Monday, 12 October 2015

Jejak JDT (Part 2)

Assalamualaikum...

Bertemu kite kembali dalam entri Jejak JDT bahagian yang kedua. Dimana ye kite 'pause' tempoh hari??? Klik sini

Hehehe..Nasi bontrot atau lebih dikenali dengan nasi berkat. Hurrmm..tak pasti lah sama ada sakit perut yang dialami kitorang ni datang daripada nasi kenduri kawen tu atau tidak.

Kite beralih dulu pada perjalanan kitorang yang seterusnya. Dalam lebih kurang pukul 3 lebih kami gerak balik ke JB. Kami menuju ke hotel Golden Leaf yang lokasinya terletak di area Skudai. Dekat dah dengan pintu masuk utama UTM. Proses searching dan booking semua sudah dilakukan oleh Amy awal-awal lagi. Die lah yang buat survey hotel-hotel budget yang ade di area Skudai tu. Dan akhirnya, Golden Leaf Hotel menjadi pilihan Amy untuk kami bertiga menginap semalam. Okay lah dengan harga RM85 semalam untuk tiga orang duduk. Ada satu katil saiz king yang boleh memuatkan dua orang tidur dan sebuah katil single. Boleh lah kan. Murah pun murah. So, ape yang kami expect kan sangat kalau masuk bilik hotel RM85. Asalkan dapat kami berteduh tu kira cukup baiklah. RM85 divide by three, so seorang keluar duit dalam RM28.30. Selesa pun selesa. Ade aircond, bilik air pun bersih. Just deko dalam bilik tu dan lorong sepanjang nak ke bilik hotel nampak tak berapa nak elok dan boleh aku katakan menakutkan jugak. Hehehe...



Inilah hotel yang kami bertiga menginap untuk semalam tu. Awal-awal lagi, kehadiran kami telah dialu-alukan oleh seekor anjing. Hahaha...

Masing-masing kepenatan...dan tak sabaq nak melantak nasi kenduri. Iyelah, masing-masing belum makan tengah hari. Last makan pun mase dorang sampai rumah aku pagi tu. Lepas prosess check in kami menuju ke bilik hotel kitorang. Masuk-masuk je terus menghenyakkan badan masing-masing ke atas katil. Empuknya...Bebel lah jugak sebarang dua tiga minit melihatkan keadaan bilik tu. Tapi kire okay lah tu. Aku yang sememangnya dah lapaq ni terus aje ajak depa berdua makan. So, makan lah kami bertiga nasi bontrot tu. Nyummm..nyumm..sedap jugak...

Selepas masing-masing dah memenuhkan perut yang sebelum ini kosong..ape lagi...mase untuk melanding lah..."Landing Time"..So, kami decide nak keluar after Maghrib. So, kitorang tidur lah dulu...Tak sampai beberapa minit, masing-masing dah di lamun mimpi nan indah. Kroiihh...Kroiihh..Kroihhh...

Dalam pukul 6 lebih, aku dah bangun sebab aku perasan aku tak solat Asar lagi. Sampai-sampai hotel je tadi terus mentekedarah dan membongkang. So, aku ambil wuduk dan solat Asar. Depa berdua still tidoq lagi. Nyenyak nampaknya depa berdua. Penat sangat tu. Nak dikejutkan pun rase macam kesian lah pulak. Hehehe...After solat tu aku duk lepak-lepak tengok tv. Sementara nak tunggu masuk waktu Maghrib. Kitorang buat jamak je.

Amy dan Norma bangun...Depa bergilir-gilir masuk bilik air membersihkan badan. Kitorang nak start dah ni JJCM di bandar JB. Hehehehe...Lepas masing-masing dah solat jamak, dalam pukul 8 malam kitorang otw ke bandar JB. So, first destinasi yang hendak dituju ialah Plaza Larkin. Kitorang nak makan kacang pool yang femes di bandar JB tu. Tapi saiiyyangg.......Plaza Larkin dah tutup. Punyelah hampa perasaan dan hati masing-masing. Dah lah abang Waze bawak kitorang jalan yang jauh. Entah mane lah die bawak kitorang masuk. Hampeh betol abang Waze ni tau. So, dengan hati yang agak kuciwa sebab tak dapat makan kacang pool, kami membawa diri lah pergi ke Dataran Johor Bharu. kat situ pun ade tempat-tempat makan. Ala-ala food truck. Steamboat lah yang paling banyak. So, kitorang bertiga terus menuju ke Dataran JB. Sampai-sampai je dah dapat parking. Alhamdulillah, dipermudahkan. Masuk area steamboat, memang orang dah sedia ramai. Alamak, ade ke tempat untuk kitorang makan ni. Huhuhu..Sedeh...Alhamdulillah, kitorang jumpe jugak satu meja yang baru dikosongkan. Syukurrr....

So, prosess membeli juadah untuk dinner kitorang bermula. Malam ni kami makan steamboat uolllss...Hehehe...Aku dan Amy duk usha-usha beberapa food truck yang menyediakan steamboat. Banyak betol. Noma pulak jage meja. Akhirnya, aku dan Amy pilih steamboat yang berdekatan dengan meja kitorang. Rambang mata dibuatnya bila nak pilih steamboat tu. So, kitorang amiklah yang sepatutnya. Jangan tamak haloba tau..nanti tak habis. Hahaha...Dinner kami malam tu bukan setakat steamboat je tau...Kami order jugak tauhu bakar dan rojak buah..Nyumm..nyummm...



Nyumm.nyummm..sedapnye..Tak silap aku total harga steamboat yang kitorang amik ni lebih kurang dalam RM25. Okay lah tu kan....Kuah pulak, ade kuah kacang dan kuah pedas. Boleh tahan pedas kuah-kuah ni. Dan saiiyyangnye, Cik Noma kite tak tahan dengan kepedasan kuah-kuah steamboat tersebut. Kasihan die.



Kitorang order jugak tauhu bakar dan rojak buah. Tapi saiiyyyangg..Cik Noma kite jugak tak tahan dengan kepedasan kuah-kuah rojak die. Lagi sekali, kasihan Cik Noma kite tu. Huhuhu...



Di sebabkan tahap kepedasan yang tak boleh dihandle oleh Noma, habis air kami diminumnya. Kesian. So, Amy order kan untuk Noma, Cakoi Bakar special untuk die. Yeaah..yang ni boleh lah cik Noma kite makan. Walaupun lepas bebrapa kunyahan, baru lah die terasa kepedasannya. Iye lah Noma oii, depa gune kuah rojak yang same kot. Hahaha..Sah-sahlah memang pedas. Kihkihkih...Hissshh, Noma ni tak boleh cari jodoh orang Johor ni. Kecik nanti hati mak mertua kalau tak makan masakan die. Hahahaha....Tacing mak mertuanya nanti.

Apa-apa pun, dinner kitorang malam tu sangat yummmeeehhh baby.....Masih lagi terbayang-bayang keenakkan rojak buah dan kerangupan tahu bakar. Sedapnyeeeeee....


Wefie semestinya takkan ketinggalan bagi kitorang bertiga malam tu. Hehehehehe....

Lepas dah memanjakan perut masing-masing dengan makanan yang sedap-sedap, ape lagi dah sampai Dataran JB kan, tak sah lah kalau tak ambik gambar wefie kat jam besar tu. Hahahaha...


Sebagai tanda kenang-kenangan....

So, next destination???? Danga Bay...

Hurrmmm, aku yang dah lame tak turun JB ni agak terperanjat dengan perubahan yang berlaku terhadap kawasan sekitar Danga Bay. Korang bayangkan, kalau dulu di sepanjang jalan nak ke Danga Bay, kite akan disajikan dengan pemandangan laut Pantai Lido. Namun, kini tidak lagi. Habis kawasan sekitar Danga Bay telah ditambak dengan pasir. Dan tak silap aku, bakal didirikan sebuah bangunan di situ. Mungkin jugak Mall...Dan mungkin juga sebuah apartment mewah. Dan tak keterlaluan kalau aku katakan yang Johor akan betul-betul berdekatan dengan Singapura tak lama lagi. Silap-silap selangkah je diperlukan untuk ke Singapura. Hohohoho....

Okaylah, kite abaikan kemajuan yang sedang dibangunkan oleh kerajaan Johor tu buat seketika dulu. Kalau kemajuan yang dilakukan itu mendatangkan keuntungan dan kesejahteraan terhadap rakyatnya, aku bersyukur sangat-sangat. Aku sebagai anak jati Johor berbangga dengan ape yang dilakukan oleh mereka semua. Kalau sebaliknya, hanya Allah lah yang dapat memelihara kami semua daripada perkara yang tidak elok. Amiinn...

Apa yang kami buat di Danga Bay ni??? Dah alang-alang sampai kan, so kene lah masuk jugak. Actually, pada ketika ini Amy dan Noma sudah mula diserang sakit perut. Namun idoklah teruk mane. Bile rase sakit itu datang, toilet la yang depa cari. Hehehe....

Actually, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Danga Bay ni. Danga Bay jugak adalah salah satu tempat untuk warga-warga Johor bersantai bersama keluarga mereka di malam minggu. Selain daripada Dataran Johor Bharu. Malam tu tak berapa ramai orang. Kitorang bergerak menuju ke satu kawasan yang agak luas. Di situ terletaknya satu kenderaan berbetuk bulat. Aku tak tahu ape name bende alah ni. Nampak macam menarik. So, kitorang decide nak naik. Makk aiii, mase mula-mula naik tu asyik ketawa je kitorang bertiga. Meriah kawasan sekitar tu dengan suara gelak ketawa kitorang je. Kenderaan tu berbentuk bulat dan boleh dinaiki oleh dua orang dalam satu mase. Ade joystick disedikan untuk menentukan arah kanan atau kiri kenderaan itu. Memang aku dan Amy asyik ketawa je time mula-mula naik bende tu. Rase macam nak terbalik pun ader.  Tapi memang kelakar lah. Orang sekeliling duk tengok kami naik bende alah tu. Lepas tu, Noma pulak naik dengan Amy. Aku snap momen-momen dorang berdua. Lepas je kitorang naik kenderaan tu, berduyun-duyunlah orang lain nak naik jugak. Perghh, maknenye kami bertiga ni membawa aura keuntungan pada pengusaha permainan kenderaan tu pada malam itu. Hahaha...Seriously, kawasan yang agak sunyi pada mulanya akhirnya bertukar kepada kawasan yang agak meriah. Hahahaha....


Menatang ni lah yang kitorang naik tu. Lawak habis time tu. Sokmo gelak je kojenya. Mujurlah Amy expert mengemudi menatang tu. Hahaha..Caya lah Amy...


Wajah-wajah keterujaan masing-masing...



Actually, malam tu kitorang naik lagi satu mainan yang ade dalam taman tema tu. Ape entah namenye..Aku pun lupe. Videonye ade pade simpanan Noma. Nanti aku upload. Best sangat malam tu...Lame jugak kami habiskan mase kat Danga Bay tu. After dah puas kat Danga Bay, Amy ajak p Dataran Takhta Johor (Aku tak tahu name sebenar dataran ni). Kitorang kene buat u-turn sebenarnya untuk ke dataran tu. Malangnya, kitorang terlajak dari pusingan U tu. Makanya, kami dalam kesesatanlah. Tup-tup terus sampai ke pusat bandaraya. Then, tetiba je dah masuk ke Bazar Karat. So, nak tak nak destinasi seterusnya Bazar Karat lah. Hehehe...Dan di Bazar Karat inilah, kesakitan sakit perut yang luar biasa di alami oleh Amy. Macam mane Amy mengatasi rase sakit yang di alaminya itu? Dapatkah Amy melepaskan hajatnya? Dimana kah dan bagaimanakah? Aku dan Noma macam mane pulak? Tak rase sakit ke seperti yang di rasakan oleh Amy tu? Jawapannya akan diketahui di entri seterusnya, Jejak JDT (Part 3).

No comments:

Post a Comment