Friday, 12 December 2014

Sukarnya Kau Ucap Kata Cinta....


Mengapa teramat sukar
Untukmu mengucapkan kata cinta padaku
Kau biarkan aku tertungu-tunggu
Ke mana perginya keberanianmu
Selalunya kau tak begitu

Aku tahu kau menyimpan perasaan terhadapku
Aku juga begitu
Namun kau masih tetap begitu
Berdiam diri

Tak mungkin
Untuk aku memulakannya dulu
Kau lelaki
Seharusnya kau memulakannya dahulu
Meluahkan rasa hatimu

Jika dirimu berterusan begitu
Tidak dapat lagi
Kupastikan hatiku
Masih ada untukmu
Atau tidak lagi
Maafkan aku tika itu......

No comments:

Post a Comment