Tuesday, 26 August 2014

Di sebalik Kejadian MH370

Aku tertarik dengan satu artikel yang aku copy paste dari blogger lain. Rasanya semua blogger dan reader lain tahu tentang teori ini....

Yok..kita selami dan fahaminya..............

 TEORI MH370
 
MH370... Apakah teori ini benar atau sekadar teori?

Seorang warga Malaysia, Abdul Majdi Hasan di akaun Facebooknya mendedahkan teori rampasan MH370 oleh US dan Israel.Topik ini sedang hangat di laman sosial berdasarkan peistiwa semasa yang berlaku antara Taliban-US-China.

Apakah mungkin perkongsian beliau ini merupakan salah satu daripada kejadian sebenar dan rahsia yang disimpan oleh pihak kerajaan seperti yang didakwa media antarabangsa?


BONGKAR !!! Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder pesawat MH370?? | Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:

Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (Command N Control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

    Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014.

Tiada liputan dalam peristiwa ini.
Sila Rujuk (http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html.)

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga “Iran” dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

    Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen.

Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik.

Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.

    Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.


Jangan percaya cerita?

Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).Siapa Edward Snowden?.. Rujuk Edward Snowden (Wikipedia)

#Copy Paste..........

Ermmmm...aku tak tahu nak comment ape..Semua kejadian yang berlaku ni mungkin ada hikmah di sebaliknya. Hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Apa-apa pun kite berbalik semula pada yang pencipta. Lihat semula apa kekurangan yang ada pada diri kita...Mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada kita. Yang selama ini kita tak nampak....

Wallahualam bissawab.....

Raya Revongen Corporation 2014

Sabtu ri tu company buat jamuan hari raya. Buat hari Sabtu coz hari tu waktu bekerja. Separuh hari je kijennye. Dari pukul 8.30 smpai pukul 1. Bapaklah bosan bile kije ari Sabtu ni. Serius tak tahu nak buat apa and punyelah asyik bebeno tengok jam..Bile lah nak pukul 1 ni. Terasa lame wei berbanding hari-hari biasa....

Jamuan tu start pukul 11.30 sampailah pukul 1 ptg. Kak Eza dan Hezuani yang setelkan semuanya. Kitorang bagi je la duit. Ari tu kitorang dijamukan dengan nasi tomato, sate ayam dan daging, kuih muih dan kek secret recipe. Siap ade kek bagai. Aku just melantak sate je..Nasi tomato tak makan...malu katenye..hahahaha...tak lah...sebab apa tak makan sebab perut buat hal la plak time tu. Sebu semacam je. tu yang tak makan pun...ruginye la hai...

Ni ha gambar-gambar yang sempat di ambil semasa hari kejadian.
Tukang amik gambarnya si Hafiz, budak sales.

 Masing-masing sedang mencedok juadah.....Makan jangan tak makan....

 Amboi.....

 Mulut penuh dengan sate ayam dan daging....

 Siap boleh duduk lagi tu kak Siti Finance...Kerusi tak cukup katenye....


Ni CEO Revongen, Mr Law dan isterinya, Ms Foo....

 3 orang kuat Finance....
 Budak-budak lab Reszon

 Budak-budak lab tissu culture...geng aku ni...

 Di akhir majlis...sempat tu amik gambo....

 Keke Selamat Hari Raya Revongen 2014...Banana coklat from secret recipe...Aiii..Terliur lah plak....Balik kije ni singgah sat lah beli chocolate indulgence....

Antara orang kuat majlis ni...

Itu aje lah gambo yang aku rase nak download..banyak lagi gambonye..tp malaslah pulak..cukup lah...So, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014..Maaf Zahir Batin...
InshaAllah, jumpe plak di majlis hari raya company tahun depan....InshaAllah.....


Monday, 25 August 2014

Bab 6

Dumm....

Bunyi pintu bilik dihempas dengan kuatnya. Terperanjat semua staf Megah Bersatu dengan bunyi itu...Nampak gaya macam bos mereka sedang mengamuk..

Di dalam bilik pengarah projek, Akmal bagaikan cacing kepanasan. Mukanya merah menyala. Dia betul-betul bengang dengan apa yang telah berlaku. Tidak disangka perempuan itu boleh mengadu hal itu kepada ayahnya.

"Tak sangka aku..perempuan tu memang saja cari nahas dengan aku lah...siap kau perempuan. kaki mengampu..." bebel Akmal sambil mengepal-ngepal penumbuknya.

Kejadian dia dimarahi oleh ayahnya pagi tadi bermain-main lagi di kepalanya...

Imbas kembali......

"Masuk...."

Suara Datuk Hisyam kedengaran jelas daripada luar. Terus Akmal memasuki bilik itu selepas mendapat kebenaran dari empunya suara itu tadi.

Wajah ayahnya kelihatan sangat serius. Ayahnya masih lagu senyap sambil sedang membelek-belek fail dan satu lembaran kertas besar berwarna putih.

"Eh..macam kenallah kertas tu.." Detik Akmal di dalam hatinya.

"Akmal, what are you trying to do? Can you explain to me what the conclusion of your discussion with the designer from Bersatu Holding? What the reason and purpose from your worst suggestion?" Soal Datuk Hisyam tegas kepada anaknya. Tercengang seketika Akmal melihatkan akan ketegasan ayahnya itu..


"Tok..Tok..."

Kendengaran bunyi pintu bilik Akmal diketuk dari luar. Hilang lenyap segala imbasan yang bermain-main di kepalanya tadi.

"Ish..siapa pula ni...wrong timinglah datang bilik aku waktu macam ni." Bebel Akmal sendirian. Pantang betul dia bila ada yang mengganggu di kala waktu dia di dalam keadaan kusut sekarang.

"Yes..Coming..." Laung Akmal dari ruang biliknya..

Terjengul kepala Luqman dari balik pintu itu. Ohh...Rupa-rupanya Luqman yang datang mengganggu dirinya. Elok bebenar lah tu. Dia pun tengah kusut ni. Akmal hendak mengajak rakan baiknya itu keluar berjalan-jalan bagi melepaskan tensionnya...

Tanpa sempat Luqman duduk di kerusi empuk pejabat Akmal, terus saja tangannya ditarik oleh sahabatnya itu menuju ke luar. Terkocoh-kocoh pergerakan Luqman. Hampir saja dia jatuh tersembam di atas permaidani empuk pejabat milik sahabat baiknya itu...

"Wei ..wei..bro....Kau dah kenapa ni bro...Relakslah..." Marah Luqman sambil menarik tangannya dari dicengkam kuat oleh Akmal. Boleh tahan kuat cengkaman tangan si Akmal ni. Nasiblah aku ni lelaki..kalau tangan perempuan yang dipegangnya itu mahu berbiru....berbirat...Akmal..Akmal...Itulah perangainya..berhangin satu badan....

Akmal melepaskan pegangan tangannya lalu terus meluru keluar dari kawasan pejabat menuju ke lif. Luqman apa lagi cepat-cepat mengekori dari belakang kelibat sahabatnya itu. Di lihatnya staf-staf yang lain menjeling sinis melihatnya. Ada juga yang menggelengkan kepala melihat gelagat mereka berdua.

"Ish..ni mesti ada yang nak buat mesyuarat tingkap lunck nanti..nak menganyam ketupat le teww...." bebel Luqman.

Dia masak sangat dengan perangai akak-akak senior staf Megah Bersatu Holding ni. Suka sangat bergosip...Tapi tak semualah...Ada sesetengahnya sahaja...Janganlah pulak ada yang mengata perihal tentang dirinya dan Akmal...Memang tidak diakui dia dan Akmal tersangatlah rapat. Merekaa berdua memang rapat sejak dari zaman persekolahan lagi. Sentiasa bersama sehinggalah mereka menginjak dewasa dan menyambung pelajaran masing-masing di luar negara. Akmal adalah seorang sahabat yang sangat baik dan setia. Walaupun Akmal anak orang berada, tapi dia tidak sombong..tidak berlagak..sentiasa merendah diri dan suka menolong orang lain. Termasuklah dirinya...

Luqman bukanlah datang dari keluarga yang senang. Arwah ayah dan ibunya seorang petani. Mereka tinggal di rumah pusaka peninggalan datuknya. Dia mempunyai tiga orang beradik. Ketika dia sendiri di sekolah tidak ada sesiapa yang mahu berkawan dengannya kerana dia seorang yang miskin, Akmal lah orang pertama yang menyapanya. Dengan berpakaian seragam sekolah yang bersih dan cantik, Akmal menegurnya dengan ramah. Dari saat itulah persahabatan mereka berdua sangat akrab sehinggalah mereka berdua menginjak dewasa. Keluarga Akmal juga banyak membantu Luqman adik beradik. Datuk Hisyam dan Datin Habibah juga sudah menganggapnya seperti anak kandungnya sendiri.

Kini, Luqman juga sudah berjaya menjadi seorang doktor berkat bantuan Akmal dan keluarganya. Luqman akan sentiasa ingat jasa baik keluarga Akmal membantu dia adik beradik setelah ketiadaan kedua orang tuanya.

"Pin..pin...pinnnnnnnnnnnnnnnn" bunyi hon kereta yang berterusan menyentakkan lamunan Luqman.
Dia terperanjat dan menoleh kiri dan kanan. Ternampak di hadapan matanya Akmal dengan mata yang terjegil memandangnya.

"Woi Luq..apa kau buat tu..Cepatlah naik...lama aku tunggu..aku tengok je kau mengelamun kat situ..Dah.cepat naik.." Jerit Akmal satu oktaf dari dalam kereta.

Luqman dengan kelam kabutnya berlari ke arah kereta Audi 6 milik Akmal dan terus memasuki tempat duduk sebelah. Dalam-dalam dia mengelamun tadi kakinya tetap juga berjaya mengiringi langkah Akmal..

Kereta Akmal terus bergerak laju membelah jalan raya yang agak lengang. Mana taknya baru pukul 10 pagi. Belum masuk waktu lunch lagi. Mujurlah syarikat ini Akmal yang punya. Kalau tidak jangan harap hendak mengular...

Kemanalah agaknya dibawa keretanya dan Luqman tu....Akmal..Akmal...


"Kau dah kenapa ni Akmal? Apa problem kau lagi ni? Aku tengok kau ni kusut semacam je. Cuba kau cerita dengan aku apa masalah kau ni." Tanya Luqman lagi pabila melihatkan Akmal yang kelihatannya tersangatlah kusut. Kasihan pula dia melihat situasi sahabat baiknya itu.

Sejak dari mereka sampai tadi, Akmal kelihatan senyap. Tidak bercakap walau sepatah apa perkataan pun. Gayanya seperti sedang memikirkan sesuatu yang sangat penting.

 Akmal memandang Luqman dengan pandangan yang sayu...Perlahan-lahan dia menghembuskan nafas perlahan.

"Luq..kau percaya tak orang yang dah mati boleh hidup kembali?" tanya Akmal setelah lama mendiamkan diri.

Luqman pelik dengan soalan yang dilontarkan rakannya itu.

"Kau sendiri macam mana? Percaya orang yang dah mati tu boleh hidup semula?" jawapan yang diberi dijawab dengan soalan dari Luqman.

Akmal kelihatan sedikit resah.

"Aku tak percaya. Orang yang sudah tiada tu tak akan ada lagi di dunia ini." jawab Akmal lesu.

"Done...kau sendiri dah dapat jawapannya." kata Luqman.

"Kenapa ni Mal? Kau teringatkan Ilyana ke?" serkap Luqman.

"Entah lah Luq. Sejak akhir-akhir ni aku selalu teringatkan arwah Ilyana. Serasa macam dia ada dekat dengan aku." Luah hati Akmal.

Oooo..perkara itu yang meresahkan sahabatnya itu.

Ilyana, Nur Ilyana..namanya juga seindah orangnya. Perilakunya yang lemah lembut bisa membuatkan semua hati lelaki cair. Sesiapa yang memandangnya pasti akan terpesona. Ilyana mempunyai auranya yang tersendiri. Ilyana merupakan junior kepada Akmal sesama di universiti dulu. Mereka berkenalan semasa program sesi suai kenal pelajar-pelajar Malaysia. Kali pertama Akmal memandang wajah Ilyana terus dia jatuh hati. Dan dengan penuh keberaniannya dia cuba untuk mendekati gadis comel molek itu.

Pada mulanya Ilyana menolak cinta Akmal. Tetapi melihatkan kesungguhan Akmal, akhirnya Ilyana menerimanya. Mereka merupakan pasangan kekasih yang ideal. Ramai juga yang mencemburui hubungan mereka. Sampai ada yang cuba untuk memecah belahkan hubungan mereka. Namun itu semua tidak sekali pun menggoyahkan kisah cinta mereka. Namun, satu tragedi menyebabkan hubungan mereka putus begitu sahaja. Tragedi yang sangat meruntunkan hati Akmal. Hanya Luq yang berada bersamanya ketika itu membangkitkan semula keyakinan Akmal.

"Arwah dah lama pergi Mal. Kau doakanlah dia bahagia dan dirahmati di alam sana. Dan kau di sini patut teruskan hidup kau. Ermm..apa kata kau cari pengganti?" soal Luqman tiba-tiba membuatkan Akmal menjegilkan matanya.

"Arwah Ilyana tiada penggantinya Luq. Aku susah nak terima wanita lain buat masa sekarang. Tapi kau nak tahu...kau nak tahu apa sebabnya aku kusut macam ni?" tanya Akmal kepada Luqman.

Luqman menganggukkan kepalanya. Sedia mendengar luahan perasaan kawannya itu.

...............................................................

"Kau ingatkan lagi ayah aku ada minta aku handle satu projek ni?" tanya Akmal.

"Yup..ada..kenapa dengan projek tu?" soal Luqman pula. Pelik dia apa kene mengena projek tu dengan arwah Ilyana...

"Aku deal dengan sorang designer dari Bersatu Holding ni. Dan kau nak tahu, wajah perempuan designer tu seiras dengan wajah arwah beb.." kata Akmal lagi sambil meraup mukanya lesu.

"Seriously...ada seseorang yang menyerupai wajah arwah Ilyana...Wah..aku ingatkan mitos je yang kata dalam dunia ni ada tujuh wajah yang sama. Tak sangka pula aku. So, inilah perkara yang menyebabkan kau kusut ye..wajah perempuan tu mengingatkan kau pada arwah." kata Luqman panjang lebar.

"Ya...waktu mula-mula aku jumpa perempuan tu dekat tepi pantai. Masa tu dia sedang mengejar seorang budak perempuan. And entah bila tiba-tiba dia terlanggar aku. Bedebuk jugaklah dia jatuh. Aku apa lagi..buatlah muka kerek aku. Boleh tahan juga lasernye mulut perempuan tu. Aku cakap sepatah, berpatah-patah dia balas balik aku. Dia sangat lain dengan arwah. Arwah orangnya lembut dan peramah. Perempuan ni nampak kasar dan agak boyish." ceria wajah Akmal pabila dia menceritakan semula detik-detik dia berjumpa dengan perempuan yang menpunyai wajah seiras arwah Ilyana. Luqman senang melihat perubahan Akmal yang tiba-tiba mendadak itu.

"Perempuan tu dah kahwin ke? Sebab kau kata tadi dia sedang kejar sorang budak perempuan." tanya Luqman lagi ingin tahu dengan lebih lanjut cerita Akmal.

"Mula-mula aku ingat perempuan tu dah kahwin. Tapi rupa-rupanya budak perempuan yang dikejar tu anak saudara dia. And budak perempuan tu sangatlah comel. Dalam dia tengah mengusik makcik dia tu, aku pun terus blah lah dari situ. Aku takut aku tak dapat nak kawal diri aku kalau aku betul-betul ingat perempuan itu adalah arwah. Luq. Dan dari saat itu, aku berdoa agar aku tak jumpa lagi dengan perempuan tu." Ujar Akmal dengan raut wajah yang tiba-tiba sedih. Cepat betul ekspresi wajah Akmal berubah.

"Tapi, segala yang berlaku memang telah ditentukanNya. Aku ditakdirkan berjumpa lagi dengan perempuan tu. Dia adalah designer mewakili syarikat Megah Holding. Terperanjat aku bila jumpe dia lagi. Aku tak tahu sama ada dia masih lagi ingatkan kejadian di pantai tu lagi atau tak." kata Akmal lagi.

Luqman yang sedari tadi setia mendengar luahan dan cerita sahabatnya tersengih lebar. Mungkin ada petunjuk dari Tuhan untuk sahabatnya itu. Cuma apa petunjuknya dia tidak tahu.

"Mungkin kau dah ditakdirkan berjodoh dengan dia kot." serkap Luqman sambil mengenyitkan matanya.

"Arghh..merepeklah kau ni...Aku sure perempuan tu mesti meluat dengan aku lah." kata Akmal lagi.

"Aikkk..kenapa pula? Apa yang kau dah buat? Kalau setakat hal dekat pantai tu takda apa-apa masalah yang aku nampak pun." tanya Luqman pelik.

"Aku reject design yang dia buat. Then, aku minta dia design semula yang baru." kata Akmal selamba sambil tersengih.

"And tak pasal-pasal perempuan tu mengadu kat ayah aku and apa lagi mengamuklah orang tua tu." Kata Akmal lagi.

"Oh God..Akmal...Apa pasal kau buat macam tu. Kau ni sengaja cari pasal lah...Sekarang kau benganglah perempuan tu mengadu hal ni kat ayah kau kan. Tu yang kau hangin satu badan." serkap Luqman lagi.

Tahu benar dia perangai Akmal yang suka mencari pasal tu. Tapi Akmal bukan jenis yang suka main-main dalam kerjanya. Dia seorang yang cukup serius. Dia akan menyelidiki dulu projeknya sebelum membuat sebarang keputusan. Bukan terus decide membabi buta.

"Aku saja je nak sakat Nur Rindhiana tu...Tapi siaplah perempuan tu.." kata Akmal sengih. Macam-macam perancangan yang bermain di kepalanya ketika ini.

Owh...Nur Rindhiana rupanya nama perempuan tu. Sedap namanya dan mungkin secantik juga orangnya. Macam arwah Ilyana. Dan apa yang membimbangkan Luqman kiniialah apa yang hendak dilakukan oleh Akmal kepada gadis yang bernama Nur Rindhiana itu. Akmal ni bukan boleh percaya sangat. Dah lama benar tak datang perangai gila-gilanya itu. Nampak gaya kucar kacirlah hidup perempuan tu nanti. Macam apa yang Akmal buat pada arwah. Sampai menangis arwah disakatnya. Tapi itulah juga yang membuatkan arwah lebih rapat dengan Akmal.

Terdetik dalam hati Luqman mengatakan bahawa Nur Rindhina itu boleh membawakan kebahagian yang selama ini hilang dari sahabatnya itu. Kuat hati Luqman berdetik. Doanya agar ada sinar kebahagian yang menerangi hidup sahabat baiknya itu.......

............................................................................................






Seni ~ Artis ~ Monopod ~ Perang Mulut ~

Hahahaha...Dunia..dunia....
Macam2 hal lah sekarang ni..Pelik bebeno...entah pape la dorang semua ni...
Nak di tegur salah, kalu tak di tegur nnti makin menjadi2 plak salahnye tu....Huhuhu...

Apa lah yang kau merapu ni fairus...entahlah..pelik tengok zaman sekarang ni..sekarang kecoh pasal perang mulut antara dua artis ni. Sorang ni artis lelaki yang boleh di kira Jejaka Idaman Malaya lah..abang jebat....sape lagi si Sharnazz Ahmad lah...


Ni la orangnya...Dia ni kalau buat gaya macam ni boleh cairlah aweks2 di luar sana tu.. aku pun termasuk sekali lah..hahaha...tak dapat la nak dinafikan die ni memang mempunyai wajah yang boleh tahan kacaknya...aku suka dengan lakonan die..pendek kata die ni memang pandai berlakon lah...watak jahat tak payah ckplah..memang menjadi punye. muka ada ala-ala gengster..bengis....hihihi..kalau watak romantik lagi la kan...tak tido malam kawan..hahaha..

Tapi aku bukanlah nak bercerita pasal tu sekarang..aku nak cite pasal perang mulut antra sharnazz dan artis lelaki berlagak diva...sape lagi kalu bukan xxx...taknak plak aku tulis nama tu disini..nanti tak pasal2 aku pulak yg dinyalaknya nanti...(ahaakksss..macam fofular sangatlah belog kau ni cik kak oiii)...aku tak tahulah apa masalah pakcik tu ye...mulut die..Ya Allah...Nauzubillah min zalik...nape lah sampai gtu sekali..Allah bagi kite elok2 anggota badan macam telinga, mulut, tangan untuk kita gunakan sebaik mungkin...Ini tidak...dari kau bercakap bende yang tak elok...menyumpah orang..baiklah kau banyak2kan berzikir..baca al-quran ke..banyak jugak pahala yang boleh dapat....

Aku tengok xxxx ni artis yang sangat tak boleh terima teguran dan pendapat orang lain...aku tak tahu lah kalau lah bile para alim ulamak di luar sana yang menegur die baru die rase terkesan sikit...baru die rase pedasnye idak cili padi tu yek...Yer la..sharnaaz tu kan artis baru..siapalah si sharnaz tu nak tegur die yang memang da lama dlm industri seni ni..(mata ke atas, tangan di bahu)...eeeiii..please la..kalau kau tak boleh nak terima nasihat orang, baiklah ko duk sorang2 dalam hutan tu..baik ko g selfie dengan haiwan2 kat sana tu. Nak ke????...silap2 haiwan2 dlm hutan tu pun lari, tak nak selfie sekali dgn si xxxxx ni...yaaahhh....

Benornye gini...si Sharnaaz ni menegur perlakuan tak berapa nak sopan si xxxxx ni...Selfie tu tak salah pakcik oiii..semua orang tahu si xxxx ni suka selfi..tp biarlah kene pada tempatnye kalau nak berselfie pun...Ini tidak...di saat rakyat sedang bersedih..berkabung dengan situasi MH17 boleh lagi lah die berselfie...sempat lah plak bwk monopod tu ye...kan baik kalau bwk surah yasin..dibacakan untuk arwah...ishh..isshh...ini lah jadinya bile alatan teknologi canggih disalahertikan penggunaannya..alahai....





Kesian ko monopod...kau disalahgunakan oleh manusia2 di luar sana tu...


Aku tak nak lah citer banyak2 pasal dorang berdua ni..tp aku terpikir...apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni...kite pergi dalam kelompok yang kecik lah..dlm dunia artis...industri seni Malaysia ni tak lah kecik mane dik non oii..ko gaduh2 nanti dlm rancngan hiburan lain kau jumpe jugak...tengok jugak muka die...Hidup ni biarlah bermasyarakat..sentiasa sedia mendengar pendapat dan pandangan orang lain..kalau kau tak boleh nak dengar pandangan orang baik takyah jadi artis..public figure..duduk je rumah...tak pun g buat rumah kat Taman Negara tu...

Inilah serba sedikit kisah antar monopod dan artis...Lawak....Lawak...

Saturday, 23 August 2014

Luahan rasa melihatkan situasi dunia sekarang...

Sedih.....Sedih dan pilu rasa hati ini.
Mengenangkan akan situasi..keadaan
Yang kini sedang melanda dunia....

Anak kecil ditindas...dianiaya..
Kehilangan ayah dan ibu
Tempat mengadu kasih dan sayang
Tempat berlindung...

Ibu kehilangan anaknya yg dikasihi
Tiada sudah tempat bergantung...

Benar..benar...
Dunia semakin menghampiri ke penghujungnye...
Kala tiupan pertama ditiup
Maka lenyaplah segalanya....

Hari yang dinanti akan tiba.
Hari pembalasan...
Dari apa yang kite lakukan diatas muka bumi pinjamanNya ini...

Baiklah segala amalan kita di dunia..
Maka baiklah kita diakhirat sana nanti..
Jika sebaliknya...
Maka tunggulah azab yang akan menimpa nanti...

Oleh itu....
Gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaiknya...
Kumpullah seberapa banyaknya amalan ...
Kelak boleh di bawak dan digunakan di sana nanti....
InshaAllah...

Sedih sebenarnya....Sebak rasanya...
Kekejaman berlaku dimana-mana...
Tak kira masa
Tak kira tempat...

Mereka mengandaikan mereka berkuasa..
Mempunyai kuasa besar
Mampu menakluk semuanya...

Mereka tidak tahu
Sebenarnya ada satu kuasa yang maha hebat
Yang tidak tertandingi oleh sesiapa pun....

Mereka belum merasakannya lagi...
Buatlah apa yang mereka suka
Buatlah apa yang mereka hendak...

Kelak kuasa yang satu itu datang menyapa
Maka tiadalah masa untuk menepisnya...



Errrmmmm...lepas gian nmpaknya Faiross..Lama tak menulis ye....Hihihi...
Tak ade lah...saje je..Tetiba rase nak menulis..nak meluahkan apa yang di rasa di hati ini melihatkan keadaan yang berlaku sekarang...Macam2 berlaku sekarang ni...peperangan dan penindasan di merata tempat...Anak hilang ayah dan ibu..Hilang kasih sayang...Ibu dan ayah pulak hilang anak tempat untuk bergantung...Rakus betul manusia ni kan...

Lihat aje la kat Palestin sekarang ni...aku geram betullah....Jahatnya Zionis tu...kejamnye mereka..Apa hak mereka memperlakukan Palestin sedemikian rupa...Letupan merata di sana sini...Sedih aku lihat ramai orang yang mati...gugur dalam mempertahankan agama Islam..Namun aku tahu mereka pastiny ditempatkan di tempat yg tertinggi di sisiMu ....

Aku berdoa semoga semuanya akan berakhir...Palestine will be free akhirnya....Sebagai umat Islam seagama, aku mendoakan yang terbaik buat mereka semua...




Farewell Party Yi Peng..15 August 2014

Seorang lagi staf Revongen pergi meninggalkan opis. Bukan pergi mana pun..Resign je la...Hihihi.
Pada tanggal 15 August 2014 ri tu bertempat di Restoran Akasia jugak (suka sangat staf Revongen makan kat Akasia ni..Mahal gile kot..Tapi makanannye tak nafi memang sedap pun)..kami buat farewell party tuk Yi Peng. Yi Peng die handle Profound kestrel. Orangnya nice..baik hati dan lembut. Suka cakap denga dia..Hehehe...Dia dapat kerja lain. mayb yang lagi baik...Takpe lah moga die success dalam apa jua yang die ceburi...

Ok..ni aku attach sekali moment2 dan saat2 kami di Akasia...:)

 Ni lah orang yang di raikan tu..Yi Peng..Comel tak orangnye..comelkan...

 Antara staf perempuan yang datang..Cer teka mane satu aku....


  Gambar candid...Orang tak prepare diamiknye gamba jugak...alahai..

 Aku yang pakai baju hijau tudung cekelat tu....
 Antara staf lelaki yang hadir sma2 memeriahkan lagi suasana

 Satu meja makan....Yuki, Mun, aku, Kak Siti dan Farah
 Manager2...Mook, Ms Yau, Ms Jane..yang lagi sorang tu aku tak kenal..staf Viva yg baru
 Budak2 lab Reszon

 Yi Peng dan Mook bersama kek...
 Sedap woi kek ni...Sehingga menjilat jari...(masa makan tu tak ade sudu..:))



Itu aje saat2 indah masa sambut farewell party Yi Peng. Lepas ni nak sambut farewell party sape la gamaknye pula..mana taknye..makin lama aku tengok makin kurang staff Revongen ni..adakah aku salah seorangnye nanti...hihihihi..Tunggu dan lihat saja..ada tak aku post Farewell Party Faiross.......

Farewell Party Toh Theng..24 June 2014

Pada tanggal 24 June 2016 hari tu semua staf Revongen mngadakan farewell party untuk Toh Theng. Bertempat di restoran Akasia. Dekat je dengan opis aku ni. Dia adalah lab manager untuk lab Vivantis. Ok la kerjasama dengan dia. Senang lah..Ini gambar-gambar yang ada masa farewell party tu.











                                                                Toh Theng dan EG

                                                       
                                                              Mook dan Toh Theng

                                                                   Ms Yau dan Toh Theng

                                                              Kak Eza dan Toh Theng


                                      

                                                Toh Theng bersama Yi Peng dan Munirah


                                                Ni lah sebahagian yang join hari tu....




 
Di harapkan semoga Toh Theng sentiasa success di luar sana. Walaupun kami kenal sekejap saja, tapi aku selesa bekerja dengan dia.

23hb August 2014 - Sabtu. Revongen Corporation

Assalamualaikum dan selamat pagi....

23hb August 2014..Hari Sabtu. Menghabiskan waktu hujung minggu di opis. Tapi bukanlah seharian dari pagi sampai ke petang. Kebetulan hari ni hari bekerja menggantikan waktu bekerja yg sepatutnye kerja pada 30hb August ni. Mujurlah. Dan kebetulan pulak hari ni juga ada sambutan majlis hari raya di opis. Ermm...masing-masing berpakaian baju hari raya. Mengerlip gtew...Termasuklah aku.. berselendang bagai..Hahaha...

Di saat kita gembira menghabiskan hujung minggu bersama keluarga tersayang, janganlah pula kite lupe semalam kite mengalami satu hari yang amat memilukan lagi menyedihkan hati. Di mana penantian seluruh rakyat Malaysia amnya terhadap MH17 akhirnye terlerai jugak. Di mana seramai 20 rakyat Malaysia telah selamat tiba ke tanah air Malaysia. Walaupun hanya sekujur jasad yg kaku, cukup lega dan tenang hati keluarga kerana akhirnya mereka tetap pulang jugak walaupun sudah tidak bernyawa lagi. Paling kurang ahli keluarga ada kuburan yang boleh dilawati dan diziarahi.

Sayu dan sebak hati aku melihat situasi anak kecil yang kehilangan ayahnye. Ibu dan ayah yg kehilangan anaknya. Sedih sangat. Mujurlah jugak aku berada di opis semalam. Kalu aku duduk di rumah menyaksikan istiadat majlis tu maunye banjir rumah sewa aku tu dengan jejeran air mata aku ni. Cukuplah sekadar gambar-gambar yang aku lihat di FB. itu pun boleh membuatkan air mata aku jatuh berlinangan. Yang pergi tetap akan pergi. Yang tinggal ini perlu jua meneruskan hidup. Doakan mereka semua berada di sana dalam keadaan yang tenang dan sentiasa dirahmatiNya. Sentiasalah juga kite mengingati mati kerana kita tahu MATI ITU ADALAH PASTI. Cara apa, keadaan apa kite ketika mati itu kita tidak tahu. Berdoalah kita akan kematian kita nanti didalam keredaan Allah hendaknya..Amin....

Ermmm...lama sebenarnya aku tak mengupdate blog aku ni. Tuntutan kerja dan kekangan masa membuatkan blog aku ni sudah lama benar terbiar. Post aku yang terakhir pun pada tahun lepas. Huhuhuhu....

Tahun ni aku nak kembali aktif mengupdate blog. Banyak sebenarnye benda-benda yang aku lalui sepanjang tahun 2014 ni. Tak terkira rasenye. InshaAllah..akan aku ceritakan untuk tatapan dan bacaan aku sendiri..Hehehe....


Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...