Skip to main content

Happy Chinese New Year 2016 Revongen

Hari ini hari Sabtu minggu ke lima dalam bulan January 2016. So, hari Sabtu seluruh warga kerja Revongen kene datang bekerja. Biasalah kan, bile kerja hari Sabtu ni masa yang dilalui tu teramatlah panjang. Lambat bebeno nak tunggu pukul 1 petang tu. Tapi waktu kerja kali ni terasa cepat masa berlalu. Alih2 jer dah pukul 1.

Hari ini Revongen buat makan-makan sikit kat office. Baik lah pulak hati Mr Law kite ni kan. Belanja kitorang lunch. Company dapat tender juta2 ke??? Hehehehe....

Actually, makan-makan ni sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba next week. Lunch tadi kitorang sesame lah main lambung2 Yee Sang. Sodap jugak ye Yee Sang ni. Hehehe....tapi sikit je aku makan. Sebab dah kenyang sangat. Dua round aku makan tadi. Mr Law belanja kitorang semua makan KFC. Banyak beno die order. Ader sampai kene bawak balik rumah. Thank you so much lah Mr Law.


Macam biase lah, before makan2 tu Mr Law bg sedikit ucapan pendahuluan kat kitorang. As usual, suruh bekerja lagi harder untuk tahun ni. Lebih fokus dan konsisten. Tahun 2016, target die nak kaut untung lagi masyuk untuk company. So, ader can lah next year bonus 4 bulan. Hahahahaha....

Opppss ya...Mr Law announce td kitorang dapat bonus bulan ni. Tapi tak tahu lah berapa bulan. Next week, baru gaji masuk. So, kita lihatlah berapa company bg bonus. Hahahahaha...tak sabaq cheq nak tunggu ni....


Tak sah kalau Geng Makan, Borak & Gossip Anjung ni tak berwefie2 tau....


Juadah 2nd Round ni...


Juadah 1st Round...


 Our Big Boss sedang memberi sedikit ucapan dan taklimat sebelum acara makan-makan bermula...


Penuh satu meja dengan KFC jer...


Semua staff diminta untuk pkai baju warna merah. Warna ong kaum chinese. Punyer lah aku memikir, aku ade ke warna baju warna merah. Belek punye belek dalam almari pakaian, aku jumpe tshirt warna merah. So, aku pkai tshirlah. Xper..asalkan warna merah. Ikut tema. Budak2 lab tissue culture sempoi je pkai baju x kene tema. (Hahaha...sebab boss dorang lupe nk inform yg kitorg dikehendakki pkai baju warna merah).

Tahun ni tahun monyet. Tahun kelahiran Mr Law. Die kate tahun bertuah bg die. Tu yang die bersungguh nk kitorg bekerja lagi kuat dan rajin. Macam2 projek yang sedang dlm perancangan die tu. Projek Halal, Projek Agriculture dan mayb ader lagi beberapa projek yang lain bakal on going. Bersemangat sungguh ucapan die td.

Oooohhh ya. Selain dari KFC dan Yee Sang, ader lg beberapa dish yg lain. Antaranya, ade buah plum (Mr Law kate die import from French). Sedap...aku amik 2 biji. Selain itu, ade nasi lemak, buah limau mandarin, buah tembikai, jeruk mangga dan juga cookies Famous Amous ( actually, Ms Foo yang prepare ni). Sedap sangat. Macam real yg kat kedai tu. Hahaha.....


Gong Xi Fa Cai

Tahun ni sambutan Tahun Baru Cina awal. Next week, kaum Chinese di Malaysia akan meraikan hari Tahun Baru Cina mereka. Tahun ni tahun Monkey. Tahun yang diharapkan membawa tuah pada mereka semua sekeluarga. So, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina...Happy Chinese New Year kepada semua kaum Cina di Malaysia.


 Keluarga Besar Revongen

Gong Xi Fa Cai......
Huat...Huat...Huat....


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...