Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Bye Bye 2018, Welcome 2019

Bye bye 2018!!!! Hi 2019!!!! Tinggal lagi beberapa minit jer lagi, kita semua bakal melangkah ke tahun baru. Cepat kan masa berlalu. Pelbagai perkara suka dan duka kita lalui sepanjang tahun 2018 ini. Di harapkan untuk tahun 2019 nanti, kita semua berada di dalam keadaan yang lebih baik dan happy. Tinggalkan kenangan pahit duka di tahun 2018, jika ada. Jadikan ia satu semangat dan pendorong untuk kita lebih maju dan berjaya mengharungi tahun 2019 nanti. Untuk diri aku sendiri, banyak kenangan manis yang terjadi sepanjang tahun 2018 ini. Kenangan yang akan sentiasa aku ingat sampai bila-bila. Mudah-mudahan untuk tahun baru ini, ada lagi sinar bahagia dan kegembiraan yang akan aku lalui dan hadapi. Tinggalkan kenangan 2018 dengan hati yang gembira, juga lalui hari-hari yang mendatang dengan hati yang terbuka. Untuk semua, aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2019... Di tahun baru ini, aku sekadar menyambutnya di dalam bilik. Tiada konsert-konsert mahupun percikkan bu...

Faiz dah bertunang 23 Dec 2018

Serasa macam tak percaya pulak adik lelaki aku yang sorang tu dah bertunang. Bila mak kata Faiz nak bertunang aku rasa macam "biar betik budak ni...kau ade duit ke nak buat majlis kahwin tu nanti? Apa ko nak bagi anak dara orang makan?"  Faiz tu pun muda lagi benonye, tahun depan baru nak masuk 23 tahun. Kerja pun tak stabil lagi dah gatal nak kahwin. Akak ko ni ha yang tak kahwin-kahwin lagi ni relaks jer..Tapi iyer lah kan, dah jodohnya sampai dulu. Aku sebagai kakak doakan yang terbaik untuk Faiz. Harap-harap lepas ni lebih bertanggungjawablah, jangan main-main dah. Kerja kat bengkel tu betul-betul. Rajin-rajin. Warisi bengkel ayah tu sebaik mungkin. In sha Allah, next year aku bakal dapat adik ipar perempuan satu-satunya lah. Hahaha. Mana taknya, si Faiz tu lah sorang je anak lelaki dan adik lelaki aku. Mungkin boleh aku katakan, mak dan ayah bakal sponsor majlis kahwin dia nanti. Hohoho. Takper lah, dah rezeki dia kan. Aku bantulah mana yang patut. Tapi, mane la...

Gunung Ledang via Sagil 25 December 2018

Tertunai jugak hajatnya nak naik Ledang lalu trail Sagil. Alhamdulillah, pendakian naik dan turun berjaya jua akhirnya tanpa ada sebarang masalah. Pergerakan yang agak slow tu memang dah biasa dah kalau aku yang naik gunung. Hahaha. Lagi-lagi yang jenis daypack ni. Berat benar rasanya kaki ini nak melangkah.  Cuti Krimas baru-baru ni, aku dan Vajidah naik Gunung Ledang via Sagil. Sememangnya, aku memang dah lama teringin nak panjat ledang ikut laluan trail legenda ni. Last year, aku naik Ledang juga bersama Vajidah ikut laluan Asahan. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk merasai kedua-dua trail, Asahan dan juga Sagil. Aku sememangnya dah berada di kampung tiga hari lebih awal. Hari Jumaat malam tu aku dah gerak balik Pontian naik bas. Actually, adik lelaki aku bertunang hari Ahad tu, so aku kene lah balik kan. Mujur jugak tak jadi buat hari Selasa tu, kalau tak memang tak dapat lah aku nak panjat Ledang via Sagil. Hehehe.  Why aku sangat beriya-iya nak n...