Tuesday, 1 March 2016

Dirinya Atau Diriku

Siapa yang kau mahu...
Siapa yang kau akan pilih...

Dirinya ataupun diriku...

Jangan kau memberi harapan padaku
Jika kau tidak pasti dengan hati mu
Jangan kau memberiku peluang
Jika kau yakin aku bukan untukmu

Sememangnya kau berhak memilih siapa yang kau inginkan
Tapi jangan sesekali membuatkanku tertunggu-tunggu
Diriku mahukan kepastian
Mahukan kata putus dari mu

Ku tak mahu terus mengharap
Ku tak mahu terus menunggu
Ku tak mahu terus begini

Kesannya bukan pada dirimu
Tetapi kesannya pada diriku
Kau tidak rugi
Tetapi aku yang kerugian

Menanti dan menunggu yang tak pasti
Ku harapkan kau fahami isi hatiku
Berilah kata putus mu jika kau benar-benar kasihkan ku
Ikutlah kata hatimu jika bukan aku pilihanmu

Jangan biarkan aku terus menanti benda yang tak pasti
Jangan biarkan aku menunggu benda yang tidak akan pernah terjadi

Kasihanilah diri ini...
Jangan terus buatku begini..

No comments:

Post a Comment

Boom Run 2025 7 September 2025

Alhamdulillah...sis berjaya jugak habiskan 21km Half Marathon event Boom Run 2025 yang berlangsung di Putrajaya pada hari Ahad yang lepas, 7...