Bab 10
Setelah
 hampir lebih kurang 10 tahun Dian menetap di kota Melbourne, akhirnya 
Dian mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Kerinduan terhadap 
keluarga tercinta tidak dapat dibendung lagi. Masakan Malaysia yang 
tentu sekali tidak dijumpai di Kota Melbourne menambahkan lagi rasa 
ketidaksabaran Dian untuk kembali ke tanah airnya yang tercinta.
Dalam tempoh sepuluh tahun itu jugaklah, Dian terputus hubungannya dengan Luqman. Janji yang dilafazkannya kepada Luqman untuk sentiasa bertanya khabar berita tidak dikotakan. Berpuluh-puluh email dihantar oleh Luqman namun satu pun tidak dibalas oleh Dian. Malahan kenduri kahwin Luqman dan Rina juga Dian tidak hadir. Hanya ibu dan ayahnya sahaja yang menjadi pengganti buat dirinya. Ternyata Luqman cukup terluka dengan perbuatan Dian itu. Khabar sedih dari ibunya mengatakan yang Luqman sedih Dian menyepikan dirinya begitu sahaja. Persahabatan yang telah terjalin bertahun-tahun lamanya hancur berkecai dalam sekelip mata. Puas sudah kedua ibu bapa Dian memujuk dan menasihati Dian namun Dian dengan perilakunya jugak. Keras kepala.
Sebenarnya, bukan itu yang Dian pinta dan mahukan cuma hatinya masih lagi terluka. Terluka dengan apa yang telah terjadi. Cinta yang tersemai dihatinya terhadap Luqman hanya dibalas dengan sekadar sahabat sahaja. Terkadang Dian terfikir mengapa begitu takdirnya. Mengapa dia ditakdirkan untuk jatuh cinta dengan sahabat baiknya sendiri. Alangkah baiknya jika Luqman juga begitu. Namun apakan daya, Luqman memilih Rina berbanding dirinya. Biarlah rasa cinta ini disimpan sendiri. Biarlah sampai bila-bila pun Luqman tidak mengetahui isi hatinya ini. Biarlah dia mengubati luka hatinya sendiri.
"Hurmmm...bosanlah pulakkan duduk kat rumah ni tanpa berbuat ape-ape. Puas dah aku duk bermanja dengan ibu dan ayah. Rasenye boleh dah ni aku cari hobi baru." desis hati Dian sendiri.
Ketika itu dia sedang duduk berehat di kusyen 
empuk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Ibunya, Puan Hasyimah 
sedang sibuk memasak didapur. 
Sejak Dian pulang ke Malaysia ini, 
bermacam-macam masakan Melayu yang ibunya sediakan untuk Dian. Dian apa 
lagi, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal meng'order' je menu apa 
yang dia rasa nak makan. Makin bertambah debab lah Dian bila balik ke 
Malaysia ni.
Sejak
 Dian pulang ke rumah kedua orang tuanya itu juga, hubungan mereka anak 
beranak sangat
 rapat dan akrab. Almaklumlah, Dian kan jarang pulang ke Malaysia 
sepanjang duduk di Melbourne. Sampaikan Puan Hasyimah risau dengan 
keadaan anaknya itu. Terdetik di hati si ibu yang Dian tidak akan 
kembali ke 
tanah airnya sendiri dan akan terus menetap di bumi asing itu. Syukur ke
 hadrat ilahi akhirnya doa Puan Hasyimah selama ini dimakbulkan Tuhan 
apabila 
setelah hampir 10 tahun di Melbourne, Dian mengambil keputusan untuk 
kembali ke Malaysia. Betapa gembiranya hati Puan Hasyimah. Puan Hasyimah
 
tahu sangat apa yang dideritai oleh anaknya itu. Cinta yang tidak 
kesampaian. Puas dia dan suaminya menasihati anak perempuan sulung 
mereka itu. Namun, hati Dian bagaikan sekeras kerikil. Dia bagaikan 
memutuskan tali persahabatannya dengan Luqman. Kecewa Dian begitu 
mendalam
 sekali. Namun di dalam hati Puan Hasyimah, dia tahu anaknya Dian itu 
tidak boleh melupakan Luqman. Luqman sentiasa mekar segar di dalam hati 
anaknya itu. Dan dia sebagai ibu harus bertindak segera. Dia tidak mahu 
melihat lagi anaknya sedih dan berduka cita. Dia mahukan kebahagian itu 
sentiasa melingkari hidup Dian selepas ini.
Bab 11
"Ibu, Dian keluar sekejap ye bu. Dian nak jumpa Jasmine sekejap." laung Dian dari atas tangga sambil kakinya menuruni anak tangga untuk menuju pintu hadapan rumah besar itu.
Maka, terkocoh-kocohlah Puan Hasyimah dari arah dapur menuju ka anaknya yang sedang memakai kasut sneakersnya itu.
"Sekejap Dian..." Laung Puan Hasyimah sambil di tangannya memegang sebuah bekas berisi cucur udang untuk diberikan kepada Jasmine, sahabat anaknya itu.
"Nah, bagi pada Jasmine nanti. " kata Puan Hasyimah kepada Dian.
Dian mengambil bekas itu dari tangan ibunya dan mencium aroma bau cucur udang yang datang dari bekas itu.
"Wow...bestnya bau cucur udang ni bu. Ibu letak banyak tak dalam ni bu? Boleh lah Dian 'ngepow' si Jasmine ni nanti." ujar Dian memandang sengih ibunya itu.
"Tu lah, ibu suruh kamu makan dulu. Tapi kamu nak keluar cepat sangat. Apa yang dikejar-kejarkan sangat tu dengan Jasmine?" tanya Puan Hasyimah pula
 sambil menggelengkan kepala melihatkan tingkah anaknya itu. 
Tadi,diajaknya Dian minum petang bersama suaminya, tapi Dian menolak. Cepat-cepat Dian naik ke atas selepas mendapat panggilan dari Jasmine. Katanya ada berita baik yang akan disampaikan Jasmine kepada anaknya itu nanti.
"Hehehe..sorry bu. Ada bende urgent ni nak discuss dengan Jasmine. Nanti balik Dian story dengan ibu ya. Dian pergi dulu bu.' Ujar Dian selajur memasuki kereta Suzuki Switf nya itu.
Puan Hasyimah mengiringinya pemergian anaknya dengan lirikan matanya sahaja. Nampaknya tak berubah-ubah si Dian ni. Masih lagi dengan perangai gila-gilanya itu. Padahal umur dah menganjak ke angka 29. Bila lah agaknya Dian ni nak jadi ayu sikit ya. Perangai kasarnya itu masih tak berubah lagi. 
Tapi itulah Dian..seorang yang berdikari dan berpendirian tegas. Duduk merantau di negara orang menjadikan Dian seorang yang berjiwa kental dan berhati kering. Yang menjadi masalahnya sekarang, tak ada mana-mana lelaki yang cuba nak mendekatkan diri dengan anaknya itu. Garangnya mengalahkan seekor singa betina. Sumber terdekat yang memberitahunya, ketika di Melbourne Dian memang dikelilingi dengan ramai kawan-kawan lelaki. Namun bukanlah lelaki dari Malaysia tetapi lelaki tempatan sana. Pada mulanya Puan Hasyimah risau melihatkan perihal anaknya itu. 
Mempunyai ramai teman dan sahabat dari kalangan orang tempatan bukannya 
dari tempat asalnya, Malaysia. Hanya seorang sahaja teman rapat Dian dari Malaysia iaitu Nadia. Nadia lah sumber dan juga orang yang diamanahkan untuk menyampaikan khabar berita Dian kepada mereka sekelurga di Malaysia ini. Mujurlah setelah hampir bertahun Dian di sana, Dian masih lagi menjaga adab tatasusilanya sebagai seorang muslimah dan juga sebagai seorang warganegara Malaysia. 
No comments:
Post a Comment