Skip to main content

Review: BOBOIBOY THE MOVIE - (08 Mac 2016)

Alhamdulillah...hajat nak tengok Boboiboy The Movie terlaksana jua. Nak mengubat luka dihati katanya. So, mungkin dengan tengok citer animasi Boboiboy ni boleh lah menggembirakan hati ini sedikit. Tak payah lah nak dikisahkan lagi penyebab aku sedih tu. Benda yang lepas tak usahlah dikenang-kenang lagi. Ambil yang jernih buang yang keruh. Errkkkk..apa lah yang aku melalut ni. Hahahahaha...

Kite layan sikit trailer Boboiboy The Movie ni..



Semalam aku ajak Aisyah tengok wayang. Sekali lagi Aisyah menjadi peneman setia ku menonton wayang. (aku rasa aku ni dah addicted tengok wayang kot..keluar movie baru jer mesti nak tengok..next movie Kungfu Panda 3..penemannya tentulah adik manis kita si Aisyah). Kitorang berdua merempit naik motor p One City. Belakang umah je pun. Lepas je aku solat Maghrib kitorang gerak. Takut tiket wayang Boboiboy habis benonye. Hahaha...Alhamdulillah, last tayangan Boboiboy The Movie malam tu pukul 9.05 malam. Tak sabar gilerr nak tengok Boboiboy The Movie. Semua orang kata movie ni seriously MEMANG TERBAIK. Dalam masa sehari tayangan jer, Boboiboy The Movie dah capai RM500K kutipan. Perghh..belum seminggu lagi tu...belum sebulan lagi tu...

Secara rasminya, Boboiboy The Movie ditayangkan di Malaysia pada hari Khamis yang lepas, 03 Mac 2016. Movie yang menelan belanja lebih kurang 5 juta ini juga turut akan ditayangkan di pawagam Indonesia pada bulan hadapan iaitu 13 April 2016. Awat ekk lewat sebulan???

Seriously, korang memang tak akan rasa rugi pun keluar duit RM13 beli tiket wayang tu. Movie die memang gempak giler wa cakap lu. Aku tak sangka anak-anak muda Malaysia memang kreatif dan boleh buat satu movie animasi setanding animasi dari luar negara. Tabik spring toing..toing..lah kat produksi MONSTA ni. Hahaha..Bukan mudah tau nak buat animasi ni. Aku time student dulu nak buat animasi 2D pun terkial-kial. Kartun yang aku buat tu macam jalan taknak jalan jer. Hahaha.... 

Movie yang banyak menerapkan nilai-nilai persahabatan. Kita boleh lihat dalam hubungan antara Boboiboy dan Ochobot. Begitu juga antara rakan-rakan yang lain seperti Yaya, Ying, Feng dan Gopal. Semangat setiakawan mereka sangat menebal. Sedih giler wei aku bile Ochobot hampir kehilangan nyawanya akibat kedurjanaan Geng Tengkotak. Durjana sungguh si Borara n the geng ni. Barulah aku tahu misi sebenar Ochobot sebab apa dia berada di bumi tu..Opppss..taknaklah story lebih. Bikin spoil pulak nanti. hehehe...Korang kene lah tengok sendiri kenapa Ochobot diperlukan oleh Klamkabot. Siapakah Klamkabot ni? Apa kaitan dan hubungannya Ochobot dengan Klamkabot. Dan kenapa juga Geng Tengkotak nak sangat kejar Klamkabot. Jawapannya semua ada dalam movie ni.

Memang aku terhibur dengan gelagat-gelangat geng Boboiboy ni antaranya Yaya, Ying, Gopal dan juga Feng. Masing-masing punye karektor yang tersendiri. Masing-masing saling bantu membantu  dalam misi meyelamatkan Ochobot dan membantu Klamkabot.
Movie ini juga turut diceriakan oleh Papa Zola - Kebenaran apakah ini??, Adudu dan Probe. Lawak betollah tengok dorang bertiga ni. Especially si Papa Zola. Ade je bende yang menjadi bahan tawa kitorang dlm pawagam tu. Yang paling aku tak tahan tu Jerung Kebenaran dan Sotong Goreng Tepung. Bapaklah lawak. Gamat kejap panggung. Hahahaha...

Scene aksi dorang memang terbaik dan superb. Giler Kentang....Sekali lagi aku bangga kot anak muda Malaysia kita boleh buat animasi sehebat ini. (tetibe touching plak..Hukhuk). Memang perfect dan tiptop aku cakap. Semangat kerjasama dorang tu memang terbaik lah. Kesimpulan reviewnye, Boboiboy The Movie Memang Terbaiklah. Korang tengoklah sendiri yer. Hahahaha...

SIPNOSIS RASMI

Sekumpulan makhluk asing pemburu Sfera Kuasa bernama Geng Tengkotak telah sampai di Bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakan beliau bagi mengesan Sfera Kuasa purba Generasi Pertama iaitu Klamkabot yang bersembunyi di Bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya sekarang mesti mengejar masa untuk menyelamatkan Ochobot dan mencari rahsia di sebalik Sfera Kuasa. Perjalanan mereka akan membawa mereka ke pengembaraan ke tempat mengagumkan yang penuh dengan aksi, komedi dan romantik.


 OST BOBOIBOY THE MOVIE - Masih Di Sini (Bunkface)




Oh ya...lupa nak cakap dalam movie ni jugak korang akan lihat Ochobot akan diupgraded kan. Perghh..Boboiboy jugak akan dapat kuasa baru. Boboiboy Kuasa Tujuh. Kawan-kawan yang lain pun same jugak. Semuanya atas bantuan Ochobot yang memberikan mereka berlima kuasa baru. Korang agak Ochobot mati tak diakhir cerita ni? Seriously sedih wei...Mati ke tidak Ochobot dalam movie ni, korang kene tengok lah sendiri kat pawagam nanti yer. 

So, untuk animasi Boboiboy The Movie ni, aku bagi 5.5 bintang daripada 5 bintang. Ehhh..terlebih setengah lah pulak. TERBAIKKK...


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...