Skip to main content

Mencari Sunrise di Puncak Broga

Gigih yer Cik CT bangun pukul 2 pagi...
Tido sejam setengah jer...Cukup ke tu???
Semata-mata nak mengejar sunrise di puncak Broga....Hehehe...

Alkisahnya begini...26.03.2016 yang lepas sepatutnya plan asal nak mendaki Gunung Nuang. Tapi sayangnya, plan tak menjadi. Sebabnya?? Sebabnya..Amy tak jadi nak join. So, aku pun tak join jugaklah. Hehehe..Takper lah..x ada rezekilah tu nak try daki Gunung Nuang. Mungkin di lain hari kot...

So, backup plannya...kak Dayah ajak naik Bukit Broga hari Sabtu tu. Ini kali ke tiga aku panjat Broga. Tapi kali ini tujuan utamanya ialah mahu melihat terbitnya matahari di atas bukit. Chewaahhh...iyer lah, ekspedisi kali pertama tak berjaya..ekspedisi kali kedua tempoh hari naik dah agak lewat. Matahari dah atas kepala baru sampai puncak. So, kali ketiga ni plak nak merasalah panjat awal-awal pagi. Memanjat di dalam kepekatan malam bertemankan anging yang menderu-deru diiringi dengan bunyi unggas-unggas. Echewaaahhh..ayat ko....So, dalam pukul 12.30 malam kak Dayah selamat tiba di rumah aku di Subang. Kesian kak Dayah penat. Borak-borak sat lepas tu tido sekejap sebelum nak bangun pukul 2 pagi tu. Target kitorang nak keluar rumah pukul 2.30 pagi. Actually, hiking kali ni aku dan kak Dayah follow satu kelab aktiviti hiking yang baru saja ditubuhkan di FB. First xtvt depa adalah panjat Bukit Broga. Kebetulan pulak kak Dayah belum pernah naik Bukit Broga dan aku jugak belum pernah lagi mendaki di awal pagi. So, molek sangat lah kitorang join je group ni.

Kitorang berdua tidurlah sejenak dalam sejam. Pukul 2 tepat, jam phone berbunyi, automatik aku terus bangun. Bagusnye lahai anak Pak Sarip ni. Kalau nak bangun Qiam ke..Subuh ke..bukan main liat lagi ko yer..Hehehe...Ni nak panjat bukit, laju jer mata tu bukak...

Dalam pukul 2.30 pagi kitorang gerak keluar. Sejuk giler pagi tu. Kalau sambung tidur ni memang heaven lah..Aku pendekkan cerita la yer..berbantukan aplikasi Waze (aku tak ingat jalan nak ke Bukit Broga tu), akhirnya dalam lebih kurang pukul 3.30 pagi kitorang selamat sampai di kawasan ladang kelapa sawit, tempat parkir kereta. Macam biasa lah, kene hulur RM5 baru boleh masuk. Mula-mula, memang tak banyak kereta pun. Mungkin awal lagi kot. Ahli-ahli team hiking tu pun tak sampai-sampai lagi. Kitorang berdua jer lah yang dah sampai dulu. Cuaca sangat sejuk pagi tu. Berangin jer. Masuk toilet sat nak buang ayaq kecik. Kat atas tu bukannya ada sumber air. Nak cekau mana air nanti. Hahaha...

Dalam lebih kurang 15 minit menunggu, akhirnya sampai lah ahli-ahli team hiking tu. Tak silap ade lah dalam lebih kurang 15 orang kot. Siap ade baby lagi tau dalam lebih kurang umur setahun gtu. (kalau tak silap aku lah). Ayahnya yang gendong kat bahagian depan. Abang ni naik sekali dengan isteri dan seorang lagi anaknya. Gigih betul mak ayah budak ni. Kecik-kecik dah bawak anak-anak mendaki bukit. Baguss...Baguss...

Memang best bile mendaki di kala dinihari ni. (Echewahh..ayat aku...) Angin sejuk menemani aku di sepanjang pendakian. Bunyi-bunyi cengkerik memeriahkan lagi suasana. Langsung tak terasa lelah dan penat. Alhamdulillah, stamina aku di dalam keadaan baik. Berbekalkan flashlight di phone dan jurupandu team hiking, pendakian menjadi mudah. Maaf kak Dayah coz yus pergi meninggalkan akak di belakang. Yus tau akak akan ditemani mereka-mereka yang ada tu. Hehehe...Poyo lebih la ko yus...Hahahaha...

Alhamdulillah, tak silap aku lebih kurang dalam pukul 5.30 pagi kot kitorang sampai di puncak Bukit Broga. Ya Allah, cantik pemandangan waktu dinihari ni. Udara pun segar dan nyaman jer. Sambil menghirup udara atas bukit dan juga menunggu waktunya subuh, kak Dayah ajak aku baca Al-Mathurat. Bagus kak Dayah ni. Kalau lah yus sorang tu, memang yus dah selamat landing bentang sleeping bag kat atas tu. Ngorok..Hikhikhik...

Kenangan lucu yang x dapat dilupakan naik Broga kali ini ialah kitorang berdua solat subuh tapi arah kiblat salah. Bile matahari dah naik tu barulah perasan yang arah kiblat kitorang salah. Hehehe..Konfiden betol..Teringat semula kenangan masa panjat Bukit Tabur dua tahun yang lepas. Pun salah kiblat jugak...Hahaha...


Itu kah sunrise yang dicari-cari??? Tak dapat nak snap angle yang cantik-cantik. Sume orang dok konker batu tu. Ciss...



Ramai giler orang kat puncak tu. Tengoklah kat landmark Broga ni. Atas tu penuh dengan orang yang dah lama sampai dan juga yang baru sampai. Aku ngan kak Dayah dapat snap pic kat situ jer lah. Tak boleh nak naik dah. Siap ada yang landing tido baik punya kat atas tu. Even, sebelah tempat aku berdiri ni pun actually ade orang sedang lena diulit mimpi yang indah. Hahahahaha. Angin pagi kan. Memang best lah kalau buat taik mata..




Good Morning semua....Kami berdua di Puncak Broga lagi...

Alhamdulillah, berjaya jugak nak tengok matahari terbit di puncak Broga. So, dalam lebih kurang 2 jam lepak kat atas tu..orang pun dah makin ramai..lebih kurang pukul 8 pagi, kitorang berdua bergerak turun. Team hiking FB tu pun dah x tahu kemana depa pergi. Aku ngan kak Dayah bawak haluan kitorang sendiri. Terpisah dari group tu. Hehehe....

 Perjalanan turun sangat best. Tak penat langsung. Cuaca pun tak panas sangat. Angin die memang kencang giler lah. Sejuk je kat atas ni. Rasa macam tak nak turun. Rasa nak bawak balik angin tu ke rumah jer.
Almaklumlah, Subang kan tengah panas la ni. Hehehe...

So, dalam perjalanan nak turun tu memang banyaklah momen-momen indah yang sempat dicapture bersama kak Dayah. Siap buat video lagi tau. Hehehe...








Bukit Broga dah tiga kali naik..Jadinya, bila pulak nak naik terus ke Gunung Tok Wan tu? Alang-alang dah sampai Broga tu, jejaklah kaki tu sekali ke puncak Gunung Tok Wan pulak. Hehehe...In Sha Allah...Next Time...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...