/2018


Tiada noktah dalam mencari cinta kerana cinta yang ikhlas tiada batasnya....


Sinopsis Kulit Belakang:

Norsyazwani tidak pernah menduga akan menjadi isteri Airil Amri hanya melalui perkenalan yang begitu singkat. Dalam pada itu, hati Norsyazwani terusik apabila majikannya, Badrul membuat pengakuan bahawa dia amat mencintai Norsyazwani secara diam salama ini. Namun pengakuan itu sudah terlambat apabila Norsyazwani sudah membuat keputusan untuk menjadi isteri Airil Amri. Dia nekad mengikut suaminya merantau jauh ke luar negara sebaik sahaja selepas pernikahan mereka.

Namun kebahagiaan yang diimpikan Norsyazwani hancur berkecai apabila mengetahui cinta Airil Amri terhadapanya adalah palsu. Lelaki itu telah menunjukkan belangnya sebaik sahaja mereka berjauhan dari kaum keluarga. Manakala Badrul pula tidak pernah putus asa untuk cuba memiliki Norsyazwani. Lebih-lebih lagi apabila dia mendapat tahu cerita sebenar di sebalik wasiat arwah datuknya.

Mengapakah Airil Amri menipu Norsyazwani? Mampukah Norsyazwani menempuhi cabaran hidup selepas berkahwin dengan lelaki itu? Berjayakah Badrul meraih cinta Norsyazwani? Kenapa pula dia begitu bersungguh-sungguh mahu hidup dengan wanita itu walaupun dia sedar mencintai isteri orang adalah berdosa?

                “Tak semua lelaki suka menunjuk-nunjuk depan perempuan. Lelaki yang jujur, takkan menunjuk-nunjuk.” – BADRUL

                “Sebab Hani bukan anak ayamlah, maka Am nak ambil Hani dengan cara terhormat, iaitu melalui ijab Kabul. Kalau anak ayam, Am terus ambil bawa lari je.” – AIRIL AMRI

                “Perkahwinan jugak bukanlah macam main pondok-pondok yang boleh dibina bila suka dan diruntukan bila-bila masa kalau tak sesuai.” – NORSYAZWANI

.
.
.
.

Review Aku:

Novel yang seterusnya untuk aku review ialah novel yang bertajuk “Aku Tak Salah”. Di antara 10 koleksi novel yang aku beli di Karangkraf Mall yang setiap satunya berharga RM1. Murah kan??? Aku memang pantang tengok novel murah-murah ni, pasti akan aku rembat. Hahaha.

Seriously agak jenuh jugaklah aku nak menghabiskan novel ni. Aku ambil masa lebih kurang 4 hari untuk habiskan novel ni selepas aku habiskan pembacaan novel “Jadikan Aku Terakhir”. 

Novel ni pada permulaannya sangat membosankan. Aku hampir-hampir saja putus asa nak menghabiskannya. Tapi bukanlah Siti Faiross, si ulat novel kalau tak tamatkan pembacaan novel-novelnya. Walaupun beli dengan harga murah, aku sangat menghargai setiap novel-novel yang aku beli. Sekaligus aku menghargai penulis-penulis yang memerah otak, bertungkus lumus menyiapkan manuskrip mereka. Dan kenapa tidak aku tamatkan apa yang telah aku mulakan. Betulkan...???

Aku bersyukur sangat aku tak fed up dengan novel ni. Kerana novel karya penulis Kamsiah Abu ni sangat bagus dari pengisiannya. Digarapkan dari firman yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah ayat 286.

“Bersandarkan keyakinan bahawa Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesesuaian keupayaanya.”

Penulis ini terpanggil untuk menggarapkan firman ini di dalam naskhah “Aku Tak Salah” ini. Diluar sana, ramai di kalangan kita yang sering mengeluh ketika ditimpa musibah tetapi lupa bersyukur apabila mendapat kebaikan. Tak sedar ke kita yang sebenarnya Allah sayangkan mereka yang diuji olehNya. Tak rasa bertuah ke kita adalah makhluk yang dipilih olehNya untuk menerima ujian daripadaNya. Bila aku baca novel ni, aku teringatkan seorang sahabat aku yang bila dia berada di dalam kesusahan pasti akan ada insan-insan yang sedia membantunya. Namun mengapa dia mengeluh dengan kesusahan yang dialaminya itu. Mengapa dia tak terfikir yang Allah sebenarnya sangat sayangkan dia.

Allah tak akan menguji hambaNya sesuai dengan keupayaan dia untuk menghadapinya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahNya. Allah sesekali tidak pernah zalim pada hamba-hambaNya. Aku sedih sebab dia sepertinya menyalahkan takdir dengan apa yang telah menimpa dirinya itu. Namun tak sedarkah dia, Allah tak akan pernah zalim pada hambaNya. Seperti yang aku taip kat atas, jika dia ditimpa masalah pasti akan ada insan yang baik hati disampingnya. Urusannya dipermudahkan. Tapi kenapa dia tak nampak semua itu??

Harapan dan doaku agar sahabat ku itu kembali semula ke landasan yang sebenarnya. Dalam setiap kesakitan pasti ada ubatnya dan dalam setiap kedukaan pasti ada penawarnya. Allah tak pernah mungkir janji pada hamba-hambaNya yang sabar dan bertaqwa kepadaNya. Wallahulam. Sebaik-baik pertolongan adalah dariNya. Kembali kepadaNya. Mintak bersunguh-sungguh dan redha dengan apa ketentuan yang telah ditetapkanNya.

Aku ni pun bukanlah baik sangat tapi aku tak nak tengok sahabatku terus terlena dan hanyut dalam emosi dan masalahnya. Aku sangat sayangkan sahabat aku itu. Aku sedih bila dia amibil tindakan seperti itu. Aku sebagai sahabat hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya.

Oppss..maaf, review aku mengenai novel yang aku baru habis baca dah jadi sesi luahan perasaan aku pulak. Hehehe..Aku bersyukur sangat dapat baca novel ni. Penulisnya dapat menyampaikan apa isi yang nak disampaikan itu. Berhati-hati dalam setiap perkataan kita. Lagi-lagi didalam perhubungan suami isteri. Cerai berai jangan dibuat main-main. Memanglah penceraian itu dihalalkan tapi penceraian itu adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah. Berdiam diri itu lebih baik di saat kau sedang marah. Pabila kita sedang marah, kita akan mengeluarkan kata-kata yang tak elok tanpa kita sedari. Bila dah tak tersedar, nak menyesal pun dah tak guna.

Janganlah kita mencintai seseorang yang bukan dan tak akan menjadi milik kita lagi. Lebih-lebih lagi yang dicintai itu suami atau isteri orang. Berdosa kalau ada perasaan sebegitu. Relakanlah dengan redha dan ikhlas insan yang kita sayang tu jika cinta kita tulus dan suci. Doakan kebahagiaan si dia bersama suami atau isteri yang tercinta. Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Allah dah susun cantik-cantik. Mungkin kita tak ditakdirkan berjodoh dengannya. Namun Allah bagi kita pengganti yang lebih baik untuk kita. Wallahualam..

Kekalkanlah hubungan silaturrahim sesama manusia. Janganlah disebabkan harta kita jadi buta, jadi tamak. Sanggup melukakan hati dan menganiaya orang lain. Umat islam di dunia semuanya bersaudara. Allah sangat sayang pada mereka yang menjaga silaturrahim sesama manusia.

Keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dengan naskhah ini. Mungkin aku akan mencari karya-karya lain dari penulis Kamsiah Abu ini. Bagi kawan-kawan yang sukakan novel yang santai, jujur aku katakan aku tak syorkan korang baca novel ni tapi dalam masa yang sama korang akan rugi kalau korang tak baca novel ni. Hehehe. Terpulang pada setiap individu, kalau korang rasa korang nakkan pembacaan yang agak berat, inilah novelnya.

Okay, itu jer lah review aku tentang novel “Aku Tak Salah” ini. Kalau nak tahu bab apa dan karektor apa yang aku ceritakan dalam review aku tu, korang kenelah baca. Nak pinjam novel aku?? Boleh jer...Mai lah Subang. Hahahaha...

Next novel pulak??? “Akhirnya Aku Kahwin”.

Hahaha...Best ni..sebab aku pun belum kawen lagi...opsss!!! 



Thursday, 25 October 2018

Review: Johnny English Strikes Again (19 Sept 2018) - Bukan review sangat pun. hihi

Filem: Johnny English Strikes Again

Rate: 6/10

Cinema: GSC Cinema, Summit USJ

Sinopsis Rasmi:

Pengembaraan baru bermula apabila serangan siber mendedahkan identiti semua agen penyamar aktif di Britain, meninggalkan Johnny English sebagai harapan terakhir Rahsia Perkhidmatan. Dipanggil dari persaraan, English menyelam kepala pertama beraksi dengan misi untuk mencari penggodam dalang. Sebagai seorang lelaki yang mempunyai sedikit kemahiran dan kaedah analog, English mesti mengatasi cabaran teknologu moden untuk membuat misi ini berjaya.
.
.
.
.
Actually, ni kali pertama aku tengok movie yang dilakonkan oleh Mr Bean. Agak krikk..krikk benonye. Member-member aku kata Johnny English yang pertama & kedua lagi best compare yang ketiga ni. Bagi aku, aku bole bagi 6 bintang jer kot. Sebab aku tak berapa nak paham plot citernya. Aku pun tak tahu nak review ape. Hahaha. Korang tengok online jer lah ea dan nilaikan sendiri. Bye Bye...


Rindu Nak Hiking

Rindu sangat nak hiking. Lama rasanya aku tak naik mana-mana gunung atau bukit sekarang ni. Last naik hari tu Gunung Ledang jer la kot. Itu pun setahun yang lalu. Tahun ni aku tak naik pun mana-mana gunung atau bukit. Actually ade jer group whatsapp aku join. Tapi, agak payah bila aku tak ada transport ni. Malu nak cakap aku nak pool kete dengan dorang. Hahaha. Lagipun aku silent reader je dalam tu. Tunggu masa nak left jer. Hahahaha. 

Lagipun wei sekarang cuaca tak mengizinkan untuk aku dan kawan-kawan naik gununglah. Aku bukanlah pendaki yang hardcore tu, yang tak kisah kakinya digigit pacat, dipenuhi lumpur. Mental dan stamina aku tak sekuat mereka-mereka yang padu lagi jitu. Cuma sekarang ni aku just rajin join event berlari jer. Join event lari pun kene keluar duit wei. Bukan murah-murah pulak tu bayaran register. Adoiyaaii..ade ke aktviti yang tak memerlukan bayaran. Sumenye nak berduit uolss..Actually, nak naik gunung pun kene bayar uolsss.. Hahaha.

Dah lah, duduk jer lah merepu kat rumah. Duduk mereput kat rumah kuranglah duit yang keluar. Kihkihkih...


Campak belakang sat....Time ni tengah panjat batu nak ke puncak Ledang


Penat weii..Tapi bila sampai puncak tu, hilang segala penat sebab dapat tengok view yang sangat cantik. Tapi, bile nak turun tu hazabedah. Kalau boleh lompat rasa nak terus lompat je dari puncak tu.


View yang super ohsem. Masha Allah.. indah sungguhkan ciptaan Yang Maha Berkuasa ni.

Novel Review: Jadikan Aku Yang Terakhir


Novel Review: Jadikan Aku Yang Terakhir

Penulis: E-Man Sufi

Rate: 8/10

Tarikh Bacaan: 21 – 24/10/2018


Selamanya kau kucinta hingga ke syurga


Sinopsis Kulit Belakang:

Kisah bermula apabila Deniz diarahkan oleh ayahnya, Aziz bekerja di kafe yang terletak di kawasan jauh dari Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan ayahnya yang bekerja di Madinah, Deniz telah bertukar tempat dengan adik tirinya, Aisyah Nadine. Sementara Aisyah menyamar sebagai dirinya, Deniz pergi ke Izmir untuk bertemu ibu kandungnya tanpa pengetahuan Aziz.

Kerana terlalu sayangkan kakak tirinya, Aisyah sanggup menyamar sebagai Deniz. Dia yang merupakan graduan dalam bidang veterinar terpaksa bekerja sebagai bakeri di kafe milik Iskandar.

            “Kalau untuk Deniz, bukan setakat madu...Dengan sarung kelulut, satu ladang ni abang bagi percuma...Syaratnya..Jadi isteri abang nak?” – REYHAN

            “Eeee...Abang Reyhan ni kan banyak sangat makan madulah ni! Cakap pun merepek aja...Orang seriuslah!” – AISYAH

Tanpa dirancang, Aisyah jatuh cinta dengan Reyhan, abang kepada Iskandar hingga lupa kehadirannya di kampung itu hanya sementara. Bahkan dia sendiri tidak bersedia berdepan dengan Reyhan jika identiti sebenarnya terbongkar. Sungguh dia tak berniat menipu sesiapa!

            “Awak tak patut libatkan Reyhan...Apa salah dia? Awak tahu kan yang awak dah perbodohkan dia...Perasaan dia macam mana pulak? Awak ingat dia nak bertepuk tangan kalau tahu awak tipu dia? Awak bukan Deniz! Awak Aisyah...” – ISKANDAR

Cinta...Bukankah asasnya keihklasan dan kejujuran? Mampukah Aisyah terus berahsia tatkala semuanya mulai berubah? Masihkan cinta Aisyah menjadi yang terakhir buat Reyhan?

.
.
.
.

Review aku:

Apa agaknya pengakhiran novel yang baru aku tamatkan pembacaannya semalam ni? Gigih tau aku habiskan baca malam semalam. Sejak akhir-akhir ni aku memang tak boleh nak mengadap lama-lama novel yang aku baca. Bukan sebab aku bosan dengan plot citernya, tapi sebab aku dah start rasa pening-pening, sakit mata kalau baca lama-lama. Huhuhu. Faktor usia mungkin.

Kembali semula kepada persoalan aku tadi, agak-agak apa pengakhiran novel ni? Benarkah Aisyah tetap menjadi yang pertama dan terakhir buat Reyhan. Jawapannya tentu sekali ya. Alah uollsss, novel kan sumenya ending berakhir dengan yang indah-indah belaka. Haruslah si heroin kekal bahagia hidup bersama si hero. Hahaha.


Dalam novel Jadikan Aku Yang Terakhir karya E-Man Sufi yang aku pinjam bukunya dari Mirrah ni memang menarik. Tak bosan dengan jalan ceritanya. Sweet sangat.  Kalau baca tu memang senyuman akan menghiasi bibir ni lah. Norma pun kadang-kadang tegur, awat lah aku sengih sorang-sorang tu. Best sangat ke novel yang dibaca tu? Hahaha. Member aku ni jenis tak minat baca novel. Dia minat baca buku IT, programming dan jugak buku note muzik. Hahaha. Tetibe rindu norma!!!

Aku terangkan satu-satu karektor dalam novel ni dari sudut kaca mata aku ye.

Aisyah Nadine – Time aku baca ni, aku bayangkan wajah Nelydia Senrose. Sebab Aisyah ni comel. Cantik. Berwajah polos. Innocent kadang-kadang dan jugak nakal. Suka menyakat dan manja.  Rajin dan bijak dalam pelajaran. Sayangnya, dia lahir dalam keluarga yang pincang di mana ayah dan ibunya sudah bercerai.  Namun, ibu dan ayahnya masih mengambil berat akan dirinya. Ibunya berkahwin dengan seorang duda anak satu. Ayah tirinya seorang yang sangat baik hati dan penyayang. Bertuah Aisyah. Aisyah sangat manja dengan kakak tirinya, Deniz. Disebabkan rasa sayangnya, Aisyah sanggup bersetuju dengan kerja gila Deniz untuk menggantikan tempatnya. Tapi kalau bukan Aisyah yang pergi ke kampung itu, tak ada lah dia jumpa abang koboi yang handsome, tall dan dark. Hahaha..

KJ

Reyhan – Time aku baca novel ni, aku terpikir siapa pelakon lelaki Malaysia yang boleh bawak watak Si Reyhan ni. Aku terbayangkan Syukri Yahya, tapi apasal asyik dia je yang nak bolot sume watak lelaki novel yang dijadikan drama. Bagilah pelakon lain kan. Hahaha..Fattah Amin mungkin. Ohh please, aku tak rasa si Fattah tu boleh bawak watak ni. Lain-lain...

Reyhan seorang pemuda kampung yang berjiwa peladang moden. Berusaha mengerjakan ladang-ladang lembu yang diusahakannya itu. Seorang yang agak pendiam bagi aku. Tapi dalam masa yang sama mengambil berat akan setiap hal pekerjanya. Seorang anak yang baik. Suka berpakaian ala-ala koboi, dengan topi koboi memang tak pernah tinggal. Hahaha. Reyhan ni bagi aku sweet sangat. Lemah lembut. Bila dia dah sayangkan seseorang tu memang dia sayang betul. Tak buat keputusan yang terburu-buru dan mengikut perasaan. Buktinya, masa handle kes si Sarah yang menuduh Aisyah mengambil barang kemasnya. Tapi bila datang marahnya, jangan di buat main. Betullah orang kata, kalau orang tu jarang ataupun payah nak marah, tapi bila dia marah memang habislah...Ngeri. Mengamuk betul bila kepercayaan yang dibagi sepenuhnya di khianati. Contohnya berlaku dalam babak si Sarah berpelakuan tak senonoh dengan salah seorang pekerja ladang si Reyhan. Hamekkaw, makan penumbuk Reyhan.  Aku suka jugak part bila Reyhan dapat tahu yang Aisyah tipu identiti dia sendiri tu. Aku ingatkan Reyhan ni nak marah giler lah. Then, Aisyah bawak diri sambung belajar kat oversea. Pastu bila tersedar, baru lah Reyhan cari Aisyah semula. Namun bukan itu plot citernye ye kawan-kawan. Reyhan tak nak lepas kan Aisyah dan sedia memaafkan Aisyah.

Deniz – Aku suka betul kalau dapat kakak tiri yang suka dan rajin memasak ni. Gemoklah jawabnya. Deniz digambarkan perwatakan agak kasar. Suka memberontak dan tak suka diarah-arah. Namun dia anak dan kakak yang baik. Dia ada bila Aisyah memerlukannya walaupun masa Aisyah dah kantoi tu Deniz tak ada kat Malaysia. Huhuhu. Dia sanggup menipu ayahnya untuk mencari ibu kandung yang dah lama tak dijumpai. Mulanya aku ingat Deniz ni watak utama novel ni. Rupa-rupanya si Aisyah. Hahaha

Actually, banyaklah watak dalam novel ni. Iskandar, Aira, Andika, Arjuna, Sarah, Kak Yam dan ramai lagi lah.

Bagi aku penulis novel ni banyak bagi ilmu pengetahun di dalam novelnye. Contohnya, waktu lembu si Reyhan susah nak melahirkan anak sebab kaki anak lembu tu tersangkut. Mungkin penulis seorang veterinar kot. Hahaha. Tapi baca biodata, penulis seorang cikgu. Lagi satu, babak lembu Reyhan yang banyak mati mungkin disebabkan oleh keracunan atau gangguan bakteria. Dan jugak penulis mengembangkan tentang penyakit Disleksia yang dihadapi Reyhan. Apa yang perlu dibuat bila berhadapan dengan mereka yang mempunyai masalah disklesia. Macam mana nak handle orang macam tu.

Selain dari itu, rasa kasih dan sayang antara adik beradik ditonjolkan jugak dalam novel ini. Tentu sekali kasih sayang antara Aisyah dan Deniz. Walaupun mereka hanya adik beradik tiri tapi bonding yang mereka ada tu seperti adik beradik kandung. Kasih sayang ayah dan ibu kepada anaknya, walaupun kekadang orang tua ni ada egonya. Babah mereka, Aziz tetap memaafkan mereka selepas apa yang mereka lakukan itu.

Lagi apa ya?? Oh ya..ditonjolkan jugak apa jadi bila suami dan isteri bercerai. Anak yang jadi mangsa. Dapat kita baca melalui watak Aira dan Andika. Disebabkan penceraian mereka, Sofea kehilangan kasih seorang ibu. Namun, mujur dia dikelilingi oleh orang yang sangat sayangkan dia.

Dan lagi satu, jangan sesekali mematahkan hati orang yang kita sayang. Kelak kalau dia dah terluka, memang darahnya dah x ada tapi luka yang ditinggalkan memang meninggalkan bekas. Masih lagi terasa ngilunya. Huhuhu.

Aku happy novel ni tak terlalu complicated dengan watak jahatnya. Just watak Sarah jer yang menjengkelkan. Mujur penulis mematikan cepat watak Sarah. Hahaha.

So, siapa yang boleh bawak watak abang koboi ni??? Hahaha... 

Tetiba aku rasa KJ macam sesuai je bawak watak koboi hensem ni. Hahaha. Mujur dia ni bukan pelakon. ☺

Review: Venom (17 Oct 2018)

Filem: Venom

Rate: 8/10

Cinema: GSC Cinema, Summit USJ


Poster Venom

Siapa dah tengok movie ni? Serasanya, mesti ramai yang dah tengok filem ni kan? Sebab before aku decide untuk tengok Venom ni, aku terlebih dahulu dah duk usha-usha blog-blog lain yang review pasal movie ni. Selain dari itu, aku usha gak komen-komen kat FB. Ada yang kata best, ada yang kata "so so", ada yang suka, dan ada juga yang kata movie ni gempak. Well, pandangan setiap orang tu subjektif. Kalau kau pergi tengok ngan pakwe or awek ko ke, tak semestinya pakwe or awek ko suka dengan movie Venom ni. 

Aku terus kepada pandangan peribadi aku mengenai movie terbaru anti-hero Marvel Studio ni ye. Bagi aku movie ni sangatlah best. Sebab apa??? Sebab movie ni buat aku rasa aku tak bazirkan duit beli tiket untuk movie ni. Hahaha...Sebab aku tak rasa aku bosan sampai aku rasa nak tido, sampai aku rasa nak terus blah dari cinema. Movie ni buat aku terus stick kat seat aku tu. Tapi ada lah jugak aku ke kiri ke kanan sebab resah dan x senang duduk disebabkan beberapa scene yang menarik dan gempak. Scene apa?? Tu kene lah tengok sendiri. Hahaha...

Pada mulanya, aku tak nak tengok movie ni tau. Sebab bila aku tengok trailer movie ni, aku ingatkan movie seram. Iyer lah, cer korang tengok poster venom tu sendiri. Tak ke buruk wajah si alien tu?? Dengan giginya yang tajam-tajam. Dengan badan yang berlendir-lendir. Eeeee...iolss geli uolss...Hahaha...Namun, hari Selasa yang lepas bila jer Lydia ajak aku untuk tengok movie ni kat cinema, aku terus jer bersetuju. Iyer lah, aku tak ada apa nak buat malam-malam selalunya. Kalau rumah aku dekat dengan mall yang ada cinema memang tiap-tiap malam aku keluar p tengok wayang. Hohoho...(Biasalah, hidup single-mingle memang begitu) Ahakss...

Yang lain tak mahu nak follow, so aku, Lydia dan Hazirah jer yang proceed. So, seusai solat maghrib kami terus ke tingkat 4, GSC. Movie start pukul 730 malam tapi biasalah iklan kan banyak. 

Aku suka tengok movie ni...Aku suka karektor Eddie Brock tu. Seorang wartawan yang suka mengkaji dan membongkarkan pelbagai isu yang panas dan sensasi. Namun disebabkan satu temu-ramahnya dengan Carlton Drake mengenai penemuan baru projek sainsnya, Eddie kehilangan kerja. Bukan setakat kariernye musnah, apartment, even awek dia pun tinggalkan dia. Hishh...sadis..Loser...Tapi aku lebih kepada rasa kesian kat dia. Dia cuba  untuk membongkarkan sesuatu yang memang salah. Namun, apakan daya kuasa, duit mengatasi segalanya. Lalu dia pergi membawa diri. Tanpa dia sedari rupa-rupanya dia menjadi perhatian organisma dari angkasa lepas yang sebenarnya merupakan uji kaji sains Drake yang diberi nama "Symbiote". Drake ni entahlah nak sangat manusia ni boleh hidup di angkasa lepas. Dia tak tahu gamaknya, bila bumi ni musnah semua alam ni bakal musnah. Ni lah dia...ingat sains tu segala-galanya agaknya.

Ehh..melalut pulak..

Symbiote yang bernama Riot telah menyerang Eddie. Memang kelakar bila Riot jadikan badan Eddie sebagai perumahnya. Cuak kot tetiba ada benda lain masuk dalam badan kau dan menguasai kau. Pulak tu boleh buat aksi yang manusia biasa tak boleh lakukan. Korang rasa kenapa Riot ni memilih Eddie? Kenapa dia taknak masuk ke dalam badan orang lain? Dah banyak actually Drake ni jalankan ujikaji dgn menggunakan golongan2 gelandangan dan miskin. Namun, semua mereka yang dikaji habis mati macam tu je selepas badan mereka dimasuki riot. Kirenya tubuh badan manusia tu x serasi dgn si riot ni kot. Itu apa yg aku paham lah. Hahaha....

Si Drake ni pulak bersekongkol dengan satu lagi symbiote yg terlepas masa kat Sibu, Msia (jgn main2 uolss depa shooting kat msia okay!! dongalah jugak bahasa melayu dlm tu). By the way, aku lupe name symbiote yg terlepas ni. Symbiote masuk dalam badan Drake dan nak Drake bawak masuk ke bumi semua symbiote2 yg ade kat angkasa lepas tu. Cuba ko bayangkan kalau makhluk2 ni memasuki bumi? Apa akan jadi???

So, berjaya ke tidak Riot & Eddie menghalang Drake dan Symbiote yg aku x tahu name tu ke angkasa lepas utk membawa symbiote yg lain ke bumi????

Itu korang kenalah saksikannya sendiri. Pastinya, korang akan rase x senang duduk, rase berdebar di sepanjang penceritaan. Bagi aku, movie ni sangat berbaloi walaupun mungkin bagi sesetengah orang movie ni tersangatlah biasa utk dicomparekan dgn movie Marvel yang lain.

Dan semestinya di akhir cerita selepas credit pasti akan ade scene yang dinanti2. Tapi aku blurr jap kat scene ni...Mayb sebab aku x follow komik Marvel ni kot. Hahaha...

Venom checked ...

Sunday, 21 October 2018

Review: PASKAL (03 Oktober 2018)

Filem: Paskal The Movie

Rate: 10/10

Cinema: Premium X-One City




Banyak komen-komen dan review-review positif mengenai filem yang bercorakkan ketenteraan ini. Filem yang membarisi ramai pelakon-pelakon lelaki Malaysia diantaranya, Hairul Azreen sebagai peneraju utama, disamping Amar Alfian, Hafizul Kamal, Gambit Saifullah, Taufik Hanafi dan ramai lagi. Pada dasarnya, aku tak lah teringin sangat nak tengok filem ni sebenarnya. Sebab apa? Sebab ada Hairul Azreen. Hahaha. Aku tak tahu lah kenapa. Maybe sebab die poyo anak beranak kot. Tapi Yusuf aku adore. Hahaha...Tapi bila dipikirkan balik, awat lah aku tak suka die ek? awat aku annoying dengan dia ek? Bukan dorang sekeluarga ada buat salah kat aku. Betul tak??

So, aku abaikan semua perasaan annoyed aku kat dia tu, then pada tarikh 03 Oktober 2018 aku beserta budak-budak opis yang lain kitorang berjemaah menonton wayang filem ini di Premium-X, One City. Kitorang beli tiket pukul 9.30 malam. Malam tu cinema memang agak dah penuh. Mungkin sebab filem ni baru saje ditayangkan pada 27 September yang lepas. Berdasarkan pada trailer, filem ni memang gempak, memang lain dari filem yang sedia ada.

Cuba korang listkan nama-nam filem Malaysia yang bercorak ketenteraan??

1) Bukit Kepong
2) Leftenan Adnan
3) Embun
4) Sarjan Hassan
5) Qhaliq
.
.
.
.
Hurmmm...ape lagi ekk??? Hahaha..aku tak tahu lagi dah. Tu je yang aku tahu.

Okey, ape yang menariknya dengan filem Paskal ni...Filem yang mengetengahkan kehidupan anggota PASKAL yang lebih dikenali sebagai Pasukan Khas Laut, merupakan salah satu pasukan elit milik Tentera Laut Di Raja Malaysia. Cover sume, laut, udara & air. Daripada filem ni lah, aku kenal dan tahu apa itu PASKAL. Selama ni hanya tahu tentera darat, Navy, polis dan tentera udara jer. Tapi rupa-rupanya dalam badan beruniform ni ada pasukan khas yang tersendiri. Oh ya, aku tahu UTK jer. Unit Tindakan Khas. Hahaha...

Filem ni aku boleh bagi 5 bintang. Semua pelakon membawakan watak mereka dengan baik. Hairul Azreen sebagai Leftenan Komander Arman Rahmat seorang anggota Pasukan Khas Laut yang berada di dalam dilema dan persimpangan sama ada untuk memilih untuk terus mempertahankan negara atau mendengar cakap ibunya yang tidak merestui dia menyertai Paskal kerana ayahnya juga terkorban semasa menjalankan tugasnya. 

Misi di dalam filem ini diinspirasikan dari kisah sebenar, di mana di dalam filem ini kita disajikan dengan dua misi Paskal yang pernah mereka jalankan dahulu. Misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel yang dirampas daripada lanun Somalia di Teluk Aden dan juga misi pengaman di Angola.

Actually, aku tak meletakkan expectation yang tinggi dengan filem ini. Namun aku dan rakan-rakan berpuas hati dengan apa yang disajikan. Kitorang tepuk tangan kot. Rasa kagum dan bangga dengan pasukan keselamatan negara menebal dalam diri masing-masing. Mereka sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah demi menjalankan tugas melindungi negara. Bagi aku yang merupakan anak kepada seorang bekas tentera aku sangat berbangga punya ayah seorang tentera. Boleh dikatakan, bila jer keluar dari pawagam tu masing-masing nak start cari suami beruniform. Hahaha. Mengada tau. Tapi sanggup ke kene tinggal lama-lama??? Hahaha... Mak aku okey jer!!! 

Dalam filem ni aku cukup impress dengan aset-aset negara yang ditunjukkan macam pesawat, heli, kapal selam dan senjata-senjata yang digunakan. Kagum seyhhh!! Scene yang ada dalam filem ni pun menarik, Scene dorang training komando, scene jalankan misi, scene menembak, scene berlawan antara watak Jeb dan Arman. Tapi yang bikin spoil nye, watak mak si Arman tu, awak makcik tu cakap kaku semacam ekk...Hahaha...Rasa pelik pulak. Oh ya, scene masa misi menyelamatkan kapal dagang, misi kat Angola, misi nak selamatkan semua pekerja-pekerja pelantar minyak yang didalangi Jeb pun best. Menarik seyh!!

Kalau korang nak tahu lagi, tengok lah sendiri. Seriously tak rugi. Hairul pun berjaya membawakan watak Arman tu. Pendek kata semua pelakon lah. Tak silap aku, kutipan dah jejak 20 juta uolsss...Untong lah..bonus seyhh..Hahaha...Aku pun plan nak tengok lagi, tapi tak ade sape nak teman. Hahaha..Aku suruh mak aku langgan filem ni kat Astro First nanti. Tengoklah sampai lebam.

So, gaiss..tengok tau!!!






Novel Review: SPLIT


Novel Review: SPLIT

Penulis: Nurul Ain Syuhada

Rate: 9/10

Tarikh Bacaan: 18 – 20/10/2018



Siapapun aku, sayang itu tetap untukmu


Sinopsis Kulit Belakang:

Maryam, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan. Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga mereka berdua menetap dibawah satu kondo yang sama!

            “ Kenapa saya tak pernah nampak awak?” – MIKAEL

            “ Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So, memanglah kita tak pernah terserempak.” – MARYAM

Hari demi hari pun berganti sehinggalah karekter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul dihadapan Maryam! Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!

            “Hoi? Kau hoikan aku? Aku ada nama okey. Nama aku bukan hoi. Hafez. H-A-F-E-Z. Hafez” – HAFEZ

            “Mikael, tak payah nak main-mainlah! Siang tadi awak tak buat perangai macam ni pun.” – MARYAM

Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa MIKAEL? Dan siapa pula HAFEZ? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karekter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula ADAM?

Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karekter-karekter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.
.
.
.

Review aku:

Finally, berjaya jugak aku habiskan membaca novel ini dalam masa 3 hari. Actually, aku sebenarnya boleh habiskan pembacaan dalam masa satu atau dua hari je tapi entah lah, tak tahu kenapa aku tak nak cepat-cepat habiskan baca novel yang menarik ni. Seriously wei, menarik kot plot novel ni. Penulis berjaya membawa topik mengenai penyakit D.I.D. Dissociative Identity Disorder atau boleh dipanggil MPD iaitu Mulltiple Personality Disorder. Senang citer Split Personality lah. Sebab tu jugaklah kot novel ni diberi tajuk SPLIT. Hehehe..

Bila baca novel ni aku terbayang drama korea yang pernah aku tengok dulu iaitu Kill Me Heal Me. Drama yang dilakonkan oleh Ji Sung & Hwang Jeong Eum. Giler best weeii citer tu. Tu pun aku sayang nak tamatkan citer tu tau. Sebab lepas ni aku tak dapat tengok Shin Se Gi dah. Huhuhu. (Padahal boleh je repeat tengok drama tu..)

Dalam ni ade karekter Hafez kan?? Bila tiba part Hafez tu automatik aku terbayang Shi Se Gi dalam drama Kill Me Heal Me tu. Hahaha. Annoying, kasar, suka cakap lepas, suka menyakat. Same lah peel yang ada pada Hafez. Suka beno menyakat si Maryam. Seperti dalam drama Kill Me Heal Me tu, Oh Ri Jin nampak lebih tertarik pada karekter Shin Se Gi kan. Same lah jugak dengan dalam novel Split ni, Maryam lebih tertarik dan suka pada karekter Hafez sebab Hafez sentiasa ada bila die memerlukan. Protective. Actually, aku sendiri pun suka karekter  Hafez ni. Hahaha. Sebab, walaupun dia agak kasar, annoying, poyo tapi ada lah jugak sikap dia yang baik hati & romantic tu. Mungkin dia dah sehaluan dengan Mikael kot. Alah, lagipun depa orang yang sama kan...

Oh ya, bagi aku karektor Mikael pun menarik. Soft jer orangnya. Tenang. Lemah lembut tutur katanya. Sesuai sangat lah dengan Maryam tu ha. Apa lagi personaliti lain dalam diri Mikael? Actually, sume personalitilah aku suka. Aku suka Mikael tu sendiri, Hafez yang annoying, Adam yang manja..tapi dalam novel ni jarang Adam keluar. Dua kali kot kalau tak silap pembacaan aku. Oh ya, personaliti Dhia pun aku suka. Kelakar lah Dhia. Kau bayangkan seorang lelaki yang berkarekter macho, handsome tetibe melentikkan tangannya bila bercakap. Terbayang aku pada watak Ahhn Yoo Na dalam Kill Me Heal Me. Hahahaha..Dalam novel ni Dhia kamceng dah dengan Maryam. Macam bestfriend dah!

Personaliti lain Mikael ialah Encik Suffian. Part Encik Suffian ni pun kelakar. Seboleh mungkin Maryam tak nak personaliti yang ni keluar dari badan Mikael. Sebab apa? Sebab Encik Suffian macam bapak-bapak sangat. Kuat membebel. Hahaha.. Sabar jer lah kau, Maryam.

Personaliti Jeff & Kid jugak menarik. Mereka kembar yang selalu tak sehaluan. Ada satu part tu buat aku gelak sakan, sampai norma pun tegur aku apa yang aku gelakkan tu. Seriously kelakar wei. Pandai penulis novel ni. Macam aku tengah tengok kat tv.

So, itulah dia enam personaliti yang dimiliki oleh Mikael. Hafez, Dhia, Encik Suffian, Adam, Jeff & Kid.

Karekter Maryam dalam novel ni aku impress sebab dia berjaya handle keenam-enam personaliti Mikael yang boleh membuatkan Maryam pening kepala dan mungkin akan demam satu badan. Haha..Maybe sebab Maryam ni kental orangnya. Seriosly weh, kalau aku sendiri jadi Maryam boleh ke tidak aku handle semua personaliti yang suami aku ada tu. Boleh ke tidak aku terima "mereka" seadanya.

Dalam novel ni jugak, penulis tak mengetengahkan sangat dengan lebih details apa itu D.I.D. Mungkin novel ni nak dijadikan lebih santai untuk pembaca. Cukup lah aku tengok Kill Me Heal Me dah buat aku pening kepala kekadang. Hahaha. So, agak-agak korang lenyap tak enam personaliti yang ada dengan Mikael tu?? Kalau nak tahu korang kene lah baca novel ni. Seriously best. Macam mane kehidupan rumah tangga Maryam & Mikael? Kenapa Mikael boleh ada personaliti yang lain-lain tu? Siapa Muaz dalam novel ni? Seriously cakap aku geram dengan watak Muaz dalam novel ni. Hehehe.

So, dapatkan novel ni segera tau. Actually, novel ni dah lama keluar pun. Tahun 2017 tak silap aku. Tapi disebabkan ada satu hari tu, aku duk lah scroll IG then ternampak satu video pelakon Syukri Yahya tengah berjalan lembut ala-ala gaya si Sajat kat tengah airport ditepuk tiba-tiba oleh seorang pakcik yang kebetulan lalu disitu. Kelakar weii. So, aku baca caption rupa-rupanya Syukri Yahya sedang menjayakan satu karekter dalam drama terbaru dia iaitu SPLIT THE SERIES. Adaptasi novel ni lah weii..Karekter ape si Syukri tengah bawakkan tu agaknya.?? Hahaha...

Dari situlah, aku google novel ni dan akhirnya aku decide nak order online novel ni weii..So, itu lah penyebabnya awat aku beriya-iya nak buat review novel ni. Hahaha....Tak sabar pulak nak tunggu novel Split ni didramakan. Tak silap aku Sara Ali akan menjayakan watak Maryam. Aku tak berapa sure boleh ke tidak Sara Ali tu bawak watak Maryam sebab Maryam dalam novel ni seorang wanita yang berkerjaya, sofistikated, tegas, dan kadang-kadang kelakar. Sara Ali perlu mengekspretasikan semua ekspresi yang ada dalam karekter Maryam tu. Sebab bagi aku, Sara Ali macam agak kaku dalam lakonannya lagi. Entahlah.. Ekspresi muka dia tu macam keras semacam jer. Huhuhu. Tapi mana lah kita nak tahu kan, maybe dia berjaya bawa kerekter Maryam ni. Kita nantikan sajalah drama ni keluarkan. Aku tak tahu bila drama yang diadaptasi dari novel Split ni akan ditayangkan. Tapi diharapkan, drama nanti sebestlah macam novelnya. Hehehe...

So, itu jer lah review aku mengenai novel SPLIT karya Nurul Ain Syuhada ni. Nantikan next review novel aku,  Jangan Menangis Cinta!!! Novel ni serious buat aku meleleh air mata sepanjang pembacaan. Cisss!!!



Monday, 1 October 2018

Gagal Untuk Temuduga Pen Pendaftar N41 UiTM

Tahniah yus ucapkan pada rakan-rakan yang dapat panggilan temuduga Penolong Pendaftar N41 UiTM yang akan dijalankan pada hari ini, 01 Oktober 2018. Buat sebaik mungkin. Yus tak dapat. Tak ada rezeki nak meneruskan perjuangan. Mungkin jugak tak jawab dengan baik masa ujian bertulis tempoh hari. Actually, memang yus rasa yus tak jawab dengan baik pun exam hari tu. Dengan tak ada persediaan yang cukup. Dengan tak bawak pemadamya lagi. So, tak hairanlah kalau memang yus tak terpilih untuk ke peringkat yang seterusnya. Hehehe. Tapi, experience tu yang bernilai buat yus. Maybe kalau lepas ni yus dapat lagi panggilan UiTM, pasti yus akan buat yang terbaik. Tak nak dah main-main. Hahaha..

Ramai yang bertanyakan macam mane nak tahu result jawatan ni?? Yus sendiri pada mulanya pelik, Awat x dapat sebarang email kata lulus ke gagal ke ujian Penolong Pendaftar N41 ni. Tapi bila yus lihat semula surat panggilan ujian bertulis hari tu, jelas tertera ditulis jika tak dapat sebarang panggilan sms atau email dalam masa 3 bulan dari tarikh ujian bertulis, calon dianggap tidak berjaya. So, memang yus tak berjaya lah sebab tak dapat sebarang apa pun email atau sms. Lagipun tarikh temu duga tu 01 Oktober 2018. Huhuhu.

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...