Saturday, 19 March 2016

Bab 7

"Selesai sudah ke masalah adik kesayangan kak long ni?" tanya Raudhah kepada Nur yang ketika itu sedang membersihkan taman mini mereka.

Kerjaya Nur sebagai seorang arkitek memang menginginkan suasana dan persekitaran yang menarik dan juga selesa untuk didiami mereka sekeluarga.
Persekitaran rumah yang selesa akan memberikan mood dan suasana yang baik untuk penghuninya.

"Rin mana kak? Tak bangun lagi ke budak tu?" tanya Nur bersahaja sambil membelek-belek sebuah pokok bonsai yang ada di laman mini mereka itu.

"Eh, kita tanya dia, dia tanya kita balik. Pandai dia tukar topik ye." kata Raudah kepada adiknya sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang ada di situ. 

Penat pulak rasanya sejak akhir-akhir ni. Sentiasa rasa mengah. Kadang-kadang sakit kepala yang dirasakan sejak akhir-akhir ini membuatkan dia memang tak larat nak bangun dari atas katil. Tetapi tidak diberitahunya keadaan itu kepada Nur. Dia tidak mahu Nur risau dan membawanya ke klinik. Telan panadol sebijik dua elok lah ni. Sakit kepala biasa je ni...

"Alah long...Nur malaslah nak bercerita pasal bende ni. Tapi apa-apa pun Nur rasa problem ni dah settle dah kot. Dato pun akan slow talk dengan anaknya yang kerek giler tu." jelas Nur kepada kakaknya sambil tangannya masil lincah men"trim" pokok bonsai yang ada ditaman itu.

"Lagipun lepas ni Nur dah tak handle projek dgn Bersatu Holding tu. Nur kena handle projek lain pulak. Actually, Nur pengganti Encik Rahmad untuk perjumpaan tu jer. Eeee...toksey lah kawe nak bertemu mata dengan lelaki berlagak bagus tu. Buat sakit mata jer." terang Nur marah. Habis diguntingnya batang-batang bonsai tu tanpa sedar.

"Eh..ehh...kak long tau lah awak tu bengang. Tapi kesian bonsai kak long tu. Dah lah memang dah bonsai, Nur wat gtu botaklah pulak dia nanti." tegur Raudah kepada adiknya sambil mencubit pipi Nur.

"Eh, sorry kak long. Tak sengaja." kata Nur sambil tersengih...

Raudhah hanya mampu menggelengkan kepalanya melihatkan tingkah adik kesayangannya itu. Marah bebeno die dengan lelaki yang bernama Akmal Akif itu. Apalah gamaknya budak tu buat sampai adiknya sakit hati. Harapnya tak berlanjutan lah bad mood si Nur ni..

"Mama...auntie.." tiba-tiba si comel Rin menegur mereka berdua mematikan seketika perbualan dua beradik itu....

**********************************************

No comments:

Post a Comment