La ni kecoh pulak nama peminjam PTPTN akan disenarai hitamkan oleh Imigresen kalau tak buat pembayaran balik pinjaman. Aku antara salah seorang peminjam PTPTN tu. Tapi aku bayar tau every month. Tapi tak tahu lah kalau nama aku dah ada dalam senarai blacklist ke idak. Tak p pulak check kat PTPTN atau pun Bank Negara Malaysia (nak check CCRIS). Huhuhu...
Selain dari kaunter PTPTN dan BNM, kita boleh jugak check status kita melalui laman web Jabatan Imigresen Malaysia. Klik Sini
Imigresen dengan PTPTN kan ader link. Kalau peminjam liat bebenor nak bayar balik pinjaman, PTPTN inform lah Imigresen senarai hitamkan nama peminjam tu. Kalau dah disenarai hitamkan, jawabnya mike-mike semua tak boleh lah keluar dari Malaysia ni tau selagi mike-mike tak jelaskan bayaran PTPTN yang tertunggak tu.
Tadi rase nak p check status diri ini sat...So, check punyer check nama masih lagi bersih dekat Imigresen. Tapi tak tahu lah boleh percaya ke idak laman web ni. Buatnye depa tak update langsung data aku.
Ader je kes bile check kat laman web JIM tertera "TIADA HALANGAN" tapi bile p UTC nak buat passport..alamakkk...nama dah kene blacklist daaaa. Acanerr tuu??
Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Siapa yang tak buat kerje? Peminjam sah-sahlah itu bukan kerja die. Kerja dia p cari duit langsaikan hutang pinjaman. So, ini semua kerja-kerja mereka yang berkenaan lah. Kata nak memudahkan pengguna...
Hati aku lega setakat ini. Nak lebih lagi yakin, aku kene lah ke kaunter check sendiri. Kalau aku tak der problem dalam masa aku apply passport nanti, makanya bersihlah nama Cik Siti Faiross Shariff dari disenarai hitam kan...
Hahahaha.....
Comments
Post a Comment