Skip to main content

Sayang Tentoobies (Part 2)

Norma Liyana Bt Omar

Teman sebilik..Teman sekatil...Teman sepinggan...Teman bergurau-senda...Teman gaduh-gaduh manja...Teman pusing-pusing KL...Banyaklah jenis teman yang dapat aku tujukan khas untuk Cik Noma kite ni. Nama manja di beri Cik Nom atau abam Nom. Sebab apa abam? Sebab die lah yang paling besar antara warga-warga Tentoobies yang lain. Hahahaha..(gelak jahat sikit..) Orangnya "cute mute" giteww. Baik hati...pemurah...suka buat lawak dan suka bawak aku dan member-member serumah yang lain jalan-jalan. (Supir Tentoobies).Hehehehehe...

Orangnya happy go lucky..relaks..dan cool. Apa yang dapat aku komen pasal Noma ialah dia seorang yang caring dan concern pada kawan-kawannya. Kalau ade ahli Tentoobie yang berada dalam masalah, Noma sedia untuk membantu. Jenis yang bukan berkira. Sokmo belanja kitorang makan. Katanya "kan elok berkongsi rezeki. Dan doakan aku di murahkan rezeki lagi". In sha Allah, Noma...Aku senang sangat berkawan dengan Noma. Bersyukur sangat dipertemukan dengan seorang rakan yang cukup ambil berat tentang kawan serumahnya yang lain. Kalau nak ke mana-mana, ade masalah ke, Noma lah orang yang akan kami cari. Hahahaha....Contohnya, kalau nak pergi Mydin beli barang-barang dapur ke aku ajaklah Noma. Sebab Noma sorang je ade kereta. Hihihi..

Umur Noma ialah 26 tahun. Dulunya bekerja sebagai programmer di Subang Jaya Medical Center. La ni dah pindah tempat kerja dah. As a programmer jugak di Media Prima. Mase mula-mula Noma masuk kerja situ punyelah excited kitorang nak mintak Noma sampaikan salam-salam pada retis-retis. Hahaha.. Motif sangat tawww....Takde maknenye. Bukan office Noma kat Sri Pentas nun. Office die kat NSTP Bangsar. Balai Berita. Sabo jer lah...

Noma sau bilik dengan aku sekarang. Dulu die sebilik dengan Kak Hanis. Bila Kak Hanis dah pindah aku pulak masuk bilik dorang. Kitorang memang kamceng Alhamdulillah, setakat ni tak ade lagi kitorang bermasam-masam muka. Mintak lah dijauhkan. Gaduh-gaduh manja tu ader... Hehehe...Noma agak alert dengan kerenah kawan-kawan serumahnya. Kalau aku ade apa-apa masalah yang merungsingkan hati aku, die cepat dapat detect. Dan akan tanya kat aku apa problem aku. Selalunya aku tak cakap paper lah. Sengih jer lah.

Noma pandai main gitar. Aku dan Noma selalu buat konsert dalam rumah sewa kitorang ni. Kalau tak kat ruang tamu bawah, kitorang melalak kat dalam bilik. Noma petik gitar dan aku lah vokalis tak bertauliahnya. Sore Noma pun boleh tahan sedap jugak..(Kalau tau dek die mahu kembang kuncup die tu)...Hahahaha....Noma ni boleh aku katakan orang yang sangat berbakat. Iye lah..pandai main gitar, pandai melukis, pandai fotografi. Pendek kate yang berkaitan dengan seni die memang expert lah. Bidang IT pun die power. Dia rajin mencuba sesuatu yang lain dari pada yang lain dan aku rasa Noma ni banyak membaca kot. Noma jugak kalau nak buat sesuatu bende tu atau kerja die akan betul-betul bersungguh. Tapi kalau time dia tak nak buat sesuatu tu, pujuklah camne pun memang dia takkan buat lah. Teringat satu incident mase kitorang hiking Bukit Broga. Die boleh mengantuk masa nak naik tu. Aku pun jadi pelik. Sanggup tu nak turun sendiri. Nasib lah ade Amy. Memang di "push" nye si Noma tu. Kalau aku tu memang dah kate "yoklah Noma, kite turun. Kita lepak-lepak kat bawah pokok kelapa sawit tu aaa"..Hahaha...Noma!!Noma!!!

Noma juga jenis orang yang gigih bekerja..Time aku tulis entri ni, Noma belum balik lagi dari kerja. Sorang-sorang ajer la aku dalam bilik ni tak berteman. nak turun bawah malas lah pulakkan. Kadang-kadang ade je aktiviti merepek kitorang buat. Noma ni suke tengok orang berbusking. Aku yang dulunya tak pernah terjebak dengan muzik-muzik jalanan ni akhirnya terpengaruh dan terminat plak. Selalunye kitorang lepak-lepak tengok busking kat Bukit Bintang. Dan Noma lah supirnya. Hahahahaha...

Lagi satu, kitorang ni suka karok. Pendek kate sume warga-warga Tentoobies sukakan hiburan. Hahaha...Mudah sangat terhibur. Itu lah serba ringkas perihal Noma yang aku boleh ceritakan. Sebenarnya banyak lagi peel si abam chomel kite  ni. Tapi aku pendekkan setakat di sini saja. Pendek kate, Noma, u are the best roomate. Hahaha....

Farah Nadia Bt Shaharon

Adik manis kita yang berasal dari Sungai Petani, Kedah tersangat lah pekat loghatnya. Kitorang selalu kenekan si Farah ni. Cinooo...Teluqq...Hahaha...Farah!Farah! Rindunya kak yus kat kamu Farah. Farah ex-housemate Tentoobies. Dalam bulan 5 ri tu die pindah balik Kedah. Mencari rezeki di tempat kelahirannya. Dulunya satu company dengan aku. Tapi department Finance. Farah muda lagi orangnya. Baru umur 24 tahun kalau aku tak silap. Orangnya cantik dan lawa. Chomey jugak. Amboii,,,tau dek die aku puji melambung si Farah ni mahu guling-guling kegembiraan nanti. Hahahaha....Farah anak bongsu so memang manjalah orangnya. Dah ade gewe dah ni. Tak lame lagi kawen ler tu...Hehehehe..melangkah banyak bendul akak-akak Tentoobies ni. Takper lah. Dah sampai turn die nak naik pelamin. Takkan nak dihalang pulak kan.

Farah satu bilik ngan si ecah. Dorang berdua tu memang sekepala. Sokmo nak bertinju je kojenye. Gaduh-gaduh manja katenye. Nampaklah jugak bile Farah nak pindah, ecah jadi down. Nanti aku story pasal ecah ye. Dorang berdua tu memang rapat. Teman sebantal dan sekatil. Setoilet pun iye gak. Hahaha...masuk asing-asing lerrrr.....

Ape yang boleh aku decribe pasal si adik manis Farah ni ialah die seorang yang happy go lucky. Kitorang semua memang cepat masuk dengan Farah bile die mula-mula masuk rumah ni. Jenis yang outspoken jugak. Manja dan sangat lembut orangnya. Patutlah si Haris tak sabo-sabo nak masuk meminang. Hahahahahaha....Rajin memasak orangnya. Menu yang aku selalu nampak die masak ialah spegheti. Katanye itu lah menu yang sesimple menu dalam dunia ni. Lagi satu yang pelik dengan Farah ni, die tak suka makan buah kiwi tau. cincau tak makan, ayaq tebu tak minum. Samelah peel die dengan budak baru Tentoobies, Alin....Farah ni mak aiii...suke bebeno makan makanan yang pedas-pedas. Naik gerun kalau die masak spegheti goreng tu. Punye lah banyak die letak cili kering. Cili padi pun silap-silap die letak jugak. Aku memang surrender makan spegheti kalau si Farah ni buat. Hahahahaha . Tapi spagheti die buat memang sedap....Sambal belacan ayam penyet die boleh makan macam tu jerr...adoiyaaii, adikku Farah oiii, tak takut buasir ker.....Kahkahkah....

Dah lame jugak tak jumpe Farah. Kali terakhir die datang Subang tak silap aku bulan tujuh ri tu kot. Memang kitorang utilize kan hujung minggu tu sama-sama. Tak lekat kat rumah lah kirenye. Masa mula-mula Farah nak pindah tu memang drama habis lah. Berjurai-jurai ayaq mata. Paling drama aku lah orangnya. Aiikk, macam tak tahu kak yus ni kan gembeng orangnya. Hahahahaha....Kitorang Tentoobies sentiasa merinduimu Farah. Maaflah plan skytrek kite bulan 12 ni tak menjadi. Kita plan hari lain. Tahun depan maybe...Huhuhu...


Inilah Cik Norma Liyana. Orangnya seayu dan secute namanya...


Akhirnya cik Noma kite berjaya jugak menawan Bukit Broga walaupun sepanjang pendakian asyik mengadu sleepy je. Pelik aku dibuatnya. Nasib lah tak bawak sleeping bag. Kalau tak mahunye die landing dulu sementara kitorang naik atas. Kahkahkahkah....Tu lah, hang tu x cukup fit cik Noma oiii...kekurangan oksigen katenye....



Ini pulak adik cinooo kite, Farah. Hahahahaha...Time ni jalan-jalan kat art gallery Shah Alam. Dulunya cik Farah kite ni tak se"slim" sekarang. Katenye dulu chubby. Tapi berkat kesungguhan die mengamalkan diet sihatnya, dapat jugak Farah bentuk badan yang diidam-idamkan. Hang chubby pun chomey Farah. Seriously!!! kak yus tak tipooo..hahahaha....



Itulah serba ringkas cerita tentang tiga ahli lain Tentoobies...Nanti kan entri Sayang Tentoobies (Part 3)..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan