Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

#Pray For MH370#Pray For MH17#Pray For Pantai Timur#Pray For QZ8501#Pray For Malaysia

Malaysia dikejutkan dengan berita tentang bah yang melanda negeri-negeri di sebelah Pantai Timur, Malaysia pada 23hb yang lalu sehinggala sekarang. Negeri-negeri yang terlibat adalah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan juga Johor. Yang paling teruk keadaannya adalah bah di negeri Kelantan. Ya Allah..sedihnye bile baca artikel yang ada di dada-dada akhbar mahupun di laman sosial Facebook. Kasihannya mereka semua. Kehilangan harta benda..kereta..ada juga yang kehilangan tempat bergantung... Betapa kuat dan tabahnye mereka mengharungi dugaan yang Allah berikan ini....Berita-berita banyak memaparkan kedaaan mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di pusat pemindahan..ada juga yang terperangkap di bukit..mereka berusaha untuk pergi ke tempat yang lebih tinggi untuk menyelamatkan diri. Air naik terlalu cepat..tak sempat untuk menyelamatkan harta benda semua..Kereta habis dimasuki air..Bayangkan betapa dalamnya air bile bangunan sekolah 4 tingkat hanya kelihatan tingkat 4 sahaja.....

Takdir Kita Berdua...

Mungkin ini takdir untukku Mungkin juga takdir untukmu Kita tidak ditakdirkan untuk bersama Untuk melayari bahtera kehidupan ini bersama Kau dengan caramu Aku dengan caraku Mungkin ini yang terbaik untuk kita Kerna semua yang berlaku ada hikmahnya Mungkin yang terbaik sedang menunggu kita Menunggu kita berdua dihadapan sana Namun..... Penantian yang kita tunggu dihadapan sana Menemukan kita berdua Takdir menentukan segala-galanya Takdir juga menemukan kita semula Seakan begitu kuat jodoh antara kita Walau beribu batu kita berjauhan Takdir seolah-olah menyebelahi kita Mungkin ini yang dikatakan Kalau sudah jodoh takkan kemana-mana Kemana jauh tercampak Kemana jauh pergi Pasti akan bertemu kembali...bersama kembali

Sabarlah Wahai Sahabat...

Sahabatku..... Aku doakan kau tabah Menghadapi kehidupan barumu Walaupun kau berdepan dengan apa jua kesukaran Aku harapkan kau senantiasa sabar Mengharungi semuanya itu Perkahwinan mana yang tak pernah dilandai badai Perkahwinan mana yang tak pernah dilambung ombak Semua itu mengajar kau Erti kehidupan Mungkin semua yang berlaku Ada hikmah disebaliknya Mungkin sekarang tidak kau ketahuinya Mana tau kan ada sinar terang Menanti kau dihadapan sana Dugaan yang kau hadapi Mematangkan lagi pemikiranmu Ku harapkan kau Tidak melakukan sesuatu yang bisa melukakan hatimu sendiri Yang bisa juga melukakan hati keluragamu Sabarlah wahai sahabatku Kerna sabar itu mengiringi orang-orang yang beriman Ujian dari Allah Menandakan yand Dia sayang pada kau Sahabatku..... Allah tidak akan menguji hambaNya Melebihi dari batas kemampuan hambaNya Aku yakin kau akan mengecap bahagia Suatu hari nanti Berkat dari kesabaranmu Yang tak put...

Keganasan Rumah Tangga....

Rumah tangga yang dibina Bukan sekali-sekali untuk kau hancurkan Bukan sekali-sekali untuk kau permainkan Ianya untuk kau jagai....sayangi Jauh dari sebarang yang tidak elok Seharusnya kau tahu Rumah tangga itu dibina Oleh kasih sayang dua insane Yang inginkan kebahagiaan Dalam kehidupan Tapi mengapa kau sendiri yang jadi pemusnahnya Memusnahkan dan menghancurkan Kebahagiaan dirimu sendiri Kau kejam Kau tidak berlaku adil Pada isterimu......pada anak-anakmu Kau siksa mereka.....kau pukul mereka Hilang sudah kasih sayang Luput sudah keharmonian Suram sudah kehidupan Tegarnya hatimu Melukakan hati Insan-insan yang teramat menyintaimu...menyayangimu Kelak mereka kan pergi jauh darimu Kau akan sendiri Kau akan sunyi Menjalani kehidupan seorang diri Justeru... Kau jauhikanlah dirimu Dari keganasan rumah tangga Jangan pernah kau terfikir untuk melakukannya Kerna kau punya tanggungjawab Yang tidak bisa kau permainka...

Sukarnya Kau Ucap Kata Cinta....

Mengapa teramat sukar Untukmu mengucapkan kata cinta padaku Kau biarkan aku tertungu-tunggu Ke mana perginya keberanianmu Selalunya kau tak begitu Aku tahu kau menyimpan perasaan terhadapku Aku juga begitu Namun kau masih tetap begitu Berdiam diri Tak mungkin Untuk aku memulakannya dulu Kau lelaki Seharusnya kau memulakannya dahulu Meluahkan rasa hatimu Jika dirimu berterusan begitu Tidak dapat lagi Kupastikan hatiku Masih ada untukmu Atau tidak lagi Maafkan aku tika itu......