Playboy Itu Suami Aku
Suami Perfect 10
Love You Mr Arrogant
Aku Isterinya
Sebenarnya Saya Isteri Dia
Hello Mr Perfect
Cik Cinderella Encik Tengku
Suamiku Encik Sotong.............
Herrrmmmmm....aper lagi...macam-macam jenis tajuk novel yang ade kat pasaran ni. Panjang bukan main. Mungkin ini jugak salah satu strategi penulis menarik minat pembaca untuk membeli dan membaca karya-karya mereka.
Entri ini ditulis bukanlah untuk bercerita pasal asbab dan munasabahnya tajuk-tajuk novel yg panjang ni diberikan tapi lebih kepada nak bercerita mengenai karya-karya di atas ni yang telah diadaptasikan ke drama. Terlalu banyak sebenarnya lambakan-lambakan novel telah diadaptasikan ke kaca tv. Seingat aku novel pertama yang diadaptasikan ke drama ialah (alamak...aku tak ingatlah ape name tajuk novel tu, tapi tajuk drama Nora Elena) lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha. Boleh dikatakan drama ini pencetus kepada drama-drama lain yg diadaptasikan drpd novel.
Kalau dulu-dulu, still boleh terima lagi lah drama-drama ni. Sengih sorang2..senyum sorang2...Namun, biler dah terlampau banyak sangat novel yg diadaptasi kan ke drama ianya dah jadi memualkan..dah jadi bosan..balik-balik jalan citer dan plot yg same ditayangkan. Kawen paksa la...kawen kontrak la....eeuuuwww...aku yg sememangnya penggemar novel2 melayu dah x terasa nk bace novel2 melayu lagi dah...kini, aku lebih sukakan novel2 thriller especially karya dari penulis Ramlee Awang Mursyid. Fantastic serta memukau...
Aku harapkan di masa akan datang, penerbit dan pengarah di Malaysia ni kurangkan lah sikit drama-drama yang dicedok dr novel2 ni. Rase macam mengajar budak2 diluar sane berfantasi. Mengandaikan semua yang indah-indah belaka dalam percintaan dan perkahwinan padahal dlm realitinya tak ade lah seindah yang disangka...tengokk, aku menulis pun dah x berapa nk betol ayatnye..meleweh plak. Hahaha..
Bak kata pujangga, berpijaklah di bumi yang nyata ini. Semua cerita dalam novel itu adalah khayalan penulis semata-mata. Kalau pun betul mungkin ianya sekadar kebetulan saja.....
Tinta Cik CT...apa impian cik CT...apa favorite cik CT...dan segala apa yang cik CT rasa....Diabadikan di dalam laman ini...
Monday, 18 January 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Merdeka ke-68, Malaysiaku
Fuhhh!! betul-betul cepat masa berlalu ni. Bulan Ogos baru je berlalu dan kini dah masuk ke bulan September. Makk aii...pejam celik pejam ce...
-
Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki an...
-
Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah p...
-
Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit t...
No comments:
Post a Comment