Wednesday, 20 March 2019

Potluck Kali Pertama

Hi...Selamat Malam Chuolsss!!!


Sebelum nak tido ni, aku nak story lah sikit kisah aku dan kawan-kawan di hari Rabu tadi. Kisah aku dan budak finance yang lain berpotluck kat opis. Hehehe.

Pertama kali ni. Idea dtg dari budak2 ni lah. Deme memang rajin memasak. Hampir tiap-tiap hari bawak bekal. Aku je lah yang liat nak memasak. Hahaha. So, tadi punye potluck aku hanya ditugaskan bawak nasi jer. Senang dan mudah bukan????

Tapi tidak semudah dan sesenang jugak lah pada si gadis bernama Siti Faiross ni untuk bangun awal nak menanak nasi. Lebih-lebih lagi punye lah liat die nak turun tangga untuk ke dapur tu ha. Kononnye, nak tanak la malam sebelum tido tu. Tapi non hado. Memang gadis ni kalau dah masuk bilik, payah lah die nak keluar semula. Hahaha.

Namun, berjaya jugak aku bangun pagi tadi okay.. Selamat tanak nasi 4 setengah pot untuk makan lunch kitorang. Lauk semua dah ade, banyak tapi kalau main dish tak ade, iaitu nasi..Tak bestlah kan. Hahahaha...

So, Alhamdulillah.. kekonyangan masing2 tadi. Bagai nak meletop perut ni. Best jugak sekali sekala berpotluck ni. Di samping dapat jimatkan duit belanja makan, kite dapat pahala sebab bagi kawan-kawan makan dan bertukar-tukar hidangan.

So, next potluck kitorang kene cabut undi. Marah budak2 ni kalau aku keje tanak nasi je. Hahaha. Next potluck aku nak masak udang pulak. Masak ape tu pikir kemudianlah ye. Hahahaha

Okay lah...nak tido. Esok aku nak keje. Bye bye. Assalamualaikum semua...

Monday, 18 March 2019

Singapore Daytrip 15 -17 Mac 2019

////Singapore Daytrip Pergi Bulan Balik Pun Bulan/////


Cuti hujung minggu baru-baru ni, aku dan Uji, kitorang berdua jalan-jalan ke Singapore. Uji beriya-iya beno nak pergi Singapore tu. Nak jejakkan kaki kat sana katanya. Nak tengok apa yang ada kat Singapore tu. So, aku usha lah pakej yang buat trip ke sana. Aku tanya agent Caravan Serai Holidays, Athirah Medan ade tak pakej trip ke Singapore. Athirah reply ade. Pakej daytrip. Gerak Jumaat malam tu, balik pulak Sabtu malam tu. Seharian hari Sabtu tu city tour Singapore. Harga pakej cume RM135/pax. Kira okay lah kan. Cuma agak penat dan rushing lah bila jadual padat dengat lawatan tapi tak dapat nak cover semua tempat pun since pergi sehari je kan. Mana nak dapat menghayati dan fokus pada satu tempat tu. Tapi kira okaylah. Sekurang-kurangnya bila datang lagi sekali, dah tahu tempat menarik yang mana yang boleh dilawati. Hehehe.

So, aku dan Uji decide nak ikut jer trip pakej Singapore Daytrip under Caravan Serai Holidays. Bayaran deposit RM50 dimintak semasa pendaftaran untuk lock tempat. Tak silap, aku buat pembayaran pada bulan Januari tempoh hari. Balance RM85 dibayar dua minggu sebelum trip. Senang berurusan dengan Athirah Medan ni. Tanya banyak mana soalan pun dia jawab jer. Hahaha. Dah tu memang kerja dia kan. By the way, aku dan Uji pernah jugak join trip under Athirah ni ke Hatyai tahun lepas. Tak siap-siap lagi entri trip tu sampai sekarang. Hahaha...

Aku kongsikan sedikit info mengenai trip ini:

KOD PRODUK : CSH SG 001 

*Pakej Singapore Day Trip*
bermula drp KL Sentral
...🇸🇬*Singapore Day Trip* 🇸🇬...
🌜Pakej Bulan balik Bulan 🌛

Senarai Harga Pakej
✅Dewasa : RM135 /pax
✅Kanak Kanak : RM135/pax
✅Bayi : FOC ( Tanpa Tempat duduk)

📌Deposit : RM50/pax

Lawatan ke Tempat Menarik seperti Berikut
📌Merlion Park
📌Bugis dan Arab Street
📌Masjid Sultan dan Kpg Gelam
📌Pulau Sentosa , Globe USS
📌Pahlawan Beach ,
📌Garden by the Bay
📌Marina Bay Sand Light & Water Show

Pakej Termasuk
.
🚎Pengangkutan ( bas persiaran)
KL- Singapore - KL
🍛sarapan pagi 1x
🍡Air Minuman + makanan ringan
💁🏻guide malaysia + singapore
👣city tour

Tidak Termasuk 📌❌

- Makan tgahri , makan malam
- Guide fees + Entrance to Pulau Sentosa  = ( 15dollar) 🐝 ( wajib)
- Travelling Insurans ( RM10/pax ) Digalakkan utk add ON

Menarik bukan??? Kalau nak join trip ni boleh roger2 aku, aku wassup nanti details agent Athirah Medan. Banyak trip under Caravan Serai Holidays. Setakat dua trip yang aku join dengan dorang ni memang best dan berbaloi lah. Hehehe.. Tak payah pening-pening pikir dah.

Aku nak share pulak iti kitorang kat sana.


Ni iti kitorang sepanjang berada di sana ~~ Tak ikut betullah, biasalah kan. Mesti ada yang terlambat, ada yang terawal. Masa nak gerak Jumaat malam tu pun bas lewat sikit. Tapi sampai R&R Gelang Patah awal dari yang sepatutnya. Dalam pukul 3.30 pagi macam tu. Mungkin sebab jalan clear dan driver bas bawak laju kot. Hehehe. Masa kat R&R kononnya nak mandi lah kan tapi bila tengok ramai orang dan lagipun dah mandi masa kat rumah sebelum tu so, aku dan Uji decide just nak tukar baju dan tudung jer. Lepas solat subuh dan makan breakfast yang telah disediakan penganjur, bas bergerak ke border tepat jam 6.30 pagi. Bukan apa ~ takut stuck kat border tu nanti. Banyak kot bas persiaran yang masuk Singapore pagi tu. Under Caravan Serai Holidays je dah tiga buah bas. Setel proses imigresen kat border dalam pukul 8.30 pagi kalau tak silap aku. Eksaited wehh masuk Singapore. Duduk berjiran tapi tak pernahnya masuk Singapore tu ha. Hahaha..

Overall, aku puas hati jugaklah dengan daytrip Singapore ni. Opppss!! Tak sangatlah sebab kitorang tak dapat pun tengok mercu tanda bagi negara Singapura ni iaitu Patung Merlion. Boleh pulak time-time ni lah ada proses pembersihan patung tu. Huhuhu. Sedih jugak lah sebenarnya. Datang sini tujuan utama nak bergambar berlatar belakangkan patung Merlion tu lah..Huhuhu. Patung yang boleh keluarkan air dari mulut dia tu lah. Namun apakan daya, tak ada rezeki kami nak tengok. Merlion tu duk lah dalam kelambu. Hohoho. Lepas aku google, memang betul patung Merlion tu ditutup untuk proses pembersihannya sampai bulan May 2019 ni. So, memang kene pergi sekali lagi ke??? Hahaha. Haruslahh!!

Tapi tak dapat bergambo dengan Merlion, kitorang leh bergambar dengan anak Merlion yang terletak di Merlion Park ni jugak. Belakang jer sikit dari patung Merlion yang keluakan ayo tu. Jadilah kan..Hahaha. penuh orang kat sini tau. Lagi satu kat Pulau Sentosa. Yang ni lagi besar. Ehan kata Patung Papa Lion. Tapi yang ni tak leh lah keluarkan air. Hehehe. Depa kata dalam ni muzium dan pengunjung boleh naik sampai ke puncak atas patung. Kirenya akan keluar dekat mulut Papa Lion tu nanti. Tapi nak masuk kena bayar lah. Berapa? Aku tak sure pulak.

Kira puas hati jugaklah dapat jumpe 2 patung Merlion ni walaupun tak dapat jumpa yang the real landmark of Spore. Huhuhu..

Gambar??? Usah di kata ~ memang banyak dong. Hahaha. Tapi nanti aku update gambo. Aku update dulu gambar-gambar kenangan bersama peserta Singapore Daytrip Caravan Serai Holidays.


Group photo berlatar belakangkan Merlion yang ditutupi kelambu 


Group photo berlatar belakangkan Marina Bay Sand



Group photo berlatar belakangkan Victoria Memorial Hall


Group photo berlatar belakangkan Malay Heritage Museum, Singapore


Group photo berlatar belakangkan Globe USS


Group photo berlatar belakangkan Papa Lion di Pulau Sentosa, Singapore


Group photo di Garden By The Bay

Satu percutian daytrip yang memenatkan namun cukup menyeronokkan. Memang tak terhabis nak cover semua tempat dalam masa sehari. So, confirmlah kene repeat semula. Kalau aku nak repeat Spore lagi, wajiblah masuk Universal Studio Singapore tu. Bergambo dengan mural-mural yang ada di sepanjang Haji Lane sambil duduk-duduk melayani secangkir kopi. Gitewww!!! Cuba bermacam-macam jenis murtabak sedap yang ada kat Restoran Zam Zam Singapore. Dan yang paling penting, kalau datang Singapore lagi wajib bergambo dengan Merlion yang keluarkan ayo tu. Hahaha...

Pendek kata, tak rugi jugaklah kalau nak melancong ke Singapore ni...Hehehe.

P/S: Entri ini akan diupdate dari masa ke semasa ~

Thursday, 14 March 2019

Tahniah Farah Afiqah!!!

Hari ni result SPM 2018 keluar!!!

Adik aku, Siti Farah Afiqah Shariff akan mengambil resultnya kat sekolah nanti. Aku dari semalam dah berdebar nak tahu result dia ni. Aikk, orang lain yang jawab exam, aku pulak yang berdebarnya. Hahaha....

Sebab ape aku berdebar?? Sebab aku kene tunaikan janji aku pada si Pikachu tu....

JANJI APA????

Janji nak bagi dia RM100 untuk setiap mata pelajaran yang dia dapat A. Dan, hari ni result SPM dia dapat banyak pulak A.. Hohoho... 7 Weii A dia. Masak aku!!!! RM700 kene keluar. Hahaha...

Tapi, takper lah. Duit tu nanti boleh dia guna untuk perbelanjaan dia nak masuk uni ataupun matrikulasi nanti.  Aku tak tahu lagi apa plan si pika tu. Tapi die memang tak nak masuk diploma. Dia nak masuk kolej matrikulasi. Mudah-mudahan hajat dia tercapai. Ameen!!!

Aku pun suggest untuk die masuk matrikulasi jer. Jimat masa dan juga duit. Takpun kalau nak lagi hardcore, amik form 6 Sains Tulen. Hahaha....

Untuk adik-adik diluar sana yang punya result SPM yang sederhana aje, dun worry. Perjalanan korang bukan berhenti setakat di sini saja tau. Banyak lagi dugaan, ujian yang korang kene tempuhi untuk ke peringkat seterusnya. Akak ni dulu pun result SPM bukan banyak sangat A pun. Tapi jadi jugak orang. Dapat kerja yang elok2. So, straight A tu bukan kayu pengukur pencapaian korang pada masa hadapan. Yang penting rajin berusaha dan jangan putus asa.  Result yang bagus tu satu bonus untuk korang setapak ke hadapan dan booster untuk lebih berjaya lagi.

Sekian sudah luahan rasa gembira bercampur sedih seorang kakak yang bakal duitnya keluar tak lama lagi. Kahkahkahkah.


Friday, 8 March 2019

Selamat Hari Wanita !!!!

Happy International Women's Day!!

Selamat Hari Wanita Sedunia!!

Hehehe..aku pun tak tahu benonye tarikh hari ini, 08 Mac adalah tarikh hari wanita sedunia. Selamat Hari Wanita kepada wanita-wanita di seluruh dunia. Selamat hari wanita kepada diri sendiri jugak. Balik ni nak call mak lah ucapkan Selamat Hari Wanita kepada beliau. Yang bersusah payah melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Faiross Shariff ini. Aku keluar je berat 3.5 kg okay. Bukan main mak aku meneran nak keluarkan aku. Thanks Cik Ani. I Love U so muchh laaa...Hehehe...

Mengenangkan hari ini hari wanita sedunia, semalam aku cakaplah dalam group Eulachacha Revongen supaya esok gegirl semua pakai baju warna pink. Dah hari ini macam-macam jenis pink ada. Hahaha. Dan dorang kata shawl aku pakai bukan warna pink tapi warna merah. Weii..chuollss, ni pink lah, striking pink ye. Gigih aku google tadi. Hahaha..Actually, aku dah siap iron dah blouse pink tapi pagi tadi aku p pkai tshirt Myhalmart hitam, shawl pulak striking pink tu. Hahaha. Membebel deme. 

"Kak yus suruh kitorang pakai warna pink tapi kak yus tak pakai  pun."

"Ini bukan pink lah kak yus, ini merah."

"Yus, buta warna ehhh!!"

Ngeklah dorang ni. Hahaha. Pada mata aku shawl ni nampak pink, so memang pink lah. Hahaha..

Nanti aku update gambo ek..Nak tanya korang shawl aku tu pink ke merah??? Hahaha



Pink ke merah tu chuollsss????



Pink kann!!!!! cume pink aku sikit sangat jambunya. Hahahaha....

Bile dah semua pakai satu tema haruslah ada gambo group kan..Hikhikhik...



Mata teman tertutup pulak....Ade lagi yang lain benonye, tapi berkumpulan waktu dah habis Keje jawablah Mana yang ada je lah. Mana yang take balik lagi. Hehehe..

Pastu, aku, Intan, Mirrah & Izzati pergilah pulak jalan2 Aeon Mall Shah Alam. Jamu-jamu mata. Dalam pada jamu mata tu, rembat gak satu seluar buat seluar jogging. Hehehe...



Sempat lah jugak masuk BO dengan Padini...Hehehe...

.
.
.
By the way jugak, hari ini 1 Rejab. Dua bulan je lagi kita bakal bertemu bulan Ramadhan. Dah habis ganti puasa last year ke chuollss?? Hehehe..



Nota Kaki: BTW, Sajat sambut International Women's Day ke??? Opppssss!!! 😉😎


Sunday, 3 March 2019

Review Novel: Sonata Cinta Afro

Novel: Sonata Cinta Afro

Novelis: Azie Yana

Rate: 7/10

Tarikh Pembacaan: 1 Mac - 2 Mac 2019


Apa, ingat aku tak cukup hensem ke?!

Sinopsis Kulit Belakang:

Nama aku Mohd Hakim, tapi orang panggil aku Afro. Sebab apa Afro? Entah.....sebab rambut aku kot. Kembang macam sarang tebuan!

Hidup aku luar biasa sikit. Ada keluarga tapi macam tak ade aje. Maklumlah...Anak angkat. Tapi aku tak kisah asal ada tempat menumpang, cukuplah....

Cinta? Siapa yang tak mahu bercinta? Aku pun ada perasaan juga. Orang yang aku minat ni lain daripada yang lain. Puas aku ngorat dia, boleh dia buat tak layan.

"Lepas tengok awak sanggup berkubang macam tu semalam, hati saya yakin, awaklah lelaki terbaik untuk  saya." - Samira

"Bila saya dah macam kerbau berkubang, baru awak nak. Awak ni sebenarnya suka dekat saya ke, kat kerbau?" - Afro

Itulah permulaan kisah cinta kami. Permulaan yang lucu belum tentu berakhir dengan bahagia, Aku suka Samira. Tapi...... 
.
.
.
Review Cik CT: 

Novel ni dah aku habis baca malam semalam. Punye lah sanggup tak layan borak Norma semata-mata nak perabihkan novel ni. Hahaha. Sorry Norma!!! Takkanlah hang tak tahu roommate hang ni bile dapat novel camne. Hikhikhik.

Novel RM1 yang aku beli kat jualan gudang karangkraf bulan Lepas. Aku pilih baca novel ni dulu sebab aku baru lepas bace novel thriller, Anding Ayangan II. So, aku perlukan novel yang agak santai, yang boleh buat aku tergelak dan tersenyum. Bagi aku, novel ni okay lah. So...So..

Membawa tema cinta berlainan usia. Usia yang agak jauh tak menghalang seseorang itu untuk jatuh cinta. Kalau hati sudah suka, apa yang nak dikatakan lagi. Lautan dalam sanggup direnangi, api membahang sanggup ditempuhi. Chewahh!!!!

Banyak jugak pengajaran dan nilai murni yang boleh diambil melalui novel ini. Antaranya, perbuatan suka mengumpat dan mengeji orang merupakan satu dosa besar tau. Tak terampun dosanya melainkan dia memohon maaf kepada orang yang diumpat atau diaibkannya itu. Cuba kalau orang tu tak memaafkan, bawaklah dosa tu sampai ke sana nanti.  Mintak dijauhkan.

Berbuat baiklah kepada ibu bapa biarpun mereka bukan ibu bapa kandung kita. Tanpa mengambil  kira layanan yang diberikan kepada kita, wajar kita mentaati dan melayani mereka selagi mereka tak mengarahkan kita untuk melakukan perbuatan yang mungkar.

Sweet tengok karektor Afro. Seorang remaja lelaki yang berambut kembang Afro, lemah lembut tutur kata, sedikit chubby dan boleh tahan jugak bila melenting. Hehehe...Mujur dia berjumpa dengan Samira. Sweet pertemuan mereka berdua. Tak boleh blah lah bila Afro sanggup berkubang dan menyelam dalam sungai yang kotor tu. Huhuhu. Seorang abang yang baik jugak. 

Jalan cerita teratur dan kemas. Walaupun tak banyak unsur humor tapi boleh lah. Aku terhibur baca novel ini. 

Sonata Cinta Afro!!!! Dapat jua bahagia yang Afro cari. 😍😍 



Friday, 1 March 2019

Revongen Black Out

Permulaan bulan Mac dalam keadaan bergelap dan berpanas di opis. Elektrik tak ade. Katenye ade problem dan pihak TNB sedang berusaha untuk membaik pulih. 

Actually dari semalam lagi elektrik tak ade ni. Tak silap dalam pukul 11 pagi semalam. Ade elektrik semula pada pukul 2 petang. Lepas tu black out lagi pukul 6.30 petang sampailah ke hari ini.


Perghh!!! Pishang gak lah tadi duk kat opis ni dengan elektrik takde. Tak boleh nak buat ape-ape dah. Bagi staff yang punye laptop tahan lah lagi. Tapi tu pun sampai bape jam je lah. Big boss inform kalau elektrik still takde sampai ke pukul 3 petang baru kami dibenarkan balik. humakaiii..pishang nak tunggu sampai kul 3..

Tapi baru je dapat info terbaru, TNB dah datang buat check up. Dan katenye baik pulih mungkin mengambilmasa yang lama dan mustahil untuk disiapkan hari  ini jugak. So, dengar ceritanya HR bagitahu, kami boleh balik pukul 12 tengah hari ni. Tapi tunggu official announcement dari big boss dulu lah.

ALHAMDULILLAH....dapat lah jugak balik awal. Hari ni aku mampu buat filing je. Mujur jugak hari ni dah memang hari Jumaat. So, shipment semua dah masuk. 

Okay lah..dah ketibas dan melengas badan ni ha. hopefully dapat baliklah jap lagi. Boleh p tengok Misteri Dilaila Version 2 Kat MBO Subang Parade. HEHEHE...


Review Movie: Misteri Dilaila V1 - 27 Feb 2019 -

Filem: Misteri Dilaila V1

Pengarah: Syafiq Yusof

Pelakon: Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Namron, Dato Rosyam Nor

Cinema: Premium X One City

Rate: 4/5 🌟


Fuhhh!!! Finally, selepas begitu banyak positive review serta pengaruh-pengaruh dari rakan sebaya, maka terhajatlah sudah Cik CT kiteww menonton Misteri Dilaila di pawagam area rumah dia. Filem terbaru Syafiq Yusof lakonan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Namron dan Dato Rosyam Nor. 

Lakonan yang cukup mantap dan berkesan diberikan oleh mereka semua. Tak dilupa jugak untuk watak hantu-hantu yang keluar secara tiba-tiba tanpa disangka-sangka membuatkan semua orang di dalam cinema hall 3 Premium X One City menjeri-jerit terkejut dan tak senang duduk dan juga menjadikan jari jemari mereka sebagai perisai mata. Hahaha..

Aku????? Since aku memang dan mudah terkejut dengan bunyi yang kuat yang akan membuatkan aku terperanjat besar dan kalau tak dibendung membuatkan aku bakal melatah kat dalam cinema tu awal-awal lagi aku dah tutup telinga aku dengan jari telunjuk. Tak boleh ahhh...Sound filem ni buat aku terkejut beruk mat yehhh!!! 

Wajah hantu dalm filem ni masih boleh aku hadap walaupun kadang-kadang dengan kerlingan sebelah mata jer. Hahaha..Sebab buruk sangat hantu Syafiq Yusof buat ni. Kire level hantu internasional lah...

Bagi aku Misteri Dilaila version 1 nampak plot cerita tersusun atur, ending jugak nampak jelas walaupun di ending yang betul-betul nak habis tetibe......ehhh!!!! Mane leh citer semua. Spoil lah nanti...Hahaha. Nak tahu kenelah tengok sendiri. 

Dalam cinema tu selain kedengaran bunyi menjerit terkejut, kitorang semua duk lah geram dan annoying dengan watak Rosyam Nor. Kasihan pada si Jeff, awat payah beno orang nak percaya yang muncul tu bukan isteri die yang sebenar tapi....ehhh!!! Tak leh citer lagi..Hampa tengok lah sendiri...

In Sha Allah, esok atau weekend ni aku nak p tengok pulak Misteri Dilaila V2. Orang kate version ni lagi complicated. Lagi menarik dan lagi kelakar. Itu yang tak sabar sangat nak p tengok ni.

Untuk area tempat aku stay, pawagam yang menayangkan version 1 ialah Premium X One City dan GSC Summit. Version 2 pulak TGV Sunway Pyramid dan MBO Subang Parade.

Sekali lagi produksi pandai buat kitorang semua nak tengok sampai dua kali. Padahal permulaan cerita dua dua version katenye same. Cuma di 20 minit yang terakhir tu je yang berlainan. Berlainan yang macam mane tu...?? Yang tu aku kene tengok esok lah. Ending untuk version 2 camne pulak. 

Version 1 ni Sasqia jumpa Banker ye kawan-kawan.....

Dah tengok version 2 nnti, aku update lagi...

Boom Run 2025 7 September 2025

Alhamdulillah...sis berjaya jugak habiskan 21km Half Marathon event Boom Run 2025 yang berlangsung di Putrajaya pada hari Ahad yang lepas, 7...