Wednesday, 24 May 2017

Banda Aceh Hari Pertama

Itenerari Banda Aceh

11 Feb 2017 - 14 Feb 2017

Hari Pertama - 11 Feb 2017

8 pagi (waktu Malaysia) - Bangun..Mandi..Bersiap nak ke KL Sentral. Mujur jugak ada Norma yang sudi menghantar aku terus ke KL Sentral. Cepat sikit sampai. Hehehe...

9 pagi - Tiba lebih kurang di KL Sentral. Jalan-jalan sekitar mall sambil tunggu kak Dayah tiba. Then, makan sarapan di Food Court situ.


10.30 pagi - Naik bas Air Bus dari KL Sentral ke KLIA 2. Tambang lebih kurang dalam RM14.

12.30 tengah hari - Tiba di KLIA 2. Terus shoot ke kiosk nak redeem tiket flight. Tapi, problem berlaku so terus shoot ke kaunter khidmat pelanggan. Depa suruh pergi ke kaunter U7 untuk penerbangan domestik Indonesia. Kelam kelibut dibuatnya. Mujur sempat check in. Sempat pulak abang kaunter tu gula-gulakan kitorang. Hampehh..Flight dah lah pukul 1.15 petang ni. Larian marathon sekejap kami kat airport tu.


We are here!!! KLIA 2


1.15 petang - Alhamdulillah. Selamat memasuki pesawat. Mengah giler weii. Ada 3 row. Aku duduk tepi tingkap. Kak Dayah tengah dan tepi sekali, kak Cut Mutia yang dalam perjalanan pulang nak balik Acheh. Dapat rakan baru yang pertama.




Ni yang best bile duk tepi tingkap flight. Nampak view cantik!!!

2.40 petang (waktu Banda Aceh) - Tiba di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda.


Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Aceh
 
2.45 petang - Terkial-kial keluar untuk proses imigresen dan kastam.

3 petang - Solat Jama' Zuhur & Asar di surau airport. Blurr sekejap tak tahu nak buat ape. Hahaha..Mohon ketenangan dulu.

3.30 petang - Ambil supir, namanya Pak Jenol dia bawak Wisata (jalan-jalan) Bandar Aceh. Kenapa Pak Jenol terpilih untuk jadi supir kami? Sebabnya..dia je yang ada kat depan pintu surau bila kami keluar surau airport tu. Nak ke pintu depan, sure kami berdua akan diterjah seperti seorang artis popular yang baru pulang ke tanah air sendiri. Bukan main ramai supir datang keliling kami, sebab tu kami berdua nak amik Pak Jenol jer. Lagipun kami memang kesuntukkan waktu. Since, we have only half of day untuk wisata Banda Aceh ni. Huhuhu...So, memang rezeki Pak Jenol lah waktu tu.

Tempat-tempat yang kami berdua singgah :-

1) Rumah Cut Nyak Djien
2) Muzium Tsunami Aceh
3) PLTD Apung
4) Masjid Raya BaituRahman
5) Jalan-jalan sekitar Banda Aceh cari simkad & makanan malam

Destinasi pertama kami : Rumah Cut Nyak Dhjien. 


Bergambar kenangan di hadapan rumah Cut Nyak Djien. Gigih la hai..tengah panas buta ni duk bergambar. Tukang snap nya tentu sajalah Pak Jenol.


Kat tangga rumah pun boleh bergambar.


Bilik tidur Cut Nyak Djien. Setiap warna pada tirai kamar ini membawa maksudnya yang tersendiri. Nanti aku story kat entri lain.


Bergambar kenangan bersama Pak Zainal, penjaga rumah Cut Nyak Djien.


Perigi lama, sumber air rumah beliau.

Destinasi kedua kami : Muzium Tsunami Aceh.


Tempat pertama kami jumpa bila masuk muzium ni. Sayu je rasa hati. Gelap dan suram.


Gambaran ketika datangnya tsunami. Ni replika kapal PLTD Apung yang ditolak oleh tsunamin terus ke perkampungan.


Motorsikal yang rosak akibat tsunami  26 Disember 2004.


Gambaran Banda Aceh selepas tsunami.


Gambaran Banda Aceh sebelum tsunami


Bayangkanlah...kita sekeluarga tengah duk menjalani rutin harian biasa tapi tiba-tiba satu ombak besar datang menerpa. Bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri masing-masing.


Situasi setelah terjadinya Gempa Bumi yang mengakibat tsunami di Aceh.


Reka bentuk Muzium Tsunami Aceh. Sekali pandang aku rasa macam bentuk sebuah kapal. Tapi ternyata tidak. Setiap reka bentuk binaannya mempunyai maksud dan fungsinya tersendiri. Salah satu tempat yang wajib penduduk tuju jika berlakunya lagi tragedi tsunami. Tempat paling selamat untuk menyelamatkan diri. Wallahulam...
 

 Yus di hadapan muzium. Sangat besar muzium ni sebenarnya.


Muzium Tsunami Aceh checked.

Destinasi ketiga kami : PLTD Apung. 


Pintu hadapan muzium.


Kawasan dalam kapal.






Luar kapal.




8.30 malam - Check in Hotel Diana. Kemas-kemas apa yang patut. Makan malam dan mandi. Telefon mak dan ayah inform keberadaan kami berdua.



 11 malam - Masuk tidur. Esok kena bangun awal pagi. 

Budget Hari Pertama

Hotel Diana - Rp276K
Kartu - Rp80K
Pak Jenol Depo - Rp310K
Parking - Rp7K
Makan Malam - Rp44K
Jajan - Rp15K

Jumlah = Rp732K (plus minus RM245.22)


Saturday, 6 May 2017

Broga New Trail - 20170430

Alhamdulillah...


 Yus made it to the top again...Yuhuu...

Untuk kali keempatnya, aku naik lagi Broga Hill. Kali ini kitorang naik ikut laluan baru. Nak merasa lah jugak naik trail baru kan. Aku sendiri pun tak tahu bilenye kewujudan trail baru ni. Nak rasalah jugak mencabar ke idak trail baru ni. Same ke level die dengan trail yang lame.

Kata orang lagi, trail yang baru ni kita akan terus menuju ke puncak tinjau yang kedua. Kiranye kite skip puncak tinjau yang pertama lah.

Plan bermula dari Amy yang katanye dah lame tak panaskan badan. Last kitorang hiking ialah hiking Lata Charok. Join Amy reunion kelab gunung UTM die kat Janda Baik. Lepas tu dah tak de dah kitorang naik mane2 gunung or bukit. Actually..ade je plan lain. Nak naik Gunung Ledang tapi tak ada masa lah pulak. Huhuhu...

So, aku suggest naik bukit area dekat-dekat KL ni je. Dekat tak dekat jugaklah Semenyih tu dari Subang. Sejam jugaklah perjalanannya. Then, Broga Hill destinasi kami Ahad tu. Kebetulan pulak esoknye Isnin cuti hari pekerja. Molek sangatlah kan. Isnin tu boleh bantai tidur. Hahaha. Recover balik energy tu.

So, perjalanan kami dari Subang pada pukul 8 pagi. Aku memang dah cukup eksaited nk naik Broga ni. Mana taknya pukul 6 pagi lagi aku dah bangun wei. Punyer lah eksaited. Bajet nak tengok matahari naik lah. Tapi nan hado. Hahaha...Actually, line up Broga kali ni aku, Amy dan tiga lagi rakan seuniversiti Amy. Ni yang bestnye berkawan dengan Amy ni..Ramai dah kawan Amy jadi kawan aku. Hahaha...Trip Broga kali ni aku dapat kenal Aisyah dan juga Feerah. Dorang berdua masih lagi study. Pertama kali naik Broga. So, Amy bawak join sekali.


 Line Up Broga Trail Baru...Aisyah, Yus, Amy, Feerah 
Tu yang gerak pukul 8 pagi sebab tunggu kedatangan dorang berdua dari Shah Alam. Bila Amy kata gerak lambat lagi dalam pukul 8 lebih, aku apalagi duklah santai-santai dulu kan. Lepak-lepak tengok Tanyalah Ustaz dulu. Jangan ditanya ke mana Norma. Norma duk membuta lagi dalam bilik tu. Tiba-tiba aku sakit perut pulak. Aku p lah naik atas nak memerut. Lepas habis je memerut, tetiba aku dengar bunyi hon kereta bertalu-talu bunyinye. Mak Aii..Amy dah ade kat bawah. Kauuu..kelam kabut aku pakai tudung. Tak dan aku nak melaram ke..pakai bedak ke..aku main sarung je shawl tu. Hahaha...Tali kasut aku pun tak berpasang lagi. Dalam kereta Amy la aku ikat tali kasut tu. Hahaha....

Perjalanan kami bermula. Kitorang memang tak dan nak sarap. Memang terus shoot ke Semenyih. Just beli air mineral kat Petronas area Semenyih tu je. Bajet nak p beli nasi lemak yang ade dijual di kaki bukit tu tapi nan hado..sampai-sampai je nasi dah habis. Apa nak dikato lagi...terus naik je lah.

Ohh..by the way, kali ni nak park kereta kene bayar by kepala. Satu kepala singgit. So, kami 4 orang  jadinya 4 ringgit lah. Memang buat duit betul owner kebun sawit ni. Dulu satu kereta per entry RM5 je. La ni kalau ikut kepala, lagi untunglah..Cube dalam kereta tu ada 6 ke 7 orang?? Dah lah memang penuh dengan kereta yang di park waktu tu. Haiii..Kayo makcik...

Menurut info yang aku dengar dari Amy, katanya trail lame ke puncak Broga dah di claim oleh tuan tanah. Alahh..pendek kate tuan tanah tak izinkan naik melalu tanah die lah. Kalau nak naik kene bayar RM1 seorang. Sebab tu trail baru dibina untuk laluan ke puncak Broga. Trail baru tak dikenakan sebarang bayaran. Free of charge. Ikut je laluan yang telah disediakan. Trail baru ni kitorang akan melalui kawasan kebuh getah. So, korang nampaklah pokok getah dikiri kanan korang.

Aku ringkaskan je lah story trail baru ni ye....

Mungkin disebabkan aku tak makan sarap pagi tu...Perut aku pulak kosong...Stamina aku tak berapa nak fit. Aku mengah weii...Yus naik Broga mengah wei...Budak-budak pun boleh naik weii..Ape ni Yus...

Iyer...aku hampir putus asa kot. Dah lah panas kot sepanjang pendakian tu. Pokok pun jarang jumpe. Lagi lah buat aku berpusing kepala. Tapi aku naik slow-slow jer. Memang sangat lambat lah. Bagi aku trail baru Broga ni tak best sangat. Terlalu landai dan luas...dan banyak gak tangga..bukan tangga apa pun..tanah tu je dilekuk macam bentuk tangga. Trail agak licin. Kalau hujan tu memang ko pakat gelongsor je lah dari atas tu. Hahaha...Tak pun golek-golek lah. Pastu tak banyak pokok. Sebab tu panas sangat kot.


Aku kuatkan juga semangat untuk sampai ke atas. Dan akhirnya, aku berjaya jugak. Hahaha. Bila dah sampai atas tu memang puncak tu ko yang punye lah. Iyelah...orang sume dah turun wei..ko baru sampai atas. Tak silap pukul 11 lebih kot kitorang sampai atas tu. Pendakian tak ada lah lama sangat sebenarnye. Tapi dah kepala aku ni pusing-pusing, memang jadi lambat lah kan. Tapi berbaloi jugaklah dapat naik atas tu dengan trail baru. Hahaha..

Lepak lebih kurang setengah jam atas tu then kitorang turun. Oh ya...yang bestnye bile hiking ni, kita akan jumpe dengan kawan-kawan baru. Time sampai tu kami sampai sekali dengan 3 orang budak lelaki yang datang dari Jelebu. Masih belajar lagi di Pahang. Jalan-jalan rumah kawan yang kat Jelebu tu. Then kawan yg kat Jelebu tu, Ujang bawak Eppy dan Abe naik Broga.


 Jumpe kawan baru...Ujang, Eppy dan Abe

Ujang...awatlah ko bawak kawan ko naik Broga panas-panas buta ni ha. Hahaha....Sempatlah kami beramah mesra..wefie-wefie atas tu sebelum kami bergerak turun. Cuaca pun macam dah nak gelap. Lagipun ada sorang abang yang baru keluar dari trail Gunung Tok Wan suggest kami turun cepat. Takut tiba-tiba ada petir. Alamak..seriau pulak dia cakap lagu tu. Iye lah..time tu pun awan macam nak gelap je. So, kitorang bertujuh pun bergerak turun. Budak lelaki 3 orang tu memang laju turunnya. Kami ni la hai terkial-kial lagi. Sempat amik gambo lagi.

Ade satu scene tu, tetibe Aisyah menjerit. Terkejut gak aku apasal si Aisyah ni tetibe menjerit dan patah balik ke belakang. Rupa-rupanya, Amy yang berada kat depan terserempak dengan ular daun. Mane tak melompatnya dorang berdua. Tetiba ular daun melintas depan mata. Amy kata betul-betul ular tu melintas depan dia. Aku ngan Feerah kat belakang ni seriau lah jugak tapi teruskan jugak perjalanan. Hahaha..

Dalam pukul 12 lebih jugaklah kami sampai bawah. Apa lagi pekena la sat air kelapa legakan tekak masing-masing. Lapaq giler ni. Nak p cari makan lah..Kami makan tengah hari kat area Kajang. Sodap..makan masakan orang Pahang. Tapi harga ikannya boleh tahan gak la. Aisyah amik ikan baung kene RM17 lebih. Mak aii..


Lepas balik tu kitorang terus shoot balik Subang. Before tu hantar Aisyah dan Feerah kat Seksyen 7 dulu. Dalam pukul 3 petang jugaklah aku dan Amy sampai Subang. Noma ade kat umah. Kitorang lepak-lepak sat sebelum masing2 masuk bilik air bersihkan diri sebab dalam kul 5 nak p Aeon Mall Shah Alam...aku nak p jumpe norzha, nak amik roti sourdough yang aku beli dengan die. Amekkaaww....lepas naik Broga, keluar peluh semua, tetibe sampai mall terus masuk food court Aeon Mall..Seriously...banyak giler choice makanan kat mall ni. Aduss...naik balik semula lemak yang dah terbuang tadi. Hahaha....Macam-macam kitorang makan..Sushi, takoyaki, sotong goreng dan macam2 lagi lah.

Weekend yang sangat best lah kirenye...So, layan je la gambo2 kenangan yang sempat aku snap mase naik Broga tu...










After dis, bukit mane pulak nak naik before puase ni?????


Laluan masuk trail baru...






Monday, 17 April 2017

Fast 8 Again - 14 April 2017

Kan aku dah cakap..aku kalau dah syiok tengok satu movie tu memang aku tak kisah keluar duit nak tengok lagi. Hahaha..

See...ternyata hari Jumaat yang lepas aku tengok lagi sekali Fast & Furious 8 bersama kak Dayah dan kak Haiza malam tu. Hahahaha...Kali kedua ni aku tengok kat One City pulak. Actually, kitorang memang ada plan bersama weekend tu. Nak meraikan farewell aktiviti kak Haiza. Kak Haiza lepas ni akan di pindahkan ke Sabah. Area Tawau. In sha Allah, 2 May ni dia akan fly ke sana. Sedihnya...kurang dah sorang geng hiking. Huhuhu. Kene p Sabah lah jawabnya kalau nak ajak kak Haiza hiking. Hikhikhik.

Nak dijadikan ceritanya, kak Dayah sampai dulu Subang. Kitorang p dinner kat Anjung Malam dulu. Aku ngan kak Dayah je. Norma tak balik kerje lagi. Around pukul 10.30 malam baru kak Haiza sampai. Time tu aku dan kak Dayah dah balik dari makan dan Norma pun dah ade kat rumah. Tengah tengok Fast & Furious: Tokyo Drift. Syiok jugak tengok movie tu tapi dah janji nak p mengopi ngan kak Haiza so, aku merelakanlah jugak diri ni join sekali. Dalam kereta aku ajak dorang p tengok wayang. Aku cucuklah movie tu best dan memang dorang pun memperakui yang series Fast & Furious memang tak mengecewakan. So, apalagi...lets' go to One City.

Tak silap aku, malam tu hari ketiga tayangan. So, kitorang tak meletakkan sebarang harapan kalau tiket tak ada. Kalau tak ada kite tengok movie lain lah kan. Movie Smurf ngan Baby Boss pun nampak macam best. Alhamdulillah..tiket ada tapi show pukul 11.30 malam. Okay..ada lagi setengah jam lagi show start. Kitorang duk lepak-lepak dalam tu sambil kunyah popcorn. Btw, tiket malam tu RM15/person. Boleh tahan mahal gak ea tiket wayang. Huhuhu...

Bila hall no 11 menyala, kitorang pun masuklah. Kali ni aku dapat follow awal-awal movie since first tengok hari tu kan kitorang masuk agak lewat sebab solat Maghrib dulu. Hehehe...Oh ya...by the way, movie ni tak silap aku diklasifikasikan sebagai 18SG tapi aku tak sure lah pulak sebab masa aku tengok kat One City tu ada je budak bawah umur masuk. Budak India bersama familynya. Kalau kat GSC Summit hari tu memang strict sikit. Only 18 years above je yang dibenarkan beli tiket Fast & Furious 8 tu. Kitorang masa nak reedem tiket ri tu pun kene tanya masing-masing ni 18 tahun ke atas ke tidak. Hahaha...So, aku tak tahu kenapa Premium-X, One City lepas 18 below masuk. 

Seperti biasa, memang tak membosankan...masih lagi 6 star diberi. Hahaha..Tapi bila dah tengok 2nd time ni aku lagi faham lah kenapa Cipher buat lagu tu. Macam mana nak lumpuhkan sistem Cipher tu. Mula-mula tengok aku memang bengang nape lah Dom boleh betray team dia. Baby Brian so cute. Adorable. Geram tengok. Hahaha..

So, sekali lagi aku nak ajak korang cepat p cinema tengok movie ni. Memang tak mengecewakan. Cepat-cepat..ke panggung yang berdekatan dengan rumah korang. Hahaha...

Kitorang sampai rumah malam tu dalam pukul 3 pagi. Mengantuk giler ahh..Dah lah esok kene bangun awal nak meronda Bukit Tinggi pulak. Hehehe...

Apa yang kitorang buat kat Bukit Tinggi tu? Kenapa Bukit Tinggi, tidak Tadom Hill ke, Bukit Fraser ke? Apa yang ada kat Bukit Tinggi tu?

Nak tahu...tunggu next entri aku menyusul..Hahaha..

Thursday, 13 April 2017

FAST & FURIOUS 8 - 12 APRIL 2017

Filem Fast & Furious 8 memang sangat-sangat dinantikan oleh peminat tegar series ini. Tak silap aku dah ade 8 filem kot termasuklah yang latest ni. Malas pulak nak meng"google" cari info mengenai series yang lain tu. Korang carilah dengan uncle Google. Keluarlah tu nanti.

Just aku nak review mengenai filem Fast & Furious 8 (Fast 8) yang the latest ni jer. Mazni dan Intan yang mulanya ajak aku tengok cerita ni. Lagipun memang dah lame tak tengok wayang dengan dorang dan kebetulan pulak Bella ade. Molek sangat lah kalau kitorang jumpe kan. So, aku mengiyakan ajer lah ajakkan Intan dan Maz. Okay..proceed...Maz beli tiket.


Sehari sebelum movie, aku tetiba terfikir "ehh..kalau tak tengok movie yang before ni okay tak? Paham ke idak ea ceritanya nanti? Kene tengok movie2 die yang lain dulu ke?"

Alaaa...ni yang tak suka ni..Mesti tak best kalau aku p tengok tapi tak paham apa-apa. Hahaha...Budak-budak ni gelakkan aku..

"Kak yus tak pernah ke tengok series Fast & Furious ni? Best kot!!!"

Itu kata dorang. Alorhh..kalau gini kak yus nak tidur je lah dalam wayang nanti. Huhuhu...

Dorang kate aku mesti paham punye..sebab ada subtittle..Hampeh betul budak2 ni. Dorang kenekan aku. Hahaha...

So, hari kejadian aku, Maz dan Intan geraklah on the way ke Summit, Subang. Kitorang jumpa Bell kat sane nanti. Sampai-sampai je terus p surau nak solat Maghrib siap-siap. Lagipun wayang start pukul 7.20 malam. Aku dan yang lain masuk agak lewat sikit. Orang pun memang dah ramai. Nak tak nak kene jugak lalu depan dorang sebab kitorang baru masuk. 

Duduk seat masing-masing..Popcorn kongsi 4 orang, air pulak sebotol jer. Dahlah perut masing-masing memang lapaq giler. So, memang habislah popcorn tu. Hahaha...Krupp..Krapp..Krupp...Krapp bunyi dalam tu.

Apa yang boleh aku kata.................aku tak jadi nak tidur dalam wayang tu sebab movie die sangat best. Best giler ahhh..Best yang rasa nak p tengok lagi untuk kali kedua..ketiga..keempat dan ke seterusnya. Best yang aku rasa aku akan download semua series Fast & Furious yang sebelum ni. Best yang aku rasa aku nak bagi 6 bintang..hahaha..Over beno ni..

Seriously memang best movie ni. Memang aku tak rasa bosan langsung. Aku kalau tengok movie omputih ni memang cepat bosan melainkan movie tu memang betul-betul best. Macam movie Fast & Furious 8 ni lah. Setiap waktu kau akan dikejutkan dengan scene-scene action yang mendebarkan. Menarik giler pulak tu. Dan aku mula mengenali watak-watak dalam series ni macam Dominic, Hoobs, Letty, Roman, Elena, Deckerd, Mr Nobody, Nobody Junior, Tej, Ramsey dan lain-lain lah. Itu je yang aku ingat namanya. Kihkihkih...

Scene kereta bergerak sendirilah..Kereta Zombie..Hahaha..Kapal terbang yang tak dapat langsung dikesan oleh radar..kereta yang tak remuk-remuk walaupun dah dihentam dengan kereta lain. Rasa macam tak logik pun ada. Tapi biasalah..dah kau tengok wayang..memanglah semuanya wayang semata-mata. Lagi-lagi pulak movie orang putih. Memang yang tak logik jadi logik. Hohoho..😂😂😂

So, bagi aku movie ni memang best giler..So, memang berbaloi-baloi kalau korang p tengok. Bagi fan movie ni memang wajib tonton. Kalau tak tonton memang rugi. Nak tunggu download pun boleh je tapi feel tengok dalam wayang tu lain sikit. Hahaha..Lagi feel orang kata...

K...apa lagi..jangan ketinggalan untuk menonton filem ini di panggung yang berdekatan dengan rumah anda..Hahaha...



Lepas nonton masing-masing lapar. So, kitorang p makan dulu...


 


With Dom and Letty married, Brian and Mia retired and the rest of the crew exonerated, the globe-trotting team has found some semblance of a normal life. They soon face an unexpected challenge when a mysterious woman named Cipher forces Dom to betray them all. Now, they must unite to bring home the man who made them a family and stop Cipher from unleashing chaos.


Friday, 7 April 2017

Happy Birthday......

Hari ni hari yang sangat best......

Memang kalau balik kampung, mesti macam-macam aktiviti yang aku buat....

Jalan2 petang area kampung....hirup udara petang...bestnya.....

Dan weekend ni memang weekend yg paling best.....Cuti aku yang paling meriah....Sebab geng F4 berkumpul same2....Lame giler kot tak jumpe dorang ni. Hampir 14 tahun persahabatan yang kitorang jalinkan masih kekal hingga ke hari ini...mudah-mudahan persahabatan kami akan terus berkekalan sampai bila-bila. Amiinn....Norcha datang dengan anaknya, Asyraf...Comel Asyraf..Pandai...Eqin pulak datang sorang. Anak die tak sihat, suaminya jaga. Wahh..jadi bujang kembali ye Qin...Hehehehe...

Macam-macam benda yang kitorang kongsi dan ceritakan bersama. Cerita tentang diri masing-masing yang dah lama tak jumpa ni. Dari De'Kabin Nasi Ayam, Rengit hingga ke BP Mall sehinggalah ke Secret Recipe Batu Pahat. Hehehe...gigih nak cari kek sebab nak celebrate birthday aku...

Dan....nahhh..sebiji Chocolate Indulgence Shikin belikan untuk aku. Tq so much korang....I'm really appreciate...hari tu pun memang eqin yang treat kitorang.

Hehehe...


Nyumm..Nyumm...Sedap giler ahh..Dua hari baru habis makan kek ni kat rumah ri tu. Hahaha...



Kami di 'De Cabin Nasi Ayam Rengit...


Jalan-Jalan BP Mall...





Birthday Girl!!!!

Happy Birthday Siti Faiross Sharif...semoga dipanjangkan umurnya serta dimurahkan rezeki....Dan cepat-cepat dapat jodoh yang baik-baik...Amiinn...

Esok ape pulak xtvt aku kat rumah???

Okay...aku belum renew lesen lagi...

Omaigad...hahahaha...

Thursday, 6 April 2017

Aiyooo....Bro....Dengkur tu kuat sangatlah bro.....

Assalamualaikum...

Selamat malam.....

La ni aku dalam bas Mayang Sari menuju ke selatan, kampung halamanku.

Hisshhh..sejuk plak tangan ni nak menaiplah..Huhuhu ..

Aiyakkk....terganggu betul suasana dengan bunyi yang kurang menyenangkan..Adooiiilah pak cik..pak cik ke abang ntah..  Kuatnye ampa berdengkur ek...Menganggu suasana betullah. Mula-mula tu aku boleh lah terima tp bila dah lame2 ni macam annoyying la plak. Rase nak p kat tempat die, nak kepit hidung die pakai penyepit baju. Kot kot senyap sikit.

Sebelah aku kot. So, memang kuatlah bunyi dengkurannya. Kalah bunyik sang gorilla..Hahaha...tak baik tau aku ni. Ni aku nak tido pun x boleh ni. Memang tak ler aku nak tido kalau lagu ni bunyiknye. Nak sumbat telinga dgn earphone dengar lagu takut bateri phone kong. Ni pun tinggal dua bar jer. adoiyaaiii.....

Adoii...bro..senyap sikit boleh tak. Tak pun boleh tak jangan tido. Bro mengganggu penumpang lainlah bro. Hisshhh...sabo jer lah...

Nak sampai macam lambat lagi je ni. Adoiii..kene lah bertahan dengan dengkuran bro ni. Dah lah bas ni tak bukak pun radio. Kalau ade radio best la jugak dengar. Ini tak, dengar bunyik org berdengkur buat ape. Buat sakit telinga, buat sakit hati jer.

Sabo yus....Sabo yus....Bawak bertendang...Ehhh..ade jugak aku tendang bro ni keluar tingkap bas ni kang. Makin kuat pulak dengkurnya tu. Hisshhh....Stress mak tauuu....Bawak bertenang yus....Lagi bape jam je nak sampai kampung ni. Mudah-mudahan bro ni turunlah kat Muar tu. Tenang sikit rasa. La ni memang aku tak berape nak tenang sàngatlah..rasa nak mengamuk je ni. Tapi pendam sendiri jer la rasa mengamuk tu.Kuikuikui....

Aku confirm penumpang lain mesti rasa stress dengan dengkuran bro ni. Yang duk belakang tu lain lah ceritanya. Depa tak dengar. Ni ha yg duk depan...dengan aku yang duk sebelah bro ni memang lah rasa macam nak tekup je muka dia dengan bantal. Pakkal lah xde bantal. Hahaha.....

K lah...itu jer lah luahan rasa aku yang dalam bas ni. .Cepatlah sampai kampung. Tak sabo nak tido...Daa.....


Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku p...