Skip to main content

Review: Munafik (26 Feb 2016)

MUNAFIK...3 ciri orang yang munafik

1) Bila berbicara selalunya bohong - Orang seperti ini bila berbicara selalunya apa yang dibacarakan itu tidak pernah betul dan tepat. Mungkin jugak sudah ditokok tambah ceritanya.

2) Bila berjanji tidak ditepati - Selalu kita akan nampak orang yang begini. Bila menabur janji, jarang sungguh untuk ditepati. Lupa lah. Tak ingatlah.

3) Bila diberi kepercayaan dia khianat - Orang sepeti ini bila diberikan satu kepercayaan atau tugasan dia akan mengkhianatinya. Tidak jujur dan tidak amanah dalam menjaga kepercayaan itu. Ya, mungkin saja kita sudah nampak sekarang....Huhuhu...

Nauzubillah...

Ya Allah, kau jauhkan diriku, ibu bapaku, adik-adikku, kaum kerabatku dan juga sahabat-sahabat ku dari tergolong dalam ciri-ciri orang yang munafik. Sesungguhnya, azab mu amat pedih bagi orang-orang yang zalim pada dirinya sendiri. Wallahualam.....

Post ini ditulis sebenarnya bukanlah untuk mengulas lebih lanjut mengenai ciri-ciri orang yang munafik. Siapalah aku ini untuk mengulas dengan lebih teliti mengenai agama. Tapi, mana yang boleh aku kongsikan, aku kongsikan. Moga-moga menjadi panduan dan pengajaran buat kita semua...

Ya...sebaliknya post ini ditulis untuk meng'review' serba sedikit filem seram terbaru arahan anak lelaki pengarah tersohor Malaysia iaitu Syamsul Yusof. Filem Munafik merupakan naskhah seram kedua yang diarahkan oleh Syamsul selepas Khurafat. Aku dah tengok Khurafat tu. Memang menarik dan aku impress dengan karya-karya anak muda seperti Syamsul ni. 

Munafik jugak tak kurang hebatnya. Boleh aku katakan juga disini, Munafik mungkin lebih baik dan tersusun jalan ceritanya berbanding Khurafat. Bagi aku, kedua-dua filem ini mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri.

Filem Munafik dibintangi pelakon yang hebat tanah air. Antaranya ialah Syamsul Yusof sendiri, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz dan beberapa lagi pelakon tanah air yang lain. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Adam lakonan Syamsul Yusof yang baru saja kehilangan isterinya didalam satu kemalangan yang tidak diketahui punca dan pelakunya. Adam merupakan seorang pengamal perubatan Islam yang banyak membantu meng'rukyah'kan penduduk di kampungnya. Adam terlalu kecewa dengan kematian isterinya. Dia tidak dapat menerima hakikat dan tidak redha dengan kematian isterinya. Dia mengambil keputusan untuk tidak terus mengubati orang-orang kampung yang sakit. Tetapi, satu hari tu dia diminta untuk mengubati seorang perempuan yang bernama Maria, lakonan Nabila Huda yang tidak diketahui apa punca sakitnya. 

Di sini, kita akan disajikan dengan pelbagai tanda tanya dan teka-teki. 

Apa hubungan Adam dan Maria? 
Kenapa Maria boleh sakit macam tu sekali?
Kenapa dia selalu dihantui dengan benda-benda yang menakutkan?
Apa punca dan penyebab kematian isteri Adam?
Siapa pelakunya? 
Kenapa ayah Adam pula rungsing dan risau melihatkan tingkah laku anak lelakinya itu? 
Siapakah dalang sebenar disebalik semua kejadian ini?
Anak lelaki Adam tu sebenarnya wujud ke tak wujud tu? 
Hehehe

Memang banyak sangat persoalan yang menjadi tanda tanya dalam filem ni. So, kalau korang nak tahu apa jawapannya, korang kenelah tonton sendiri filem ni di pawagam yang berdekatan dengan korang. Aku hari tu pergi ngan Aisyah. Malam Sabtu tu tak ada ape yang nak dibuat kat rumah so, kitorang decide nak tengoklah Munafik ni. Kitorang lewat 10 minit masuk cinema. Tapi takper..x beri effect pun kalau lewat masuk. Masih lagi boleh faham jalan ceritanya. Dalam panggung memang tak senang duduk aku dibuatnya. Sound system memang terbaiklah. Keje nak melatah je aku dalam tu sebab terkejut. Hampas kelapa betullah. Mata tak usah kata lah. Memang aku tengok filem ni guna sebelah mata jer lah. Sepuluh jari ni dah memang tersusun depan muka ni. Kalau aku tahu aku bawak jer selimut malam tu. Hahaha....Tapi, seriously memang terbaiklah cerita ni. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dan jadikan iktibar. Plot cerita juga tersusun. Ayat-ayat suci Al-Quran banyak dibacakan didalam filem ni, dilontarkan dengan jelas dan terang oleh watak Adam. Bak kata BoBoiBoy  "TERBAIK".

Scene-scene yang menakutkan pun ada. Dah namanya citer seram kan. Antaranya, bila scene Maria dirasuk. Menakutkan giler wajah die. Seram pulak aku tengok lama-lama. Yang paling tak boleh tahan, scene Maria menyorok dalam peti simpan mayat. Bapaklah...sampai kesitu pikirnya nak menyorok dari dikacau hantu. Tak boleh blah....Scene kat banglo lama pun seram. Pendek kata, memang seram lah citer ni. Hehehehe...

So, rate dari 1 hingga 5, aku nak bagi  4.5 untuk filem Munafik ni....

So, korang tengoklah sendiri filem ni di pawagam tu tau. BESTTT...

Kita layan trailer MUNAFIK sikit..


Oh ya...seperti biasa, korang memang tak akan sangka dan tak expect siapa dalang sebenarnya....
Memang Munafik sangat dalangnya....

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...