Wednesday, 9 March 2016

Gerhana Matahari - 9 Mac 2016

Pagi tadi, time aku nak keluar rumah nak pergi kerja terperanjat sekejap awat cuaca gelap semacam ni. Hari nak hujan ker? Ke hari dah nak kiamat dah. Nauzubillah..Cuaca nya macam cahaya matari tu nak tak nak jer menyerlahkan dirinya tu. So, aku gerak jer lah ke tempat keje. Sampai-sampai depan bangunan opis, aku tengok budak-budak ni tengah nengok matahari  menggunakan kaca mata negative yang hitam tu. Ohhhh...baru aku teringat rupa-rupanya hari ini hari terjadinya Gerhana Matahari. Subhanallah

Apa yang dimaksudkan dengan Gerhana Matahari ni?? Yok, kite tanya uncle Wikipedia...

Menurut sumber dari uncle Wikipedia, Gerhana Matahari terjadi apabila kedudukan bulan berada di antara bumi dan matahari. Oleh itu, bulan akan menutupi sebahagian atau sepenuhnya cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil tetapi bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan berada lebih dekat dengan bumi dengan purata jarak 384,400 kilometer berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.






https://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari


Ya Allah, betapa besarnya kekuasaanMu Ya Allah. Sememangnya Engkaulah yang menciptakan apa yang ada di langit dan bumi. Engkau lah pencipta alam semesta ini.



Gambar ini aku dapat dari Group Whatsup USJ12 pagi tadi. Gambar ini ditangkap semasa mereka berada di taman permainan kawasan perumahan USJ12. Subhanallah..cantik kann...Matahari kelihatan berbentuk sabit.


Cuaca pun dah kembali macam sedia kala la ni. Cerah je nampaknya. Bila lagi gamaknya ye kita akan mengalami fenomena yang macam ni lagi sekali?

In Sha Allah, jika diizinkanNya..

Tetapi, di dalam kite menghayati kecantikan fenomena yang berlaku ini, janganlah pulak kite lupe bahawa fenomena ini jugak sebenarnya salah satu tanda peringatan bahawa kita bakal menemui pengakhiran hidup kita iaitu hari kiamat. Ya Allah..

So, dengan itu marilah kita sama-sama menginsafi dan memuhasabah diri kita agar terus berpaksi kepada agama Islam, mengikuti apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa jua yang menjadi laranganNya.

Wallahulam,,,




No comments:

Post a Comment

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...