Skip to main content

Hilang Sudah Diri Mu...


Rasanya aku telah melupaimu sepenuhnya
Tiada lagi wajahmu memenuhi ruang fikiranku
Tiada lagi senyuman manis mengiringi malamku
Tiada lagi kiriman sms di dalam telefon bimbitku

Segalanya telah ku lontar jauh-jauh
Segalanya telah ku lenyapkan
Tiada satu yang tertinggal
Kini.....
Aku menerima hakikat sebenar
Engkau tak tercipta untukku
Dan aku bukan tulang rusukmu

Kisah cinta kita dahulu
Biarkan ia terkatup...
Terkubur buat selamanya
Jangan disingkap kembali
Biarlah ia sebagai kenangan yang terindah
Buat kita berdua

Ku tahu engkau juga merasakan begitu
Kini kita telah meniti hari-hari kedewasaan
Masing-masing punya kehendak sendiri
Kemahuan sendiri
Begitu juga pilihan hiddup sendiri
Kini kita bebas
Bebas memilih sesiapa saja
Yang bisa memiliki hati kita

Tapi jangan sesekali
Engkau menghancurkan hatimu
Dengan pilihanmu yang salah
Tidak tegar melihat dirimu terluka
Terguris....
Kerna jauh di sudut hati ini
Diriku masih sayang padamu

Sayangku padamu....
Bagai seorang adik pada abangnya
Kusedar tiada lagi jodoh antara kita
Namun....
Izinkan aku menyayangimu

Ku doakan juga
Agar kau menemui insane
Yang benar-benar menyayangimu
Menjagamu di kala kesakitan
Sentiasa ada disebelahmu
Di kala kesulitan
Bersamamu susah dan senang
Suka dan duka
Agar hatiku tenang
Melihatmu bahagia
Diriku juga bahagia
Perihak diriku
Usahlah kau kisahkan
Kenyataan telah dapat kuterima

Kini kunantikan
Pilihan hatiku
Yang bisa menjagaku
Menyanyangiku
Dengan jiwa raganya....

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...