Monday, 25 August 2014

Bab 6

Dumm....

Bunyi pintu bilik dihempas dengan kuatnya. Terperanjat semua staf Megah Bersatu dengan bunyi itu...Nampak gaya macam bos mereka sedang mengamuk..

Di dalam bilik pengarah projek, Akmal bagaikan cacing kepanasan. Mukanya merah menyala. Dia betul-betul bengang dengan apa yang telah berlaku. Tidak disangka perempuan itu boleh mengadu hal itu kepada ayahnya.

"Tak sangka aku..perempuan tu memang saja cari nahas dengan aku lah...siap kau perempuan. kaki mengampu..." bebel Akmal sambil mengepal-ngepal penumbuknya.

Kejadian dia dimarahi oleh ayahnya pagi tadi bermain-main lagi di kepalanya...

Imbas kembali......

"Masuk...."

Suara Datuk Hisyam kedengaran jelas daripada luar. Terus Akmal memasuki bilik itu selepas mendapat kebenaran dari empunya suara itu tadi.

Wajah ayahnya kelihatan sangat serius. Ayahnya masih lagu senyap sambil sedang membelek-belek fail dan satu lembaran kertas besar berwarna putih.

"Eh..macam kenallah kertas tu.." Detik Akmal di dalam hatinya.

"Akmal, what are you trying to do? Can you explain to me what the conclusion of your discussion with the designer from Bersatu Holding? What the reason and purpose from your worst suggestion?" Soal Datuk Hisyam tegas kepada anaknya. Tercengang seketika Akmal melihatkan akan ketegasan ayahnya itu..


"Tok..Tok..."

Kendengaran bunyi pintu bilik Akmal diketuk dari luar. Hilang lenyap segala imbasan yang bermain-main di kepalanya tadi.

"Ish..siapa pula ni...wrong timinglah datang bilik aku waktu macam ni." Bebel Akmal sendirian. Pantang betul dia bila ada yang mengganggu di kala waktu dia di dalam keadaan kusut sekarang.

"Yes..Coming..." Laung Akmal dari ruang biliknya..

Terjengul kepala Luqman dari balik pintu itu. Ohh...Rupa-rupanya Luqman yang datang mengganggu dirinya. Elok bebenar lah tu. Dia pun tengah kusut ni. Akmal hendak mengajak rakan baiknya itu keluar berjalan-jalan bagi melepaskan tensionnya...

Tanpa sempat Luqman duduk di kerusi empuk pejabat Akmal, terus saja tangannya ditarik oleh sahabatnya itu menuju ke luar. Terkocoh-kocoh pergerakan Luqman. Hampir saja dia jatuh tersembam di atas permaidani empuk pejabat milik sahabat baiknya itu...

"Wei ..wei..bro....Kau dah kenapa ni bro...Relakslah..." Marah Luqman sambil menarik tangannya dari dicengkam kuat oleh Akmal. Boleh tahan kuat cengkaman tangan si Akmal ni. Nasiblah aku ni lelaki..kalau tangan perempuan yang dipegangnya itu mahu berbiru....berbirat...Akmal..Akmal...Itulah perangainya..berhangin satu badan....

Akmal melepaskan pegangan tangannya lalu terus meluru keluar dari kawasan pejabat menuju ke lif. Luqman apa lagi cepat-cepat mengekori dari belakang kelibat sahabatnya itu. Di lihatnya staf-staf yang lain menjeling sinis melihatnya. Ada juga yang menggelengkan kepala melihat gelagat mereka berdua.

"Ish..ni mesti ada yang nak buat mesyuarat tingkap lunck nanti..nak menganyam ketupat le teww...." bebel Luqman.

Dia masak sangat dengan perangai akak-akak senior staf Megah Bersatu Holding ni. Suka sangat bergosip...Tapi tak semualah...Ada sesetengahnya sahaja...Janganlah pulak ada yang mengata perihal tentang dirinya dan Akmal...Memang tidak diakui dia dan Akmal tersangatlah rapat. Merekaa berdua memang rapat sejak dari zaman persekolahan lagi. Sentiasa bersama sehinggalah mereka menginjak dewasa dan menyambung pelajaran masing-masing di luar negara. Akmal adalah seorang sahabat yang sangat baik dan setia. Walaupun Akmal anak orang berada, tapi dia tidak sombong..tidak berlagak..sentiasa merendah diri dan suka menolong orang lain. Termasuklah dirinya...

Luqman bukanlah datang dari keluarga yang senang. Arwah ayah dan ibunya seorang petani. Mereka tinggal di rumah pusaka peninggalan datuknya. Dia mempunyai tiga orang beradik. Ketika dia sendiri di sekolah tidak ada sesiapa yang mahu berkawan dengannya kerana dia seorang yang miskin, Akmal lah orang pertama yang menyapanya. Dengan berpakaian seragam sekolah yang bersih dan cantik, Akmal menegurnya dengan ramah. Dari saat itulah persahabatan mereka berdua sangat akrab sehinggalah mereka berdua menginjak dewasa. Keluarga Akmal juga banyak membantu Luqman adik beradik. Datuk Hisyam dan Datin Habibah juga sudah menganggapnya seperti anak kandungnya sendiri.

Kini, Luqman juga sudah berjaya menjadi seorang doktor berkat bantuan Akmal dan keluarganya. Luqman akan sentiasa ingat jasa baik keluarga Akmal membantu dia adik beradik setelah ketiadaan kedua orang tuanya.

"Pin..pin...pinnnnnnnnnnnnnnnn" bunyi hon kereta yang berterusan menyentakkan lamunan Luqman.
Dia terperanjat dan menoleh kiri dan kanan. Ternampak di hadapan matanya Akmal dengan mata yang terjegil memandangnya.

"Woi Luq..apa kau buat tu..Cepatlah naik...lama aku tunggu..aku tengok je kau mengelamun kat situ..Dah.cepat naik.." Jerit Akmal satu oktaf dari dalam kereta.

Luqman dengan kelam kabutnya berlari ke arah kereta Audi 6 milik Akmal dan terus memasuki tempat duduk sebelah. Dalam-dalam dia mengelamun tadi kakinya tetap juga berjaya mengiringi langkah Akmal..

Kereta Akmal terus bergerak laju membelah jalan raya yang agak lengang. Mana taknya baru pukul 10 pagi. Belum masuk waktu lunch lagi. Mujurlah syarikat ini Akmal yang punya. Kalau tidak jangan harap hendak mengular...

Kemanalah agaknya dibawa keretanya dan Luqman tu....Akmal..Akmal...


"Kau dah kenapa ni Akmal? Apa problem kau lagi ni? Aku tengok kau ni kusut semacam je. Cuba kau cerita dengan aku apa masalah kau ni." Tanya Luqman lagi pabila melihatkan Akmal yang kelihatannya tersangatlah kusut. Kasihan pula dia melihat situasi sahabat baiknya itu.

Sejak dari mereka sampai tadi, Akmal kelihatan senyap. Tidak bercakap walau sepatah apa perkataan pun. Gayanya seperti sedang memikirkan sesuatu yang sangat penting.

 Akmal memandang Luqman dengan pandangan yang sayu...Perlahan-lahan dia menghembuskan nafas perlahan.

"Luq..kau percaya tak orang yang dah mati boleh hidup kembali?" tanya Akmal setelah lama mendiamkan diri.

Luqman pelik dengan soalan yang dilontarkan rakannya itu.

"Kau sendiri macam mana? Percaya orang yang dah mati tu boleh hidup semula?" jawapan yang diberi dijawab dengan soalan dari Luqman.

Akmal kelihatan sedikit resah.

"Aku tak percaya. Orang yang sudah tiada tu tak akan ada lagi di dunia ini." jawab Akmal lesu.

"Done...kau sendiri dah dapat jawapannya." kata Luqman.

"Kenapa ni Mal? Kau teringatkan Ilyana ke?" serkap Luqman.

"Entah lah Luq. Sejak akhir-akhir ni aku selalu teringatkan arwah Ilyana. Serasa macam dia ada dekat dengan aku." Luah hati Akmal.

Oooo..perkara itu yang meresahkan sahabatnya itu.

Ilyana, Nur Ilyana..namanya juga seindah orangnya. Perilakunya yang lemah lembut bisa membuatkan semua hati lelaki cair. Sesiapa yang memandangnya pasti akan terpesona. Ilyana mempunyai auranya yang tersendiri. Ilyana merupakan junior kepada Akmal sesama di universiti dulu. Mereka berkenalan semasa program sesi suai kenal pelajar-pelajar Malaysia. Kali pertama Akmal memandang wajah Ilyana terus dia jatuh hati. Dan dengan penuh keberaniannya dia cuba untuk mendekati gadis comel molek itu.

Pada mulanya Ilyana menolak cinta Akmal. Tetapi melihatkan kesungguhan Akmal, akhirnya Ilyana menerimanya. Mereka merupakan pasangan kekasih yang ideal. Ramai juga yang mencemburui hubungan mereka. Sampai ada yang cuba untuk memecah belahkan hubungan mereka. Namun itu semua tidak sekali pun menggoyahkan kisah cinta mereka. Namun, satu tragedi menyebabkan hubungan mereka putus begitu sahaja. Tragedi yang sangat meruntunkan hati Akmal. Hanya Luq yang berada bersamanya ketika itu membangkitkan semula keyakinan Akmal.

"Arwah dah lama pergi Mal. Kau doakanlah dia bahagia dan dirahmati di alam sana. Dan kau di sini patut teruskan hidup kau. Ermm..apa kata kau cari pengganti?" soal Luqman tiba-tiba membuatkan Akmal menjegilkan matanya.

"Arwah Ilyana tiada penggantinya Luq. Aku susah nak terima wanita lain buat masa sekarang. Tapi kau nak tahu...kau nak tahu apa sebabnya aku kusut macam ni?" tanya Akmal kepada Luqman.

Luqman menganggukkan kepalanya. Sedia mendengar luahan perasaan kawannya itu.

...............................................................

"Kau ingatkan lagi ayah aku ada minta aku handle satu projek ni?" tanya Akmal.

"Yup..ada..kenapa dengan projek tu?" soal Luqman pula. Pelik dia apa kene mengena projek tu dengan arwah Ilyana...

"Aku deal dengan sorang designer dari Bersatu Holding ni. Dan kau nak tahu, wajah perempuan designer tu seiras dengan wajah arwah beb.." kata Akmal lagi sambil meraup mukanya lesu.

"Seriously...ada seseorang yang menyerupai wajah arwah Ilyana...Wah..aku ingatkan mitos je yang kata dalam dunia ni ada tujuh wajah yang sama. Tak sangka pula aku. So, inilah perkara yang menyebabkan kau kusut ye..wajah perempuan tu mengingatkan kau pada arwah." kata Luqman panjang lebar.

"Ya...waktu mula-mula aku jumpa perempuan tu dekat tepi pantai. Masa tu dia sedang mengejar seorang budak perempuan. And entah bila tiba-tiba dia terlanggar aku. Bedebuk jugaklah dia jatuh. Aku apa lagi..buatlah muka kerek aku. Boleh tahan juga lasernye mulut perempuan tu. Aku cakap sepatah, berpatah-patah dia balas balik aku. Dia sangat lain dengan arwah. Arwah orangnya lembut dan peramah. Perempuan ni nampak kasar dan agak boyish." ceria wajah Akmal pabila dia menceritakan semula detik-detik dia berjumpa dengan perempuan yang menpunyai wajah seiras arwah Ilyana. Luqman senang melihat perubahan Akmal yang tiba-tiba mendadak itu.

"Perempuan tu dah kahwin ke? Sebab kau kata tadi dia sedang kejar sorang budak perempuan." tanya Luqman lagi ingin tahu dengan lebih lanjut cerita Akmal.

"Mula-mula aku ingat perempuan tu dah kahwin. Tapi rupa-rupanya budak perempuan yang dikejar tu anak saudara dia. And budak perempuan tu sangatlah comel. Dalam dia tengah mengusik makcik dia tu, aku pun terus blah lah dari situ. Aku takut aku tak dapat nak kawal diri aku kalau aku betul-betul ingat perempuan itu adalah arwah. Luq. Dan dari saat itu, aku berdoa agar aku tak jumpa lagi dengan perempuan tu." Ujar Akmal dengan raut wajah yang tiba-tiba sedih. Cepat betul ekspresi wajah Akmal berubah.

"Tapi, segala yang berlaku memang telah ditentukanNya. Aku ditakdirkan berjumpa lagi dengan perempuan tu. Dia adalah designer mewakili syarikat Megah Holding. Terperanjat aku bila jumpe dia lagi. Aku tak tahu sama ada dia masih lagi ingatkan kejadian di pantai tu lagi atau tak." kata Akmal lagi.

Luqman yang sedari tadi setia mendengar luahan dan cerita sahabatnya tersengih lebar. Mungkin ada petunjuk dari Tuhan untuk sahabatnya itu. Cuma apa petunjuknya dia tidak tahu.

"Mungkin kau dah ditakdirkan berjodoh dengan dia kot." serkap Luqman sambil mengenyitkan matanya.

"Arghh..merepeklah kau ni...Aku sure perempuan tu mesti meluat dengan aku lah." kata Akmal lagi.

"Aikkk..kenapa pula? Apa yang kau dah buat? Kalau setakat hal dekat pantai tu takda apa-apa masalah yang aku nampak pun." tanya Luqman pelik.

"Aku reject design yang dia buat. Then, aku minta dia design semula yang baru." kata Akmal selamba sambil tersengih.

"And tak pasal-pasal perempuan tu mengadu kat ayah aku and apa lagi mengamuklah orang tua tu." Kata Akmal lagi.

"Oh God..Akmal...Apa pasal kau buat macam tu. Kau ni sengaja cari pasal lah...Sekarang kau benganglah perempuan tu mengadu hal ni kat ayah kau kan. Tu yang kau hangin satu badan." serkap Luqman lagi.

Tahu benar dia perangai Akmal yang suka mencari pasal tu. Tapi Akmal bukan jenis yang suka main-main dalam kerjanya. Dia seorang yang cukup serius. Dia akan menyelidiki dulu projeknya sebelum membuat sebarang keputusan. Bukan terus decide membabi buta.

"Aku saja je nak sakat Nur Rindhiana tu...Tapi siaplah perempuan tu.." kata Akmal sengih. Macam-macam perancangan yang bermain di kepalanya ketika ini.

Owh...Nur Rindhiana rupanya nama perempuan tu. Sedap namanya dan mungkin secantik juga orangnya. Macam arwah Ilyana. Dan apa yang membimbangkan Luqman kiniialah apa yang hendak dilakukan oleh Akmal kepada gadis yang bernama Nur Rindhiana itu. Akmal ni bukan boleh percaya sangat. Dah lama benar tak datang perangai gila-gilanya itu. Nampak gaya kucar kacirlah hidup perempuan tu nanti. Macam apa yang Akmal buat pada arwah. Sampai menangis arwah disakatnya. Tapi itulah juga yang membuatkan arwah lebih rapat dengan Akmal.

Terdetik dalam hati Luqman mengatakan bahawa Nur Rindhina itu boleh membawakan kebahagian yang selama ini hilang dari sahabatnya itu. Kuat hati Luqman berdetik. Doanya agar ada sinar kebahagian yang menerangi hidup sahabat baiknya itu.......

............................................................................................






No comments:

Post a Comment