Skip to main content

Dilema Nak Pindah Rumah

La ni tengah dalam dilema nak pindah rumah sewa baru ke idak.....

Sayang lah pulak rasenye nak tinggalkan Tentoobie (USJ12). Banyak kenangan-kenangan indah dan manis yang tercipta sepanjang aku menyewa di situ. Kenangan yang mungkin takkan dilupakan sama sekali. Kenangan bersama rakan-rakan Tentoobie yang sedia ada mahupun alumni Tentoobie. Ukhwah itu masih terus terjalin sehingga sekarang.

Namun, dari sudut yang lain sudah masanya aku perlu beralih angin. Mencari suasana rumah sewa yang baru. Tapi aku tak nak....Aku tak nak tinggalkan rumah sewa yang sekarang. Dah biasa dah duduk kat situ. Sayang nak ditinggalkan. 

Tapi....ada lagi benda yang membuatkan aku rasa nak blah jer dari rumah tu. Rasa geram dan marah tu membuak-buak kadang-kadang. Silap pilih rakan serumah rasanya. Jenis yang buat hal sendiri. Jenis yang agak sukar nak merapatkan diri dengan rakan-rakan serumah yang lain. 

Tentoobie tidak seperti dulu lagi. Aku sebenarnya rindukan Tentoobie yang dahulu. Yang penuh dengan gelak tawa, gurau senda, gaduh-gaduh manja. Rasa itu bagaikan s.Tentoobie tak seceria dulu. Sedihnya....

Entahlah...aku tak bersedia lagi nak berpindah dari rumah sewaku yang sekarang..Mungkin masanya akan tiba jua nanti. Mungkin tahun ini..Mungkin jugak tahun hadapan...

Comments

  1. Alhamdulillah. Kalau Nak pindah rumah dengan mudah dan cepat, boleh pindah dengan team Nizaf Mover & Logistics. Maklumat lanjut boleh search ' Nizaf Mover & Logistics ' di Facebook atau layari www.nizafmover.com. tq :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...