Skip to main content

Jalan-jalan makan angin ke Penang & Kedah (Trip 1)

Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk mengupdate blog...di atas katil sambil memeluk bantal golek dan bertemankan alunan lagu-lagu dendangan boy band dulu-dulu kala..Westlife...tapi aku taknak bercerita pasal band yang cukup femes waktu dulu-dulu ni..la ni aku nak update pasal trip makan angin @ main sesat-sesat @ attend wedding teman serumah, Watif....

Majlis Watif tu berlangsung di kampung halaman die yang terletak di Pokok Sena, Kedah.. Perancangan awalnye semua warga-warga USJ12 dapat lah hadir ke majlis wedding Watif ni..namun ada aral yang melintang plak...hanya aku, kak Hanis, kak Dayah dan kak Haiza je yang dapat attend...itu pun kak Haiza dah memang ada kat Kedah nun..kampung halaman die...aku dan kak Hanis memang sebulan awal dah beli tiket pergi dan balik FireFly..bersemangat tak..hahaha...and itu lah juga second time aku naik kapal terbang..kali terakhir aku naik kapal terbang ni pada tika umur aku 9 tahun..masa tu budak kecik lagi..rase keterujaaannya tak de lah over sangat..hahaha..bile dah besar ni over plak...

Aku ngan kak Hanis bertolak dari rumah dalam pukul 12 tengah hari coz tiket flight kitorang kul 2.30 petang....kak Dayah plak pagi tu dah sampai Penang da..Tiket Malindo die pukul 8 pagi...Alhamdulillah  tepat pukul 3.30 petang kami selamat mendarat di lapangan terbang Bayan Lepas Pulau Pinang...bestnye naik kapal terbang....mula-mula flight tu nak naik kecut gak perut aku. Time nak landing pun same..hahahaha....KakHaiza ngan kak Dayah yang pick up kitorang berdua..pastu kitorang ramcang lah nak usha tempat-tempat makan yang menarik kat Penang ni...namun apakan daya kitorang sesat kat dalam Penang tu..hahaha...last-last kitorang lepak je kat USM Penang sambil tunggu kedatangan ayah ngan mak kak Hanis yang dah plan nak bawak kitorang g makan seefood...hihihi..so, kitorang makanlah apa-apa yang patut untuk alas perut...Dah lah kat Penang hujan lebat gile....huhuhu...Plan nak naik feri balik Kedah tapi apakan daya cuaca membantutkan perancangan kami..sobs..sobs...tak de rezeki orang kata...

Alhamdulillah, setelah masing-masing kekenyangan menikmati juadah makan malam kami bergerak balik ke Kedah..malam tu kitorang stay kat umah kak Hanis..kak Haiza balik rumah die kat Kuala Ketil..dekat je dengan umah kak Hanis kat Sg Petani tu...Seronok duduk rumah kak Hanis..mak dan ayah die ramah dan mesra..tak rase kekok sangat..hihihihi....

Esok paginye kak Haiza datang jemput kitorang bertiga..so, bermulalah perjalanan kitorang ke Pokok Sena, Kedah..Wpun kami sesat, akhirnye selamat jugak sampai ke rumah Watif...dalam kul 2 lebih gak kitorang sampai...sbb bertolak pun dah lewat..hahaha...

Tahniah Watif...selamat dah bergelar seorang isteri...Watif cantik sangat..simple je...

Mestilah bile dah pegi wedding member serumah tu tak sah kalau tak de sessi bergambar kan...kitorang memang kaki interframe....kaki selfie..sokmo bergambar je kojenye....nak dijadikan kenangan katenye...



Simple je pelamin die..ringkas dan tak over...


Jelitawan warga USJ 12








Cantik tak baju dan shawl Watif tu..buat sendiri tu tau...hahaha...mahal tu...


Candid yang tak berapa nak menjadi.....


Terima kasih kepada Wati dan Husband kerana sudi menjemput kitorang ke majlis perkahwinan korang berdua..yang penting makanan kat kenduri Watif memang best..ada ayam golek tu....



Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...