Saturday, 19 March 2016

Lelaki Dan Perempuan

Seorang lelaki dan perempuan takkan mungkin boleh berkawan baik........

Tentu sekali ada salah seorangnya akan menaruh hati......

Dan mungkin juga salah seorangnya akan terus makan hati......

Aku Tak Mahu Kecewa

Jangan engkau memberiku harapan
Jangan engkau menciptakanku kebahagiaan

Kebahagiaan yang mungkin akan menyakitiku nanti
Ku tak mahu hati ini kecewa
Ku tak mahu hati ini terluka

Ku tak pasti adakah hati ini
Benar-benar utuh
Benar-benar kuat
Jika engkau pergi meninggalkan diriku secara tiba-tiba

Hati ini tidak bersedia
Kecewa untuk yang kedua kalinya

Aku tak mahu rasa ini terus terpupuk
Aku tak mahu rasa ini akan membunuhku nanti
Hati ini ku tetapkan hanya untuk terus berkawan denganmu
Mungkin takkan lebih dari itu

Ku harap engkau kan mengerti isi hatiku
Ku harap engkau bisa memahami apa yang ku rasa
Sebenarnya aku takut
Aku takut untuk kecewa lagi
Dan aku tidak bersedia untuk dikecewakan........

Bab 7

"Selesai sudah ke masalah adik kesayangan kak long ni?" tanya Raudhah kepada Nur yang ketika itu sedang membersihkan taman mini mereka.

Kerjaya Nur sebagai seorang arkitek memang menginginkan suasana dan persekitaran yang menarik dan juga selesa untuk didiami mereka sekeluarga.
Persekitaran rumah yang selesa akan memberikan mood dan suasana yang baik untuk penghuninya.

"Rin mana kak? Tak bangun lagi ke budak tu?" tanya Nur bersahaja sambil membelek-belek sebuah pokok bonsai yang ada di laman mini mereka itu.

"Eh, kita tanya dia, dia tanya kita balik. Pandai dia tukar topik ye." kata Raudah kepada adiknya sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang ada di situ. 

Penat pulak rasanya sejak akhir-akhir ni. Sentiasa rasa mengah. Kadang-kadang sakit kepala yang dirasakan sejak akhir-akhir ini membuatkan dia memang tak larat nak bangun dari atas katil. Tetapi tidak diberitahunya keadaan itu kepada Nur. Dia tidak mahu Nur risau dan membawanya ke klinik. Telan panadol sebijik dua elok lah ni. Sakit kepala biasa je ni...

"Alah long...Nur malaslah nak bercerita pasal bende ni. Tapi apa-apa pun Nur rasa problem ni dah settle dah kot. Dato pun akan slow talk dengan anaknya yang kerek giler tu." jelas Nur kepada kakaknya sambil tangannya masil lincah men"trim" pokok bonsai yang ada ditaman itu.

"Lagipun lepas ni Nur dah tak handle projek dgn Bersatu Holding tu. Nur kena handle projek lain pulak. Actually, Nur pengganti Encik Rahmad untuk perjumpaan tu jer. Eeee...toksey lah kawe nak bertemu mata dengan lelaki berlagak bagus tu. Buat sakit mata jer." terang Nur marah. Habis diguntingnya batang-batang bonsai tu tanpa sedar.

"Eh..ehh...kak long tau lah awak tu bengang. Tapi kesian bonsai kak long tu. Dah lah memang dah bonsai, Nur wat gtu botaklah pulak dia nanti." tegur Raudah kepada adiknya sambil mencubit pipi Nur.

"Eh, sorry kak long. Tak sengaja." kata Nur sambil tersengih...

Raudhah hanya mampu menggelengkan kepalanya melihatkan tingkah adik kesayangannya itu. Marah bebeno die dengan lelaki yang bernama Akmal Akif itu. Apalah gamaknya budak tu buat sampai adiknya sakit hati. Harapnya tak berlanjutan lah bad mood si Nur ni..

"Mama...auntie.." tiba-tiba si comel Rin menegur mereka berdua mematikan seketika perbualan dua beradik itu....

**********************************************

Jasa Bonda

Kau di buai mimpi dia jaga
Kau bersenang die bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta di balas

Ingin dibinanya untukmu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah
Berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia

Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa Bonda.....



WARISAN - JASA BONDA


Berkesan tak lagu ini buat anda semua???
Pastinya lagu ini cukup memberi kesan bagi kita yang bergelar seorang anak ini...

Pengorbanan ibu dan ayah memang takkan pernah terbalas..
Tak cukup untuk membalasnya dengan wang ringgit sahaja...
Sayangilah mereka berdua..jika tiada mereka tidak mungkin kita berada di dunia ini..
Jika tidak mereka yang mendidik kita, tak mungkin juga kita menjadi seorang manusia yang berguna...
Terlalu banyak jasa yang mereka berdua buat untuk kita..
Kita anak-anaknya...pastinya mereka berdua inginkan yang terbaik untuk kita...
Melihat kita berjaya dan terus berjaya...
Melihat kita hidup bahagia...
Walaupun mereka dalam kepayahan untuk mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup kita, mereka tidak pernah sekali mengeluh...tidak pernah sekali mengungkit....
Apa yang mereka lakukan ikhlas dari hati mereka...untuk memberi kita kebahagiaan....

Leteran ibu itu bukan tanda kebencian...marah ibu itu juga bukan tanda kebencian...melainkan rasa sayang kepada kita...menegur sebelum kita terlanjur jauh....

Jadinya, pabila kita berjaya jangan sesekali lupakan mereka...
Kerna merekalah yang menjadi tulang belakang kita untuk terus berjaya..
Ingatlah jasa mereka berdua...
Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kita sedari kita sebesar tapak tangan mereka....
Jangan sesekali meninggikan suara kepada mereka...jangan sesekali derhaka kepada mereka....

Ingatlah...kelak tiada mereka nanti sudah pastinya kita akan merindui mereka teramat sangat..........

Friday, 18 March 2016

Bye Bye Yuki

Hari ini merupakan hari terakhir Yuki di BSTM as a Product Specialist. Tak silap aku sudah hanpir dua tahun lebih jugak Yuki berkhidmat di BSTM ni. Aku dulu yang masuk, pastu barulah Yuki.

Di harapkan Yuki akan lebih success di tempat yang baharu. Tinggal aku jer lah yang masih setia di sini. 

Hehehe...

Bye Bye Yuki..............




Sunday, 13 March 2016

2nd Time Broga Hill...

Assalamualaikum....

Aku naik Broga lagi....yuuhhuuu....kejap je rase naik semalam...tup..tup..dah sampai atas...kacang jer lah Broga tu. Hahahaha....

Kisahnye begini, jumaat yang lepas Amy ajak aku ngan Norma jog atau naik mane2 bukit. Next 2 weeks aku ngan Amy nak naik Nuang. Tak buat pape persediaan pun ni. So, decide la nak up kan sikit stamina tu. Kang tak pasal-pasal pancit plak tengah mendaki nanti. Amy tu aku tak heran lah. Die tu stamina hebat. Aku ni haa....x tau lah g mana dong nanti. Hahaha....

K, berbalik semula pada plan Amy tu...mulanya aku kate aku x dpat nk join ape2 weekend ni sebab aku dah janji ngan kak dayah nak ikut die balik kampung. Tapi last minute cancel sebab tak muat kete. Kahkahkahkah....so, hari Jumaat tu aku terus wassup Amy ajak naik Broga Sabtu tu. Amy pun setuju. Yeahhh....so, aku, Amy, Aisyah, Uji dan Along same-same naik Broga.


                                                              We Made It To The Top.... 
 

Bapak lah ramai orang Sabtu tu. Kene stop kejap sebab nak tunggu dorang semua turun. Alhamdulillah...kitorg sampai puncak dalam pukul 10 pagi. Alhamdulillah, Aisyah dan Uji berjaya jugak naik. Boleh tahan gak stamina dorang tu. Tapi aku lebih risau kat Aisyah..aku ni kan ade sejarah ngan die. Kang pengsan tengah naik tu x ke nyaya nanti. Hahaha...

Alhamdulillah, stamina aku pun boleh tahan baik setakat ni. In sha Allah, okay dah kot nak naik Nuang nanti. Hahahaha....yakin jer ko kan...

Tapi sayang seribu kali sayang, Broga sekarang dah tak seperti Broga yang aku naik dulu. Time aku naik dulu cantik gilerr kot Broga. Hijau jer. Aku excited giler kot dulu. Tapi la ni Broga dah kuning. Pastu panas giler kat atas tu...cuaca panas sangat kot. Tu yang daun-daun, lalang-lalang jadi kering. Jadi kuning. Kitorang sempat lunch nasi lemak kat atas tu. Aku bagi nama Nasi Lemak Puncak Broga. Hahahaha....

                                                          Nasi Lemak Puncak Broga...

Dalam pukul 12 kitorg gerak turun. Pekena ayaq kelapa sat pastu terus balik. Before tu hantar Along balik Putrajaya dulu pastu terus balik Subang. Dah x kisah pasal lunch dah. Rasa nak balik nak tidoq je. Ngantuk giler kot. Sampai-sampai rumah jer aku mandi pastu tidoq sat. Bestnyeeee....

Tapi best gak lah naik Bukit Broga kali ni. Untuk beginner amatlah sesuai. Trail die takde lah mencabar sangat. Senang je..budak kecik pun boleh naik. Ini kan lagi budak besar...hohoho...


Broga..Dulu dan Sekarang





Friday, 11 March 2016

Review: Kung Fu Panda 3 - (10 Mac 2016)

Semalam..aku dan Aisyah tengok wayang lagi. Kali ni kitorang berdua tengok movie Kung Fu Panda 3. Secara kebetulan sebenarnya plan ni. Time tu aku tengah tengok Tundukkan Playboy Itu. (Tetibe rasa nak tengok plak drama tu). Aisyah pulak baru balik dari rumah parents die kat Klang. Dalam tengah-tengah kitorang berdua duk tengok drama Tundukkan Playboy Itu, aku tegurlah Aisyah kata "bila nak tengok Kung Fu Panda 3 Cah? Hari ni keluar kan?". On the spot Aisyah respon "yok kite tengok malam ni nak?" Aku pun aper lagi berilah kata setuju tanpa berfikir panjangnya. Hahahahaha...Gila Wayang Minah-Minah Ni..


So, kitorang decide nak keluar lepas solat Maghrib. Dalam pukul 8.15 malam tu kitorang otw p One City merempit naik motor Aisyah. Kitorang beli tiket pukul 9.15 malam. Banyak lagi rupenye. Tak penuh pun. Mati-matilah kitorang ingat dah penuh. Iyer lah, first tayangan kat Malaysia kan semalam. Tapi mana lah tahu kot-kot depa-depa kat luar sana actually dah download dah movie ni kat mane-mane kan. Iyer lah, kalau ikutkan Kung Fu Panda 3 dah keluar bulan January lepas. Tapi kat pawagam US ngan China lah. Pawagam Malaysia baru nak keluar semalam. Okay la tak ramai orang pun. Boleh lah nak buat panggung wayang tu mcm bilik tidur sendiri. Hahahaha...

Actually, aku tak berapa nak mengikuti series Kung Fu Panda ni. Tapi pernah tengoklah movie Kung Fu Panda yang first dulu. Yang kedua aku tak ingat lah plak aku pernah tengok ke tidak. Tapi okay jer kalau korang tengok Kung Fu Panda 3 tanpa tengok movie-movie yang terdahulu. Boleh je nak hadam plot nye tu. Hikhikhik...

Di dalam Kung Fu Panda 3 ni kita akan melihat watak jahat, Kai yang telah berjaya melepaskan diri dari Spirit Room berusaha untuk mendapatkan kesemua Chi Warrior. Chi Grand Master Oogway pun berjaya dirampasnya. Mujurlah Master Oogway telah memilih seseorang yang akan dapat mengalahkan Kai iaitu Po. Tapi Po tak tahu lagi. Po kene mengajar Kung Fu. Bapaklah kelakarnya si Po ni. Kesian kawan-kawan yang lain. Po tak ada ciri-ciri seorang guru langsung. Hahaha....

Untuk Po mendapatkan kemahiran Chi, die perlu mengenali dirinye sendiri. Hahaha..Po tak tahu yang dia ni panda. Lawaklah Po ni. Po akhirnya bertemu jugak dengan ayah kandungnya, Li Shan. Kelakar ayah angkat Po, Mr Ping cemburu kot. Diikutnya sekali Po dan Li Shan ke kawasan rahsia penempatan panda. Ya ampun, comel-comel bangat sih panda-pandanya. Aku rasa macam na peluk-peluk je. Lawak giler bile Po jumpe kaum kerabatnya. Banyaklah kisah-kisah melucukan dalam usaha Po menguasai kemahiran Chi nya dan dalam usaha untuk membawa balik Kai ke spirit room semula serta menyelamatkan semua Master-Masternya.

Rupa-rupanya barulah aku tahu kenapa PO terpisah dari keluarganya...Baru aku tahu penyebab Kai jadi terlalu tamak dan inginkan kesemua Chi...Apa kaitannya kumpulan panda ni dengan Master Oogway? So, berjayakah PO menguasai Chi nya dan berjayakah dia mengalahkan Kai? Kenelah saksikan sendiri di pawagam nanti yer.

Tak banyak komen aku untuk movie ini. Dari segi jalan ceritanya simple. Audio dan visual yang menarik. Yang penting, panda-panda nya sangat comel...aku geraammmmmm....

Aku bagi 3.5 bintang untuk Kung Fu Panda 3.


Trailer Kung Fu Panda 3
PLOT: 

In the Chinese Spirit Realm, Grand Master Oogway (Randall Duk Kim) fights against the spirit warrior and collector Kai (J. K. Simmons) and has his chi stolen, but not before he warns Kai that Po (Jack Black), the Dragon Warrior, will stop him. Kai disregards this and returns to the mortal world.

Some time after the events in the two previous films, meanwhile, Master Shifu (Dustin Hoffman) announces his retirement and passes the role of teacher to Po. He discovers that teaching kung fu is hard, as the Furious Five members Tigress (Angelina Jolie), Crane (David Cross), Mantis (Seth Rogen), Viper (Lucy Liu), and Monkey (Jackie Chan) are injured as a result. Po is demoralized as a teacher, but is advised by Master Shifu to be himself.

Po heads home to his father Mr. Ping (James Hong) at his noodle shop where a panda named Li Shan (Bryan Cranston) breaks Po's dumpling-eating record. They both soon learn that Li is Po's biological father and they bond with each other much to Ping's jealousy. After introducing Li to Shifu and his friends, the Valley of Peace is suddenly attacked by former Kung Fu Masters turned into jade statues under the control of Kai. The team then learn through research that Kai was Grand Master Oogway's old friend who fought with him long ago, but was banished to the spirit realm for 500 years when he grew thirsty for the power of chi. Kai can only be defeated by a master of true chi, which they discover was an innate ability of the panda colonies. Po, at Li's suggestion, along with Mr. Ping, travels to the secret village where the pandas hide while Shifu and the Furious Five stay behind to investigate Kai's movements and defend the Palace. Although Po is eager to learn chi, Li insists that he first must learn the life of a panda in the village, which he feels grateful to be a part of.

After learning that all the Kung Fu masters are missing, Master Shifu sends Crane and Mantis to find them. Crane and Mantis join with other Kung Fu masters to confront Kai, but they all have their chi stolen. Kai then arrives at the Jade Palace and destroys it, then takes everybody's chi except for Tigress who escapes to find Po and warn him of the upcoming danger. Afraid, Li and the pandas prepare to run away. When Po demands that his father teaches him chi, he reveals that they had all forgotten how, and he only wanted to save Po from Kai's wrath. Hurt over his father's misdirection, Po isolates himself and trains vigorously to confront Kai. Mr. Ping then comforts Li and admits he was initially worried Po would be taken away from him, but came to realize that Li being a part of Po's life simply added to his happiness, and that they should stay by Po's side as family.

Tigress confronts Po and tells him that he cannot defeat Kai without continuing to discover the secret of chi, during which Po confesses that the experience has him once more doubting his potential. Li and the villagers, having decided to stay, ask Po to train them so they can fight back. Po agrees and teaches them using their everyday activities as their assets and begins their plan to defend their village. Kai arrives and sends his minions to capture Po, but they are held off by the pandas and Tigress, distracting Kai. The plan works, but ultimately fails when Po tries to use the Wuxi Finger hold on Kai, who reveals that it won't work on spirits. Kai gains the upper hand in their fight, but in a last-ditch effort, Po uses the Wuxi Finger Hold on himself while grabbing onto Kai, sending them both to the spirit realm. They fight again, but Kai defeats Po and prepares to steal his chi. Using what they learned from Po and about who they are, Li, Tigress, Mr. Ping and the pandas are able to use their chi to save him. Po, with the chi flow, suddenly generates a golden dragon-shaped avatar around him and destroys Kai by overloading him with his chi, freeing all of the Kung Fu masters in the process.

In an ethereal golden pond, Grand Master Oogway appears to Po, and informs him his journey has come full circle, revealing his role by selecting Po as Dragon Warrior is also because of his descent from the ancient pandas, and his embodiment of the yin-yang. He also reveals his role in alerting Li of Po's survival, and expresses his happiness to Po about how much he has grown. By choice, Po wields a mystic green staff bestowed by Oogway to return to the mortal world. Master Shifu discovers the staff from Oogway (much to his resentment) and asks Po to teach him about chi. Everyone returns to the Jade Palace, where Po proudly gazes upon his family, friends, and legacy in the spot where his journey began. Finally, as a true master, he teaches everyone how to use chi. From the blast of their collective chi's, the valley begins to bloom.

Sumber dari Wikipedia..
 So sweet sangat movie ni tau..Saya suka..Saya suka...

Wednesday, 9 March 2016

Review: BOBOIBOY THE MOVIE - (08 Mac 2016)

Alhamdulillah...hajat nak tengok Boboiboy The Movie terlaksana jua. Nak mengubat luka dihati katanya. So, mungkin dengan tengok citer animasi Boboiboy ni boleh lah menggembirakan hati ini sedikit. Tak payah lah nak dikisahkan lagi penyebab aku sedih tu. Benda yang lepas tak usahlah dikenang-kenang lagi. Ambil yang jernih buang yang keruh. Errkkkk..apa lah yang aku melalut ni. Hahahahaha...

Kite layan sikit trailer Boboiboy The Movie ni..



Semalam aku ajak Aisyah tengok wayang. Sekali lagi Aisyah menjadi peneman setia ku menonton wayang. (aku rasa aku ni dah addicted tengok wayang kot..keluar movie baru jer mesti nak tengok..next movie Kungfu Panda 3..penemannya tentulah adik manis kita si Aisyah). Kitorang berdua merempit naik motor p One City. Belakang umah je pun. Lepas je aku solat Maghrib kitorang gerak. Takut tiket wayang Boboiboy habis benonye. Hahaha...Alhamdulillah, last tayangan Boboiboy The Movie malam tu pukul 9.05 malam. Tak sabar gilerr nak tengok Boboiboy The Movie. Semua orang kata movie ni seriously MEMANG TERBAIK. Dalam masa sehari tayangan jer, Boboiboy The Movie dah capai RM500K kutipan. Perghh..belum seminggu lagi tu...belum sebulan lagi tu...

Secara rasminya, Boboiboy The Movie ditayangkan di Malaysia pada hari Khamis yang lepas, 03 Mac 2016. Movie yang menelan belanja lebih kurang 5 juta ini juga turut akan ditayangkan di pawagam Indonesia pada bulan hadapan iaitu 13 April 2016. Awat ekk lewat sebulan???

Seriously, korang memang tak akan rasa rugi pun keluar duit RM13 beli tiket wayang tu. Movie die memang gempak giler wa cakap lu. Aku tak sangka anak-anak muda Malaysia memang kreatif dan boleh buat satu movie animasi setanding animasi dari luar negara. Tabik spring toing..toing..lah kat produksi MONSTA ni. Hahaha..Bukan mudah tau nak buat animasi ni. Aku time student dulu nak buat animasi 2D pun terkial-kial. Kartun yang aku buat tu macam jalan taknak jalan jer. Hahaha.... 

Movie yang banyak menerapkan nilai-nilai persahabatan. Kita boleh lihat dalam hubungan antara Boboiboy dan Ochobot. Begitu juga antara rakan-rakan yang lain seperti Yaya, Ying, Feng dan Gopal. Semangat setiakawan mereka sangat menebal. Sedih giler wei aku bile Ochobot hampir kehilangan nyawanya akibat kedurjanaan Geng Tengkotak. Durjana sungguh si Borara n the geng ni. Barulah aku tahu misi sebenar Ochobot sebab apa dia berada di bumi tu..Opppss..taknaklah story lebih. Bikin spoil pulak nanti. hehehe...Korang kene lah tengok sendiri kenapa Ochobot diperlukan oleh Klamkabot. Siapakah Klamkabot ni? Apa kaitan dan hubungannya Ochobot dengan Klamkabot. Dan kenapa juga Geng Tengkotak nak sangat kejar Klamkabot. Jawapannya semua ada dalam movie ni.

Memang aku terhibur dengan gelagat-gelangat geng Boboiboy ni antaranya Yaya, Ying, Gopal dan juga Feng. Masing-masing punye karektor yang tersendiri. Masing-masing saling bantu membantu  dalam misi meyelamatkan Ochobot dan membantu Klamkabot.
Movie ini juga turut diceriakan oleh Papa Zola - Kebenaran apakah ini??, Adudu dan Probe. Lawak betollah tengok dorang bertiga ni. Especially si Papa Zola. Ade je bende yang menjadi bahan tawa kitorang dlm pawagam tu. Yang paling aku tak tahan tu Jerung Kebenaran dan Sotong Goreng Tepung. Bapaklah lawak. Gamat kejap panggung. Hahahaha...

Scene aksi dorang memang terbaik dan superb. Giler Kentang....Sekali lagi aku bangga kot anak muda Malaysia kita boleh buat animasi sehebat ini. (tetibe touching plak..Hukhuk). Memang perfect dan tiptop aku cakap. Semangat kerjasama dorang tu memang terbaik lah. Kesimpulan reviewnye, Boboiboy The Movie Memang Terbaiklah. Korang tengoklah sendiri yer. Hahahaha...

SIPNOSIS RASMI

Sekumpulan makhluk asing pemburu Sfera Kuasa bernama Geng Tengkotak telah sampai di Bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakan beliau bagi mengesan Sfera Kuasa purba Generasi Pertama iaitu Klamkabot yang bersembunyi di Bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya sekarang mesti mengejar masa untuk menyelamatkan Ochobot dan mencari rahsia di sebalik Sfera Kuasa. Perjalanan mereka akan membawa mereka ke pengembaraan ke tempat mengagumkan yang penuh dengan aksi, komedi dan romantik.


 OST BOBOIBOY THE MOVIE - Masih Di Sini (Bunkface)




Oh ya...lupa nak cakap dalam movie ni jugak korang akan lihat Ochobot akan diupgraded kan. Perghh..Boboiboy jugak akan dapat kuasa baru. Boboiboy Kuasa Tujuh. Kawan-kawan yang lain pun same jugak. Semuanya atas bantuan Ochobot yang memberikan mereka berlima kuasa baru. Korang agak Ochobot mati tak diakhir cerita ni? Seriously sedih wei...Mati ke tidak Ochobot dalam movie ni, korang kene tengok lah sendiri kat pawagam nanti yer. 

So, untuk animasi Boboiboy The Movie ni, aku bagi 5.5 bintang daripada 5 bintang. Ehhh..terlebih setengah lah pulak. TERBAIKKK...


Gerhana Matahari - 9 Mac 2016

Pagi tadi, time aku nak keluar rumah nak pergi kerja terperanjat sekejap awat cuaca gelap semacam ni. Hari nak hujan ker? Ke hari dah nak kiamat dah. Nauzubillah..Cuaca nya macam cahaya matari tu nak tak nak jer menyerlahkan dirinya tu. So, aku gerak jer lah ke tempat keje. Sampai-sampai depan bangunan opis, aku tengok budak-budak ni tengah nengok matahari  menggunakan kaca mata negative yang hitam tu. Ohhhh...baru aku teringat rupa-rupanya hari ini hari terjadinya Gerhana Matahari. Subhanallah

Apa yang dimaksudkan dengan Gerhana Matahari ni?? Yok, kite tanya uncle Wikipedia...

Menurut sumber dari uncle Wikipedia, Gerhana Matahari terjadi apabila kedudukan bulan berada di antara bumi dan matahari. Oleh itu, bulan akan menutupi sebahagian atau sepenuhnya cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil tetapi bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan berada lebih dekat dengan bumi dengan purata jarak 384,400 kilometer berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.






https://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari


Ya Allah, betapa besarnya kekuasaanMu Ya Allah. Sememangnya Engkaulah yang menciptakan apa yang ada di langit dan bumi. Engkau lah pencipta alam semesta ini.



Gambar ini aku dapat dari Group Whatsup USJ12 pagi tadi. Gambar ini ditangkap semasa mereka berada di taman permainan kawasan perumahan USJ12. Subhanallah..cantik kann...Matahari kelihatan berbentuk sabit.


Cuaca pun dah kembali macam sedia kala la ni. Cerah je nampaknya. Bila lagi gamaknya ye kita akan mengalami fenomena yang macam ni lagi sekali?

In Sha Allah, jika diizinkanNya..

Tetapi, di dalam kite menghayati kecantikan fenomena yang berlaku ini, janganlah pulak kite lupe bahawa fenomena ini jugak sebenarnya salah satu tanda peringatan bahawa kita bakal menemui pengakhiran hidup kita iaitu hari kiamat. Ya Allah..

So, dengan itu marilah kita sama-sama menginsafi dan memuhasabah diri kita agar terus berpaksi kepada agama Islam, mengikuti apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa jua yang menjadi laranganNya.

Wallahulam,,,




Thursday, 3 March 2016

Review: Munafik (26 Feb 2016)

MUNAFIK...3 ciri orang yang munafik

1) Bila berbicara selalunya bohong - Orang seperti ini bila berbicara selalunya apa yang dibacarakan itu tidak pernah betul dan tepat. Mungkin jugak sudah ditokok tambah ceritanya.

2) Bila berjanji tidak ditepati - Selalu kita akan nampak orang yang begini. Bila menabur janji, jarang sungguh untuk ditepati. Lupa lah. Tak ingatlah.

3) Bila diberi kepercayaan dia khianat - Orang sepeti ini bila diberikan satu kepercayaan atau tugasan dia akan mengkhianatinya. Tidak jujur dan tidak amanah dalam menjaga kepercayaan itu. Ya, mungkin saja kita sudah nampak sekarang....Huhuhu...

Nauzubillah...

Ya Allah, kau jauhkan diriku, ibu bapaku, adik-adikku, kaum kerabatku dan juga sahabat-sahabat ku dari tergolong dalam ciri-ciri orang yang munafik. Sesungguhnya, azab mu amat pedih bagi orang-orang yang zalim pada dirinya sendiri. Wallahualam.....

Post ini ditulis sebenarnya bukanlah untuk mengulas lebih lanjut mengenai ciri-ciri orang yang munafik. Siapalah aku ini untuk mengulas dengan lebih teliti mengenai agama. Tapi, mana yang boleh aku kongsikan, aku kongsikan. Moga-moga menjadi panduan dan pengajaran buat kita semua...

Ya...sebaliknya post ini ditulis untuk meng'review' serba sedikit filem seram terbaru arahan anak lelaki pengarah tersohor Malaysia iaitu Syamsul Yusof. Filem Munafik merupakan naskhah seram kedua yang diarahkan oleh Syamsul selepas Khurafat. Aku dah tengok Khurafat tu. Memang menarik dan aku impress dengan karya-karya anak muda seperti Syamsul ni. 

Munafik jugak tak kurang hebatnya. Boleh aku katakan juga disini, Munafik mungkin lebih baik dan tersusun jalan ceritanya berbanding Khurafat. Bagi aku, kedua-dua filem ini mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri.

Filem Munafik dibintangi pelakon yang hebat tanah air. Antaranya ialah Syamsul Yusof sendiri, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz dan beberapa lagi pelakon tanah air yang lain. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Adam lakonan Syamsul Yusof yang baru saja kehilangan isterinya didalam satu kemalangan yang tidak diketahui punca dan pelakunya. Adam merupakan seorang pengamal perubatan Islam yang banyak membantu meng'rukyah'kan penduduk di kampungnya. Adam terlalu kecewa dengan kematian isterinya. Dia tidak dapat menerima hakikat dan tidak redha dengan kematian isterinya. Dia mengambil keputusan untuk tidak terus mengubati orang-orang kampung yang sakit. Tetapi, satu hari tu dia diminta untuk mengubati seorang perempuan yang bernama Maria, lakonan Nabila Huda yang tidak diketahui apa punca sakitnya. 

Di sini, kita akan disajikan dengan pelbagai tanda tanya dan teka-teki. 

Apa hubungan Adam dan Maria? 
Kenapa Maria boleh sakit macam tu sekali?
Kenapa dia selalu dihantui dengan benda-benda yang menakutkan?
Apa punca dan penyebab kematian isteri Adam?
Siapa pelakunya? 
Kenapa ayah Adam pula rungsing dan risau melihatkan tingkah laku anak lelakinya itu? 
Siapakah dalang sebenar disebalik semua kejadian ini?
Anak lelaki Adam tu sebenarnya wujud ke tak wujud tu? 
Hehehe

Memang banyak sangat persoalan yang menjadi tanda tanya dalam filem ni. So, kalau korang nak tahu apa jawapannya, korang kenelah tonton sendiri filem ni di pawagam yang berdekatan dengan korang. Aku hari tu pergi ngan Aisyah. Malam Sabtu tu tak ada ape yang nak dibuat kat rumah so, kitorang decide nak tengoklah Munafik ni. Kitorang lewat 10 minit masuk cinema. Tapi takper..x beri effect pun kalau lewat masuk. Masih lagi boleh faham jalan ceritanya. Dalam panggung memang tak senang duduk aku dibuatnya. Sound system memang terbaiklah. Keje nak melatah je aku dalam tu sebab terkejut. Hampas kelapa betullah. Mata tak usah kata lah. Memang aku tengok filem ni guna sebelah mata jer lah. Sepuluh jari ni dah memang tersusun depan muka ni. Kalau aku tahu aku bawak jer selimut malam tu. Hahaha....Tapi, seriously memang terbaiklah cerita ni. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dan jadikan iktibar. Plot cerita juga tersusun. Ayat-ayat suci Al-Quran banyak dibacakan didalam filem ni, dilontarkan dengan jelas dan terang oleh watak Adam. Bak kata BoBoiBoy  "TERBAIK".

Scene-scene yang menakutkan pun ada. Dah namanya citer seram kan. Antaranya, bila scene Maria dirasuk. Menakutkan giler wajah die. Seram pulak aku tengok lama-lama. Yang paling tak boleh tahan, scene Maria menyorok dalam peti simpan mayat. Bapaklah...sampai kesitu pikirnya nak menyorok dari dikacau hantu. Tak boleh blah....Scene kat banglo lama pun seram. Pendek kata, memang seram lah citer ni. Hehehehe...

So, rate dari 1 hingga 5, aku nak bagi  4.5 untuk filem Munafik ni....

So, korang tengoklah sendiri filem ni di pawagam tu tau. BESTTT...

Kita layan trailer MUNAFIK sikit..


Oh ya...seperti biasa, korang memang tak akan sangka dan tak expect siapa dalang sebenarnya....
Memang Munafik sangat dalangnya....

Cinta PadaNya

Wahai sahabat...
Hidup ini perlu kau teruskan
Tinggalkan segala masa lalumu
Yang tidak mendatangkan kebaikan padamu

Wahai sahabat...
Kau perlu ikhlaskan apa yang berlaku
Jika kau ikhlas kelak kau beroleh ketenangan
Ketenangan yang kau cari selama ini

Wahai sahabatku...
Mungkin kali ini kau gagal
Kau gagal dalam mencari cinta dan hidupmu
Tapi kau tidak tahu
Mungkin yang lebih baik kan datang dalam hatimu nanti
Dia adalah sebaik-baik perancang
Mungkin ada sirna bahagia kan menunggu mu di hadapan sana

Wahai sahabat...
Jika kau rasa kau kotor
Jika kau rasa kau tak berguna

Apa yang kau perlu lakukan?

Dia..Dia adalah sebaik-baik penolong yang bisa membantumu..menolongmu...
Sucikanlah diri mu..dekatkan lah dirimu padaNya..
Kelak kau kan beroleh bahagia....

Allah tidak akan menduga hambaNya sesuai dengan kemampuan kita..
In shaa Allah..aku sebagai sahabat yakin kau bisa menghadapinya.
Kau perlu kuatkan hati
Tetapkan iman mu
Ingat padaNya
Jangan sesekali kau lupa padaNya
Kerna Dia tidak pernah sesekali lupa pada hamba-hambaNya.

Letakkan cinta kepadaNya ditangga yang teratas dalam hatimu
Kerna itu lah cinta yang paling agung....

Tuesday, 1 March 2016

Dirinya Atau Diriku

Siapa yang kau mahu...
Siapa yang kau akan pilih...

Dirinya ataupun diriku...

Jangan kau memberi harapan padaku
Jika kau tidak pasti dengan hati mu
Jangan kau memberiku peluang
Jika kau yakin aku bukan untukmu

Sememangnya kau berhak memilih siapa yang kau inginkan
Tapi jangan sesekali membuatkanku tertunggu-tunggu
Diriku mahukan kepastian
Mahukan kata putus dari mu

Ku tak mahu terus mengharap
Ku tak mahu terus menunggu
Ku tak mahu terus begini

Kesannya bukan pada dirimu
Tetapi kesannya pada diriku
Kau tidak rugi
Tetapi aku yang kerugian

Menanti dan menunggu yang tak pasti
Ku harapkan kau fahami isi hatiku
Berilah kata putus mu jika kau benar-benar kasihkan ku
Ikutlah kata hatimu jika bukan aku pilihanmu

Jangan biarkan aku terus menanti benda yang tak pasti
Jangan biarkan aku menunggu benda yang tidak akan pernah terjadi

Kasihanilah diri ini...
Jangan terus buatku begini..

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...