Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Aku Tak Mahu Kecewa

Jangan engkau memberiku harapan Jangan engkau menciptakanku kebahagiaan Kebahagiaan yang mungkin akan menyakitiku nanti Ku tak mahu hati ini kecewa Ku tak mahu hati ini terluka Ku tak pasti adakah hati ini Benar-benar utuh Benar-benar kuat Jika engkau pergi meninggalkan diriku secara tiba-tiba Hati ini tidak bersedia Kecewa untuk yang kedua kalinya Aku tak mahu rasa ini terus terpupuk Aku tak mahu rasa ini akan membunuhku nanti Hati ini ku tetapkan hanya untuk terus berkawan denganmu Mungkin takkan lebih dari itu Ku harap engkau kan mengerti isi hatiku Ku harap engkau bisa memahami apa yang ku rasa Sebenarnya aku takut Aku takut untuk kecewa lagi Dan aku tidak bersedia untuk dikecewakan........

Bab 7

"Selesai sudah ke masalah adik kesayangan kak long ni?" tanya Raudhah kepada Nur yang ketika itu sedang membersihkan taman mini mereka. Kerjaya Nur sebagai seorang arkitek memang menginginkan suasana dan persekitaran yang menarik dan juga selesa untuk didiami mereka sekeluarga. Persekitaran rumah yang selesa akan memberikan mood dan suasana yang baik untuk penghuninya. "Rin mana kak? Tak bangun lagi ke budak tu?" tanya Nur bersahaja sambil membelek-belek sebuah pokok bonsai yang ada di laman mini mereka itu. "Eh, kita tanya dia, dia tanya kita balik. Pandai dia tukar topik ye." kata Raudah kepada adiknya sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang ada di situ.  Penat pulak rasanya sejak akhir-akhir ni. Sentiasa rasa mengah. Kadang-kadang sakit kepala yang dirasakan sejak akhir-akhir ini membuatkan dia memang tak larat nak bangun dari atas katil. Tetapi tidak diberitahunya keadaan itu kepada Nur. Dia tidak mahu Nur risau dan membawa...

Jasa Bonda

Kau di buai mimpi dia jaga Kau bersenang die bekerja Untukmu tiada terbatas Memberi tak minta di balas Ingin dibinanya untukmu Kehidupan yang sempurna Punya kekuatan jiwa Punyai maruah Leterannya dari rasa luhur Menegur sebelum terlanjur Itulah yang diwarisi Pesan ibu terpahat di hati Beringat-ingatlah Berpesan-pesan Untuk kebaikan Marah bukan kebencian Tapi tanda sayang Engkau semakin dewasa Berjiwa merdeka Sedang dia semakin tua Membilang usia Di saat kau berjaya Dia tiada berdaya Semoga kau tak lupa Jasa Bonda..... WARISAN - JASA BONDA Berkesan tak lagu ini buat anda semua??? Pastinya lagu ini cukup memberi kesan bagi kita yang bergelar seorang anak ini... Pengorbanan ibu dan ayah memang takkan pernah terbalas.. Tak cukup untuk membalasnya dengan wang ringgit sahaja... Sayangilah mereka berdua..jika tiada mereka tidak mungkin kita berada di dunia ini.. Jika tidak mereka yang mendidik kita, tak mungkin ...

Bye Bye Yuki

Hari ini merupakan hari terakhir Yuki di BSTM as a Product Specialist. Tak silap aku sudah hanpir dua tahun lebih jugak Yuki berkhidmat di BSTM ni. Aku dulu yang masuk, pastu barulah Yuki. Di harapkan Yuki akan lebih success di tempat yang baharu. Tinggal aku jer lah yang masih setia di sini.  Hehehe... Bye Bye Yuki..............

2nd Time Broga Hill...

Assalamualaikum.... Aku naik Broga lagi....yuuhhuuu....kejap je rase naik semalam...tup..tup..dah sampai atas...kacang jer lah Broga tu. Hahahaha.... Kisahnye begini, jumaat yang lepas Amy ajak aku ngan Norma jog atau naik mane2 bukit. Next 2 weeks aku ngan Amy nak naik Nuang. Tak buat pape persediaan pun ni. So, decide la nak up kan sikit stamina tu. Kang tak pasal-pasal pancit plak tengah mendaki nanti. Amy tu aku tak heran lah. Die tu stamina hebat. Aku ni haa....x tau lah g mana dong nanti. Hahaha.... K, berbalik semula pada plan Amy tu...mulanya aku kate aku x dpat nk join ape2 weekend ni sebab aku dah janji ngan kak dayah nak ikut die balik kampung. Tapi last minute cancel sebab tak muat kete. Kahkahkahkah....so, hari Jumaat tu aku terus wassup Amy ajak naik Broga Sabtu tu. Amy pun setuju. Yeahhh....so, aku, Amy, Aisyah, Uji dan Along same-same naik Broga.                  ...

Review: Kung Fu Panda 3 - (10 Mac 2016)

Semalam..aku dan Aisyah tengok wayang lagi. Kali ni kitorang berdua tengok movie Kung Fu Panda 3. Secara kebetulan sebenarnya plan ni. Time tu aku tengah tengok Tundukkan Playboy Itu . (Tetibe rasa nak tengok plak drama tu) . Aisyah pulak baru balik dari rumah parents die kat Klang. Dalam tengah-tengah kitorang berdua duk tengok drama Tundukkan Playboy Itu, aku tegurlah Aisyah kata "bila nak tengok Kung Fu Panda 3 Cah? Hari ni keluar kan?" . On the spot Aisyah respon "yok kite tengok malam ni nak?" Aku pun aper lagi berilah kata setuju tanpa berfikir panjangnya. Hahahahaha...Gila Wayang Minah-Minah Ni.. So, kitorang decide nak keluar lepas solat Maghrib. Dalam pukul 8.15 malam tu kitorang otw p One City merempit naik motor Aisyah. Kitorang beli tiket pukul 9.15 malam. Banyak lagi rupenye. Tak penuh pun. Mati-matilah kitorang ingat dah penuh. Iyer lah, first tayangan kat Malaysia kan semalam. Tapi mana lah tahu kot-kot depa-depa kat luar sana actually da...

Review: BOBOIBOY THE MOVIE - (08 Mac 2016)

Alhamdulillah...hajat nak tengok Boboiboy The Movie terlaksana jua. Nak mengubat luka dihati katanya. So, mungkin dengan tengok citer animasi Boboiboy ni boleh lah menggembirakan hati ini sedikit. Tak payah lah nak dikisahkan lagi penyebab aku sedih tu. Benda yang lepas tak usahlah dikenang-kenang lagi. Ambil yang jernih buang yang keruh. Errkkkk..apa lah yang aku melalut ni. Hahahahaha... Kite layan sikit trailer Boboiboy The Movie ni.. Semalam aku ajak Aisyah tengok wayang. Sekali lagi Aisyah menjadi peneman setia ku menonton wayang. (aku rasa aku ni dah addicted tengok wayang kot..keluar movie baru jer mesti nak tengok..next movie Kungfu Panda 3..penemannya tentulah adik manis kita si Aisyah) . Kitorang berdua merempit naik motor p One City. Belakang umah je pun. Lepas je aku solat Maghrib kitorang gerak. Takut tiket wayang Boboiboy habis benonye. Hahaha...Alhamdulillah, last tayangan Boboiboy The Movie malam tu pukul 9.05 malam. Tak sabar gilerr nak tengok Boboiboy T...

Gerhana Matahari - 9 Mac 2016

Pagi tadi, time aku nak keluar rumah nak pergi kerja terperanjat sekejap awat cuaca gelap semacam ni. Hari nak hujan ker? Ke hari dah nak kiamat dah. Nauzubillah..Cuaca nya macam cahaya matari tu nak tak nak jer menyerlahkan dirinya tu. So, aku gerak jer lah ke tempat keje. Sampai-sampai depan bangunan opis, aku tengok budak-budak ni tengah nengok matahari  menggunakan kaca mata negative yang hitam tu. Ohhhh...baru aku teringat rupa-rupanya hari ini hari terjadinya Gerhana Matahari. Subhanallah Apa yang dimaksudkan dengan Gerhana Matahari ni?? Yok, kite tanya uncle Wikipedia... Menurut sumber dari uncle Wikipedia, Gerhana Matahari terjadi apabila kedudukan bulan berada di antara bumi dan matahari. Oleh itu, bulan akan menutupi sebahagian atau sepenuhnya cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil tetapi bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan berada lebih dekat dengan bumi dengan purata jarak 384,400 kilometer berbanding matahari yang mempun...

Review: Munafik (26 Feb 2016)

MUNAFIK...3 ciri orang yang munafik 1) Bila berbicara selalunya bohong - Orang seperti ini bila berbicara selalunya apa yang dibacarakan itu tidak pernah betul dan tepat. Mungkin jugak sudah ditokok tambah ceritanya. 2) Bila berjanji tidak ditepati - Selalu kita akan nampak orang yang begini. Bila menabur janji, jarang sungguh untuk ditepati. Lupa lah. Tak ingatlah. 3) Bila diberi kepercayaan dia khianat - Orang sepeti ini bila diberikan satu kepercayaan atau tugasan dia akan mengkhianatinya. Tidak jujur dan tidak amanah dalam menjaga kepercayaan itu. Ya, mungkin saja kita sudah nampak sekarang....Huhuhu... Nauzubillah... Ya Allah, kau jauhkan diriku, ibu bapaku, adik-adikku, kaum kerabatku dan juga sahabat-sahabat ku dari tergolong dalam ciri-ciri orang yang munafik. Sesungguhnya, azab mu amat pedih bagi orang-orang yang zalim pada dirinya sendiri. Wallahualam..... Post ini ditulis sebenarnya bukanlah untuk mengulas lebih lanjut mengenai ciri-ciri orang yang mun...

Cinta PadaNya

Wahai sahabat... Hidup ini perlu kau teruskan Tinggalkan segala masa lalumu Yang tidak mendatangkan kebaikan padamu Wahai sahabat... Kau perlu ikhlaskan apa yang berlaku Jika kau ikhlas kelak kau beroleh ketenangan Ketenangan yang kau cari selama ini Wahai sahabatku... Mungkin kali ini kau gagal Kau gagal dalam mencari cinta dan hidupmu Tapi kau tidak tahu Mungkin yang lebih baik kan datang dalam hatimu nanti Dia adalah sebaik-baik perancang Mungkin ada sirna bahagia kan menunggu mu di hadapan sana Wahai sahabat... Jika kau rasa kau kotor Jika kau rasa kau tak berguna Apa yang kau perlu lakukan? Dia..Dia adalah sebaik-baik penolong yang bisa membantumu..menolongmu... Sucikanlah diri mu..dekatkan lah dirimu padaNya.. Kelak kau kan beroleh bahagia.... Allah tidak akan menduga hambaNya sesuai dengan kemampuan kita.. In shaa Allah..aku sebagai sahabat yakin kau bisa menghadapinya. Kau perlu kuatkan hati Tetapkan iman mu Ingat padaNya Jangan sesekali kau lup...

Dirinya Atau Diriku

Siapa yang kau mahu... Siapa yang kau akan pilih... Dirinya ataupun diriku... Jangan kau memberi harapan padaku Jika kau tidak pasti dengan hati mu Jangan kau memberiku peluang Jika kau yakin aku bukan untukmu Sememangnya kau berhak memilih siapa yang kau inginkan Tapi jangan sesekali membuatkanku tertunggu-tunggu Diriku mahukan kepastian Mahukan kata putus dari mu Ku tak mahu terus mengharap Ku tak mahu terus menunggu Ku tak mahu terus begini Kesannya bukan pada dirimu Tetapi kesannya pada diriku Kau tidak rugi Tetapi aku yang kerugian Menanti dan menunggu yang tak pasti Ku harapkan kau fahami isi hatiku Berilah kata putus mu jika kau benar-benar kasihkan ku Ikutlah kata hatimu jika bukan aku pilihanmu Jangan biarkan aku terus menanti benda yang tak pasti Jangan biarkan aku menunggu benda yang tidak akan pernah terjadi Kasihanilah diri ini... Jangan terus buatku begini..