Skip to main content

Birthday Lagi!!!

Hehehe..terkezutt eden td bile tetibe jer depa x keluar makan lunch ni. Tengok Ujie ngan Fathihah menonong jer keluar. Buat derkk je kat aku yang tengah memanggil ni. Dalam nak kejar dorang tu, Jasmine inform pergi bilik sebelah (bilik yang depan auditorium Revongen). Ehh..dah kenapa pulak..???

Jangan-jangan.................................

Yehhh..betul rupenye. Depa semua tengah prepare buat birthday celebration untuk sesape yang birthday die jatuh bulan 3 dan 4.

So, today we are celebrate birthday Me, Ina, Yana dan Miza...Alhamdulillah...kenyang rasenye hari ini. Duit pun tak payah keluar sebab ade orang sponser makanan. Hehehe..Macam biasalah. Bila buat celebration birthday ni mestilah banyak makanan kan. Kek sudah semestinya makanan yang wajib ada. Kek kali ini didatangkan khas oleh Ika. Katenye Ika yang buat bergurukan ibunya. Hehehe..Mak Ika yang buat ni. Ika just tolong tengok jer ni. Kihkihkih. Sedap bangat kek carrot walnut ni. Tak muak pun.

Selain itu, main dish nya ialah nasi ayam didatangkan khas dari restorang Nasi Ayam Warisan. Depa order kat area-area opis ni jer. Nyumm..nyumm..sangat sedap. Menu yang lain antaranya cucur badak dari Fathihah, cookies ice cream dari Ujie, Pudding Nata dari Kak Naz dan jajan Mamee Monster yang dibeli oleh Arina. Ini pun dah cukup banyak ni. Kenyang perut masing-masing. Alhamdulillah...

So, Terima Kasih buat Geng Gossip dan Makan Anjung Merah for the cute party...Hehehe............






Geng Gossip dan Makan Anjung Merah 
(Lepas ni bukan Anjung Merah 2 dah..tukar plak Geng Gossip dan Makan Zatulicious)



Birthday Girlzz yang diraikan..

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...