Sunday, 24 May 2015

Hiking Broga Hills

Assalamualaikum........

Last Sunday tempoh hari, pada tarikh 17/05/2015, aku dan Cik Nom pergi hiking Bukit Broga tau. Bersama kami juga ade Amy, along;kakak kepada Amy, dan juga Nani, kawan sekuliah Amy...Actually, Amy yang ajak join pergi hiking ni...Lagipun, aku tak pernah lagi mendaki Bukit Broga ni..Orang kata tempatnya cantik..hijau...trek pun senang, mudah bagi individu yang mahu berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki bukit dan gunung...

Sebelum itu, macam biasalah aku nak review sikit tentang Bukit Broga dengan berbantukan pertolongan Uncle Google...

Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih. Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta, berjumpa dengan Kampung Tarun dan seterusnya Balai Polis Broga sehinggalah masuk ke sempadan Negeri Sembilan.

Jalan menuju ke Broga berliku-liku yang mempunyai likuan maut di mana-mana. Pandulah kereta sekitar 50 km/j sahaja jika berada di sini. Namun begitu di sinilah letakknya projek perumahan berprestij yang dinamakan Taman Tasik Semenyih.

Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.
Beroga berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman.
Sumber boleh didapati di http://ms.wikipedia.org/wiki/Broga

Baiklah, seterusnya aku nak bercerita sikit mengenai perjalanan aku dan Cik Nom ke Bukit Broga ni dulu..Kami berdua berjanji dengan Amy akan berjumpa di Putrajaya, rumah along. Katanya Putrajaya dengan Semenyih dah dekat dah. So, lebih kurang pukul 4 pagi kitorang bangun. Dalam pukul 4.30, kitorang otw ke Putrajaya. Risau jugak sebenarnya takut tak sedar pagi tu. Almaklumlah, kitorang berdua tido dah lewat..sebab apa? sebab malam tu kitorang g round KL tengok busking performance..hahaha...
Dalam lebih kurang pukul 5.30 kitorang sampai ke Putrajaya then terus bergerak follow Amy ke Semenyih. Plan nak solat subuh kat atas tu tapi plan nampaknya tak terlaksana sebab kitorang bergerak agak lewat..so, kitorang solat subuh je dulu di masjid yang berhampiran....
Dalam lebih kurang 15 minit, tak silap masa tu pukul 6 kitorang akhirnya sampai ke kawasan pintu masuk Broga...Seriously, banyak kot kereta...ramai orang...hehehehe...kitorang park kereta kat ladang kelapa sawit ..tak tahu milik siapa dan dikenakan charge RM2. pergh..untong kot...Penuh kot ladang kelapa sawit tu dengan kereta-kereta yang datang nak naik Broga tu.
Berpandukan suluhan lampu dari telefon bimbit masing-masing, kitorang berlima bergerak menuju ke destinasi. Jangan risau, orang ramai....Alhamdulillah, dalam pukul 8 juga kitorang akhirnya sampai kat atas. Kalau tak, sebenarnya boleh sampai lagi awal..tapi disebabkan ada perkara yang tak dapat nak dielakkan sepanjang perjalanan naik tu, kitorang tiba kat puncak tu lewat sikit...tapi apa-apa pun kitorang dah berjaya jugak mendaki Bukit Broga..yesss....
Ya Allah...cantiknya pemandangan Bukit Broga. Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Uolllss...lihatlah sendiri ye....Enjoy ur eyes.....




Kami berada di puncak..Yahhhooo...


Ini lah Cik Nom....


Ini pulak Amy....Kawan Cik Nom...


Ini pulak Nani...bukan tuan empunya rusa dalam lagu Anak Rusa Nani tu tau...Nani ni kawan kepada Amy....


Lihatlah Dunia....Indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa...


Aku dan Cik Nom.....


Cik Nom dan Amy....


Indahnya.....Best la kalau boleh buat sebijik rumah kat sini...hahaha...


Motipppp...



Krikkk..Kkriikk...


Awan yang membiru....


Ini bukan batu belah batu bertangkup tu tau...ala, yang mak pekan suruh mintak batu tu telan die....motipp sangat....





Puncak Broga yang ketiga...sebenarnya ada lagi dua puncak tinjau...tak sempat nak amik gambo...


Finally..we are here....




Apakah?????


Wow...Amy bertapa di atas langit....








Macam tengah buat iklan.....


Shooting filem hindustan....




Aku suka gile gambar ni....cantik kan....


Dan juga gambar ini..weolllss look gorgeous right??? nampak flawless giteww....

Alhamdulillah, sebuah lagi bukit di Malaysia berjaya diterokai..InshaAllah, kalau ada kelapangan dan keizinan lagi, kitorang nak naik lagi untuk yang kedua kalinya...Melihat dan menghayati anugarah ciptaan Yang Maha Esa. Masing-masing dapat mendengar degupan jantung yang laju semasa mendaki bukit..Dapat menghirup udara pagi yang segar dan melihat kehijauandan pemandangan yang cukup memukau dan indah...Allahu Akbar!!!
Membuatkan kita berfikir sejenak dan insaf dengan nikmat yang diberikan Tuhan kepada kita, hamba-hambaNya. Oleh itu, marilah kita sama-sama bersyukur kepadaNya dengan segala limpahan kurnia yang diberikan kepada kita semua...Alhamdulillah.....


No comments:

Post a Comment