Skip to main content

Happy New Year 2016

Selamat Tahun Baru 2016....

Alhamdulillah...kite semua sudah melangkah ke tahun 2016. Cepat benar tahun 2015 meninggalkan kite semua dengan pelbagai kenangan manis dan pahit. Diharapkan dengan datangnya tahun baru ini akan lebih membuatkan hidup kite semua dalam keadaan bahagia dan sejahtera....

Aku nak buat sedikit rentetan hidupku dalam tahun 2015 yang lepas...

Hurmmm...ape yang menarik dalam hidupku sepanjang tahun 2015 ye???

Pahit ke manis?

Aku start dengan kenangan manis dulu la...
Antaranya, keluarga pakcik Sarip sudah bertambah. Hihihi. Alhamdulillah, adik aku Angah selamat melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Ismail. La ni Ismail dah 3 bulan lebih. Semangat sudah budak tu. Sebijik mcm muka bapak die bile dah besar sikit ni. Hohohoho. Belum ade anak sendiri lagi kan. So, menumpang kasih dengan anak sedara lah jwbnye.

Dalam tahun ni jugak banyak xtvt yang aku lakukan bersama dengan rakan-rakan Tentoobies. Antaranya ialah mendaki Bukit Kutu tapi tak berjaya. Sesat di tengah pendakian. Huhuhu. Harapnya tahun 2016 ni dapatlah merealisasikan impian untuk berjaya sampai ke puncak Buki Kutu. Hiking Gunung Angsi jugak antara coretan dan kenangan yang berlaku dalam tahun 2015. Walaupun bertiga je tp perasaan seronok dan meriah tak dapat digambarkan. Berjaya jugak sampai ke puncak Gunung Angsi. So, tahun ni gunung ape dan mana plak yang aku akan daki bersama rakan Tentoobies yang lain?

Actually, banyak sebenarnya kenangan manis yang aku lalui dalam tahun 2015. Masa dihabiskan bersama Farah yang datang ke Subang melawat kitorang. Dah masuk tiga kali Farah mai Subang tapi kitorang sekali pun x dtg melawat Farah kat Penang. Hehehehe. In Sha Allah, ader rezeki lebih 2016 datang jugak Penang nanti. Dalam tahun 2015 ni, boleh dikatakan beberapa kali je aku balik kampung. Kalau dikira2 maybe setahun dalam 10 kali je kot balik kampung. Lagipun tahun lepas x banyak sangat public holiday. Tapi tahun 2016 ni banyak public holiday. Yahoo....macam sekarang ni. Tengah cuti new year. Tapi minggu ni x balik kampung coz budget xde. Biasalah hujung bulan. Kegawatan ekonomi. Gaji belum masuk lagi dong. In sha Allah, hujung bulan ni aku balik kampung jumpe mak ayah. Hehehe....

Kalau tak ada kenangan pahit maka tak lengkaplah hidup kita kat dunia ni kan. Bak kata pepatah ku sangka panas hingga ke petang rupenya hujan ditengahari. Ade kene mengena ke? Erkkk....

Kenangan pahit yang aku lalui dalam tahun 2015 ialah duit simpananku tetibe lesap begitu saja. Hehehe. Semuanya disebabkan oleh sindiket penipuan online. Malas nak story lagi. Ape2pun satu pengalaman yang menyakitkan dan mensadiskan. Aku sangat serik. Penutup tahun 2015 ni macam2 penyakit aku hadapi. Lepas dari jerawat yang membiak2 kat wajah aku ni, aku kene sembelit plak. Sampai menangis2 aku dalam toilet tu. Pastu cirit birit plak. Baru2 ni aku kene bisul plak. Aduhai...macam2 yang jadi. Adakah terlalu banyak toksid dalam badan aku ni? Sedih..sedih...tak mengapalah..mungkin penghapus dosa2 kecilku. Wallahualam...

Aku harapkan tahun baru 2016 bakal menjadikan hari2 ku lebih ceria dan bahagia. Hope this year be more better than last year.


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...