Saturday, 13 December 2014

Biarkan Kenangan Itu...


Begitu bodonhya kau
Mengharapakan insan yang mensia-siakan hidup dan pengorbanan kau
Mengharapkan dia kembali ke pangkuan kau

Kau begitu bodoh kurasakan
Bukan dia seorang sahaja lelaki di dunia ini
Ramai lagi yang lebih baik untuk kau
Cuma kau perlu bukakan hati kau itu
Menerima mereka yang menyayangi kau
Menyintai kau dengan sepenuh hati

Aku percaya kau akan lebih bahagia
Lupakan saja kenangan lalu itu
Mulakan hidup yang baru
Mulakan kisah cinta yang indah
Seindah cahaya sinar di kala pagi

Kenangan lalu itu jika kau tak sanggup untuk melupakannya
Kau simpan ianya jauh dilubuk hati kau
Tiada sesiapa berhak melarang kau
Kau berhak terhadap hati kau sendiri

Tapi ku harapkan kau tidak terleka
Terbuai dengan kenangan itu
Kerna banyak lagi perkara yang indah menanti kau didepan sana.

No comments:

Post a Comment

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...