Sunday, 4 October 2015

Jerebu Oh Jerebu!!!!

Jerebu oh jerebu....

Ya...negara kite sekarang sedang di landa jerebu yang teruk. Ianya terjadi ekoran daripada pembakaran ladang secara meluas di negara jiran kita iaitu Indonesia....kesan pembakaran dibawa oleh angin ke negara kita dan juga Singapura.

Ekoran daripada itu juga Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan pekeliling mengarahkan sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia ditutup selama dua hari bermulai esok (04-05/10/2015). Bacaan IPU di beberapa tempat di Malaysia menunjukkan bacaan yang sangat tidak sihat. Tak silap Cik CT jugak, bacaan IPU di kawasan Shah Alam dan sekitarnya ialah 200 lebih, iaitu bacaan yang sangat tidak sihat.

Benar...kalau dilihatkan keadaan diluar rumah Cik CT sekarang ni memang berjerebu. Berkabus...serta berbau asap. Sakit tekak dan sakit mata Cik CT dibuatnya. Pandangan pun kabur dan tak berapa jelas. So, sentiasalah memakai penutup hidung(mask) jika keluar rumah.

Sebut pasal penutup hidung ni...Cik CT memang wajib kene pakai satu. Cik CT kan pergi kerja bawak motor. Sah-sah lah memang kene kesan jerebu ni. Tapi, Cik Ct ni degil orangnya.. Tak pakai pun penutup hidung tu. Housemate Cik CT pun dah bising. Okay-okay.....esok Cik CT start pkai k. Ade je penutup hidung tu kat opis. Cik CT mintak satu dari lab. Hehehe.......

Okay...sebut pasal budak-budak sekolah diberi cuti ekoran daripada kesan jerebu ni..nampaknya ade pihak yang tak puas hati. Hehehe..pihak-pihak yg berkenaan tu mestilah pekerja-pekerja dan jugak pelajar-pelajar universiti (termasuklah Cik CT) ...Ayat yang biasa akan didengar ialah "iyelah...budak-budak sekolah je yang ade peparu, kita-kita ni pekerja tak ada peparu..kita bernafaskan lalu dok insang.." Hahahahha....lawak pulak rasenye....

Actually...memang budak-budak sekolah je lah yang cuti sbb yang keluarkan arahan tu KPM. Sah-sah dorang lah yang jaga kebajikan budak-budak sekolah....kalau student-student ipta dan ipts nak jugak cuti, kenelah mintak dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kalau pekerja-pekerja di luar sane yang mcm aku ni nk mintak cuti jerebu kene lah mintak dengan majikan masing-masing pulak....aaaa...yang tu baru lah betol...tapi bertuah lah sangat kalau majikan-majikan di luar sane nk kasi cuti kan...macam bos aku...hurmm...xdenye company nk shutdown..kalau shutdown pun confirm lah gaji kene tolak..isshh..taknaklah saya...hahaha...baiklah Cik CT pergi keje tu. Duk dalam opis je kot. Ade aircond kot..just kalau kat luar je lah. Kene lah pkai mask..

So, jangan lupe pulak esok kerje ye uollss..bertabahlah semua ya..hahahahahahaha.....(jahat tau Cik CT ni)


No comments:

Post a Comment