Skip to main content

BucketList Cik CT

Seronokkan kalau dapat p jalan-jalan ke negara orang. Pergi Jepun ke... Pergi Korea ke.... Pergi Thailand ke.... Pergi London ke.....

Dapat melihat budaya dan tempat orang lain. Adakalanya, terdetik rasa cemburu di hati ini pabila melihatkan ada kawan-kawan yang sokmo melancong ke luar negara. Bukan lah bermakna aku terlalu cemburu dan iri hati dengan keseronokkan yang mereka kecapi itu. Tapi, kadang terfikir juga banyak ye duit dorang ni nak pergi melancong. Tapi aku tahu, dorang pastinya telah membuat perancangan awal sebelum nak travel ke mane-mane. Macam seorang kawan aku ni, Syita namenye. Suke travel. syitaeyqa.blogspot.my Rasenye dah bermacam-macam negara dia pergi. Thailand dah jejak. Vietnam dah jejak. China dah jejak. Even la ni dia tengah travel ke Jepun. Pastinya aku yakin dia dah buat perancangan yang awal dan rapi sebelum itu. Salute aku pada Syita ni.

Iyer la, masa muda ni lah kita boleh berjalan dan travel ke mane saja yang kita ingin pergi. Bila dah melangkah ke fasa seterusnya iaitu fasa perkahwinan, xtvt ber"backpackers" dah agak terganggu sedikit. Iye lah..tanpa keizinan si suami mane boleh sesuka hati si isteri keluar dari rumah even nak ke kedai beli ajinomoto. Hahahahaha...

Berbalik semula pada cerita jalan-jalan tadi. Setakat ini aku hanya mampu untuk berjalan dalam negara je. Dengan keadaan nilai mata wang ringgit yang tengah jatuh ni agak membataskan perancangan nak travel ke luar negara. Ke tempat yang lebih jauh. Tunggulah bile ringgit semakin baik. Sape kate Malaysia ni tak ada tempat yang menarik. Punye lah banyak tempat yang kita semua boleh lawati di Malaysia ni. 

Tempat yang aku teringin sangat nak pergi ialah Sabah. Walaupun diri ini pernah menjejakkan kaki di tanah Sabah dan tinggal di sana lebih kurang dua tahun, tapi kenangan-kenangan indah di sana hampir terlupus dalam ingatan. Mana taknya, aku duduk Sabah tu masa aku umur sebelas ke dua belas tahun. Still muda remaja lagi. Tak tahu ape-ape. Kalau aku dapat pergi Sabah, aku nak sangat jumpa kawan-kawan lama aku yang dah lama aku tak jumpa. Hampir 10 tahun. Rasenya itu lah hajat aku yang ingin aku realisasikan dan capai. Sambil-sambil tu boleh jalan-jalan explore Sabah. Ape orang kata "sambil menyelam kita minumlah air".

In Sha Allah...

Sabah termasuk dalam bucket list aku...


Gunung Kinabalu idak la perginye..Hehehe...Setakat ni tak masuk lagi dalam senarai.

Pulau Perhentian...


Aku teringin nak pergi pulau. Nak melihat kebiruan air laut dan kejernihan pantai. Nak snorkelling. Ber"banana boat". Dan bermacam-macam lagi lah. Aku dan rakan-rakan sedang dalam perancangan nak ke Pulau Perhentian. In Sha Allah, kalau tak ade aral yang melintang mungkin bulan depan kami akan ke sane. Lagipun, pulau dah dibuka sekarang ni.

Okay...2nd bucket list aku Pulau Perhentian...

Bucket list yang seterusnya ialah ke Penang ke kite...

Penang memang tak boleh tidak mesti kene pergi. Adik manis Farah kita tu dah bising bile akak die ni nak mai Penang plak. Asyik dia je sokmo ke KL. Tarikh dan waktu masih lagi dicari. Dah plan nak p time Hari Buruh tapi Farah pulak tak ada. Abangnya pulak kawen. Bile lagi ye??? Bulan 9 ni Farah nak menikah dah. Huhuhu. Kalau p Penang nanti aku nak ajak Farah bawak aku p Muzium Perang. Farah kate belakang rumah dia jer. Hurmmm...patutlah "orang di atas" duk bising-bising. Ade "sesuatu" rupenye. Hehehehehe.. Walaupun aku ni tak berapa nak kental dan gigih nak masuk tempat-tempat yang seram ni tapi aku still jugak nak masuk Muzium Perang tu. Orang kate berhantu. Iye ke??? So, Muzium Perang in my next bucket list.





 
Seterusnya, ekspedisi hiking. Pendakian dan penerokaan Bukit Kutu mesti diteruskan. In Sha Allah, bakal dilaksanakan bila Amy dah plan nak naik pada 13/02/2016 ni. Seriously, aku memang nak naik sekali lagi Bukit Kutu. Nak berjaya naik sampai ke puncak dan melihat panorama yang dikatakan cantik dan indah yang ada di atas sana. Mudah-mudahan tak ada lagi aral yang melintang hendaknya.






Ape lagi benda yang ada dalam bucket list aku??

Yezzaa...sky trax..Tahun lepas punye plan tak menjadi. Dibatalkan atas sebab yang tertentu. Tak pergi jauh mane pun. Just kat Bukit Cerakah, Shah Alam tu je. Nak lagi thrill, boleh lah pergi yang kat Penang tu. Lagi mencabar rintangannya. In sha Allah, bakal direalisasikan pada tahun ini juga. Namun, tak tahu bile lagi tarikhnya.

 Penjelajahan ekspedisi meneroka Ipoh masih belum bermula. Jejak JDT sudah berakhir tahun lepas dengan meninggalkan pelbagai kenangan-kenangan manis dan juga pahit. Hehehe. Siapa kata hanya berjalan dalam negara sahaja kita tak mengecapi rasa ber"bacpackers" tu. Rasa tau..Hahaha....

BUCKETLIST CIK CT

1) Sabah
2) Pulau Perhentian
3) Penang
4) Muzium Perang
5) Bukit Kutu
6) Sky Trex 
7) Ekspedisi Teroka Ipoh
8) ......................
9).............................
10)..........................

Banyak lagi actually bende yang ingin aku lakukan dalam tahun ini. In Sha Allah, kalau tak ade aral yang melintang complete la semua senara-senarai di atas ni.



Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...